Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama
Perasaan cinta pertama adalah satu rasa yang sangat sukar dilupakan..

“Bagaimana Menghapuskan Rasa Cinta Pertama yang Menghantui Diri?”

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi perasaan cinta pertama.

Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya.

Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

— Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya.

Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.

Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

 

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu.

Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

 

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas.

Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam.

Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan Si Dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita.

Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.

 

 Jangan Membatasi Diri Pada Satu Nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai.

Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan.

Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.

Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

 

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

261 thoughts on “Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?”

  1. terima kasih..redha dan melepaskan walaupun cukup payah….hidup mesti diteruskan. mudah2an ada sinar di hujung jalan..Insya Allah.

    Reply
    • Keep the past in the past. Move on. Learn from it, from our mistakes. What’s done is done, and the future is our to choose now, for better or worse.

      Reply
  2. T. Kasih. Terpisah kerana isteri pergi meninggal kan sy demi kerana menaruh hati dgn kawan sy sendiri atas alasan Ingin berjaya dlm perniagaan dan akhirnya kawan sy yg muda Dr isteri 9tahun menjadi rakan niaga.. Skrg kami dh berpisah kerana ia me minta lepaskan kerana Ingin capai apa yg Di impikan ya..
    Sdgkan sy yg memjaga dan menyara ya Dr usia 16 tahun. Mula niaga sy la tulang belakang dia.
    Kini sy rasa down sbb dgn kawan yg sy kenalkan dlm perniagaan.. Teramat sukar untuk bangun kerana kecewa atas apa yg dilakukan.
    Semoga dgn ini sy dpt melupakan dia walau sukar..

    Reply
    • Terlalu banyak perkara di masa silam yang tak dapat dihapuskan waktu.

      Biarkan.

      Kerana kita sentiasa boleh berdoa dan berusaha untuk masa depan yang baik, selagi masa dan Tuhan mengizinkan.

      Seiring masa, doa, dan usaha, inshaAllah semuanya akan menjadi baik-baik saja :)

      Reply
  3. Terima kasih banyak banyak ya…In Shaa Allah saya akan cuba…walaupun ia amat menyakitkan hati saya…saya cuma nak mencari kecintaan Allah dan Rasulullah yang hakiki…tolong doakan saya ya…lagipun saya bukanlah seorang lelaki yang sempurna pada pandangan dia…

    Reply
  4. Terima kasih utk artikel ni. Semoga Allah tros kuatkan hati sya utk lupakan dia, cinta pertama sya.. Lama dya menunggu utk rsa mcm ni. Bila hadirnya rsa cinta tu, tp org yg salah pulak.. Allah nk uji hati sya ni. Alhamdulillah, byk yg sya belajar.. Semoga sya troskn kuat dan akn hadir lelaki yg terbaik utk sya.. Amin..

    Reply
  5. Tepat bulan februari 2018 Aku kenal dengan seorang ikhwan dri akun AN, dimula dengan dia menemui akun aku di AN lalu lanjut dia mencari akun IG ku agar bisa mengenali ku lebih lanjut, stelah dia mendapatkan akun IG ku diapun DM aku dengan memperkenalkan diri dan langsung mengajak ku ta’,aruf.

    Singkat waktu kami pun saling mengenal kan ortu kmi masing2, dia bertemu keluarga ku dibatam dan aku menemui keluarga dia di yogya karna kami mempunya target untuk menikah setelah selesai dri kuliah. Ta’aruf kmi pun berlangsung hingga 9 bulan lebih otw 10 bln, akhirnya akupun lulus kuliah bulan oktober 2018 dan dia lulus bulan november ini 2018 , namun Allah mempunyai rencana lain, tepat di bulan november 2018 dia memiliki masalah pribadi dlam keluarganya yg mengharuskan aku dan dia tidak menjalankan target kami tdi, ya bisa dibilang membatalkan ta’aruf walaupun dia tidak ngomong secara langsung tpi aku mengerti dri kata2 yg dia smpaikan.
    Aku cukup mengerti dengan apa yg telah dia smpaikan, aku tauu ini bukan lah keinginannya ,tpi ini adalah rencana indahnya Allah yg tidak kmi ketahui.

    Dibilang sedihh ?? Yaaa pasti sedihlah
    Dibilang kecewa?? Kecewa apa lagi, pastinya…
    Trauma ??? Hmm…
    Wajarr karna wanita lebih bawa keperasaan.
    Mungkin bisa dibilang cukup sulit bagiku saat ini untuk bisa nerima ikhwan yg lain.
    Tpi buat apa larut dalam kesedihan dan kekecewaan, ini lah jalan hidup seseorang yg harus dijalani. karna aku slalu yakin “Apa yang terburuk bagi kita belum tentu buruk bagi Allah, dan apa yang tarbaik bagi kita belum tentu baik bagi Allah.
    Mungkin ini memang yg terbaik bagi Mu Ya Rabb…
    Akuu yakin dibalik ini semua ada rencana indah yang Allah persiapkan untuk ku dimasa yang akan datang. Karna Allah tidak pernah membuat umatnya kecewa.
    So teruslah berHusnudzon kepada Allah ?

    #Just sharing pengalaman ?

    Reply
  6. Aku ada meminat seorang gadis ini walaupun aku sudah berkawin tapi aku boleh tersuka pada dia. dia rakan sekerja aku. Tapi kecewa apabila mendapat tahu dia akan berkawin. aku ingat dia jodohku. Tapi bila fikir fikir balik, mungkin aku suka dia, tetapi belum tentu nanti dia baik untuk. Ada hikmah

    Reply
    • Kau kecewa sbb tiada Jodoh dgn gadis tersebut. Pernah tak kau fikir perasaan isteri yang jauh lebih kecewa dan derita dengan sikap kau sekiranya kau ada jodoh dan berkahwin dgn gadis tersebut.
      Semoga Allah menjadikan kau suami yang sangat menyayangi dan menghargai isterimu.

      Reply
  7. Kenal dia ketika kerja Di mall .
    Beberapa Bulan bagaikan bertahun’2 saat Indah sekali.
    Tp one day dia bagitau ak yg dia aggap ak adik dia and mahu ak aggp dia kakak.
    Ak HORMAT ,ak aggap dia X lebih sebagai Kakak .

    Then dia bercinta ,masa ak tahu dia Putus cinta ingin sekali ak pegang tanganya dan berkata ak sygkan dia ,tp ak dpt tahu kwn ak sukakan dia .ak aggp dia sahabat baik ak .
    Ak korbankan cinta ak sekali lg demi kwn.

    Tp yg plg ak sedih ,masa dia minta tlg ak ,ak X DPT nk tlg dia
    Dia bagitau ak bkn kwn dia.

    Skang dia dan kakak agkt Ku athirah pergi X pernah Ku jumpa lg .

    Ak Minta maaf ak hrp korang bahagia.

    Satu ak NK ckp klu korang tahu betapa ak berkorban UTK korang mesti korang akn menyesal .

    Dh 4 tahun X pernah and X dpt ak lupakan kau walau sekali kak ikah.
    Kau first love ak . Ak X pernah Rasa perasaan cam ni kat gadis lain.

    For anyone yg Rasa kecewa.
    You can contact me 0145062561 .
    I don’t want anybody else. Feel sad alone.
    I know how it feel??

    Reply
  8. Allah gerakkan hati untuk baca artikel ni… Alhamdulillah sangat membantu. bila baca komen2 disini, baru saya sedar ada yang lebih hebat dugaan nya.. seperti saya, apala sangat.. point tu boleh buat saya cuba bangkit dari rasa duka ini.. wahai hati2 y kecewa, sesungguhnya masih ada harapan untuk esok hari.. bangun, tarik nafas dalam, dan teruskn melangkah..

    Reply
    • Alhamdulillah.

      Percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

      Allah tidak pernah memberati hambaNya melebihi kemampuan yang dapat ditanggung. Pasti ada pengajaran yang hendak Allah sampaikan.

      Cuma kita perlu kuatkan hati untuk menyakini setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikan yang menunggu dihujung.

      Reply
  9. 10 tahun bercinta..dan menerima apa sahaja baik buruknya.. walaupun sy jarang dipedulikan. sy pernah ajak settle down dia cakap nanti dulu krn alasana dia menanggung keluarga dan bapanya menghadap penyakit kronik.Sy terfkir dan takut adakah penantian ini selama 10’tahun hanya satu sia2. Syg tolak cinta org lain hanya utk dia. Skrg sy bintu mcm mana nak tanya apakah halatuju hubungan ini. Tolong saya

    Reply
  10. Sedih sekali,kecewa yg teramat luar biasa. Saat laki2 yg sll berjanji mau membimbing kita mjd lbih baik, yg berjanji akan menghalalkan kita, ternyata bs mudah sekali teralihkan hatinya. Aku mmg bukan ahli agama n ibadah, aku hnya manusia yg penuh salah n kekurangan,tp apa salah kalo qt trs belajar memperbaiki diri?apa salah kalo butuh waktu?apa harus disebutkan semua kesalahan2 di diri kita hanya utk mencari alasan spy bisa berpisah?dia selalu menyuruhku utk mjd lebih baik, tp dia sendiri sibuk mencari yg sempurna. Ya Allah sedihhh pokoknya :'(

    Reply
  11. Terima kasih. sy rasa sangat sedih tengok pasangan sy berubah, tak perdulikan saya, tak bagi attention pada sy seperti sebelum ni, sy luahkan rasa cinta dan syg pun dia tak hiraukan sangat. asyik nak backup diri dia sendiri saja betul. layan macam kawan. dulu masa kenal mula2, bukan main beriya nak sy, bila dah dpt, ni lah layanan yg sy dpt. sedih.

    Reply
  12. Hatiku meraung dlm kesedihan, dek krna org yg aku sayangi n cintai tegar melupakan janji n tdk setia pd rumahtangga yg dibina. Masuk tahun kelima usia perkahwinan, sekelip mata kau berubah n berkahwin dgn lelaki tersebut. Lbh menyedihkan bila mengenangkan seorg anak yg terpaksa melalui semua ini dlm usia yg sgt mentah (2 thn lbh).

    Reply
  13. Lelaki yang saya curahkan segala kasih sayang dan terima segala baik buruknya baru sahaja selamat bernikah dengan gadis lain, tanpa menerangkan kepada saya sedikit pun tentangnya. Saya anggap ini kifarah untuk saya yang pernah mengecewakan banyak hati, jadi saya sedang cuba memujuk hati sendiri bahawasanya apa yang terjadi adalah kerana saya sudah terlalu lama menyombong diri dengan Allah. Sekarang Allah jentik hati saya untuk mengingati-Nya semula. Cinta saya selama 4 tahun berkecai begitu sahaja. Doakan saya kuat ya untuk redha dengan apa yang terjadi dan terus istiqamah. Terima kasih untuk artikel ini ya :)

    Reply

Leave a Comment