Taubat Daripada Dosa Mencuri (Panduan Lengkap)

taubat mencuri

Bagaimanakah cara bertaubat daripada dosa mencuri?

Dalam tulisan ini, saya akan menerangkan cara bertaubat daripada dosa mencuri berdasarkan beberapa situasi.

Jika anda memerlukan panduan berkaitan topik ini, mari kita mulakan..

Pengenalan

Panduan taubat daripada dosa mencuri ini adalah pecahan daripada artikel utama, iaitu Panduan Taubat Nasuha.

Panduan ini adalah berdasarkan sebuah risalah yang dikarang Fadhilah al-Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid dan diterjemahkan oleh al-Fadhil Syeikh Daud al-Tetouani.

Allah SWT berfirman :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim akan manusia dan melampaui batas di atas muka bumi tanpa hak. Mereka itu ialah orang-orang yang akan mendapat azab yang pedih.”

(As-Syura : 42)

Saudara-saudari,

Selagi masih hidup, usahakan untuk menyelesaikan dosa mencuri ini sedaya-upaya.

Kerana ia akan menjadi bebanan yang sangat berat kepada kita di akhirat kelak jika tidak sempat diselesaikan di dunia ini.

Syarat Taubat Yang Melibatkan Dosa Berkaitan Hak Orang Lain

Taubat tidak boleh hanya sekadar berdoa dan melakukan solat taubat semata-mata.

Antara syarat taubat bila melibatkan hak orang lain adalah, harus menyesal dan dikembalikan hak mereka itu.

Hendaklah sesiapa yang ingin bertaubat itu melepaskan diri dari belenggu kezaliman silamnya yang dahulu dengan melunaskan kembali perkara tersebut dengan:

  • Membayar kembali jika berkaitan dengan duit dan harta benda.
  • Hendaklah meminta dihalalkan atau meminta supaya dia memaafkan diri kita

Jika dia memaafkanmu, maka alhamdulillah.

Andai tidak, berusahalah untuk pulangkan kembali haknya.

Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, iaitu yang berupa maruah atau harta benda, maka mintalah kepadanya agar dihalalkan (perkara-perkara tersebut) cepat-cepat sebelum diambil daripadanya di hari tiadanya dinar juga dirham, (yang mana pada hari itu) jika dia mempunyai amalan soleh, maka akan diambil daripada amalan tersebut sekadar kezaliman yang dilakukannya, jika dia tidak mempunyai apa-apa amalan (soleh), maka akan diambil pula kejahatan-kejahatan orang yang dizaliminya itu, lalu diberikan kepadanya.

–        Muttafaqun ‘Alaihi

Bagaimanakah Taubat Bagi Seorang Pencuri?

Pertama sekali:

Jika benda yang dicuri tersebut masih berada dalam simpanan, maka wajiblah dipulangkan kembali benda tersebut kepada tuannya dengan segera.

Jika benda itu telah rosak atau musnah (atau sudah buruk), maka wajiblah menukar ganti benda tersebut dan memulangkan kembali kepada tuannya.

Jika tidak mampu, maka mintalah maaf serta tolak ansur daripada pemilik barang tersebut.

Bagaimana Jika Tidak Berani Untuk Berterus Terang Kepada Pemilik Barang Tersebut?

Dalam hal ini, pulangkan kembali barang yang dicuri itu menggunakan dengan menggunakan orang tengah.

Minta orang tengah tersebut menyampaikan barang tersebut tanpa menyebut nama kita.

Selain itu, kita juga boleh memulangkan barang menggunakan pos atau meletakkan barang curi tersebut di tempat asalnya tanpa pengetahuan pemilik asal.

Apa yang penting adalah barang tersebut selamat sampai kepada pemilik sebenar barang itu.

Bagaimana Jika Gagal Memulangkan Barang Yang Dicuri?

Saya pernah mencuri harta syarikat di tempat kerja dan berhenti kerja. Namun sekarang ini saya telah bertaubat serta sangat menyesal.

Saya ingin memulangkan kembali harta tersebut. Tetapi syarikat tersebut telah berpindah dan saya gagal mengesan alamat terbaru mereka.

Apa yang harus saya lakukan?

Pertama sekali:

Hendaklah kita terlebih dahulu sedaya upaya mencari tempat dan alamat syarikat atau tuan punya syarikat tersebut dengan segala jalan yang ada.

Jika insan tersebut telah mati, maka pulangkanlah benda tersebut kepada waris atau keluarga tuan punya syarikat tersebut.

Jika masih juga tidak menjumpainya setelah habis segala ikhtiar, maka sedekahkanlah harta tersebut sebagai penebus kepada harta yang dicuri itu.

Dan niatkanlah ia untuk insan atau syarikat tersebut – walaupun insan atau syarikat tersebut adalah kafir.

Kerana Allah akan memberikan kepada mereka harta di dunia tetapi tidak di akhirat kelak.

Penutup: Bertaubatlah Selagi Ada Masa

Mencuri adalah termasuk menzalimi orang lain pada hartanya dan memakan harta orang lain cara zalim.

Hukumnya haram dan berdosa dan pelakunya di dunia menjadi fasiq dan di akhirat mendapat azab neraka.

Semua manusia yang mati akan menghadap Allah dalam keadaan sangat takut dan mengharap keampunanNya.

Oleh itu, manfaatkanlah kesempatan yang telah dikurniakan oleh Allah supaya kelak kita tidak memikul bebanan dosa ketika menghadapNya di hari penghisaban.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

139 thoughts on “Taubat Daripada Dosa Mencuri (Panduan Lengkap)”

  1. assalamualaikum ,boleh saya tanya. kalau kita curi kuih atau makanan boleh ke kita menggunakan orang tengah ni untuk hantar surat mohon maaf atau mintak halal dan sebagai nya ???

    Reply
  2. Assalam ustaz yamg dikasihi Allah..saya mempunyai persoalan untuk dirujuk kepada ustaz
    1.saya ini byk mengambil harta dan duit orang ketika zaman persekolahan dahulu dan tidak tahu siapa pemilik brg tersebut serta saya sudah 2 tahun meninggalkan sekolah..jadi saya berikhtiar untuk mencari orang2 yg dh ambil brg itu dgn memberi mesej di grup2 wasap.Apakah akan terjadi jika mereka ini terlepas dri membaca mesej ini dan mereka adalah pemilik harta2 tersebut?
    2.bagaimanakah amalan ibadah saya semasa sya masih dlm proses mencari pemilik tersebut?

    Reply
  3. Assalamualaikum ustaz..saya ada beberapa persoalan
    1)saya jugak byk mencuri harta dan duit org ketika zaman persekolahan dulu..tetapi saya dh lama bertaubat dan banyakkan bersedekah..tetapi saya tidak tahu siapa pemilik harta2 tersebut..saya ada mengumumkan di grup2 wasap sebagai ikhtiar saya..namun tiada respon..apakah keadaan taubat saya?
    2)apakah amalan yg saya laksanakan semasa saya masih dlm proses membayar semula hutang2 saya akan diterima walaupun belum selesai membayar habis semua barang curian?
    3)dan saya ada meminta maaf kepada pemilik barang tanpa menjelaskan yang saya ada mengambil harta mereka..dan mereka memaafkan saya?apakah dikira sudah selesai ustaz?

    Reply
  4. Assalamualaikum ustaz. saya sgt sedih sbb dulu saya ni pencuri, saya tak tahu berapa banyak saya curi. saya mimpi benda pelik mcm kena api semua tu. saya insaf sgt sgt. saya tak tahu macam mana nak taubat sbb saya tak pernah taubat. saya tak tahu berapa jumlah duit yg saya curi. macam mana ye ustaz? saya takut ustazzzz. tak nak masuk neraka

    Reply
  5. Asssalamualaikum ustaz ,saya banyak sangat mencuri brang orang dan saya dah tk ingat berapa jumlah dan siapa orang tu .bolehkah saya bersedekah dekat masjid untuk ganti brg” yang d curi .saya menyesal dan saya ingin bertaubat .Soalan kedua saya,kalau orang tu saya kenal tapi malu nak cakap bolehkah saay ganti dengan bersedekah? Mohon pencerhan ustaz saya nak taubat menyesal sangat”,saya tak tahu mcm mna nak tebus kslahan yg telah saya lakukan

    Reply
  6. Assalamualaikum ustaz saya nk tanya kalau barang yang kita nk pulangkan balik tetapi kita malu mahu memberinya boleh tak kita berdoa sahaja dan kalau tidak boleh cara itu macam mana ye ustaz sebab dan 7 tahun saya tak jumpa pemiliknya bagaimana mahu memberinya ye ustaz

    Terima kasih

    Reply
  7. Assalamualaikum ustaz.. Mcm mana ye nk bayar balik duit yg kita ambik kat tabung masjid.. Duit orang yg sedekah.. Perlu ka bayar kat tok imam masjid.. Atau sedekah terus kat tabung masjid.. Saya betul2 nak selesaikan semua duit2 yg bukan milik saya..

    Reply
  8. Assakamualaikum Ustaz,
    Setelah kita sedekah wang ke masjid dengan niatkan pahala sedekah kepada tuan punya barang,(yakni tuan punya barang kita tidak mengenali ataupun sudah tidak tahu di mana dia berada). Tuan punya barang merupakan non muslim, jika barang itu masih lagi dalam simpanan , adakah kita perlu membuang barang tersebut atau kita boleh menyimpan/memakai nya lagi. Mohon pencerahan uztaz

    Reply
    • Wassalam.

      Simpan dahulu barang tersebut.

      Jika ditakdirkan pada suatu masa nanti kita mungkin terjumpa atau mungkin dapat mengesan tuannya, maka bolehlah kembalikan barang itu.

      Reply
      • Ustaz
        Jika barang tersebut di jualkan dan wang diperolehi di niatkan utk sedekah untuk kebaikan/pahala untuk si pemilik adakah ianya dibolehkan?, sebab sudah berpuluhan tahun dan tidak tahu keberadaan pemilik tersebut

        Terima Kasih Ustaz

        Reply
  9. Assalamualaikum ustaz , ustaz saya terlalu bnyk dosa mencuri kerana terlalu mahu kejar dunia , sy benar2 ingin bertaubat ustaz , utk org yg sy tak thu tinggal di mana dan tak thu nk crik dimana , bgaimana sy ingin tebus dosa sy ustaz Allahuakhbar sy bnar2 ingin bertaubat ustaz, mohon pencerahan ustaz .

    Reply
    • Wassalam,

      Sedekahkan wang ke masjid/baitulmal dengan nilai yang setara, dan niatkan pahala sedekah itu kepada tuan punya barang.

      Reply
      • Ustaz jika sy nk crik tuan punye brg sehingga jumpa , tapi brg tu sudah tk ada tapi saya gnti kn brg tersebut dgn harga yg same , persoalan sy jika sy gunakan org tengah mcm mana harus sy lakukan & bgaimana caranya ustaz ?

        Reply
        • Minta orang tengah tersebt sampaikan duit tersebut. Minta dia terangkan duit itu untuk ganti barang tanpa memberitahu ianya daripada awak.

          Orang tengah tersebut mestilah orang yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia.

          Reply
  10. Assalamualaikum ustaz,
    Bolehkah kita ganti barang yang telah dicuri dengan cara bersedekah?sebabnya…barang itu sudah tidak ada disimpanan saya dan saya tidak mengenal pemilik barang tersebut…saya sangat takut jika di akhirat saya harus mencari orang tersebut untuk meminta maaf sedangkan saya tak mengenalinya…
    Terima kasih ustaz….

    Reply
  11. Assalamualaikum.
    Ustaz, macam mana kalau situasinya begini:

    1. barang curian tidak diketahui siapa pemiliknya dan barang curian pun sudah tidak ada di dalam simpanan…. Tapi diri sudah insaf dan bertaubat?

    2. Barang tersebut telah diambil tanpa sengaja dan telah lama tersimpan bersama barang2 kita tetapi pemiliknya tidak dikenali. Contoh, buku latihan orang lain yg kita tidak sengaja terambil dan tersimpan sejak bertahun dulu dan kini terjumpa kembali semasa mengemas barang2 di rumah.

    Terima kasih ustaz.

    Reply
    • Wassalam,

      1) Sedekahkan wang ke masjid dengan nilai yang setara, dan niatkan pahala sedekah itu kepada tuan punya barang.

      2) Lakukan seperti cara di atas. Anggarkan nilai buku latihan itu (contohnya RM0.50), kemudian sedekahkah 50 sen tersebut ke masjid dengan niat pahala sedekah kepada tuan punya buku

      Reply
  12. Assalamualaikum uztaz,saya nak bayar balik duit yang diambil tetapi tidak ingat berapa jumlah duit tersebut,boleh tak kalau sedekahkan duit ?lepastu saya takut sangat nk mintak maaf apa saya perllu buat,dan sekiranya saya buat dahulu solat taubat dahulu dan duit tu byr kemudia bole ke sbb duit tak mncukupi?

    Reply
    • Wassalam.

      1) Kalau awak tahu tuannya dimana, maka kena pulangkan kepada tuannya sama dia terus terang atau secara diam-diam.

      Jika tidak tahu tuannya di mana, barulah sedekah duit tersebut dan niatkan pahalanya kepada empunya barang.

      2) Boleh, bayarlah bila sudah ada duit walaupun sikit-sikit.

      Reply
    • 1)Tapikan ustaz saya telah meminta maaf kepada tuanya menggunakan fb messenger tanpa mnyebut kan nama saya ,saya hanya cakp yg saya org tengah,orang itu juga ada org terdekat saya dia juga membaca messenger saya didepan saya tnpa dia ketahui saya lah org itu,dia membaca kemudia dia terkejut dan dia menghalalkan duit tersebut ,dia sebut di depan saya soalan saya perlukan kita membyr?

      2)sblum masuk tahun 2021 saya meminta maaf kepada kawan sya dan saya nyatakan kalau saya terambil duit semua tu lpstu dia dia ckp its oky soalan saya kna jelaskam ke lbih jlas sbb saya satu kelas dgn dia

      Reply
      • 1) Kalau dia sudah halalkan, maka alhamdulillah.

        2) Jika dia cakap begitu, maka sudah selesai. Tidak perlu jelaskan dengan lebih lanjut.

        Reply
  13. Ustaz..kalau kita tahu siapa pmilik brang yg kita curi itu tapi kita tidak berani dan malu untuk pulgkan semula…selain cara guna org tengah dan pos msih ada cara lain lagi ke?

    Reply
    • Boleh sahaja guna apa2 cara yang awak rasa boleh. Objektifnya adalah kita nak barang yang dicuri itu kembali kepada tuan yang asal.

      Reply
  14. Bagaimana pula jika kita pernah mencuri sesuatu barang atau duit seseorang tetapi kita terlupa akan hal itu oleh sebab terlalu lama. Bagaimana kita harus menebus kesalahan itu?

    Reply
    • Boleh sedekahkan wang pada masjid atau mana-mana badan kebajikan, dan niatkan pahala sedekah itu kepada orang yang awak ambil duitnya.

      Reply
  15. Assalam ustaz, macam mana kalau kita curi duit seseorang, tetapi kita sudah lupa berapa jumlah duit tersebut? Kita juga malu untuk berdepan dan memberitahu seseoranv itu bahawa kita pernah mencuri duitnya.. Bagaimana caranya untuk kita bayar semula kepada orang itu?

    Reply
    • Wassalam,

      Jika rasa khuatir nak beritahu, boleh dipulangkan wang/barang kepada tuan asal secara senyap-senyap.

      Reply
  16. Assalamalikum ustaz tolong jawapkan pertanyaan saya. Dulu saya ade curi barang nasikal kawan Saye…. Harga barang tu lebih dari rm 30 tapi die mintak saya untuk bayar rm 30 sahaja lepas saya dah bayar hutang rm 30 untuk barang yang saya curi itu die ugut saya untuk bayar sekali lagi.. Padahal die sendiri dah cakap ynag saya perlu bayar rm 30 Dan selepas itu die meminta lagi adakah wajib untuk saya bayar

    Reply
  17. Assalamualaikum ustaz. Macam mana kita nak gantikan barang yang pernah dicuri tetapi kita tak tahu siapa pemiliknya?

    Reply
    • Wassalam,
      Sedekahkan harta tersebut sebagai penebus kepada harta yang dicuri itu.

      Dan niatkanlah ia untuk insan/tuan punya barang tersebut 

      Reply
  18. Assalamualaikum ustaz. Mohon balas komen ini. Saya nak tanya. Jika kita pernah mencuri dan kita tidak tahu siapa pemilik empunya barang yang dicuri (sbb dh btahun2 lamanya) bagaimana kita ingin menebus dosa ini?

    Reply
    • Wassalam,

      Sedekahkan harta tersebut sebagai penebus kepada harta yang dicuri itu.

      Dan niatkanlah ia untuk insan/tuan punya barang tersebut 

      Reply
      • Terima kasih ustaz. Allah hadirkan ilham untuk saya jmpa apa yang ustaz share. Saya selalu resah bagaimana saya ingin mengganti barang yang saya sendiri tidak tahu siapa tuannya.

        ustaz boleh saya tanya lagi. Bagaimana jika prnah mencuri barang rampasan (dan barang itu juga kpunyaan org lain). Adakah kita perlu mminta maaf kepada si perampas? Dan adakah dikira mencuri jika kita mngambil barang tercicir seperti duit. Adakah perlu diletakkan kembali di tempat yg kita jumpa atau sebaiknya sedekahkan kepada tabung masjid?

        Reply
        • Sama-sama.

          Jika barang dirampas secara sah oleh pihak berkuasa, maka perlu dipulangkan kepada jabatan yang asal. Jika dirampas secara jenayah, maka perlu dipulangkan kepada tuan punya asal barang.

          Hukum untuk mengambil barang tercicir adalah sama seperti mencuri. Jika barang yang kita yakin tuannya akan mencari, seperti duit yang banyak, maka serahkan kepada pihak berkuasa seperti polis.

          Jika wang yang sedikit (yakni tidak akan dicari lagi oleh tuan asal), maka masukkan kepada tabung kebajikan.

          Reply

Leave a Comment