Berapa kerap anda rasa sesuatu yang tidak kena terjadi dalam kehidupan anda?
Anda merasa lemah tubuh badan, mudah beremosi tanpa sebab, ada rasa benci terhadap orang lain, fikiran yang serabut dan sering bermimpi perkara aneh secara berulang-ulang?
Mungkin anda merasakan ini perkara biasa dan tidak perlu dilayan sangat rasa-rasa sebegini. Ia mungkin permainan perasaan, atau pengaruh dari suasana sekeliling yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kehidupan anda.
Mungkin ya mungkin tidak.
Mungkin anda secara TIDAK SEDAR telah terkena gangguan SIHIR.
Ia tidak mengejutkan, kerana sejak ribuan tahun lalu sepanjang sejarah manusia, sihir ilmu hitam merupakan perkara yang benar wujud, masih diamalkan dan kekal sebagai senjata halus yang digunakan secara jahat untuk merosakkan manusia.
Apa itu gangguan sihir?
Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan.
Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan yang jahat.
Gangguan sihir adalah termasuk Santau, Saka, Pukau dan dirasuk makhluk halus seperti Jin. Kesannya boleh menyebabkan mangsanya menderita sakit, rosak rumahtangga, gila dan hingga boleh menyebabkan kematian.
Gangguan juga boleh disebabkan kita tinggal satu rumah dengan makhluk halus.
Menakutkan?
Ya, sebab ia tidak mudah untuk dikesan dan diubati. Malah ia juga menjejaskan orang lain.
Namun, Kita bukanlah makhluk yang lemah.
Kita adalah hamba Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa. Kita adalah makhluk yang dikurniakan akal, nikmat iman dan kitab Al-Quran sebagai petunjuk.
InsyaaAllah, setiap penyakit ada penawarnya. Setiap musibah ada jalan penyelesaiannya.
Mengenalpasti 43 Petanda Terkena Gangguan Sihir
Ini adalah beberapa simptom dan gejala awal yang boleh kita kenalpasti sebagai gangguan sihir.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang disenaraikan dibawah pernah atau sedang dialami oleh anda.
Antaranya adalah:
- Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
- Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
- Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
- Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
- penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.
- Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
- Badan terasa bisa-bisa/gatal.
- Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
- Sukar tidur malam.
- Sakit pinggang tanpa sebab.
- Sakit dada bila waktu asar keatas.
- Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
- Sakit anggota badan tertentu seperti kaki, tangan selepas waktu asar.
- Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
- Bayi kerap menangis.
- Bunyi guli jatuh diatas syiling.
- Panas baran.
- Sikap berubah secara mendadak.
- Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
- Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
- Kerap keguguran.
- Gagal melakukan hubungan kelamin.
- Mengantuk bila dengar al-quran.
- Bermimpi seram yang menakutkan.
- Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
- Selalu ditindih ketika tidur.
- Selalu melihat kelibat dirumah.
- Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
- Kerap mendengar sesuatu bisikan.
- Melihat jin secara terus.
- Sakit mental atau gila.
- Sakit tulang belakang tanpa sebab.
- Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal
- Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
- Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
- Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
- Timbul rasa takut tanpa sebab.
- Sering pengsan tanpa sebab.
- Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
- Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
- Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
- Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
- Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
Bagaimana Merawat Gangguan Sihir Terhadap Diri Dan Keluarga?
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya.
Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)” – Hadis riwayat Bukhari & Muslim
Yang penting, kita perlu berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit yang menimpa, termasuklah bab sihir ini.
Ada beberapa kaedah atau cara yang boleh kita lakukan untuk mematikan sihir.
1. Mengesan jin didalam badan
Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:
- Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
- Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
- Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:
- Hati berdebar-debar
- Lupa bacaan.. tersasul… terhenti secara mendadak
- Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
- Rasa mual & nak muntah
- sakit perut secara tiba-tiba
- terasa pergerakan didalam badan.
- Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
- jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
2. Membaca Ayat Rukyah
Ruqyah secara amnya ialah bermaksud jampi-jampi atau mentera .
Ruqyah secara syari’e (Ruqyah Syari’ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.
Antara ayat rukyah adalah:
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah Ayat 1-5
3. Al-Baqarah Ayat 102
4. Al-Baqarah Ayat 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
6. Al-Baqarah Ayat 285-286
7. Ali-Imran Ayat 18-19
8. Al-’Araf Ayat 54-56
9. Al-’Araf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
12. Toha Ayat 69
12. Al-Mukminun Ayat 115-118
13. As-Soffaat Ayat 1-10
14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15. Ar-Rahman Ayat 33-36
16. Al-Hasyr Ayat 21-24
17. Al-Jin Ayat 1-9
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Naas
3. Berjumpa dengan Ustaz / Pengamal Perubatan Islam Yang Pakar
Berjumpalah dengan Ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk merawatnya secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk.
InsyaaAllah mereka yang pakar dan lebih alim akan boleh membantu kita mengesahkan dan merawat gangguan tersebut.
Dibawahkan ini adalah video penerangan ringkas mengenai saka oleh Ustaz Sharhan Shafie:
4. Mengamalkan Mandian Gel Mandian Bidara
Ramai yang tidak tahu salah satu cara berkesan untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan sihir adalah dengan mengamalkan mandi dengan air daun bidara.
Daun bidara adalah salah satu bahan yang mempunyai bau yang sangat tidak disukai oleh jin dan makhluk halus yang lain.
Daun bidara (Zizyphus Mauritiana), iaitu sejenis tumbuhan yang disebut dalam Al-Quran yang digunakan secara khusus untuk merawat penyakit-penyakit rohani seperti gangguan emosi, gangguan tidur, gangguan jin dan sihir.
Daun Bidara ini telah digunakan oleh para ulama sejak zaman berzaman sebagai bahan penting dalam merawat dan menyembuhkan orang yang terkena sihir dan membuang saka.
Mandian bidara sudah digunakan secara meluas oleh para ustaz dan pengamal perubatan yang lain sebagai salah satu bahan yang berkesan dalam merawat pesakit.
Dibawah ini saya paparkan screenshot testimoni mandian bidara dari salah seorang pengamal berubatan Darussyifa, Ustaz Tuan Aufa, dalam merawat anak kecilnya sendiri.
Dengan berlakunya peredaran zaman, kini untuk mendapatkan daun bidara bukanlah sesuatu yang sukar.
Ekstrak daun bidara boleh didapati dalam bentuk gel, dimana keberkesanannya tetap terjamin.
Antara khasiat menggunakan Gel Mandian Bidara adalah:
- Mengusir Jin & Makhluk Halus, dimana baunya cukup tidak disukai mereka
- Merawat sakit kepala yang berpanjangan
- Merawat penyakit tidak boleh tidur malam
- Aromanya menangkan hati dan mengelakkan mimpi yang buruk akibat mainan makhluk halus
- Boleh digunakan sebagai pembersih peribadi wanita.
Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khasiat dan keberkesanan gel daun bidara disini: terapipenawarsihir.com
Penutup: Lindungi Diri & Keluarga Anda Daripada Bahana Sihir!
Sihir – Bukan sahaja menyusahkan kita, tetapi penderitaanya turut ditanggung oleh keluarga kita.
Ibarat barah, jika dibiarkan berlarutan ia akan semakin melarat dan menghancurkan kehidupan kita dari dalam..
..dan kejam!
Apa yang lebih diharapkan oleh anda selain dapat menyediakan dan melalui kehidupan yang baik, bukan?
Jadi, buatlah tindakan yang sepatutnya.
Didalam dunia yang penuh fitnah, kitalah seharusnya merawat dan mencegah fitnah itu daripada menghinggapi diri dan keluarga kita sendiri.
Dapatkan Gel Mandian Bidara disini: terapipenawarsihir.com
Semoga berkongsian ini memberi manfaat yang berguna kepada anda.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum saya ingin kepastian betul atau tidak mengenai minyak atau air yang telah diruqyah atau bacaan akll quran tidak boleh dilangkah tq
Waalaikumussalam,
Secara spesifik, tidak ada nas yang jelas dalam Al-Quran atau Hadith yang secara langsung menyatakan bahawa melangkah ke atas minyak atau air yang telah diruqyah adalah haram atau dilarang. Namun, sebagai tanda hormat dan untuk menjaga keberkatan yang ada pada benda tersebut, kita biasanya akan mengelakkan perbuatan tersebut.
Oleh itu, walaupun tidak secara jelas dinyatakan dalam sumber hadis dan al quran, tindakan mengelakkan melangkah ke atas minyak atau air yang telah diruqyah adalah bertujuan untuk menghormati keberkatan yang mungkin ada pada benda tersebut.
Wallahu a’lam
Assalam Ustaz, soalan saya ni pelik sikit.Suatu hari hati saya tiba-tiba terlintas nak terima saka tu.Masa tu saya macam tak sedar tiba-tiba rasa macam ada percakapan dalam hati ni terima saka.Masa terlintas tu saya mengucap dan istighfar sebab memang saya cakap dengan diri sendiri saya tak nak terima benda-benda yang syirik pada Allah ni.Kadang-kadang saya nak sezuatu perkara mesti ada macam suara contoh kalau kau buat ni maknanya kau terima saka tu.Adakah itu bisikan makhluk halus atau bagaimana ustaz mohon pencerahan.Saya tak nak meninggal esok dalam keadaan Allah tak terima saya.
Assalamualaikum.
Awak tidak perlu bimbang terlalu banyak tentang lintasan-lintasan atau bisikan yang tiba-tiba muncul dalam hati atau fikiran.
Manusia kerap kali mendapat bisikan daripada syaitan atau dari nafsu sendiri yang cuba menggugat keimanan atau membuat kita merasa cemas dan risau.
Dalam kes awak, yang penting adalah bagaimana awak menangani lintasan tersebut:
1. Mengucap dan Istighfar:
Reaksi awak yang mengucap dan beristighfar adalah tindakan yang baik dan sesuai. Ini menunjukkan ketulusan hati awak dalam menolak apa yang bertentangan dengan ajaran Islam.
2. Bisikan Syaitan:
Apa yang awak rasa mungkin adalah bisikan syaitan yang ingin menggugat keimanan awak. Syaitan sentiasa berusaha untuk memisahkan kita dari Allah dengan berbagai cara, termasuklah dengan menimbulkan keraguan atau lintasan-lintasan yang tidak dikehendaki.
3. Kuatkan Keimanan dan Perlindungan:
Adalah baik untuk meningkatkan amalan harian seperti solat, zikir, dan membaca Al-Quran. Bacalah ayat kursi, surah Al-Falaq, dan surah An-Naas selepas setiap solat fardhu untuk memohon perlindungan dari gangguan syaitan dan makhluk halus.
4. Bimbingan dan Nasihat:
Jika awak rasa terganggu atau bimbang dengan perasaan ini, adalah baik untuk berjumpa dengan ulama atau kaunselor agama untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.
5. Niat yang Kuat:
Ingatlah bahawa Allah melihat niat kita. Selagi niat kita untuk tidak terlibat dengan apa yang bertentangan dengan syariah dan kita berusaha melawan bisikan atau lintasan tersebut, insha’Allah, Allah akan menolong dan melindungi kita.
Teruskan usaha awak untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam dan jangan biarkan keraguan atau bisikan syaitan mengganggu hubungan awak dengan Allah.
Semoga Allah melindungi awak dan memudahkan urusan awak. Amin.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan.
Alhamdulillah, perkongsian yg amat berguna. Semoga asbab perkongsian ini anda sentiasa dirahmati Allah… aamiinn YaRobb
A’kum ustaz..boleh sy mnta bantuan mengenai sihir tak ustaz..sebab saya rasa ada terkena pada keluarga saya
salam ustaz,bgaimana ye nak menghapuskan sihir ,contohnya..seseorg yg terkena sihir pengasih,kawan sy sejak dulu lg terkena sihir pengasih ni sehingga dia tgalkan kluarga dn semuanya ikut org yg menyihirnya,dulu dia xsedar akn keadaan ini tp sekrg dia mula sedar dn menganggap mkin benar keadaan ini..bgaimana ye ustaz nk menghapuskan sihir ini,agar kwn sy dpt hidup normal semula. hrp ustaz dpt membantu..wasap sy 011 6383 4923 puan emma. TERIMAKASIH
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
email saya : [email protected]
Boleh bagi alamat boss tq masalah rumah ….
Assalamualaikum ustaz,saya sakit dada dah 7 tahun start kawin dngan isteri kedua,kepala sakit,knapa tu ustaz,pegi da banyak tempat berubat,tapi tak berjaya,semua tahu kena apa,tapi tak boleh pulihkan saya
0135466246 kalu nk dirawat boleh call mie johor
Aslm ustaz blh tak brubat dari jarak jauh
Apa syarat2 nya
Tkash
Ustad suami saya di rukiah ustad kata terkenal Ain Dan sihir tapi di sebabkan saya gelabah sb selepas di rukiah suami saya muntah darah yang Tak henti henti jadi saya takut untuk meneruskanya .selang empat Hari suami meninggal dunia .mohon di beri penjelasan supaya orang lain tidak gelabah seperti saya yang ahirnya menyesal Tak sudah..l
PM harga GEL Mandian Bidara sebotol – hantaran ke-Singapura