Masih Belum Berpunya? Tetap Tenang Dan Yakinlah Dengan Allah

Belum Berpunya

Adakah anda masih belum berpunya?

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.

Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Bagaimana jika masih belum berpunya?

Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.

Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.

Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi.

Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.

Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.

Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.

Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

76 thoughts on “Masih Belum Berpunya? Tetap Tenang Dan Yakinlah Dengan Allah”

  1. satu perasaan yg sy lalui saat ni…dan hanya Allah swt saja yg ada jawapan nya…wlu pun bibir ini tsenyum tiap kali ditanya…sedangkan sy sendiri tdk punya jawapannya……

    Reply
  2. Assalamualaikum…sekadar berkongsi perasaan… dlm hati ni selalu bertanya bila agaknya jodoh nak datang…..nak lagi bila tengok kawan2 bnyk dh mendirikan masjid..kadang2 terdetik juga perasaan cemburu..tipula kalau xder perasaan cemburu..diri ini pun nak juga rasa disayangi oleh seseorang siapa lagi kalau bukan bakal suami kita.tapi akhenya saya sedar jodoh tu adalah rezeki diberikan Allah…masing2 ada jodoh cuma cepat atau lambat…mungkin belum ada rezeki nk kawin awal..dulu sempat bercinta..masa tu jahil sgt..mungkin blum mndapat hidayah..tapi bila Allah dah tetapkan si dia bukan jodoh kita dan Allah dh sediakan seseorang yg terbaik hati ni yakin bahawa Allah btul2 nk sediakan yg tbaik utk kita selagi kita yakin dan sabar..kerana Allah dh bjnjji perempuan yg baik adalah utk llki yg baik.itu jnjji Allah… jd ppisahan tu mmbuka mata n hati sy utk lupakan pcintaan yg xmndapat redha Allah.apabila Allah dh beri petunjukbhwa dia bukan llki yg sesuai utk dijadikan suami..hati ini cepat2 bljr utk mlupakan si dia..n cuba utk bhijrah ke jln yg bnr…bagi mendapat keredhaan Allah…sampaila sekarang..diri ini masih bljr utk mmprbaiki diri yg jahil ini untuk mndapat keredhaan Allah..plbagai peristiwa yg mnimpa dri ini dikala dlm proses untuk mmbersihkn jiwa ini..apapun syukur Allah dah tunjukkn bahawa.. dia lebih tahu apa yg terbaik utk kita n Dia lebih sayangkn kita..oleh itu sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah..jangan risau..mungkin ini adalah proses utk kita mmprbaiki dri kita sblum kita bertemu dgn psangan kita..sama2 kita berdoa kpd Allah agar Allah mlindungi kita semua

    Reply
  3. salam.. ya sy pun masih belum berpunya malah belum pernah bercinta.. kadang2 memang rasa cemburu dan sedih bila tengok semua kawan2 yang dah berpunya.mungkin juga sy bukan seorang yg berkawan rapat dgn lelaki, hanya bercakap bila perlu sahaja even dengan rakan sekelas..sebab sy takut nanti bergurau senda dah menjadi perkara biasa, walaupun sekadar kawan biasa tapi semua tu boleh membawa kepada perkara lain.

    tapi apapun sy sedar Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya..
    dan lebih baik teruskan hidup untuk membantu keluarga dan ibu bapa sementara masih ada waktu dan masih diizinkan untuk bernafas.. :)

    Reply
  4. “Perempuan yang baik untuk lelaki yang yang baik….”

    Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. In sha Allah…moga terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk menanti tibanya pelangi yang indah setelah turunnya hujan yang lebat…amin.

    Reply
  5. Terima kasih untuk artikel ini..saya juga sentiasa pesan pada diri,selagi belum berkahwin ini saya mau tumpu kasih dan sayang pada mak dan abah semahunya..sebab saya pun tak tahu berapa lama lagi masa yang saya ada untuk mereka..jangan stress bila tengok orang lain bahagia dalam perkahwinan..kita juga boleh bahagia dengan apa yang Allah beri pada kita saat ini..dan selagi masih bujang kejarlah kelas-kelas agama,ceramah,usrah sepenuhnya,kerana mungkin bila dah berkahwin kita tidak punya masa selapang itu..

    Reply
  6. sy berumur 28 tahun tapi masih belum berpunya. risau juga. ketika sy berusia 16tahun dahulu, sy pernah bersumpah kpd ayah bahwa sy tidak akan kahwin sehingga la umur sy 40tahun (ketika itu ayah sy marah krna sy bercinta, maka dlm keadaan marah sy bersumpah sedemikian). persoalannya, adakah disebabkan sumpah sy tersebut, ALLAH s.w.t kabulkan smpai la usia sy mencecah 40thn baru boleh kahwin? mohon admin jelaskan.

    -muslimah risau-

    Reply
  7. InsyaAllah… kener banyak sabar… tak kawen pun jagalah mak bapak… tu pun keluarga jugak.. lagi penting tue!

    Reply
    • Ya Betul tu tuan.. utamakan keluarga dan ibubapa adalah lebih penting kerana dari merekalah kasih sayang itu bermula

      Reply
  8. Terima Kasih…. artikel yang membantu menguatkan diri hadapi Ujian dariNya. Tenang dan be positive…

    Reply
  9. SubhanALLAH….maha suci ALLAH…. sesungguhnya setiap detik yg berlalu..kite diuji…
    sedih..cemburu…risau…takut bila melihat org lain sudah berpasgn..mungkin juga sudah ada anak2…tapi diri masih tidak berjumpa pasangn hidop yg dinanti…satu demi satu ujian Allah Berikan di saat diri rasa disayangi…satu demi satu juga la Allah jarakkn dari hidop hingga pernah mmpersoalkn takdir Allah…tapi syukur Alhamdulillah…ALLAH mnyedarkan diri ngn ujiannye…sesungguhnye segala yang terjadi hikmahnya diluar jangkaan kite…sesuatu yang indah bakal kite peroleh..yakin saje dgn janji Allah..INSYAALLAH…ketenangan dan kesabaran mnnti jodoh yg terbaik drnye….akan kite rase…sementara ujian bersendirian Allah berikan ini…isila waktu2 bersendirian ini dgn berusaha mmperbaiki diri menjadi muslim/muslimah yg ALLAH sayangi…:)

    Reply
  10. allahamdulillah…….walau artikel untuk orang yang belum berpunya….tapi ia juga berguna untuk orang yang dah mempunyai pasangan. supaya boleh memahami orang yang belum bertemu jodoh. dulu pun saya tidak mempunyai pasangan hidup, saya jadi cmeburu sebab orang lain dah ade..masuk je ipt, duk sebulan atau setahun dah mempunyai pasangan. time tu saya pun ingat macam tu lah, mase semesta 2 , ade saya dapat pasangan tapi parents saya tak setuju, untuk jaga hati, saya brek dengan pasangan saya. lepas je brek nga dia….saya tak mempunyai pasangan. Saya tunggu setahun,2 tahun, 3 tahun, 4 tahun masih belum ade. Perasaan saya sangat sedih, umur dah meningkat , kawan-kawan yang lain semuanya dah kawen. Tibanya ramadhan tahun lepas, saya musabahkan diri saya, pohon ampun seperti yang di sarankan oleh Dato’ Dr.Fadillah Kamsas. dalam 5 bulan kemudian, bekas pasangan saya yang dulu kembali dalam hidup saya. Syukur Allahmdulillah..parents saya dah boleh terima dirinya.

    pengalaman Hidup saya

    Reply
  11. artikel yg membantu..tanks yg pnya idea..insyallah janji allah itu pasti..hanya nantikan masanya sambil tu memperbaiki diri utk menempuh alam baru..

    Reply
  12. kesendirian ini mngajar diri utk memahami diri belum sempurna..
    dalam hati masih belum celik sepenuhnya…

    Reply
  13. Ya benar..kadang kala bila melihat orang lain bahagia hidup dengan pasangan disamping melayan keletah anak-anak..Persoalan “bila aku akan merasai begitu” pasti akan terlintas dalam fikiran….Sungguh, soalan tersebut kita sendiri tiada jawapan melainkan Allah….
    Sesungguhnya, Dialah Maha Pengatur dan Perencana yang terbaik dalam hidup kita…..

    p/s:Bagus artikelnya…Membuatkan saya sedar, bahawa sebenarnya saya diuji dengan perkataan kesabaran dan belajar menghargai kehidupan….

    Reply

Leave a Comment