21 Tips Mengurangkan Tekanan Mental & Emosi Dalam Kehidupan Harian

tekanan hidup mental dan emosi?
Adakah anda sedar anda sedang menghadapi tekanan?

Apa yang berlaku jika anda membiarkan tekanan mental dan emosi berlarutan dalam diri anda?

Dasyat. Sangat dasyat.

Kita akan kehilangan kebolehan untuk bekerjasama dan memahami perasaan dan fikiran orang lain. Semakin lama, ia akan merosakkan hidup kita tanpa kita sedar.

Kita akan merasa bahawa dunia adalah satu tempat yang kejam buat kita.

Dan adakah anda tahu bagaimana tekanan itu boleh terbentuk?

 

Mengapa Mengawal Tekanan Perasaan dan Emosi Itu Lebih Penting Berbanding Perkara Lain?

Tekanan adalah perasaan dimana mental dan emosi tidak stabil.

Ia bukanlah satu penyakit, tetapi boleh menyebabkan banyak penyakit kronik jika tidak dirawat.

Tekanan atau stress berlaku kerana daya penentangan terhadap apa yang berlaku pada waktu sekarang.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup boleh mewujudkan ‘kesakitan’ sementara, namun ia tidaklah mencetus tekanan untuk jangka masa panjang.

Tetapi, rintangan dari diri kitalah yang mewujudkan tekanan ini.

Dan ia paling kerap berlaku dalam dua cara ini (atau salah satu daripadanya):

  • Enggan menerima kenyataan masa kini
  • Memilih untuk bimbang dan berfikir tentang setiap masa dan tempat yang lain.

Oleh itu, satu-satunya masalah sebenar dalam kehidupan anda adalah rintangan kekal yang terdapat pada fikiran anda untuk meneruskan hidup pada masa kini.

Jika anda mahu menakluki tekanan harian dan keresahan dalam kehidupan, kunci pertama adalah hiduplah dimasa sekarang – be at present moment.

Lepaskan segala apa yang anda fikirkan mengenai hidup yang anda inginkan, dan hargailah segala apa yang ada pada waktu sekarang.

Bolehkan anda hidup tanpa tekanan? Bagaimanakah caranya?

 

21 Tips Merawat Tekanan & Membuang Stress Jauh dari Kehidupan Anda

  1. Tanggalkan topeng anda – Cukuplah berpura-pura. Biar orang disekeliling anda melihat anda sebenar, tidak sempurna, aneh, pelik, cantik dan betapa istimewanya anda. Itu sudah cukup. Tidak perlu lagi memikirkan apa pandangan orang lain.
  2. Percaya pada gerak hati – kita tak perlu untuk menerangkan kepada orang lain tentang isi hati kita. Percayakan kepada bisikan hati kita kerana ia selalunya tahu apa yang terbaik untuk kita.
  3. Lepaskan pemikiran yang tidak menyenangkan – pada saat ini, fikiran sedang menetapkan hala tuju untuk hari anda. Pilih pemikiran yang membawa kepada sesuatu yang paling anda ingini untuk hari ini.
  4. Tegas membuat keputusan apa yang penting dan apa yang tidak – tekanan atau stress berpunca daripada bagaimana kita memberi reaksi, bukan daripada kehidupan kita. Pengertian untuk setiap perkara dalam hidup kita adalah diberikan oleh anda sendiri. Ketenangan jiwa bermula disaat anda memilih untuk sedar, dengan tidak membiarkan orang lain atau sesuatu peristiwa untuk menguasai emosi kita.
  5. Ambil nafas dalam-dalam apabila kita memerlukannya – Anda tidak perlu menyelesaikan setiap masalah dalam hidup untuk menikmati hidup yang aman.
  6. Menjaga kewarasan dan rasional kita – Kadang-kadang kita perlu mengatakan “tidak” kepada perkara-perkara yang baik untuk dapat untuk mengatakan “ya” kepada perkara-perkara penting. Kita tidak dapat melakukan semuanya. Kita harus sentiasa sedar dan membuat pilihan dengan bijak.
  7. Amalkan rasa syukur – Jika kita mencari sebab untuk jadi pemarah, kita akan mendapat sebab untuk itu. Lihatlah sebaliknya, cari sebab-sebab untuk bersyukur, dan lihatlah ia di mana-mana. Ingatkan diri kita bagaimana kita bernasib baik masih lagi bernafas pada masa ini di sini, sekarang. Lebih banyak kita menghargainya, ia akan menjadi lebih baik.
  8. Buang tabiat mudah terguris hati – Jika anda mengambil segala-galanya secara peribadi, anda akan kekal tersinggung untuk sepanjang hayat anda. Apa yang orang lain sering lakukan adalah kerana mereka sendiri, bukan anda.
  9. Menyedari bahawa kita mungkin memerlukan jauh lebih sedikit daripada apa yang dimiliki – Orang paling kaya bukan orang yang mempunyai yang paling banyak harta, tetapi orang yang memerlukan yang paling sedikit. Kekayaan adalah mindset. Mulai hari ini, kurangkan kemahuan dan hargai apa yang telah ada.
  10. Penuhi hidup anda dengan banyak pengalaman, bukan banyak benda – Kekusutan fizikal sering kali menimbulkan kekusutan emosi. Lebih baik memiliki banyak cerita yang luar biasa dalam hidup, bukannya kekusutan yang luar biasa barang-barang dalam almari anda.
  11. Hanya lakukan yang terbaik dan menghargainya – Tidak kira apa yang berlaku hari ini, ingat, anda tidak akan menikmati hidup anda jika anda tidak menikmati cabaran anda. Dan cabaran yang paling sukar pernah anda lalui, anda akan merindui dan berterima kasih kepadanya apabila anda sedar betapa ia telah membawa anda sejauh ini.
  12. Fokus kepada perkara positif – Pemikiran positif bukanlah mengharapkan yang terbaik berlaku setiap masa – ia mengenai menerima apa yang berlaku dalam setiap masa, dan membuat yang terbaik terhadapnya.
  13. Lepaskan apa yang tidak ada lagi – Melepaskan sering kali membawa kita satu langkah ke hadapan. Kadang-kadang kita perlu bersedia mengelakkan diri daripada apa kita hajatkan, untuk mencari apa yang anda benar-benar perlukan. Jadi jangan biarkan ketakutan dan kesakitan masa lalu anda mempengaruhi pandangan anda pada masa kini.
  14. Merendah diri. Jadilah boleh diajar – Fikiran yang terbuka akan sentiasa kurang tertekan. Ingat, dunia adalah lebih besar daripada pandangan anda tentang dunia itu sendiri. Selalu ada ruang untuk idea baru, langkah baru … satu permulaan baru.
  15. Ambil langkah harian yang kecil – Berfikir terlalu lama mengenai sesuatu perkara yang ingin dilakukan merupakan salah satu sebab ia tidak akan dilakukan. Tidak perlu untuk terus sempurna dan hebat. Hanya lakukan perkara asas setiap hari. Binalah tabiat positif dalam hidup. Jadilah gigih. Berseronok. Berpegang teguh. Percaya diri.
  16. Mengamalkan disiplin diri – Jika anda mengelakkan diri daripada disiplin diri ia menghukum anda. Apabila anda menerima disiplin diri ia membolehkan anda untuk mencapai perkara yang luar biasa. Contoh disiplin diri paling mudah? Solat. Jangan pernah tinggalkan solat. Jangan melewatkan solat.
  17. Sabar dalam mengejar keinginan – Dalam budaya masyarakat sekarang yang mudah tergoda dengan kepuasan segera, kita mesti belajar nilai kesabaran dan ketabahan. Bersabar dan berpegang teguhlah. Good things come to those who wait
  18. Menyemai rasa cinta – Tekanan, kebimbangan, kekecewaan, dan sakit hati sering timbul kerana kita tidak melihat dunia, orang lain, atau bahkan diri kita layak untuk mendapat cinta. Lihatlah kebaikan dimana-mana. Semailah rasa cinta dan bersangka baiklah kepada semua orang.
  19. Luangkan masa bersama orang yang penyayang dan sentiasa memberi sokongan – Kegembiraan kita secara langsung berkaitan dengan kualiti orang-orang yang paling rapat mengelilingi kita setiap hari.
  20. Menjauhkan diri daripada drama secara terhormat – Di mana sahaja di dunia ini terdapat banyak drama, ada banyak berdusta, manipulasi dan ruang untuk mencetuskan tekanan. Lebih baik elakkan diri.
  21. Tidur di atasnya – Jika segala-galanya gagal, nasihat yang terbaik yang saya boleh beri adalah “tidur di atasnya.” Berikan diri anda rehat yang diperlukan. Segala-galanya berubah pada waktu pagi seterusnya.

Apapun yang terjadi dalam hidup anda sekarang, jangan mengalahkan terhadap diri sendiri. Biar apa pun yang terjadi!

Walaupun kehidupan anda masih penuh dengan tekanan sekarang ini, dan anda masih berada jauh dari berjaya untuk melaksanakan idea-idea dan strategi dibincangkan dalam artikel ini, itu adalah tidak mengapa.

It’s OK.

Bersabarlah dengan diri anda sendiri.

InsyaaAllah rutin yang baru dan lebih baik ini mengambil sedikit masa untuk terbentuk secara semula jadi. Rutin yang akan mengelakkan anda dari tekanan atau stress yang sia-sia.

Saya janji satu perkara ini: Walaupun langkah kecil ke arah yang betul yang anda lakukan pada hari ini akan membawa anda kearah ketenangan.

Ambil langkah itu..

..dan ambil langkah seterusnya pada esok hari.

 

Penutup

Jika anda benar-benar ingin melarikan diri dari perkara ini, apa yang anda perlu adalah bukannya dengan tidak berada di tempat yang berbeza, tetapi jadilah seorang yang berbeza sekarang.

Ia berkaitan bagaimana kita boleh membuka hati kita.

Boleh menerima segala yang berlaku pada waktu ini. Pada waktu sekarang.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

37 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Geruda
Geruda
2 tahun yang lalu

Sy menghadapi tekanan jiwa yg sgt teruk hampir setiap hari sy menangis dn kadang2 menggigil seperti ketakutan menghadapi sesuatu pekara .sy perlukan sokongan tp tk tahu dari siapa sy nak Minta bantuan.tolong lahh sy ? ..

dani
dani
Reply to  Geruda
2 tahun yang lalu

hi sayang stay strong im here

Juan
Juan
4 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian tips2 ni , saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan kalau tidak baca tips ini, kini saya lebih tenang

Mohd safiq bin irih
Mohd safiq bin irih
4 tahun yang lalu

terima kasih atas segalanya semoga allah memberkati ilmu ini dan kepada pengongsi ilmu ini..

intan
intan
4 tahun yang lalu

Asalamualaikum. saya intan dari sarawak, saya suka baca blog yang encik tulis tentang islam☺️.. kalau boleh nak sangat belajar untuk mengurangkan tekanan emosi dan jiwa.. sebab masalah saya adalah kurang yakin pada diri,selalu berfikiran negatif dan was-was itu kadang-kadang datang tapi dalam sehari dalam 2 3 kali was-was itu datang buat masa yang panjang baru hilang.. tertekan saya mengalami nya diluar orang x tahu sebab mereka tengok saya mcm orang biasa saja… Selalu rasa kemurungan dan depresi yang teruk dalam seminggu 2 atau 3 kali saya mengalami nya .. Saya juga ada masalah “OVERTHINKING” yang teruk juga.

nurul aleeya
nurul aleeya
5 tahun yang lalu

saya daripada mahu kesekolah …..kepada tidak mahu kerana masalah kkecil saja mahu besarkan apakah tindakkan saya perlu lakukan sampai satu tahap saya x bole kawal diri saya ….akan sentiasa dalam keadaan marah….

hamba allah
hamba allah
5 tahun yang lalu

Terima kasih banyak2. banyak pekara lagi yg saya perlu belajar. artikel ini sangat membantu. terima banyak2

Sharifah
Sharifah
6 tahun yang lalu

Bersyukur saya dpt menemukan artikel ini.. Terima kasih tidak terhingga kpd si penulisnya…

anon
anon
6 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian bermanafaat ini, alhamdulillah selepas baca artikal ini saya tahu apa perlu dilakukan.

Rizal Omar
Rizal Omar
6 tahun yang lalu

Alhamdulilah..terima kasih..saya akan cuba sedaya upaya saya.

unknown
unknown
7 tahun yang lalu

Terima kasih sobat, atas artikel yg sangat bermanfaat ini. Sangat menginspirasi, semoga bahagia dunia akhirat. Amin.