5 Punca Hati Tidak Tenang Dan Rasa Terluka Yang Berterusan & Cara Merawatnya

hati tidak tenang
hati tenang

Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam tidak kena?

Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.

Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang.

Itu sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak tenang.

Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada hati tidak tenang dan perasaan-perasaan yang menyesakkan ini?


1. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Memaafkan Atau Sukar Memaafkan

[Ini adalah jawapan dari admin SederhanaIndah di page kami]

.

Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu sukar untuk memafkan.

Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.

Begitu juga hati.

Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.

Apa yang harus kita buat?

Maafkanlah.

Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.

There’s a lot of beauty things in this world.

You will not be able to see it if you fulfill your heart with anger and hatred. To see ugliness in others people is the reflection of the ugliness in our own heart.

Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri ; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.

Seek the higher healer, carilah penawar terbaik daripada yang paling tinggi, Allah. Dan maafkanlah sesama manusia, supaya hati kita tidak tenat dan membuka ruang lain untuk kebahagiaan.

Love with all of your heart, but depend only on Allah


2. Menggunakan sesuatu yang haram & tak terfikir tentangnya

Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram didalam kehidupan seharian kita.

Ya, memang kita amat sensitif dalam bab menjaga soal halal haram makanan kita, tetapi adakah kita peka dengan haram-haram yang lain?

Salah satu contoh yang paling senang dan terbaru dalam kehidupan masyarakat kita ini, adalah ramai diantara kita menggunakan simkad ghost, iaitu simkad yang dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk membolehkan kita menggunakan internet dari telco di negara kita, secara percuma dan unlimited.

Secara bahasa ringkasnya, simkad ghost ini ‘mencuri’ data dari pihak telco (celcom, maxis, digi). Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, ramai diantara kita secara sedar dan tidak sedar bahawa perbuatan ini haram (data internet curi) dan secara gembiranya melayari internet tanpa had.

Oleh itu bagaimana kita hendak mengharapkan hati kita tenang bila menggunakan perkara yang haram?

Sebenarnya perkara-perkara seperti inilah membawa kepada ketidaktenangan hati dan keresahan jiwa, serta menyekat limpahan rezeki kepada kita.

Mungkin kita boleh berjimat dengan membeli simkad ghost ini, tetapi adakah ia berbaloi untuk kita kehilangan ketenangan hati yang mahal harganya? Bahkan menghalang kita dari mendapat rezeki-rezeki. yang lain

Ini adalah satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain lagi yang membawa kepada haram dan syubhat.

Apa yang harus kita buat?

Elakkan benda yang syubhat dan haram.

Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan adakah ia selari dengan kehendak syariah?

Sentiasa sematkan dalam fikiran, “jika aku buat ini, adakah Allah redha dengan perbuatan aku ini?”

InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita.

Sebab tiada apa yang lebih bernilai didalam dunia ini melainkan mempunyai hati yang tenang.

Jadi mulai sekarang, sila audit setiap apa yang kita gunakan, skim pelaburan yang kita ceburi, dan setiap perbuatan kita – adakah ia mempunyai unsur haram?

Semoga Allah membantu kita membersihkan kita dari segala yang haram.


3. Hati tidak tenang kerana selalu melambatkan-lambatkan solat

*Pukul berapa biasa kita bangun solat subuh?*

Tepat pada waktu atau pagi sudah terang? Atau langsung terlepas solat subuh?

– maaf atas soalan cepumas diatas

Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah hati.

Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Apa yang harus kita buat?

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai hukuman kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

Oleh itu mulai sekarang:

  • Solat diawal waktu
  • Berjamaah (dimasjid bagi lelaki)
  • Jangan solat terburu-buru. Ambil masa untuk solat dengan tertib dan sempurna.
  • Berdoa
  • Jaga solat subuh!

4. Hati tidak tenang kerana tidak membaca Al-Quran lebih dari 3 Hari 

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak pernah terlepas masa untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap mengambil masa untuk membaca Kalam Allah ini.

Apa yang harus kita buat?

Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya jangan tinggalkan membaca Al-Quran melebihi 3 hari walaupun kita sangat sibuk.

Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan. Tapi juga untuk diamalkan.

Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar didengar oleh telinga, padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya  sehingga sampai ke hati.

Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati.


5. Terlampau Berkira dan Kedekut

Jangan pernah kita terlampau berkira dalam kehidupan kita.

Percaya atau tidak, orang yang kedekut serta berkira ini rezekinya sempit dan hatinya selalu tidak tenang.

Pernah ada seorang kenalan saya meluahkan perasaannya bahawa dia berasa hidupnya malang kerana barang-barangnya selalu hilang dan rosak. Malah penyakit selalu datang bertimpa-timpa kepadanya sehingga selalu keluar masuk hospital.

Hatinya rasa tidak tenteram memikirkan masalah selalu menjengah kepadanya.

Saya hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya dia seorang yang amat berkira dalam segala hal. Berkira dalam membuat kerja, kedekut dan selalu beranggapan bahawa dia akan rugi jika menolong orang lain kerana belum tentu menolongnya lagi.

Berbeza pula dengan kenalan saya yang seorang lagi, dia sangat pemurah (suka bersedekah / memberi hadiah) dan suka membantu orang lain.

Apa yang saya perhatikan, hidupnya cukup gembira dan senyuman sentiasa mengukir. Kelihatan jelas ketenangan diwajahnya, suka untuk melihat wajahnya.

Pernah semasa kami berbual-bual, dia mengatakan dia berasa tenang bila dapat bersedekah.  Mungkin amalan sedekah ini salah satu kunci untuk mendapat hati yang tenang?

InsyaaAllah.

* Mungkin tidak adil saya menilai orang lain dari perspektif saya, namun apa yang saya dapat perhatikan, orang yang terlalu berkira dan kedekut ini bukan sahaja kurang disenangi sesama manusia, bahkan sentiasa mengalami masalah.

Melakukan kebajikan bukannya bermaksud kena ‘memberi sesuatu’, bah kan ianya boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya ialah melakukan kebajikan dengan bersikap menyenangkan hati orang lain.

Apa yang harus kita buat?

Buangkan sikap negatif dalam diri kita. Mudahkan untuk menolong orang lain, sentiasa senyum dan jangan kedekut untuk mengeluarkan sedekah.

Kerana kita kena yakin setiap kebaikan yang kita buat itu akan dibalas oleh Allah dengan beribu-ribu kebaikan dan rasa hati yang tenang.

hati tidak tenang


Penutup:

Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.

Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang.

Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.

Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.

Tapi sebenarnya kita silap.

Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.

Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

126 thoughts on “5 Punca Hati Tidak Tenang Dan Rasa Terluka Yang Berterusan & Cara Merawatnya”

  1. Kalau semua aspek di ats, kita dah buat, tu bermaksud kita dlm diam menjauhi Allah. Walaupun silat 5 waktu cukup, puasa tak tinggal, semua tu masih tak cukup.Tambah sesuatu ibadah yg lain turut membantu hati menjadi tenang.. Ataupun niat kita… Buatkanlah semua perkara hanya kerana Allah.. Insya Allah Allah reda dgn pekerjaan kita lantas hidup kita akan menjadi tenang dan bahagia????

    Reply
  2. Sy baca semasa hati tidak tenang, terima kasih mungkin sbb sukar utk memaafkan bersarang di fikiran menyebabkan hati ini tidak tenang. Pahit utk memaafkan tp ubat yg paling best sandarkan & serahkan semua pada Allah.

    Reply
  3. Saya adalah seorang pelajar,tapi saya ada kawan di sebelah yng kadang² rapat dengan saya(sembang) dan kadang² dia buat tak hirau kan saya ,macam x wujud.sedih juga rasa..

    Reply
  4. Memang betul ape yg admin rungkaikan….. Saya cuba utk memaafkn org di sekeliling tp sgt susah.. Saya cuba berulang² kali, tapi hati bagaikan sakit utk memaafkn org yg dah buat salah pd kite???????? InshaAllah, sy akn cuba buat apa yg dikongsikn..moga² perkongsian ini dpt menjadikn kite semua manusia yg lebih baik

    Reply
  5. Sye nak memaafkan..tpi tiap kali dh maafkan,ade je pekara buat saya terasa hati.
    Berulang kali jdi,dh maafkan sakit ati balik.smpai kan rasa mcm dh maafkan,tpi hati selalu teringat…susahnyeee lahhh…

    Reply
  6. Allahhuu..hati ni sangat tak tenang dan berasa kosong..semua kerja sy tertangguh..perasaan malas tu hadir setiap masa hinggakan satu kerja pon tak jalan..adakah sy telah jauh dari Allah?? Setiap hari sy rasa nk keluar dari perasaan tak tenang ni..tapi benda tu hanya sekejap.. Allahhuu.. To readers yg baca komen ini, doakan sy diberikan ketenangan semula.. Sy mencari diri sy yg lama.. Mungkin banyak dosa yg telah sy lakukan selama ini sehingga hati sy berasa kosong.. Semoga Allah berikan sy semula jalan yg terbaik dlm hidup ini kerana sy masih mmpunyai ibu bapa yang amat sy syangi.. Sy tak nak sia-siakan harapan dan pengorbanan mereka selama ni.. Maafkan sy kerana meluahkan perasaan kt sini.. Moga Allah mudahkan urusan penulis dan pembaca blog ni. MOhon doakan saya juga insan yg hina ini..

    Reply
  7. aku dulunya seorang pendosa, ak berzina, solat fardhu tak pernah tunaikan, bab puasa jgn cakap lah, seorang yang panas baran dgn keluarga, kalau dgn family mesti ada je yang tak kena. Allah…. kalau ingat balik aku rasa berdosa sgt.mesti aku akan menangis. kenapa dulu aku macam tu. Tiba2 satu hari Allah bagi ujian yang bagi aku aku rasa berat nak tanggung, aku banyak menangis, hati aku tak kuat dgn dugaan ni. dan akhirnya aku sedar selama ni aku lupakan Dia, dah lama aku x sentuh sejadah. sejak tu alhamdulillah aku dah berubah, solat ak tak pernah tinggal, aku betul2 dah bertaubat dgn dosa2 ak selama ni. dan sekarang aku rasa bersyukur ujian Allah bagi kat aku. sebenarnya Allah masih sayangkan aku, die rindu aku merayu berdoa minta ampun pada dia.. hidayah milik Allah. sharing is caring.

    Reply
  8. Sy ada tabiat bila saya buat satu Keputusn, saya akan rasa kesal. Kadang saya mahu buat sesuatu yang saya suka dan selesa tetapi saya selalu tidak tenang dan akhirnya stress sebab saya terlalu fikirkan org sekeliling.

    Reply
  9. uih rasa geram btul dkat org ni rase cam nak gi tumbuk takut die nagis plak dan ckp kat bapak die pastu nak tenking org ramai uisssss camne nak tenang kan hati

    Reply
  10. Assalamualaikum admin..alhamdulillah & terima kasih..satu perkongsian yang amat baik..menyedarkan saya atas segala dosa & kesilapan yang telah saya lakukan..kelima-lima perkara tersebut mmg berlaku pada saya..semoga hati ini selalu teguh dengan Allah..

    Reply
  11. Assalamualaikum. Sy ingin berkongsi. Sy seorang pendosa. Sy bru mggurkn kndgn yg berusia hmpir 16mgu. Bby tersebut lhir dgn ckup sifatnya. Allahuakbar.. Dia msih bnywa saat dy lhir drpd rahim sy. Tp bak sy pkwe sy, kita kne ggurkn dy. Sy xtw knp fmly dia suka lengahkan perkahwinan kami. Kini kami da tlnjur sbgitu jauh. Sy dh xad smgt nk truskn hidup lgi. Hidup sy kni suram. Gelap. Sy buntu. Assalamualaikum

    Reply
  12. Assalamualaikum… Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang ibu.. Ibu saya sudah 8 tahun berpisah dgn bapa saya, dan kini menjadi isteri no 2 bapa tiri saya, walaupun ibu mempunyai status isteri orang, tp sy melihat ibu saya seolah ibu tunggal kerana siang malam mencari rezeki untuk menyara ank2 nya.. Ibu sy sudah berumur lewat 40an.. Tp ibu sy masih merasa dirinya muda lgi.. Ibu saya juga tidak pernah solat, dan tidak mendidik ank2nya soal agama.. Dan stiap kali dia penat mencari rezeki.. Kalau rumah bersepah, dia akn bising2 dan mencarut2 . Dan ibu saya juga gemar mengumpat hal ank2nya .. Sy kekadang tak fhm knp ibu saya suka bercerita keaiban anknya sendiri.. Kekadang terdetik dlm hati sy,.. Sy sedih mempunyai ibu seperti ini.. Tp sy pikir dia ibu sy mengandungkan sy.. Sy fhm ibu sy penat mencari duit siang mlm.. Kerana dia seorang yg mencari rezeki.. Dia juga bantu adik beradik dan nenek saya di kmpung, setiap hari hnta duit kt kmpung, namun, setiap kali ibu sy mengirimkan duit, dia bercakap balik .. Sy tau perbuatan ibu sy itu bnda kebaikan.. Tp ibarat kesusahan ibu sy mencari duit bantu keluarga sy di kmpung.. Tiada keihklasan.. Sy sbagai ank sulung ibu.. Kini bru 6 bulan berkahwin, suami sy tidak bekerja, ibu sy slalu mendesak sy supaya kerja utk bantu ibu sy.. Tp suami sy tidak mengizinkan, dan sy dgr kata2 suami sy.. Ibu sy sakit hati suami sy masih tak kerja, dan dia mengutuk suami sy mcm2.. Fitnah suami sy malas keje.. Kekadang sy sedih dgn sikap ibu sy.. Bukan suami sy malas kerja.. Rezeki belum sampai lagi.. Sy kesian dgn ibu sy.. Sebab umurnya semakin meningkat.. Tp masih tiada kesedaran.. Sy tak tau mcm mana nk nasihat .. Sbb ibu sy mmg tak boleh lansung ank2 nya nasihat.. Kerana dia rasa apa yg dia buat itu betul.. Apa yg dia nmpak smua salah.. Dan sy skrg ni hnya mendiamkan diri.. Smbil dlm hati slalu berdoa kpd Allah.. Terdetik keinsafan dlm diri ibu sy..

    Reply
    • Bagus…banyak kn doa dberi hidayah dn petunjuk..kita x de kuase nk ubah org melainkn Allah..moga Allah beri hidayah kpd kita semua…aamiin

      Reply
  13. Assalamu’alaikum, saya sebagai seorang lelaki yg jarang solat di masjid dan selalu solat di rmh adakah itu sesuatu kesalahan?

    Reply
    • Waalaikumussalam. Ia bukan merupakan suatu kesalahan, cuma solat di masjid lebih baik daripada solat di rumah terutama sekali apabila solat secara berjemaah di masjid. Wallahualam.

      Reply
  14. Assalamualaikum,, saya ingin bertanya, jika seseorang itu telah lama meninggalkan amalan membaca al-quran, apa yang perlu dilakukan untuk mereka memulakan semula amalan tersebut? Terima kasih

    Reply
    • Hanya mula ngaji balik…kalo nk belajr balik pon x pe..jgn malu2…kalau org kutuk kita biarkn je..jgn Allah yg kutuk kita

      Reply
  15. trime kasih atas perkongsian ini admin. adakah ganja juga mengakibatkan hati tidak tenang saya selalu tidak tentu arah sejak mengambil ganja mohon pencerahan seolah-olah ade sesuatu yang menganggu fikiran saya

    Reply
    • Pendangan saya..ganja ni satu jenis dadah …segala yg bole memabukkn itu adalah haram..cara nk elak diri dari ambik ganja tu sebokkn dri dgn bende faedah..member dgn member baik..paling mudah pegi masjid..iktikaf.. insyaAllah hati tenang dgn masjid

      Reply

Leave a Comment