SELAWAT SYIFA (Ayat & Doa Penyembuh Penyakit)

selawat syifa

Ini adalah panduan lengkap mengenai Selawat Syifa dan Ayat-Ayat Syifa. Panduan ini akan membantu anda memahami dan mengamalkan amalan-amalan rohani ini dengan betul dan mudah.

Apa yang menarik:

Anda akan dipandu untuk mengamalkan selawat, ayat-ayat al-Quran, serta doa-doa penyembuhan yang digunakan dalam perubatan Islam.

Setiap teks disertakan dengan transliterasi rumi bagi memudahkan anda yang kurang mahir membaca tulisan Arab.

Jika anda mencari panduan untuk Selawat Syifa dan Ayat-Ayat Syifa, mari kita mulakan…

Pengenalan

Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa pakar, bomoh atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara.

Asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah seperti penggunaan jin, sihir dan sebagainya.

Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan gejala penyakit-penyakit kerana pada hakikatNya Dialah yang Maha Penyembuh.

Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.

— Surah al-Fatihah ayat 5

Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit. Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib.

Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.

Bacaan selawat syifa adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الْأَجْسَادِ وَشِفَائِهَا وَنُورِ الْأَبْصَارِ وَجِلَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ.

Allahumma salli ‘ala Muhammad, tibbil qulub wa dawaiha, wa ‘afiyatil ajsad wa shifaiha, wa nuril absar wa jila’iha, wa ‘ala alihi wa sahbihi wa barik wa sallim.

Maksudnya

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).

Enam ayat al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW.

Ayat-ayatnya adalah:

1. Ayat 14 Surah at-Taubah

وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٖ مُّؤۡمِنِينَ

Wa Yashfi Ṣudūra Qawmin Mu’minīn

Dan Dialah (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati-hati orang yang beriman”

2. Ayat 57 Surah Yunus

وَشِفَآءٞ لِّمَا فِي ٱلصُّدُورِ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Wa Shifā’un Limā Fīṣ-Ṣudūri Wa Hudan Wa Raḥmatun Lil-Mu’minīn

Dan penyembuh (penawar) bagi apa yang (penyakit-penyakit yang berada) di dalam dada”

3. Ayat 69 Surah an-Nahl

يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٞ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٞ لِّلنَّاسِۚ

Yakhruju Min Buṭūnihā Sharābun Mukhtalifun Alwānuhu Fīhi Shifā’un Lin-Nās.

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia

4. Ayat 82 Surah al-Isra’

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Wa Nunazzilu Minal-Qur’āni Mā Huwa Shifā’un Wa Raḥmatun Lil-Mu’minīn.

Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

5. Ayat 80 Surah ash-Shu’ara

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ 

Wa Iżā Mariḍtu Fahuwa Yashfīn.

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”

6. Ayat 44 Surah Fussilat

قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدٗى وَشِفَآءٞۚ

Qul Huwa Lillażīna Āmanū Hudan Wa Shifā’un.

Katakanlah: “Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.”

Ayat ruqyah adalah salah satu amalan dalam Islam yang digunakan sebagai ikhtiar untuk memohon perlindungan dan penyembuhan daripada Allah SWT.

Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan daripada segala jenis penyakit dan bahaya yang boleh menimpa tubuh badan, termasuk pada jiwa, darah, kulit, dan anggota lain.

Syarat mengamalkan ayat ini adalah ia dibaca dengan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT sebagai satu-satunya pelindung dan penyembuh. Amalan ini tidak hanya menjadi perisai dalaman, tetapi juga sebuah pengakuan bahawa kesembuhan dan keselamatan hanya datang daripada kehendakNya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ التَّامَّاتِ مِنَ الرِّيحِ الأَحْمَرِ وَالدَّاءِ الأَكْبَرِ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ فِي النَّفْسِ وَالدَّمِ وَاللَّحْمِ وَالْجُلُودِ وَالْعُرُوقِ وَالْعِظَامِ. لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا أَنْ تَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Allāhumma Innī A‘ūżu Bikalimātika At-Tāmmāti Minar-Rīḥil-Aḥmar, Wa Ad-Dā’il-Akbar, Wa Min Kulli Dā’in Fī An-Nafs, Wad-Dam, Wal-Laḥm, Wal-Julūd, Wal-‘Urūq, Wal-‘Iẓām. Lā Ilāha Illā Anta Subḥānaka Idhā Qaḍayta Amran An Taqūla Lahu Kun Fayakūn.

Maksudnya

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada bahaya angin ahmar (strok), penyakit yang paling besar, dan daripada tiap-tiap penyakit di dalam jiwa, darah, daging, kulit, urat dan tulang.

Tiada tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau apabila Engkau telah menetapkan sesuatu, cukuplah Engkau mengatakan, ‘Jadilah’ maka terjadilah ia.

Panduan Menawar Penyakit
  1. Baca Bismillahi rahmanir-rahim (1 kali)
  2. Baca selawat syifa atau mana-mana selawat (1 kali)
  3. Baca doa di atas dan hembuskan pada secawan air lalu diminum
  4. Diamalkan secara tetap dan terus-menerus sebelum masuk tidur. InsyaaAllah mujarab bagi segala penyakit di dalam badan.

Berikut ini dikongsikan doa dan amalan untuk mengatasi beberapa jenis penyakit yang sering melanda manusia.

Demam Panas

  1. Pertamanya, dibaca surah al-Fatihah (sekali)
  2. Kedua, dibacakan selawat tib atau selawat penyembuh (syifa) sekali.
  3. Ketiga, dibaca doa ini:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ نَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ.

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm, Bismillāhil-Kabīr, Na‘ūżu Billāhil-‘Aẓīm Min Sharri ‘Irqin Na‘‘ār, Wa Min Sharri Ḥarrin-Nār.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka

Cara Merawat:
Dihembuskan pada segelas air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.

Demam Campak

Untuk menurunkan panas badan pesakit dan mengeluarkan segala campak di badannya, sila cuba amalan berikut:

  1. Baca surah al-Fatihah (1 kali)
  2. Selawat Syifa / Tib (1 kali)
  3. Baca ayat 21 sehingga 24 surah al-Hasyr iaitu:

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٖ لَّرَأَيۡتَهُۥ خَٰشِعٗا مُّتَصَدِّعٗا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ٢١ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ ٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَكَبِّرُۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٢٤

Lau Anzalnā Hāżā Al-Qur’āna ‘Alā Jabalil-La Ra’aitahu Khāshi‘an Muṭaṣaddi‘an Min Khashyatillāh. Wa Tilkal-Amthālu Naḍribuhā Lin-Nāsi La‘allahum Yatafakkarūn (21). Huwa Allāhu Allazī Lā Ilāha Illā Huwa, ‘Ālimul-Ghaibi Wash-Shahādah, Huwa Ar-Raḥmānu Ar-Raḥīm (22). Huwa Allāhu Allazī Lā Ilāha Illā Huwa, Al-Maliku Al-Quddūsu As-Salāmu Al-Mu’minu Al-Muhayminu Al-‘Azīzu Al-Jabbāru Al-Mutakabbir. Subḥānallāhi ‘Amma Yushrikūn (23). Huwa Allāhu Al-Khāliqu Al-Bāri’u Al-Muṣawwiru, Lahu Al-Asmā’ul-Ḥusnā. Yusabbiḥu Lahu Mā Fī As-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Huwa Al-‘Azīzu Al-Ḥakīm (24).

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22)

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23)

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)

Cara Merawat:
Tiupkan pada air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada pesakit.

Peringatan

Jika campak tidak juga keluar (sehingga habis) dengan kaedah ini, ulangkan ikhtiar ini tetapi dengan susunan bacaanya (1), (3) dan (2)

Sakit Kepala

بِسْمِ اللَّهِ خَيْرِ الأَسْمَاءِ، بِسْمِ اللَّهِ رَبِّ الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ، بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي اسْمُهُ بَرَكَةٌ وَشِفَاءٌ، بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Bismillāhi Khayril-Asmā’, Bismillāhi Rabbil-Arḍi Was-Samā’, Bismillāhi Alladżī-ismuhu Barakatun Wa Shifā’, Bismillāhi Alladżī Lā Yaḍurru Ma‘a Ismihi Shay’un Fil-Arḍi Walā Fis-Samā’ Wa Huwa As-Samī‘ul-‘Alīm.

Maksud:

Dengan nama Allah sebaik-baik nama. Dengan nama Allah Tuhan bumi dan langit. Dengan nama Allah yang namaNya membawa berkat dan menjadi penawar. Dengan nama Allah yang tidak akan memudaratkan bersama namaNya sesuatu yang berada di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Luka

Untuk menghentikan darah yang mengalir disebabkan luka, bacakan ayat ini sambil menekan tempat yang luka.

وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِي لِمُسۡتَقَرّٖ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ

Wash-Shamsu Tajrī Limustaqarrin Lahā, Dżālika Taqdīru Al-‘Azīzi Al-‘Alīm.

Maksudnya:

Dan matahari itu berlari kepada tempat pertambatan baginya, demikian itu takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui

— Surah Yasin ayat 38

Bisul

Untuk mengecutkan bisul, pegang tempat yang berkenaan dan bacakan:

اللَّهُمَّ يَا مُصَغِّرَ الْكَبِيرِ الصَّغِيرِ صَغِّرْ مَا بِي.

Allāhumma Yā Muṣaghghira Al-Kabīri Aṣ-Ṣaghīri, Ṣaghghir Mā Bī.

Maksudnya:

Ya Allah, wahai Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkan apa yang tumbuh (bisul) pada badanku ini.

Bengkak

Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah ini semasa mengubati bengkak di kepala Asma’ bt Abu Bakar.

Dengan berlapikkan kain, Baginda memegang kepala pesakit sambil membaca 3 kali ayat berikut:

بِسْمِ اللَّهِ أَذْهِبْ عَنْهَا سُوءَهَا وَفَحْشَهَا بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الطَّيِّبِ ٱلْمُبَارَكِ ٱلْمَكِينِ عِندَكَ بِسْمِ اللَّهِ.

Bismillāh. Adżhib ‘Anhā Sū’ahā Wa Faḥshahā Bi Da‘wati Nabiyyika Aṭ-Ṭayyibil-Mubārak Al-Makīn ‘Indaka, Bismillāh.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, hilangkan daripadanya keburukan dan kejahatannya, dengan doa Nabi-Mu yang baik dan berkat, serta mempunyai kedudukan di sisi-Mu. Dengan nama Allah.

Penyakit Sawan & Gangguan Syaitan

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ.

A‘ūżu Bikalimāti Allāhi At-Tāmmati, Min Kulli Shayṭānin Wa Hāmmah, Wa Min Kulli ‘Aynin Lāmmah.

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan, makhluk yang mempunyai racun, dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan.

Cara merawat:
Dibaca 3 atau 7 kali lalu dihembuskan ke atas ubun-ubun kanak-kanan

Doa Awet Muda & Kecergasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْهَرَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ. اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Allāhumma Innī A‘ūżu Bika Minal-‘Ajzi Wal-Haram, Wa A‘ūżu Bika Min Jahdi Al-Balā’, Wa Daraki Ash-Shaqā’, Wa Sū’i Al-Qaḍā’. Allāhumma Innī Ḍa‘īfun, Fa Qawwinī Yā Arḥamar-Rāḥimīn.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung denganMu daripada timpaan bala bencana, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, sesungguhnya aku (insan) lemah, maka kuat dan segarkan diriku, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Memohon Kesihatan Tubuh Badan

Dibaca pada waktu pagi dan petang.

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ.

Allāhumma ‘Āfinī Fī Badanī, Allāhumma ‘Āfinī
Fī Sam‘ī, Allāhumma ‘Āfinī Fī Baṣarī. Allāhumma
Innī A‘ūżu Bika Minal-Kufri Wal-Faqr, Allāhumma
Innī A‘ūżu Bika Min ‘Adhābil-Qabr, Lā Ilāha Illā Anta.

Maksudnya:

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba. Ya Allah, hamba berlindung denganMu daripada kekufuran dan kepapaan. Ya Allah, hamba berlindung denganMu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau.

Penutup: Mohonlah Kesembuhan Daripada Allah

Hakikat pertolongan dan pelindungan adalah daripada Allah SWT, sesuai dengan firmanNya:

Cukuplah Allah menjadi wakil (pelindung) kami yang sebaik-baiknya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dari Maha Besar.

Justeru, manusia perlu memusatkan segala permintaan dan pertolongan pada Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Pencipta.

Oleh itu, sebagai insan yang sentiasa berusaha menghampiri martabat takwa, segala masalah yang dihadapi khususnya yang berkaitan dengan permasalahan rohani dan jasmani perlu kepada penyelesaian dengan memohon belas ihsan dan pertolongan Allah SWT sebagai khaliq atau Pencipta makluk itu sendiri.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada semua.

Rujukan

Rujukan bagi selawat syifa, ayat-ayat dan doa penyembuh ini adalah daripada Ust Dato’ Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

42 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Azza Zulikram Bin Mohamed Ali
Azza Zulikram Bin Mohamed Ali
20 hari yang lalu

Assalamualaikum wrb. Ayat 69 surah an nahl, huruf jim bukan kho; yakhruju, bukan yakhrukho, wallahualam.

Last edited 20 hari yang lalu by Azza Zulikram Bin Mohamed Ali
Syed Azman
Syed Azman
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum wrb.
Semoga kita semua berolehi kebaikan drp ruangan yang tuan hasilkan ini dan perolehi pahala amal jariah sebagaimana tuan, bilamana disebar luaskan.InsyaAllah.

Zaidi
Zaidi
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum…mohon izin dari tuan utk saya copy selawat syifa supaya senang saya hafal….dan mohon halalkan semua amalan dan doa dalam penulisan tuan utk saya amal dan hafal.
terima ksh

Last edited 2 bulan yang lalu by Zaidi
Zaidi
Zaidi
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Alhamdulillah….terima ksh tuan

Mohd Azmi
Mohd Azmi
4 bulan yang lalu

Saya mohon untuk mengamalkan doa dan bacaan-bacaan yang terkandung dalam tulisan tuan dan mohon halal ilmunya

Syam
Syam
1 tahun yang lalu

Selawat dan tulisan padanya tidak selari..keliru

Ahmad Rezal Karim
Ahmad Rezal Karim
1 tahun yang lalu

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ
 جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Abd aziz bin abdul kadir
Abd aziz bin abdul kadir
1 tahun yang lalu

Satu ruangan yang terbaik. Mudah umtuk semua mendapat syafaat. Dapat mengetahui berbagai penyakit yang serius dan dapat mencuba mengubati nya sendiri.

Mohamad Jelani
Mohamad Jelani
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum..Mohon Doa & amalan utk menghilangkan gatal-gatal pada badan

Zee
Zee
Reply to  Mohamad Jelani
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum .boleh Saya dapatkan ayat atau dia untuk menghilangkan gatal gatal bagi merawat ibu saya..terimaksih.

-:HerbPointSurvivor:-
-:HerbPointSurvivor:-
2 tahun yang lalu

Ayat dalam ni kesemuanya ada dalam kitab tulisan tangan seorang ustaz dari Indonesia yang kini bermastautin di selangor, Malaysia. Alhamdulillah.
-:HerbPointSurvivor:-

Kamil bin Mohamad
Kamil bin Mohamad
2 tahun yang lalu

Saya nak mohon kongsi terimakasih