Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?

Tujuan Hidup
Apakah tujuan hidup kita di dunia ini sebenarnya?

Pernah anda terfikir, mengapa manusia wujud di dunia ini?

Untuk apa?

Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?

Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?

Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening-pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.

Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

 

Manusia Umumnya Takut Dengan Sesuatu Yang Tidak Diketahuinya..

Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang-kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.

Mengapa?

Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi.

Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.

Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir.

Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.

Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.

Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.

Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. 

Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.

Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

 

Ada Pula Orang Yang Merasa Memiliki Tujuan Hidup, Namun Tujuan Yang Dipilihnya Adalah Salah

Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.

Mengapa tidak tenang?

Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.

Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

— Q.S. 51:56

Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya.

Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.

Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain.

Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.

Hamba harus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.

Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat.

Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.

Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

 

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan”

Surah al-Israa’ ayat 70

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

84 thoughts on “Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?”

  1. Sebenarnya tujuan hidup manusia ada 3, iaitu sebagai hamba[QS 51:56] , khalifah (pemimpin)[QS 2:30] dan da’i (pendakwah)[QS 3:110]

    Reply
  2. Saya ingin bertanya tenatng pandangan atau pendapat tuan mengenai soalan yang luar daripada konteks Islam iaitu mengapakah manusia wujud di atas muka bumi ini?

    Reply
    • Tiada jawapan konkrit yang dapat saya berikan jika disandarkan kepada pendapat akal semata-mata.

      Bahkan dari segi saintifik pun mempunyai pelbagai variable jawapan yang tiada jawapan mutlak.

      Reply
  3. Assalamualaikum

    saya mahu tahu mengapa allah memberi kita hidup di dunia ni mengapa kita harus bertujuan dulu sebelum membuatnya ad ini sekadar ujian atau di sengaja kan

    Reply
    • Hidup ini mesti mempunyai tujuan dan itulah yang akan menjadi ujian bagi kita.

      Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di bumi.

      Dan kita akan diuji dengan dua perkara di atas, sama ada kita berjaya melaksanakannya dengan baik atau tidak.

      Reply
    • maksud saya tujuan hidup harusnya yang berkaitan dengan apa yang ingin kita capai selama hidup dunia ini

      Reply
      • Tujuan-tujuan ini sangat berkait rapat dengan dunia dan tidak langsung berkait hubungan kita dengan Allah.

        Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku” — Surah Adz-Dzaariyat ayat 56

        Apabila kita melihat ayat tadi di mana Allah mengatakan bahawa dia telah menciptakan manusia untuk beribadah kepada-Nya.

        Kita sering kali memahami maksud ibadah dengan melaksanakan sesuatu perbuatan pada siang hari atau mengikuti sesuatu perintah dalam kehidupan seharian kita.

        Namun, mari kita melihat kata dasar perkataan ya’budoon (perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam ayat untuk makna menyembah tadi).

        Kata dasarnya adalah ‘Abd yang secara literalnya bermaksud “hamba”.

        Ini seharusnya menyedarkan kita bahawa Allah mencipta kita bukan untuk kita beribadah kepada-Nya secara main-main, tetapi beribadah sebagai hamba yang sebenar.

        Jika kita menerima bahawa kita ini hamba Allah, maka itu bermaksud apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan, seharusnya selari dengan apa yang pencipta kita mahukan.

        Dengan hanya menerima hakikat yang kita adalah hamba kepada Allah, ia membuka tahap baru kepada tujuan dan makna hidup dalam kehidupan kita.

        Kita tidak akan lagi taasub perlumbaan mengejar kejayaan dunia.

        Perkara utama yang patut menjadi kekhuatiran kita adalah:

        – Bagaimana kita dapat menjadikan tuhan kita gembira?
        – Bagaimana kita dapat menjadi hamba terbaik buat Allah?

        Reply
  4. Assalamualaikum…?????

    Aku masih bingung…tapi yg hanya aku tahu hanyalah salat, berdzikir dan berbuat baik,, tetapi saya takut jika kebaikan itu ada kesalahan yang tidak menghasilkan pahala…jadi dimana kah hidayah Allah ini untuk mencari kebenaran yang lengkap..Karna aku punya firasat bahwa aku besok di akhirat kelak akan lari kebingungan dan takut akan nasibku besok ???

    Reply
    • Waalaikumusalam wrwb..
      Hidaya itu harus kita jemput sendiri,,misalnya,,harus lebih menggali isi Al qur’an,,karna al quran itu ialah petunjuk bagi manusia,,baik didunia maupun diakhirat…
      Dan Allah tak perna jauh dari hamba2 nya…

      Reply
  5. Aku merasa sangat banyak pelajaran tentang hidup di dunia ini. Dan banyak pelajaran dan hikmah yang saya dapati. Itu membuat saya benar benar memhuat saya menjadi merubah diri saya sendiri di kemudian hari nantik dan kedepan nya nantik. ???

    Terima kasih atas motivasi yang saya baca dari web saudra sendiri.

    Reply
  6. Sesungguhnya hidupku,matiku,dan amal ibadatku hanya kerana Allah S.W.T. …….Allah yang memiliki arasy yang agung…kepadaMu lah aku serahkan hidup dan matiku

    Reply
  7. Tujuan saya hidup di dunia ini adalah:
    mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.
    apa aja mentaati perintah Allah yaitu shalat,membaca Al-qur’an,dan berbuat kebaikkan.
    menjauhi larangan Allah yaitu perbuatan dosa

    Reply
  8. apa sih tujuan hidup itu??
    apakah kalian bisa merasakan apa yg benar2 saya alami saya rasakan menjadi seperti saya?

    Reply
  9. TUJUAN hidup saya adalah menjadi hamba Allah yang diciptakan untuk hidup di dunia tanpa sia_sia.menjadi hamba Allah yang berguna untuk banyak orang, bermanfaat (menolong sesama semampu kita ), dan menjadi TELADAN yang baik untuk banyak orang. dan TUJUAN dari KEHIDUPAN saya tadi adalah mencari KEBENARAN untuk mendapatkan apa yang saya inginkan SURGA . seperti yang Allah janji kan kepada hambanya. saya ingin kembali di sisi Allah dengan rasa bahagia dan puas dari kerja keras saya selama d dunia.karena Allah HANYA memberi saya 1 kali saja untuk hidup di dunia. masalah ujian yang kita alami. sesulit dan sesakit apa pun itu. ALLAH swt memberi kita ujian sesuai dengan perihal kita di dunia. KARENA Allah hendak menguji kita dengan itu untuk melihat hamba nya.apakah kita benar2 yakin akan ada nya Allah (meskipun kita belum pernah melihat-Nya?apakah kita yakin dengan janji Allah ?itu sebab nya Allah hendak menguji kita….intinya HIDUP ini HANYA 1 kali pergunakan dgn sebaik mungkin.kita sebenarnya sudah tau TUJUAN hidup kita. hanya kita aja yang merumitkan itu semua.
    apa bila ada salah dari kata2 yg saya tulis maafkan sya. SEMOGA BERMANFAAT

    Reply
  10. Hidup, lahir dibumi orang disekirar menangis bahagia
    Bekerja & beribadah
    Mati, pulang dari bumi orang menangis kehilangan

    Reply
  11. tujuan hidup itu.. mencari kebenaran..
    Kebenaran mencari Tuhan mana yang benar
    Kitab yang Benar..
    baru kita mengikuti perintah larangan dari kitab itu

    sehingga hidupnya benar sesuai perintah Tuhan..

    Reply
  12. Pada intinya tujuan hidup itu sangat sederhana, yaitu “LOBANG” Ingatlah dari mana kamu bersasal , apakah yang kamu cari didunia ini , dan kemana kamu akan kembali?
    Tinggal dengan jalan apa kita kita capai LOBANG itu untuk mendapatkan ridho dari ALLAH SWT.

    Reply
  13. Sesuai dengan judul mu tentang Tujuan hidup manusia, tapi anda malah tidak menerangkan Tujuan Hidup manusia

    Reply

Leave a Comment