Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?

Tujuan Hidup
Apakah tujuan hidup kita di dunia ini sebenarnya?

Pernah anda terfikir, mengapa manusia wujud di dunia ini?

Untuk apa?

Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?

Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?

Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening-pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.

Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

 

Manusia Umumnya Takut Dengan Sesuatu Yang Tidak Diketahuinya..

Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang-kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.

Mengapa?

Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi.

Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.

Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir.

Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.

Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.

Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.

Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. 

Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.

Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

 

Ada Pula Orang Yang Merasa Memiliki Tujuan Hidup, Namun Tujuan Yang Dipilihnya Adalah Salah

Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.

Mengapa tidak tenang?

Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.

Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

— Q.S. 51:56

Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya.

Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.

Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain.

Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.

Hamba harus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.

Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat.

Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.

Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

 

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan”

Surah al-Israa’ ayat 70

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

84 thoughts on “Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?”

  1. Assalammualaikum wr.wb
    Sedulur kabeh sekalian yg seiman se islam jadi pada hakikatnya manusia diciptakan hidup didunia itu adalah untuk beribadah, ( beribadah untuk diri sendiri ,keluarga,dan orang lain hakekatnya karena Allah SWT).

    Reply
  2. anda semua akan bingung dengan tuhan jika anda sendiri tidak memahami diri anda sendiri sebagai manusia. Karena kunci untuk bertemu dengan tuhan ada di dalam diri anda sendiri. Dan tidak bisa anda hanya mendengar cerita dari seorang teman mengenai cara bertemu tuhan. Semua orang diciptakan berbeda, cerita hidup mereka berbeda beda, dan otomatis berbeda beda pula cara mereka untuk bertemu dengan sang illahi. Jadi intinya gausah banyak ngoceh bacot sana sini mending pelajarin kehidupan, pelajari al quran, jangan skeptis, cari jawaban jawaban. Dunia luas, jawaban bisa didapat dimana saja. Jangan cuma ngeluh, bermalas malasan.

    Reply
  3. Don’t be so naive.. I really beg to differ on your views of God.. Tuhan sekadar buat kita semua alat permainanya saja. Tengok macam hidup aku. Dari dulu sampai sekarang hidup aku tak habis2 merana. Dibeban hutang yg byk kerana menolong orang lain. Apa yg Allah tolong aku? Kasi aku rezeki tak seberapa tapi sebalik nya dia tak habis2 beri kan aku kesengsaraan di dalam hidup aku. Untuk ni tahun 2017, as usual lah takde apa2 yg aku nak gembira kan pasal as usual hidup aku dan ibu bapa aku aku sengsara didalam kesedihan dan kesengsaraan. Birthday aku pun ni tahun aku celebrate sorang2 di dalam tangisan kesedihan. Musuh2 sial aku yg dulu aniyai dan khianat aku teros hidup di dalam kebahagian.. Adil ke? Rumah aku tak aman2.. Allah ni betul Tuhan yg jahanam ah. Dah bertahun2 nasib hidup aku dia buat jadi bahan permainan kejam dia. Korang nk marah aku marah lah psl korang tak alami apa yg aku alami.

    Reply
    • Ia berlaku di sebabkan keyakinan anda pada allah masih ragu2.. Cuba anda yakin dengan satu kalimah… Setiap sesuatu yang anda lakukan lafaz dengan kalimah lailahailallah…

      Dan cuba dalami ilmu makrifat

      Reply
    • Tujuan hidup yg sebenar adalah mencari ketenangan mencari kedamaian dan keredhaan oleh Allah s.w.t
      Kita juga harus mempelajari memahami dan mendalami makna kemaafan..
      Contoh : kita Akan tahu dan boleh tahu siapa sekeliling kita sukakan kita.. tapi kita tidak tahu dan tak mengetahui siapa sekeliling kita tidak suka dan marah pada kita…Adil kah Allah untuk memaafkan kita jika ada diantara kita tidak maaf-memaafi antara kita..Jika kita saling maaf-memaafi diantara kita sudah pasti Allah s.w.t pun tak mustahil akan memaafkan kita..kerana Allah maha pemaaf dan maha pemurah..
      Dan diantara kita berdosa dengan Allah s.w.t…Allah out Maha pengampun selagi pintu taubat masih terbuka luas untuk hambanya…Dan Allah itu maha penyang..
      Kedamaian ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang berjuta sekalipun..Bila dalam diri kita ada sifat Ar-rahman dan Ar-rahim baru lah kita Akan merasa ketenangan..

      Reply
      • Jagalah percakapan didalam perbualan
        Jagalah perlakuan didalam pergaulan seharian..Biarlah kita berdosa kepada Allah s.w.t kerana Allah maha pengampun…Dan janganlah kita berdosa sesama kita jika tidak sukar bagi Allah memaafkan Dosa kita sesama kita..Adil kah Allah jika Allah memaafkan kita..jika kita masih belum memaafi antara satu sama lain..

        Reply
    • kita merasa tidak adil kerana satu sahaja
      “KITA TIDAK BERIMAN KPD HARI KIAMAT”
      Tanpa iman kpd hari kiamat, si miskin akan merasa tidak adil kpd sikaya, si lemah akan merasa tidak adil kpd si kuat, si bodoh merasa tidak adil kpd si pandai dll, kerana kita menyangka pembalasan hanya di dunia sahaja.
      Rukun Islam ini tersangat penting, kerana inilah asasnya sebagai org Islam kita percaya kepada Hari Kiamat/Pembalasan, yg mana kita akan di adili seadil2 nya oleh Allah swt.
      Di dunia kita buat baik, org tipu kita, org itu mempunyai kuasa cthnya menteri/org2 berpangkat, tidak mungkin kita mampu membela – di akhirat mahkamah Allah akan mengadilinya
      Di dunia kita lemah sering di buli si kuat, tak mungkin kita mampu melawan – di akhirat mahkamah Allah akan mengadilinya
      Jadi jgnlah kita hanya memikirkan pembalasan di dunia sahaja yg mana akhir nya kita akan merasa keciwa.
      Bersyukurlah dan Memaafkanlah pasti akan rasa lebih bahagia.

      Reply
    • Apa yg ko fikir tu kadang2 aku terpikir jugak..jalan cerita ko tu dh lebih kurang sama dgn aku niii.cuma perbezaan plot cerita je.mcm cerita hindustan yg ssh kawin yg kaya…semua ceritanya sama cuma jalan cerita berbeza…huhuhu
      Usaha dah usaha tapi tetap gagal…sampai apa pun dh xboleh nak buat..mati akal pemikiran.slalu diuji dengan musibah dari senang sampai susah sesusahnya…dh bertahun hari2 berdoa smpai hari ini masih belum sampai serunye lagi..harap ko bleh sabar menghadapi dugaan tuhan dan terus berdoa walaupun xtaw laa dia bg ke x.sebagai seorang muslim kne yakin..itu je bro..mungkin akhir zaman kot yg jahat slalu nasibnye baik manakala yg tahu hukum hakam nii laa slalu diuji…

      Reply
    • Alhamdulillah kalau Anda masih bantu oranglain, insyaa Allah, ini termasuk amal kebaikan, janganlah menyesal karena menolong orang. Menyesal lah ketika amal tdk bertambah, sedangkan umur kita berkurang. Dan keadilan tdk selalu harus dalam bentuk materi, Anda punya mata? Lengakap, dua? Tangan lengkap? Telinga utuh? Kaki sempurna? Otaknya masih ada? Hidung masih normal? Jantung masih bekerja tidak? Hati masih berfungsi? Dan masih banyak lagi kenikmatan yg tdk terhitung, itu baru dari segi kesehatan. Seharusnya kita ini bersyukur masih diberi hidup, masih banyak orang yang ingin menghirup udara segar ttp harus butuh biaya yg sangat tinggi dan itu pun tdk bebas, juga masih banyak anak2 yg sampai sekarang tidak bisa melihat indahnya dunia, yg tangannya hilang, kakinya terpotong, bahkan hingga kehilangan nyawanya. Tidak sepatutnya Anda menghina Tuhan Yang Maha Penyantun, Allah Maha Suci dari segala sesuatu yang hina. Bukan berarti saya benar, tapi Al-Qur’an adalah benar, dan paling benar di dunia ini.

      “ Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS. An Nisaa : 79)

      “ Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. Asy Syura : 30)

      Mari kita sama2 introspeksi diri kita masing2, semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan untuk berjuang kepada kita semua. Aamiin

      Reply
    • Kalau balik sana nanti, tuhan kira setiap anggota badan yang kau guna.. kau mampu bayar balik ke.. bersyukurlah kaj masih ada semua tu dan boleh hidup.. kau je boleh ubah hidup kau sendri.. kau jangan lah tengok orang lain kau pulak rase kau tak cukup itu ini.. bersyukurlah..cuba belajar mensyukuri..
      Kalau tuhan tu ciptakan kau takda yang sia-sia.. melainkan kau yang sia-siakan hidup kau bro..

      Reply
  4. Bukan kah kita hanya dijadikan sebuah mainan?menang masuk surga dan kalah masuk neraka…mengapa Allah harus bgtu bukankah dia bisa menciptakan semua Makhluknya seperti malaikat? Kenapa tidak?

    Terkadang saya selalu memikirkan bgtu,siapa tau ada yg bisa menjawab kegelisahan saya ini :)

    Reply
    • Nah begini. Allah swt itu tidak seperti manusia tidak pernah tidur dan mengantuk tidak punya nafsu. Dan allah swt itu tidak pernah membutuhkan seseorang dan sesuatu termasuk malaikat manusia apalagi jin dan iblis yg membangkang. Allah swt tak pernah lelah dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Nah jawaban atas pertanyaan anda adalah karna allah swt maha berkehendak .ia bisa saja menjadikan semua makhluk itu malaikat tapi allah swt maha berkehendak allah berkehendak lain.bisa saja allah swt menjadikan manusia hanya satu bangsa contoh di dunia ini hanya ada bangsa indonesia dan bahasa indonesia tapi allah swt maha berkehendak allah swt berkehendak lain. Jadi kita sebagai tugas manusia hanya menjalankan perintahnya dan bersyukur karna telah terciptanya diri ini yg dulu tak ada. Allah swt bisa saja tidak menciptakan diri kita tapi allah maha berkehendak allah berkehendak lain. Dan satu lagi allah swt tidak seperti kita yg hina penuh dosa ini kita dilarang membayangkan dan mempertanyakan semua ini terjadi. Karna kita akan seperti blis laknatullah na’uzubillah. Sekian. Wass. Wr wb

      Reply
    • Salam saudara seiman , saya pernah mendengar pertanyaan seperti ini bahkan lebih spesifik lagi , boleh anda buka di youtube tentang pertanyaan seorang atheis yang sangat susah di jawab oleh Dr.Zakir naik ..
      Mungkin dengan melihat video itu dan mendengar apa yang di jelaskan oleh Dr.Zakir naik dapat menjawab pertanyaan dan kegelisahan anda selama ini ..
      Saya akan menjawab sedikit disini ..
      Pertanyaan tentang bukan kah kita sebagai permainan dan kenapa tidak di ciptakan semua mahluk mejadi malaikat , jawaban nya adalah KITA MANUSIA yang telah memilih jalan ini , KITA MANUSIA yang meminta kepada ALLAH untuk di ciptakan sebagai MANUSIA ..
      ALLAH memberi pilihan kepada semua ruh yang di ciptakan NYA ..

      Itu saja yang dapat saya sampaikan , untuk lebih jelas nya , silahkan ceck di youtube untuk mengetaui apa jawaban dari pertanyaan dan kegelisahaan anda ..
      Wassalam

      Reply
    • Karena manusia bisa lebih tinggi dari malaikat dan bisa lebih buruk dari hewan. Manusia itu gitu. Unik, beda dari yang lain. Kita yang ngelakuin, kita yang tanggungjawab. Oleh karena itu, tidak lain jawaban dari pertanyaan Anda adalah:

      “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Mahaperkasa, Mahapengampun.” (Al-Quran, surat Al – Mulk (67), ayat 2)

      “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. Sehingga Allah mengadzab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan Allah Mahapengampun lagi Mahapenyayang.” (QS. Al-Ahzab: 72-73)

      Saya mohon maaf bila kurang memuaskan dlm menjawab, kepuasan itu datangnya hanya dari Allah ‘Azza wa Jalla

      Reply
  5. Hidup memang harus ada tujuan, tanpa tujuan yang pasti maka seperti layang yang tak tahu kemana arah, yang selalu mengikuti kemana arah mata angin menghembusnya. Tujuan hidup sejati adalah untuk bisa bahagia di kehidupan akhirat nanti.

    Reply
  6. Pingback: Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya? | Dianseptiarini08
  7. tujuan hidup kita tidak lain untuk menjalankan perintahnxa dan menjauhi segala laranganya.
    Dunia ?
    ” Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku..” (QS Adzdzariyat :56)
    Pertanyaan penting yang kedua adalah untuk apa hidup. Mencari arti hidup adalah sangat penting. Siapapun yang tidak memiliki misi hidup, hidupnya akan terombang-ambing, tidak jelas, dan dipastikan tidak berarti. Hanya mereka yang memiliki misi hiduplah yang akan berarti dalam hidup, berarti buat dirinya , juga buat orang lain. Manusia tanpa misi bagaikan hewan , yang hanya hidup , karenya nyawanya ada. Hidup hewan tidak lebih berputar sekitar lahir, makan, cari makan, seksual, melahirkan anak, buang air ….
    Manusia yang hidup tanpa misi bagaikan hewan. Inilah yang disindir oleh Allah SWT dalam Al Qur’an, mereka disebut bagaikan hewan , bahkan lebih dari hewan. Ciri mereka : tidak mau berpikir, meskipun sudah diberikan akal (qolbu). Tidak mau menggunakan mata untuk melihat kebenaran. Telinga seakan ditutup tidak mau mendengar kebenaran.
    Persoalannya bagaimana cara manusia mencari misi hidupnya. Logikanya, yang paling tahu untuk apa kita hidup , tentu saja yang menciptakan kita, Allah swt. Allah-lah yang Maha Tahu, paling mengerti untuk apa kita hidup, untuk apa Dia menciptakan kita. Adalah sangat logis kalau kita mencari arti hidup dengan melihat firman Allah SWT di Al Qur’an. Dengan sangat jelas, Allah swt menyebutkan misi hidup utama kita adalah beribadah. Firman Allah swt : “” Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku..” (QS Adzdzariyat :56)”
    Ibnu Abbas menafsirkan ayat di atas dengan: agar mereka (jin dan manusia) menetapi ibadah kepada-Ku. Ibn al-Jauzi menafsirkan ayat di atas dengan: agar mereka tunduk dan merendahkan diri kepada-Ku. (Zâd al-Masîr, 8/43). Maksud ayat di atas adalah agar mereka menjadi hamba Allah, melaksanakan hukum-Nya, dan patuh pada apa yang ditetapkan Allah kepada mereka (Ibn Hazm, Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwâ’ wa an-Nihal, 3/80). Inilah hakikat ibadah. Ibadah tidak lain adalah mengikuti dan patuh, diambil dari al-‘ubûdiyyah; seseorang hanya menyembah Zat Yang ia patuhi dan Yang dia ikuti perintah (ketentuan)-Nya (Ibn Hazm, al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm, 1/90).
    Ringkasnya, makna ibadah adalah tunduk dan patuh kepada hukum-Nya. Inilah ibadah dalam pengertian yang luas, yakni taat kepada kepada seluruh aturan Allah swt. Taat kepada Allah artinya tunduk kepada seluruh aturannya. Mulai dari ibadah mahdoh seperti sholat, zakat, puasa, haji. Termasuk juga aspek mu’amalah seperti ekonomi, politik, keluarga, pendidikan.
    Makna Ibadah diatas juga berarti merupakan penolakan terhadap seluruh aturan yang bukan berasal dari Allah SWT. Sebab, beribadah semata-mata kepada Allah SWT, artinya semata-mata diatur oleh hukum Allah SWT. Menjadikan hukum selain Allah sebagai hukum, berarti bermakna menyembah selain kepada Allah SWT.
    Dengan demikian manusia yang punya misi hidup untuk beribadah, bukan hanya mengikuti Allah swt di masjid, di sajadah, di Baitul haram saat berhaji. Tapi juga saat di kantor, di kursi parlemen, di meja pengadilan. Orang punya misi ibadah karenanya tidak hanya rajin ibadah tapi juga tidak korupsi, tidak membuat kebijakan yang mensengsarakan rakyat. Dia bukan hanya melempar setan pada saat jumroh di Tanah Haram, tapi juga memusuhi setan di tanah air.
    Misi hidup inilah yang nanti akan dituntut pertanggungjawabannya oleh Allah swt. Layaknya seorang presiden yang diberikan mandat oleh parlemen, setelah tugas selesai, yang memberikan mandat akan bertanyak kepada sang Presiden, sejauh mana dia telah melaksanakan mandat itu. Nasib presiden pun ditentukan apakah dia bisa bertanggungjawab atau tidak. Dengan ‘ibadah’ ini nanti juga akan menentukan nasib kita di Yaumil Akhir, meraih surga atau dicampakkan Allah Swt di neraka jahannam yang keras.
    Misi hidup untuk beribadah inilah yang akan menghantarkan dia pada ultimate goal seorang muslim yakni meraih ridho Allah swt. Kerinduan puncak seorang muslim, saat Kekasih Tercintanya memanggil dengan penuh ridho, sementara diapun ridho kepada Allah swt.: Firman Allah SWT :
    ﻳَﺎﺃَﻳَّﺘُﻬَﺎ ﺍﻟﻨَّﻔْﺲُ ﺍﻟْﻤُﻄْﻤَﺌِﻨَّﺔُ ) 27 ( ﺍﺭْﺟِﻌِﻲ ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻚِ ﺭَﺍﺿِﻴَﺔً ﻣَﺮْﺿِﻴَّﺔً ) 28 ( ﻓَﺎﺩْﺧُﻠِﻲ ﻓِﻲ ﻋِﺒَﺎﺩِﻱ ) 29 ( ﻭَﺍﺩْﺧُﻠِﻲ ﺟَﻨَّﺘِﻲ
    ” Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam jam’ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku” ( QS Al Fajr : 27-30)
    Tanbihul Ghofilin
    Imam Bukhori Muslim meriwayatkan dari Anas ra. Dari Rosulullah Saw. bahwa beliau pernah bersabda : ” Jenazah itu akan diikuti oleh tiga perkara, yakni keluarga,harta, dan amalnya. Yang dua perkara itu akan pulang, sedang yang akan tetap menemaninya hanya satu perkara. Keluarga dan hartanya akan pulang, sedangkan yang akan tetap menemaninya hanyalah amalnya,”
    (dikutip dari buku Renungan Hidup Mantan

    Reply
  8. Pingback: BELAJAR MEREDAM RASA TERSINGGUNG – YAYASAN PONPES SIROJUL 'ULUM
  9. Tujuan hidup adalah hanya untuk beribadah kpd Alloh, tujuan beribadah adalah untuk menggapai ridlo Alloh.

    Reply
  10. Sekedar sharing: ayat “Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56) BUKAN tujuan Hidup”, melainkan KEWAJIBAN HIDUP, DENGAN AKHLAQUL QORIMAH, dengan Tujuan Hidup ‘MENGGAPAI RIDHO ALLAH” Tidak sedikit orang yang 1) Ibadahnya baik, ahlaknya buruk; 2) ibadahnya buruk, ahlaknya baik, dan 3) ibadanya buruk dan ahlaknya buruk. Yang dikehendaki Allah adalah yang ke 4) Ibadahnya baik, dan akhlaknya baik agar mencapai ridho Allah. Yang ke 4) inilah menjadi Kerangka Dasar hidup seorang muslim. Bila seorang muslim sdh memahami kerangka dasar ini, maka ia harus hidup dijalan Allah, yang biasa dikenal juga sebagai: agama Islam, Al Qur’an, Al Fatihah atau shiratal mustaqiim (diterjemahkan jadi Jalan Lurus). Apa yang dimaksud Jalan Lurus itu? tentu anda sudah lebih paham dari saya. Sekedar tambahan untuk mengetahui apakah manusia berjalan diatas jalan lurus, gunakan 5 steps fail-safe point: Yes maknanya Ya,memenuhi syarat No maknanya tidak, tidak memenuhi syarat atau gugur. Item check points itu adalah: 1) Iman, 2) Islam, 3) Shalat, 4) Takwa dan 5) Kaffah. Kalau semua jawabannya YES, baru-insya Allah- menggapai Ridho Allah.
    Mhn maaf, aku tdk menggurui; aku cuma orang awam yang lagi berusaha memahami Islam……
    semoga bermanfaat……..salam

    Reply
    • Don’t be so naive.. I really beg to differ on your views of God.. Tuhan sekadar buat kita semua alat permainanya saja. Tengok macam hidup aku. Dari dulu sampai sekarang hidup aku tak habis2 merana. Dibeban hutang yg byk kerana menolong orang lain. Apa yg Allah tolong aku? Kasi aku rezeki tak seberapa tapi sebalik nya dia tak habis2 beri kan aku kesengsaraan di dalam hidup aku. Untuk ni tahun 2017, as usual lah takde apa2 yg aku nak gembira kan pasal as usual hidup aku dan ibu bapa aku aku sengsara didalam kesedihan dan kesengsaraan. Birthday aku pun ni tahun aku celebrate sorang2 di dalam tangisan kesedihan. Musuh2 sial aku yg dulu aniyai dan khianat aku teros hidup di dalam kebahagian.. Adil ke? Rumah aku tak aman2.. Allah ni betul Tuhan yg jahanam ah. Dah bertahun2 nasib hidup aku dia buat jadi bahan permainan kejam dia. Korang nk marah aku marah lah psl korang tak alami apa yg aku alami.

      Reply
  11. terima kasih sudah memperingatkan saya???akn sbnerx tujuan sya hidup ddunia ne…sya mersa lbh ingn mlakukan pa yg shyuzx mnjdi tujuan hidup ddunia ne…

    Reply
  12. banyak yg saya pelajari dr blog ini..terima kasih..perkongsian dr blog ini sgt berguna n menjadi peringatan kpd setiap yg membacanya.

    Reply
  13. Assalamualaikum…berkenaan dgn (Q.S. 35:56), adakah ayat yg dimaksudkan tu ialah
    ayat ini ialah ayat ke 56 dlm Surah Adz-Dzariat….Surah ini surah yg ke 51 dlm al-Quran….
    sepatutnya tuk menunjukkan ayat ni ada di mana dlm al-Quran ialah (Q.S. 51:56)…mungkin typing error…mohon d perbtulkan….tolong tmbh imbuhan ‘kan’ dlm ‘Menjadi’ tu, lain pula mksudnya bila xada imbuhan tu….Allahu’alam….

    Reply
  14. Assalamualaikum…berkenaan dgn (Q.S. 35:56), adakah ayat yg dimaksudkan tu ialah
    ayat ini ialah ayat ke 56 dlm Surah Adz-Dzariat….Surah ini surah yg ke 51 dlm al-Quran….
    sepatutnya tuk menunjukkan ayat ni ada di mana dlm al-Quran ialah (Q.S. 51:56)…mungkin typing error…mohon d perbtulkan….tolong tmbh imbuhan ‘kan’ dlm ‘Menjadi’ tu, lain pula mksudnya bila xada imbuhan tu….Allahu’alam….

    Reply

Leave a Comment