Jangan Menyakiti Pasangan Kita Dengan Kisah Silam

kisah silam
Kisah silam biarlah berlalu kerana masa depan adalah destinasi kita | Old Memories by time-photography

Memang menyakitkan hati suami ataupun isteri kita, pada saat kita dekat dengan dirinya, hati dan fikiran kita masih memikirkan dia yang dahulu, kisah-kisah silam kita.

Apatah lagi sekiranya kita masih menyebut-nyebut nama dia dihadapan pasangan kita kini. Allah pasti akan membalas kezaliman kita.

Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.

Berusahalah melupakan kisah silam!

Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam yang pernah menimbulkan getar-getar asmara itu hilang.

Yakinlah, suami atau isteri yang sekarang  ini lebih baik daripada kekasih dahulu.

Mungkin dari segi fizikal dan paras rupa tidak sebaik yang dahulu, tetapi dari segi kemuliaan akhlak, budi pekerti dan sifat soleh, pasti lebih baik.

Apabila kita sudah berkahwin, tetapi masih memikirkan dia yang dahulu, alangkah zalimnya dan tidak bersyukurnya diri kita. Sudah diberikan yang halal dan ada dihadapan mata, tetapi masih memikirkan yang tiada.

Apakah gelaran yang sesuai untuk kita, sekiranya kita berkelakuan begitu kawan?

Terus berusaha menghilangkan bayangan wajahnya daripada memori, lebih-lebih lagi selepas kita mendapat pengganti.

Jangan kita menyakiti hati pasangan dengan jasad kita bersamanya, tetapi jiwa kita jauh diseberang sana. Kita mengandaikan sedang bersama orang yang kita suka dahulu.

Walaupun begitu, Allah SWT tidak pernah membebani seseorang di luar kemampuan, termasuk ingatan kita kepada dia yang sering singgah dalam hati.

Asalkan kita berusaha menepisnya, Allah SWT Maha Tahu dan Maha Memberi Pembalasan, tetap menilai apa yang kita usahakan

Perkara ini memerlukan proses dan masa…

Semua perkara memerlukan proses.

Bahkan, Sayyid Quthub juga pernah mengalaminya.

Semasa beliau bekerja sebagai penyelia di sekolah rendah, beliau pernah menaruh hati kepada seorang gadis Kaherah.

Hatinya bergelora sehingga beliau menghasilkan karya bertajuk, Asywak, yang menggambarkan ungkapan perasaan beliau kepada gadis itu.

Beliau menulis begini;

Kepada seorang yang pernah menempuh jalan berdiri bersamaku sehingga dia dan aku berdarah dan berasa pedih. Namun, kemudian dia menuju ke satu ke jalan dan meniti jalan lain.”

Sayang sekali, perasaan cinta Sayyid Quthub berakhir dengan kesedihan.

Gadis itu lebih menyukai orang lain dan bernikah dengannya.

Dalam keadaan hati yang luka dan pedih, Sayid Quthub menceburi dunia ilmu dan melepaskan jawatannya sebagai penyelia.

Kemudian kita dapat menyaksikan karya-karyanya.

Antara yang terkenal adalah Tafsir Fi Zhilal Al-Quran

Kita dapat mengambil inspirasi dan motivasi daripada kisah Sayyid Quthub.

Kegagalan cinta bukan kehancuran.

Mencintai, namun tidak berjaya menikahi bukan pengakhiran kepada segala-galanya.

Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dirinya dan kenangan kisah silam.

Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya.

Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang

Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang..

Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita.

Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu.

Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing.

Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya.

Mungkin wajahnya kurang tampan, tetapi akhlaknya menawan.

Walaupun kadangkala menjengkelkan, tetapi dia tidak pernah berhenti memberi wang pada setiap bulan.

Walaupun kekurangan harta, akhlaknya luar biasa, ilmu, dan pemahaman agamanya luas.

Bukankah itu yang menjadi jalan untuk kita tiba di Syurga?

Allahuma Amin

Tiada yang salah dengan perancangan-Nya.

Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
insan hina
insan hina
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum saudara…saya selalu mengikuti blog saudara, sangat bermanfaat.Saya ada ingin meminta pendapat dari saudara memandangkan saudara seorang lelaki dan pasti dapat memahami situasi ini.

Saya baru menikah pd 22.2.2015 (perkahwinan kedua).perkahwinan terdahulu saya dikurniakan seorang anak lelaki kini berusia 10 thn.Kesilapan saya di sini adalah saya tidak jujur terhadap suami kedua saya mengenai kisah silam saya.Kerana saya ingin melupakan semua peristiwa pahit & ingin memulakan hidup baru bersama suami & anak.

Pada awal perkahwinan, kami sangat bahagia sehingga lah pada 28 june 2015 yg lalu, segala2 berubah secara drastik.suami saya kini tidak seperti dulu.jasad nya saja bersama saya…fikiran dan perasaan melayang.Saya akui saya melakukan dosa yang amat besar iaitu penzinaan dimana hidup saya terumbang ambing selepas bercerai dengan suami pertama.hidup saya bagaikan seperti orang yang tiada agama.Ya, saya akui dan saya sangat menyesal dengan sejarah lama saya.Kalau lah saya boleh mengundurkan masa…saya xkan memilih untuk terjerumus ke lembah maksiat.

Kini, suami saya tidak dapat terima siapa saya sekarang walaupun saya telah bertaubat, berubah ke arah yg lebih baik berbanding dulu serta meminta maaf daripada suami saya.Namun, hati nya sudah tiada & hilang entah ke mna.Sudah 5 hari suami saya tidak kembali ke rumah…saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan utk mendapatkan kembali suami saya seperti dulu.saya amat menyayangi perkahwinan ini. Saya sedar perbuatan saya yang dulu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan saya tidak layak dimaafkan.Tetapi saya amat menyayangi suami saya.Harap saudara dapat menasihati apa yang perlu saya lakukan.saya buntu sangat

Zarif
Zarif
Reply to  insan hina
2 tahun yang lalu

Saya boleh faham perasaan suami puan, sebab tu penting jujur dgn segala perkara di kisah silam sebelum meneruskan perkahwinan denganya sebab dia juga kena rasa bahagia bila end up with you. if not, whats the point of marriage.

Fareez Mansur
Fareez Mansur
11 tahun yang lalu

Nice article, superb