Keselesaan dalam solat merupakan salah satu elemen yang harus diberi penekanan oleh kita sebagai umat Islam.
Banyak perkara yang menyumbang kepada keselesaan kita semasa solat. Salah satu diantaranya adalah dengan memilih pakaian solat yang selesa.
Bila kita berada dalam keadaan selesa, insyaaAllah ia akan membantu kita untuk khusyuk dalam setiap solat kita kerana tiada gangguan dari elemen luar seperti rasa panas, berpeluh dan bau yang kurang menyenangkan.
Ini penting terutamanya bila kita yang sedang berhajat untuk mengerjakan haji atau umrah di tanah suci Mekah yang cuacanya boleh mencecah sehingga 40C.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam.
Islam menganjurkan umatnya agar selalu tampil indah dan cantik kerana Islam itu sendiri amat cantik dan indah.
Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri.
Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya kelihatan tidak berseri dan tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum, terutamanya bagi mereka yang sudah bersuami
Satu perkara yang mesti kita ketahui adalah bahawa penampilan kita akan memunculkan kesan bagi sesiapa yang melihatnya. Ketika orang lain yang pertama kali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita daripada cara kita berpakaian.
Manusia adalah makhluk istimewa yang diciptakan oleh Allah dalam pelbagai bangsa dan mempunyai pelbagai bahasa. Dari bahasa-bahasa dunia inilah kita belajar dan memperolehi ilmu, samada ilmu dunia dan akhirat.
Islam menganjurkan kita supaya sentiasa mencari ilmu untuk kesenangan diri dan kesejahteraan ummah. Ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh ulama-ulama Islam sejak zaman silam
Mungkin kita telah selesai dalam menetapkan pendidikan rohani dan fardhu ain anak-anak, tetapi bagaimana pula dengan pendidikan dunia untuk kehidupan anak dimasa hadapan kelak?
Sudahkah kita selesai memberikan pendidikan terbaik kepada mereka?
Pada saya pendidikan awal sangat penting.
Seeloknya tekankan anak belajar English supaya bila besar dia boleh berkomunikasi dengan baik.
Di Malaysia ada banyak bahasa. Ada bahasa Cina, India, Kadazan dan macam-macam lagi, tidak salah kalau kita pelajari. Lagipun Bahasa Inggeris antara bahasa yang penting dan juga digunakan di IPT atau ketika kita memohon kerja.
Jika kita tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, agak sukar untuk memohon pekerjaan kerana rata-rata syarat-syarat pemohonon kerja memerlukan anda fasih dalam penggunaan Bahasa Inggeris selain Bahasa Malaysia.
Saya rasa anda sudah mendapat idea tentang kepentingan menguasai bahasa dunia ini.
Jika sejak dari kecil dapat menguasai bahasa Inggeris, pastinya lebih banyak ilmu yang dapat dipelajari dan memudahkan pembelajaran anak-anak itu dimasa hadapan kelak.