Bagaimanakah cara bertaubat daripada dosa mencuri?
Dalam tulisan ini, saya akan menerangkan cara bertaubat daripada dosa mencuri berdasarkan beberapa situasi.
Jika anda memerlukan panduan berkaitan topik ini, mari kita mulakan..
Pengenalan
Panduan taubat daripada dosa mencuri ini adalah pecahan daripada artikel utama, iaitu Panduan Taubat Nasuha.
Panduan ini adalah berdasarkan sebuah risalah yang dikarang Fadhilah al-Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid dan diterjemahkan oleh al-Fadhil Syeikh Daud al-Tetouani.
Allah SWT berfirman :
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya:
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim akan manusia dan melampaui batas di atas muka bumi tanpa hak. Mereka itu ialah orang-orang yang akan mendapat azab yang pedih.”
(As-Syura : 42)
Saudara-saudari,
Selagi masih hidup, usahakan untuk menyelesaikan dosa mencuri ini sedaya-upaya.
Kerana ia akan menjadi bebanan yang sangat berat kepada kita di akhirat kelak jika tidak sempat diselesaikan di dunia ini.
Syarat Taubat Yang Melibatkan Dosa Berkaitan Hak Orang Lain
Taubat tidak boleh hanya sekadar berdoa dan melakukan solat taubat semata-mata.
Antara syarat taubat bila melibatkan hak orang lain adalah, harus menyesal dan dikembalikan hak mereka itu.
Hendaklah sesiapa yang ingin bertaubat itu melepaskan diri dari belenggu kezaliman silamnya yang dahulu dengan melunaskan kembali perkara tersebut dengan:
- Membayar kembali jika berkaitan dengan duit dan harta benda.
- Hendaklah meminta dihalalkan atau meminta supaya dia memaafkan diri kita
Jika dia memaafkanmu, maka alhamdulillah.
Andai tidak, berusahalah untuk pulangkan kembali haknya.
Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, iaitu yang berupa maruah atau harta benda, maka mintalah kepadanya agar dihalalkan (perkara-perkara tersebut) cepat-cepat sebelum diambil daripadanya di hari tiadanya dinar juga dirham, (yang mana pada hari itu) jika dia mempunyai amalan soleh, maka akan diambil daripada amalan tersebut sekadar kezaliman yang dilakukannya, jika dia tidak mempunyai apa-apa amalan (soleh), maka akan diambil pula kejahatan-kejahatan orang yang dizaliminya itu, lalu diberikan kepadanya.
– Muttafaqun ‘Alaihi
Bagaimanakah Taubat Bagi Seorang Pencuri?
Pertama sekali:
Jika benda yang dicuri tersebut masih berada dalam simpanan, maka wajiblah dipulangkan kembali benda tersebut kepada tuannya dengan segera.
Jika benda itu telah rosak atau musnah (atau sudah buruk), maka wajiblah menukar ganti benda tersebut dan memulangkan kembali kepada tuannya.
Jika tidak mampu, maka mintalah maaf serta tolak ansur daripada pemilik barang tersebut.
Bagaimana Jika Tidak Berani Untuk Berterus Terang Kepada Pemilik Barang Tersebut?
Dalam hal ini, pulangkan kembali barang yang dicuri itu menggunakan dengan menggunakan orang tengah.
Minta orang tengah tersebut menyampaikan barang tersebut tanpa menyebut nama kita.
Selain itu, kita juga boleh memulangkan barang menggunakan pos atau meletakkan barang curi tersebut di tempat asalnya tanpa pengetahuan pemilik asal.
Apa yang penting adalah barang tersebut selamat sampai kepada pemilik sebenar barang itu.
Bagaimana Jika Gagal Memulangkan Barang Yang Dicuri?
Saya pernah mencuri harta syarikat di tempat kerja dan berhenti kerja. Namun sekarang ini saya telah bertaubat serta sangat menyesal.
Saya ingin memulangkan kembali harta tersebut. Tetapi syarikat tersebut telah berpindah dan saya gagal mengesan alamat terbaru mereka.
Apa yang harus saya lakukan?
Pertama sekali:
Hendaklah kita terlebih dahulu sedaya upaya mencari tempat dan alamat syarikat atau tuan punya syarikat tersebut dengan segala jalan yang ada.
Jika insan tersebut telah mati, maka pulangkanlah benda tersebut kepada waris atau keluarga tuan punya syarikat tersebut.
Jika masih juga tidak menjumpainya setelah habis segala ikhtiar, maka sedekahkanlah harta tersebut sebagai penebus kepada harta yang dicuri itu.
Dan niatkanlah ia untuk insan atau syarikat tersebut – walaupun insan atau syarikat tersebut adalah kafir.
Kerana Allah akan memberikan kepada mereka harta di dunia tetapi tidak di akhirat kelak.
Penutup: Bertaubatlah Selagi Ada Masa
Mencuri adalah termasuk menzalimi orang lain pada hartanya dan memakan harta orang lain cara zalim.
Hukumnya haram dan berdosa dan pelakunya di dunia menjadi fasiq dan di akhirat mendapat azab neraka.
Semua manusia yang mati akan menghadap Allah dalam keadaan sangat takut dan mengharap keampunanNya.
Oleh itu, manfaatkanlah kesempatan yang telah dikurniakan oleh Allah supaya kelak kita tidak memikul bebanan dosa ketika menghadapNya di hari penghisaban.
Tinggalkan Komen Anda..
salam uztaz
1) saya pernah mencuri tpi saya malu untuk bgithu makcik2 saya tentang hal ini lepastu apakah saya harus buat uztaz ?
2) saya ada niat untuk gnti balik wang tersebut tapi saya tidak ingt berapa jumlah tersebut dan saya masih lagi budak sekolah
Assalamualaikum ustaz… Saya pernah mencuri dan saya ingin bertaubat.Tetapi perlakuan saya ditangkap, saya tidak mahu melakukan ia lagi dan saya tidak mahu masalah in menjadi lagi besar.Macam mana saya nak keluar dari situasi ini.Tolonglah saya ustaz, tolong berikan cara untuk keluar dari situasi in. Saya tidak mampu untuk bayar balik.Saya juga tidak mahu perlakuan saya yang keji ini diberitahu kepada ibubapa saya.Tolonglah beritahu saya apa yang saya boleh lakukan untuk keluar dari situasi ini
macam mana awak sekarang, saya dalam situasi yang sama
Assalamualaikum ustaz, kalau ada barang yang tak sure kita punya atau orang punya, tapi takut kalau tu orang punya, jadi berdosa
Assalamualaikum, ustaz. Dahulu saya pernah mencuri dan saya ingin bertaubat. Akan tetapi barang yang telah dicuri itu telah hilang dan saya lupa nama panjang pemilik tersebut kerna kejadian ini telah berlaku sekian lama. Apakah yang saya perlu lakukan untuk menebus kesalahan saya ini terhadap perbuatan ini?
assalamualaikum ustaz. Saya pinjam baja sekolah pastu tak pulangkan sebab terlupa. Dah dekat 3 tahun saya masih simpan baju tu. Nak pulangkan tapi sekolah jauh, kene mintak mak hantar. Tapi saya tak nak mak saya marah dan kecewa kat saya. Ustaz ada cadangan tak
Assalamualaikum Ustaz..macam mana kita nak gantikan tuntutan palsu(claim) yang kita buat
mintak pencerahan Ustaz..
Assalamualaikum Ustaz saya masih mencari orang untuk pulangkan balik barang yang saya curi tapi saya masih buntu macam mana lagi pun saya lupa namanya tapi saya masih ingat mukanya tapi alamat semuanya saya tidak tahu
Wassalam.
Jika begitu, sedekahkan wang ke tabung masjid dengan nilai benda yang dicuri, kemudian niatkan pahala kepada orang tersebut.
Andaikata bertemu balik dengan orang tersebut suatu hari nanti, maka wajib kena kembalikan barang atau gantikan wang kepadanya.
Assalammualaikum ustaz, mcm pula kalau kite da meminta maaf untuk menghalalkan segala benda, kata, dan lain2 tnp spesifik kan kesalahan kite lalu mereka memaafkan kita?
Assalamualaikum ustaz, saya nak ceritakan kisah saya masa umur 13 tahun. Saya dgn kawan-kawan sekolah pergi dekat satu kedai runcit, saya dah kawan-kawan dah curi banyak makanan dan saya telah makannya. Saya rasa bersalah dan saya nak ganti balik tapi saya masih budak sekolah, duit pun tiada, saya pun sudah pindah rumah jauh dari kedai tu. Apa yang saya perlu lakukan?
Wassalam. Bila awak sudah ada duit atau dah bekerja nanti, awak kena cari balik kedai tu dan ganti balik nilai makanan yang telah awak ambil
assalammualaikum ustaz.kalau kita dah niat kembalikan barang curi senyap-senyap tetapi jika tidak sampai kepada pemiliknya.kita tetap perlu ganti balik atau tidak?
Wassalam,
Ya kena ganti sampai ke pegangan tuan yang asal.
Assalamualaikum,sy prnh kerja di kedai serbaneka,masa tu sy makn minum brg2 kt sne tp Tak bayar,sy tulis pn jarang so sy bayar apa yg sy igt je,jadi mcm mn sy nk bayar balk utk apa yg sy mkn dan minum tp sy Tak igt apa yg sy mkn dan minum ? Rsa bersalah Sgt
Wassalam. Buatlah anggaran berapa RM yang pernah awak makan dan bayarlah balik kepada kedai tersebut.