Masih Belum Berpunya? Tetap Tenang Dan Yakinlah Dengan Allah

Belum Berpunya

Adakah anda masih belum berpunya?

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.

Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Bagaimana jika masih belum berpunya?

Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.

Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.

Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi.

Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.

Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.

Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.

Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

76 thoughts on “Masih Belum Berpunya? Tetap Tenang Dan Yakinlah Dengan Allah”

  1. Akif Pirinccis Rede vor der Pegida war, wie an dieser Stelle unmissverständlich zum Ausdruck gebracht,
    das Widerlichste, was man in den vergangenen Jahrzehnten auf einem öffentlichen Platz in Deutschland hören konnte.

    Reply
  2. Salam..saya kini berumur 27tahun dan masih mencari. Jujurnya saya ingin memilik sebuah keluarga yang bahagia. Alhamdulillah diberikan rezeki dalam pelajaran. Kebanyakan kawan perempuqn saya telah berkahwin dan memiliki anak. Dan bila tanya saya, saya senyum dan kadang tiada jawapan. Bukan memilih,sebab saya sedar diri. Cuma saya pernah dilukai oleh lelaki. Sebab tu mak pernah kata hati saya tertutup untuk terima kehadiran lelaki (kebanyakannya lebih kepada nafsu semata). Doakan saya mempunyai jodoh yang boleh bimbing saya.

    Reply
  3. sama lah dan sya umur Suda18 namun belum berpunya namun kuyakin jodoh itu lambat laung pasti ada juga

    Reply
  4. Assalamualaikum.. saya berumur 24 tahun. dan masih lagi bujang. saya pun belum bertemu dgn jodoh saya lagi. Kalau boleh saya ingin sekali berkahwin sblum mencapai umur 27 tahun..

    In shaa Allah.. Allah akan bagi yang terbaik. walau hati kita sedih kerna kecewa dalam menanti. tapi jangan putus asa. banyakkan berdoa dan perbaiki diri.. that special person will come satu hari nanti :)

    Reply
  5. Salam..saya juga belum bertemu jodoh..kini,usia telahpun menginjak ke 35 tahun..siapa tidak sedih bila belum dikurniakan seorang pasangan untuk melengkapkan sebuah kehidupan yang sempurna..namun, apakan daya, sehingga kini masih belum ada seorang lelakipun yang datang untuk melamar diri ini.Bukanlah kerana tiada rupa, tiada kerjaya tapi entah di mana silapnya….saya pasrah walaupun hati ini sedih dikelilingi semua rakan sekerja yang telah berumahtangga.sibuk dengan hal suami, anak dan mertua.saya sering dijadikan ”bahan’ terutama lawak yang melibatkan kehidupan bekeluarga…dulu, sy pernah menjalinkan ikatan cinta dengan seorang lelaki dan mengharapkan dia adalah jodoh saya..tapi,hubungan itu hanya sekadar janji…enam tahun bercinta,. akhirnya saya terpaksa meninggalkannya kerana kehendak keluarga yang tidak ingin lagi saya terus menunggu dia..adakah kerana saya terlalu setia…sekarang, saya pasrah…apa jua ketentuan Allah, saya akan terima..moga ada kebahagiaan yang menanti saya di luar sana..amin..

    Reply
    • Assalamualaikum.. saya juga melalui apa yang dirasai teman-teman yang masih menanti jodoh. Kadang-kadang sedih, bila kita yakin dan berharap bahawa ‘dia’ adalah jodoh yang didatangkan kepada kita, tetapi ianya tidak terjadi seperti apa yang diharapkan.. kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa bersulam air mata. Mengharap petunjuk dengan melakukan Solat istikharah..namun petunjuk yang samar-samar menyukarkan detik hati menanti jawapan siapakah jodoh kita yang sebenar..bersabar.. mampukah kita untuk terus bersabar dan mengharap jodoh yang entah di mana…
      Redha dan terima ujian taqdir.. itulah kata-kata penyedap hati yang sering memikirkan hala tuju kehidupan yang belum pasti destinasinya.
      Melihat teman-teman seusia awal 32 telah mempunyai ank 4 ke 6 orang.. menambahkan lagi semangat untuk berumah tangga kerana usia yang semakin meningkat.
      Ya Allah temukanlah jodoh kami semua, janganlah engkau biarkan kami hidup sendirian di muka bumi ini. Berilah teman hidup yang boleh memberi kebahagiaan kami di dunia dan akhirat serta membimbing kami ke jalanMu ya Allah…aamiin..

      Reply
    • Assalamualaikum cik..sya ad kawan masih bujang umur 36 or 37 thun ni..dia tengah mancari jgk tpi sebab dah bekerja mcm susah plak nak cari calon..cik bleh contact sya ni email sya [email protected] bunyi mcm x masuk akal kn..mner tau rezeki :)

      Reply
    • Bersabarlah sis..Allah aturkan kehidupan kita ini cukup indah walaupun kita rasa ianya sangat sukar. Semakin di uji, semakin Allah syg. Berdoalah,mohonlah pada DIA. Biarkan mereka2 menjadikan ujian kita ni satu ejekan dan bahan lawak. Mereka yg berkahwin belum tentu akan kekal hingga ke syurga. Jadi, kita yang di uji ini, ambil lah peluang ni untuk kita semakin dekat dengan Allah.

      Reply
    • Salam cik maya kita sebaya, ohh panggilan saya shiran bagaimanakah boleh menghubungi anda? Ada alamat email cik. Terima kasih jika ada jodoh moga dipermudakan urusan

      Reply
  6. salam..sy berusia 28thn dan masih single. kawan lelaki ada la jugak yang suka pada saya, tapi masih tidak boleh dibawa untuk dijadikan calon suami. bukannya saya memilih, tapi tak maulah bile kite berkahwin, kita akan susah kemudian hari. ditempat kerja, saya seorang je yang masih belum berkahwin, sedikit sebnyk menyebabkan sy rase tergugat dan cemburu melihat setiap orang tak sabar nak pulang ke rumah bertemu dengan suami/isteri dan anak-anak, sedangkan saya tiada pasangan. tetapi bile saya analisis balik kenapa aturan jodoh saya ni lambat, saya rasa sy akur dan bersyukur sbb sy masih hidup gembira bersama mak ayah saya, adik2 n abang saya, kawan-kawan yang baik disekeliling saya. pada usia ini, saya hanya enjoy hidup saya bersama tersayang dan berbakti pada keluarga. mungkin inilah aturannya..keluarga saya masih perlukan saya..insyaallah, yakin dengan Allah. Allah akn berikan kita jodoh bila kite bersedia, bukan dimasa kite yang nak ada jodoh. buat kawan2 yang senasib dengan saya, bersabar ye..jodoh kita ada..cuma masanya belum tiba:-)

    Reply
  7. Masih lagi menanti siapakah yg sudi terhadap diri ini, biarpun berkali aku mencuba namun tiada seorang pun yg sudi malahan ada yg menipu, kadang-kadang aku terfikir apakah salah diri ini kerana aku juga ingin bahagia seperti orang lain tetapi satu saat aku terfikir mungkin masanya belum tiba.

    Reply
  8. Alhamdullillah bersyukur kita kehadrat Illahi… Sehingga pada waktu ini, masa ini saya masih belum pernah berkapel dengan mana2 lelaki. Saya terfikir bilakah jodoh saya itu muncul.Dari zaman sekolah sehingga meninjak 30 tahun pada tahun ini , saya tidak pernah mempunyai teman lelaki istimewa seperti rakan-rakan lain.Kadang saya xtau nak jawab apa bila ditanya soalan bila nak tamatkan zmn bujang.saya hanya mampu senyum, Bersyukur kerana saya masih mempunyai kedua orang tua, adik-beradik yang membahagiakn saya.Kadang diri terasa kosong, sendiri dan tidak pasti adakah yang akan sudi menjadi teman sehidup semati di dunia ini.Cuma mungkin masa belum mengizinkan saya bertemu dengan jodoh saya. Saya sentiasa berdoa agar dibukakan pintu hati jdoh saya itu.Mudahan masih ada ruang dan peluang untuk saya berumahtangga.

    Reply
    • Bersabarlah wahai sahabat. Ada orang jodohnya awal, ada yang lewat. Ada yang tiada jodoh di dunia, tapi Allah sediakan di akhirat. . . Saya seperti Cik pja, umur sudah menjangkau 40. Bila persoalan jodoh diajukan, sungguh, saya x ada jawapannya. Itu rahsia Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik dan terindah.

      Reply
    • Salam pja, saya juga mengalami situasi sama sperti kamu. Hingga kini masih tidak pernah bercouple or bercinta. Bila org bertanya and menganggap kita ni terlalu memilih. Tipu la kata kalo x sedih kan. Tapi Saya pegang kata2 ni, Allah gives His hardest battles to His toughest soldiers.

      Reply
    • saya juga seperti awak,thn depan sudah 30 thn..tp blum btemu jdoh lg,saya juga tak pernah bercinta..
      tp jgn risau,jdoh itu rahsia Allah..yg pastinya takdir Allah itu adalah terindah dan terbaik utk kita..saya bersyukur krn diberi pluang utk jaga mak abah,sementara mereka masih ada…mgkin jika sy dah kawin,sy tak dpt pluang ini… :)

      Reply
  9. assalam. 5 tahun berkenalan, saya yakin dia jodoh saya tapi satu hari, dia tinggalkan saya kerana sebab tertentu. Keyakinan dia jodoh saya tiba2 hilang dan mulai saat tu, saya sedar… apa pun yang ada didunia ini milik Allah, sebagai pinjaman… bila-bila masa Allah boleh tarik.

    Sekarang, saya masih tercari-cari siapa jodoh saya. kadang-kadang rasa sunyi sendiri tp saya yakin ketentuan Allah… Bila tiba masanya, jodoh saya akan tiba. Samaada didunia @ diakhirat. Sekarang saya hanya nak jadi hamba yang taat pada Allah dan anak yang baik pada mak ayah.

    Reply
  10. Kadang aku juga sakit hati dan sakit telinga mengenangkan kembali kata2 kawan2….”ko biler lagi…ko biler lagi..keje dah ade pun ape lagi ko tunggu?”
    Aku sudah usahakan…tapi belum masih ade jodoh lagi…..cuba bersabar kerna setiap perkara ade ujian utk hambanya…..tapi ok lah artikel tu buatkan fikiran ku jadi tenang……Alhamdulillah moga kawan2 bertemu jodoh yang terbaik…..

    Reply
  11. Oh,rmi rupenye yg melalui ap yg dr ini rasai tika ini.ade sesiape yg bole mmberikan doa2 atau tips utk mengelakkn prsaan cmburu@iri hati melihat shbt2 sekeliling yg sdh b,bhgia dan bkl b,bhgia dgn psngn msg2 x.jujur,ku xfhm knp ht ni perlu merase begitu sdgkn sbg kwn sptt nye kte perlu tmpg gmbira ble kwn2 sekeliling sdg melalui fasa penting dlm hdp mrka..mgkn kah hati ini b,kecil ht ble kwn yg dlu b,kngsi pelbgi rs dgn kte akhirnye lbh bnyk b,cerita mengenai psngn mereka.btp gmbiranya mrka.dlu b,bicara lm nya tp ble kwn berubah dgn lbh bnyk m,bls pnggiln dan pesanan walau tika kami b,sama hati jd kcwa skali.knp hrs begini..slalu ku positifkn dr mrka sdg b,bhgia..jgn cmburu,jgn iri…tp..ntah..dr rs tdk pntg pla ble stp yg t,pacul di mlt shbt adlh si dia dan si dia..sdgkn aku msh sndr..menanti..sepi..

    Reply
  12. “Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.”….betul ke nih????

    Mereka sudah berkhawin tp masih tidak bersikap matang, curang dengan isteri curang dgn suami. Di mana matangnya. Jodoh adalah kentetuan Allah swt itu pasti. 99.9% tercipta dan 0.0000000001% adalah jodoh kita. makna nya kita tak akan jumpa jodoh kite kalau begitu keciknya % nya.

    100% yg sudah berkawin 80% adakah matang!!…y kenapa ramai org melayu islam keluar agama kerana punya blog2 sebegitu yg hanya tahu menulis tanpa tahu apa itu rahsia jodoh itu milik Allah swt.

    Reply
    • umur saya pon dah masuk 27, ada hikmahnya tidak ditemukan jodoh lg, sye dpt berbakti utk ibu sye , dpt sekolahkan adik2 sye…dpt jadik personal assistnt mak sye, dpt jadik driver mak sye ke mane2(berikutan ayah yg sudah meinggal dunia)…sye hanya mampu berdoa n terus menerus bersangka baik…mungkin yg terbaik akan dtg lambat…:)

      Reply
  13. Ade hikmahnya jodoh lambat or cepat ni.. tp kalau bujang, terutamanya perempuan, guna la masa bujang utk berbakti kepada mak ayah sepenuh hati sbb bila dah kahwin, keadaan tidak sama.. suami dah jadi keutamaan.. sgt bersyukur telah d temukan jodoh tetapi kadang2 terasa jauh dari mak abah.. perkahwinan juga ujian.. pelayaran bahtera kan, kdg2 tenang, kdg2 berombak.. berdoalah.. ape pun perancangan Allah tetap yang terbaik!!

    Reply
  14. A’kum d slmt ptg nur sya harap stu nti jodoh psti ketemujua hanya allah yg ketahui smajga mcm sya smpai ke ari ni xthu ble nk smpai maaf ye nur klau kta2 sya ni mengingng prsaan nur a’kum

    Reply
  15. a’kum d slmt ptg asal ckp bab jodoh ni x thu nk ckp pning kpla bila kwn2 d ibu brtnya umur dh nk msuk 40 x smpai2 jodoh lg x hu nape mcm xde pun ade jugarsanya

    Reply
  16. Sungguh terkesan sekali bila membaca artikel ni. Merasa diri down bila melihat kawan2 menemui pasangan hidup sedangkan sy tidak apatah lagi umur semakin meningkat sering diajukan soalan2 bila nak berkawin. Sungguh sy tidak ada jawapan bila setiap kali diajukan soalan yg sama. Tapi sy yakin Allah Maha Mengetahui dan sy muhasabah diri untuk lebih mencari cinta Illahi serta keredhaanNya dlm hidup dari mencari cinta manusia yang tidak menjanjikan apa2.

    Reply

Leave a Comment