Teruskan Istiqamah Dalam Proses Perubahan!

perubahan
Perubahan memerlukan istiqamah..

Aku takut.

Bilamana segala bukti telah dibentangkan, adakah patut aku menidakkan..?

Selama satu tahun, aku membuat pemerhatian dengan menggunakan mata kasar.

Masih lagi teringat, pada permulaan hijrah aku ke dalam dunia pekerjaan yang baru. Aku tidak tahu apa yang akan serta bakal berlaku.

Terutama sekali, pada diriku. Namun, dari dasar hati kecil ini, mahukan yang terbaik dan mengharapkan yang baik sentiasa.

Itulah doa yang aku rahsiakan daripada pengetahuan am. Aku membiarkan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Dan hari, semakin rancak berlalu…

Minggu demi minggu, bulan berganti bulan, aku membuat perubahan. Dan aku memulakan perubahan aku dengan doa. Seperti biasa, doa secara tertutup sekalipun tidak sepanjang masa di atas tikar sejadah.

Moga-moga, Tuhan kurniakan apa yang aku mahu. Apa yang aku mahu pada waktu itu adalah, aku mengimpikan ahli-ahli syurga. Aku ingin berdamping dengan mereka. Ingin berkenalan dan berkawan dengan mereka.

Bahkan, jika diizinkan, ingin bersama-sama dengan mereka di sepanjang perjalanan hidup yang sementara ini. Akan tetapi, sayang sekali.

Tuhan memberi, tetapi bukan untuk selamanya. Bukan sepanjang masa.

Mereka yang aku gelar sebagai ahli syurga, pergi satu persatu. Hari demi hari, hampir tiada lagi. Dan aku merasakan, mungkin tidak akan ada lagi selepas ini.

Perubahan berlaku dengan begitu ketara

Mungkin…

Selepas satu tahun berlalu, aku tersentak. Perubahan berlaku dengan begitu ketara.

Begitu pantas sehingga aku tidak perasan. Mungkin, aku terlalu sibuk dengan duniaku sendiri. Dunia menyepi…

Kini, insan yang dahulunya tidak aku kenali, hadir dan menemani. Bukanlah teman yang sekadar menghiburkan. Tetapi teman yang membantu memperteguhkan lagi iman.

Teman seperjuangan, insyaAllah.

“Kali pertama solat..?”.

“Aku nak pakai tudung dengan jubah, kau rasa macam mana..?”.

“Saya baru masuk Islam, dan saya mahu belajar mengaji, tetapi saya tidak tahu mana yang patut mula dahulu.”

“Kalau saya masuk Islam, nama keluarga saya masih lagi boleh guna kan..?”

“Adik sahaja yang jadi imam. Sebab tangan abang masih ada bekas tatoo.”

Begitulah.

Dialog yang memberikan kesan dalam kehidupan singkat ini. Dialog permulaan hidup, permulaan perjalanan, permulaan hijrah, permulaan taat kepada Tuhan.

Sedar tidak sedar, perasaan itu masih lagi ada.

Aku takut.

Apabila ramai orang berlumba-lumba berubah menjadi baik, namun dalam masa yang sama, aku masih lagi terkial-kial mencari hidayah?

Aku titipkan doa buat kalian, agar sesiapa yang ingin berubah atau dalam proses perubahan, semoga terus istiqomah dan berpegang erat pada agama yang suci ini.

Juga, aku bermohon ehsan daripada kalian, agar mempersudikan doa kalian buat diriku yang masih lagi terkial-kial ini.

 Aku masih mencari…

******

Artikel ini adalah kiriman ke inbox emel kami, oleh pengirim setia kita,  http://putih-hitam-kita.blogspot.com/. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca AI. Barakallah fii kum =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
KehalusanKelembutan
KehalusanKelembutan
10 tahun yang lalu

InsyaAllah. sama2 lah kita.
dalam proses ini , kita memang akan diuji.
kita perlu tahan.
Mujahadah ni mencabar.
Minta lah pertolongan dari Allah dgn solat dan sabar.

InsyaAllah . Jazakumullahukhairu jaza.