Telah berlalu tempoh pencarian
lewat tempoh itu
berkitab penjelasan kau cerna
bermalam kajian kau baca
guru demi guru
da’ie demi da’ie
.
Langkah ini jangan berhenti
bila sampai nanti
jangan lupa akhlak murni, amal jariah
Al-Quran jangan lupa baca
solat ditinggal jangan
majlis ilmu kau teruskan
.
Pada waktunya nanti
ujiannya berat, ya
sukar mudahnya, benar akan terjadi
.
waktu itu nanti
Jangan lupa angkat tangan
bertanyalah tanpa segan
.
Aku hanya memerhati
membantu yang mampu
menghulur andai perlu
khabarkan
dengan izin Allah diusahakan
.
Telah berlalu tempoh keraguan
lewat tempoh itu kupohon maaf kekurangan
kepulanganmu tidak kusambut dengan peluk sayang
tetapi titipan doa dari jauh ini
kuharap akan sampai padamu teman
.
Tetaplah digenggam tali Allah
Allah melihatmu
Allah peduli
Dan tetaplah bersaksi bahawa Tuhanku dan Tuhanmu Esa, Satu tiada yang kedua
Dan tetaplah bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Dan tetaplah bersaksi bahawa Jesus itu pesuruh jua.
—
Nukilan khusus buat sahabat baik- Agnes, yang sedang membuat persiapan untuk kembali pada fitrah Islam. Mudah-mudahan Allah terus membantumu, membantu aku, membantu kita semua untuk terus tetap dalam hidayahNya. Semoga apa saja yang kautempuh pada saat kembalimu nanti, tidak mengundang jemu untuk sujud pada Tuhan, tidak mengundang tangis yang mematahkan asa dan juang.
Semoga Allah terus ikat hati kita untuk terus sayang dalam dakapan iman dan taqwa.
Selamat pulang teman.
Selamat sujud pada Tuhanmu.
*****
Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami ([email protected]) daripada Saidatul Faiqah Samasu, [ Facebook ] Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)
Tinggalkan Komen Anda..