Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama
Perasaan cinta pertama adalah satu rasa yang sangat sukar dilupakan..

“Bagaimana Menghapuskan Rasa Cinta Pertama yang Menghantui Diri?”

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi perasaan cinta pertama.

Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya.

Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

— Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya.

Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.

Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

 

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu.

Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

 

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas.

Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam.

Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan Si Dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita.

Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.

 

 Jangan Membatasi Diri Pada Satu Nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai.

Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan.

Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.

Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

 

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

261 thoughts on “Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?”

  1. Saya berkenalan dengan seorang lelaki ni tidak lama..kami adalah perhubungan jarak jauh…akhirnya kami decide nak berumah tangga..tapi malangnya hubungan kami tidak diterima oleh keluarga lelaki itu terutama mendapat tentangan hebat dari ibunya kerana saya adalah orang jauh….kemudian saya putuskan untuk melepaskannya sebab tak mahu dia stress asyik bertengkar dengan ibunya..saya tak mahu dia menjadi anak derhaka…
    Ade hikmah disebalik nya..saya bersangka baik pada Allah..
    Memang sukar untuk saya move on..melupakan apa yg terjadi…Tp saya perlu kuat dan tenangkan hati…. Setiap orang xsama… masa untuk mengubat hati ni..mungkin sekejap..mungkin lambat..artikel ni sedikit sebanyak membantu saya..Doakan saya mendapat ketenangan hati yg diinginkn..Amin..????????

    Reply
    • cerita kita sm… makabah tidak berstuju sebab sy org jauh & takaut anak lelakinya tinggalkan mereka setelah berkawin nnati..kami jadi buntu.. bukan untuk memaksa tetapi untuk meminta restu dan redha.. moga Allah beri kemudahan dr kseulitan..

      Reply
    • Beberapa bulan lalu saya baru putus dengan pacar yang udah 5 tahun kita bersama.. Sebab berakhir hubungan kami adalah ego masing2..saya sendiri tidak begithu sedih karena ada beberapa hal tentang dia dan keluarganya yang bikin saya berpikir 2 kali,untuk mempersunting nya..

      1 tahun sebelum berakhir saya sudah mengatur jarak dengan dia.. Biar dia berucap kata2 putus dari mulutnya.. 2 bulan kita tidak ada komunikasi..hingga suatu hari saya dapat kabar dia mau menikah… Langsung berdetak hati..pikiran saya pada saat itu langsung kacau ..tidak tau kenapa??.. Sampai malam juga g bisa tidur… Ada sesal yang teramat dalam yang saya rasakan..3 hari berturut seperti itu juga..

      Hingga pada malam 4 saya tekadkan dalam hati.. Asal dia bahagia saya juga bahagia walau ada luka teramat dalam..

      Articel yang saya baca ini sangat cocok dengan kejadian yang saya alami.. Tahapan- tahapan yang diberikan sangat berguna bagi para insan yng mengalami hal seperti ini..

      Hingga sampai malam ini saya sudah lebih ikhlas merelakan kepergiannya untuk selama-selamanya..trims

      Reply
  2. Cinta pertama itu hal yang paling dibenci..
    Aku hubungan 2 tahun lebih 6 bulan, lama ya…… tapi sayang semua berakhir di aku sendiri. Kadang ya ukhti aku ngerasa kaya gak akan ada lagi cinta. Aku kenal cinta pertama ditempat suci (pesantren) tapi hal itu gak melatarbelakangi sucinya cinta kita. Entahlah mungkin karena dia yang ngerasa dicintai sama aku.

    Reply
  3. sy mencintai orng yg sudah punya pacar,pas tau sy langsung ingin melupakannya,tp sy nggak bisa malah dia selalu muncul dihadapan sy,trus sy coba untuk berteman dgnnya diFB sy suka buka profil dia,trus akhirnya dia tau klo saya cinta sm dia,tapi dia malah ngaduin itu ke pacarnya,trus pacarnya mau marahin saya,untung sy punya alasan yg tepat.dengan berbicara “saya hanya kagum sm pacarmu karna namanya hampir mirip sama saya”
    dan sekarang sy sangat mdmbencinya tp tidak bisa melupakanny ,setiap sy ngelihat dia sy tidak sanggup karna ujung2nya sy nangis,tp klo nggak ngelihat dia kecewa kira-kira gimana ya spy saya bisa ngelupain dia?

    Reply
  4. saya sudah pacaran selama 3th. hubungan kami sudah dalam dan jauh sudah saling mengenal keluarga satu sama lain. awalnya kami baik2 saja, kita saling setia dan saling cinta. sampai pada akhirnya cowok saya selingkuh, karna ia ingin coba2. saya tau kenapa dia seperti itu karena saya adalah cinta pertamanya dia, dan baru pertama kali pacaran juga sama saya. saat saya sudah mengetahui bahwa dia selingkuh kita putus. tp tidak lama kita balikan lagi, tp hal itu masih diulangi terus dengan orang yg sama. sanpai akhirnya,saya mengalah lebih baik saya yg pergi untuk tidak bersama dia. selang beberapa waktu, mereka putus dan kembali pacaran sama saya. setelah hubungan kami baik2 saja si cewe selingkuhan tadi marah2 ke saya dan selalu iri sama saya dikira saya yg merebut,padahal saya tdk ada niat untuk merebut bahkan saya memilih untuk mengalah dan pergi. tdk sampai dstu, cowok saya kembali mengulangi kesalahan yg sama. dia meninggalkan saya dengan alasan karna bosan dan sudah tdk ada lagi rasa kpd saya. dan saat itu saya memutuskan untuk mengakhiri hubungan ini, tdk taunya dia telah berpacaran dgn cewe lain… yg membuat saya sakit hati knpa tega melakukan hal seperti itu? apa salah saya? apa kurangnya saya? dari awal perjuangan masih susah, sampai akhirnya seperti ini saya selalu setia menemani dgn segala kekurangan dia. tp knp dia meninggalkan saya bgtu saja? mulai saat itulah saya membentengi hati saya untuk tdk memiliki perasaan kpd dia. tp anehnya meskipun kita sudah putus hubungan kita masih baik,bahkan seperti pacaran tp kita hanya bereteman dan dia pun telah memiliki pacar. suatu saat dia ngmong ke saya dia memang tdk ada rasa ke saya tp dia berat untuk meninggalkan saya,rasa berat itu sama seperti awal pacaran. sampai suatu ketika saat saya contact dengan mantan saya , pacar mantan saya mengetahui itu. dann akhirnya pacar mantan saya memblock semua medsos untuk berhubungan dengan mantan saya. dan ternyata mantan saya cerita ke pacarnya bahwa aku yg slama ini berat hati untuk meninggalkan dia,aku yg selingkuh. pdhal aku tidak melakukan semua itu. tp saya mencoba untuk bersabar menerima semua masalah ini, perasaan saya sedang diuji,apakah saya kuat untuk melewati cobaan seperti ini. dan alhamdulillah perlahan saya bisa ikhlas menerima semua ini, dan saya tdk pernah menyesal sudah pernah bertemu dengannya dan menemaninya walaupun akhirnya ditinggalkan.. semoa kamu bahagia,walaupun bukan aku yg membuat kamu bahagia. memang allah menciptakan saya bukan untuk menyakitimu tp mungkin memang bukan saya yg membuatmu bahagia. :)

    Reply
    • Inti nya kita harus bisa ikhlas, dan kita punya kesempatan untuk mencari yang lebih baik dari dia. Btw, saya juga punya masa lalu yg demikian, dan namanya sama dengan anda hehe.????????

      Reply
  5. I’m a non-muslim and I fell in love with a muslim guy. We were friends before we realize we had feeling to each other. After some confession, we got into a relationship. To be honest, I loved him because of his personality. Knowing that my parents against Islam still couldn’t stop me from loving him. So yea…we’ve been in a relationship for about six month until one day he said his feelings to me isn’t the same anymore. He said, he didn’t have any feeling towards me anymore. He is my first my love and that is my first break up ever. I couldn’t handle it because I love him deeply. I saw him as someone who could help me to show my parents that Islam isn’t bad but…things has changed. I fall into depression and I am still struggling with it now. It’s been 9 month now and I still couldn’t forget him. I mean like there are times when I feel like I’m okay and there are times when I feel not. And when I feel I am not okay, my mind keep crawling back to the memories I had with him. I put too much hope in him and I was destroyed by it. My friends advice me to unfriend/unfollow him in any social media but I don’t have enough courage to do so because we have a same circle of friends, and another reason is maybe because I am not really ready to let him go. I pray to God everyday to took away my feelings for him as how He took away his feelings for me….but at some point, the sadness is still there. I’ve never been broken like this before and I’m crawling right now to get out from this sadness. I am lucky to have a family that understand how broken I am (never have I showed them how sad I am before this but due to this break up thingy, I lost my battle and collapse in front of them.) I am lucky too for having some good friends by my side. But I guess, I am not the same person anymore. I am not that ‘hati-kering’ person I used to be but I’m on my way in building a stronger me. It hurts. Its painful but somehow, it help in shaping who I am now. I may not fully move on, but I think my hearts start to heal bit by bit. It’s a slow progress of course because we all have different pace of healing but I hope, whoever has been broken by love, I hope you keep going even sometimes you feel like there’s no point in doing so. Force yourself to remember your blessings, e.g; your parents, your friends, your cats (imma cat person). Listen to any uplifting song like Stand By You – Rachel Platten, watch Cocombee videos if you feel like you need to feed your soul, go find some self-help article in Pinterest, go read some motivational books. Do all that. You’ll be surprise how all of that could help you feel better. Keep doing that and never stop until you finally can let the person go. I am still struggling to finally letting him go but I’ll keep learn to do so slowly..and I hope you do the same. Cheers!

    Reply
    • We have the same story , i just broke up about 4 days ago . He is chinese an i’m malay . We’ve been in relationship for about 2 years . We are start as class buddies and finally we confessed each other feeling . He’ve been so nice to me since we’re studying until this year . Actually we’ve been in long distance relationship for about 1years . We’re always fight within this long distance period . But , starting this month he already changed . He ask me to leave him because he did not ready to convert and he doesn’t want to give me any hopes . I dont want to leave him because i love him so much and so many good memories happen between us . Then , he told me that he joined ‘gangster’ and doesnt want to get me involved . I could not believed his reason . And finally he tell me the truth that he got another girls and he could not stand our long distance relationship . He told me that he never love me before . That girl is his colleagues and just met about two months . That girl is also malay .Only god know how i feels right now . I’m crying , depressed , cannot do any works , cant sleep , cant eat . I’m not believed that he got another girl . I still contact him and force him to tell me the truth . And suddenly my friend and also his friend text me and told that he meet him and that girl at bazar ramadhan walking while holding hands . So , maybe that is the true story , he already forget everything about us and he left me just like that . Still missing him and remember him every second . Always read this blog to find the ways forgetting him . Please give me some advice for me to move on .

      Reply
  6. Saya udah pacaran selama 14bulan,entah kami bertengkar padahal pagi2 nya terasa baik2 aja dan sore kita bertengkar sangat parah sampai akhirnya kita memilih untuk masing2. jujur,saya masih mencintainya,saya masih menyayanginya sampai detik ini,saya bingung bagaimana cara buat dia kembali kepada saya

    Reply
  7. Saya pernah suka kat seseorang sebab dia menutup aurat dan berhijab.. Setiap kali dia masuk kelas tuisyen ngan saya, saya asyik pandang dia.. Tak tahu kenapa.. Saya selalu chat ngan dia.. Dia jawab chat saya.. Tapi sekarang dia asyik block saya.. Bila jumpa perempuan berhijab, saya teringat dia… Saya tak boleh lupakan dia..????

    Reply
  8. Hubungan saya dengan dia tidak ada kejelasan sama sekali, dia hanya mengatakan dia sayang dengan saya, tapi setelah 5 bulan berlalu, dia mulai mengatakan bahwa ada perempuan lain yang membuat dia sayang, dan jarak mereka sangat dekat. Jadi dengan kekecewaan yang mendalam saya putuskan untuk mengalah dan membiarkan dia bersama dengan perempuan itu

    Reply
  9. 4 tahun saye besame dengan die, kisah kami ni memang cukp panjang saye merase memang saye dah dibute kn oleh cinte macam2 saye buat untk die, dah terjadi macam ni baru saye merase saye lah manusie yang paling bodoh, selame 4 tahun ni kami hanye 2bulan je merase kalau sye dg die tu couple sebab selepas je 2bulan sye dpt tau kalau die ad simpan perempuan, semenjak sye tau klw die simpan perempuan saye teros jauh kn diri dari pde die, dan selame 4 tahun tu jgak die selalu kejar saye dah namenye sayang dan cinte saye tetap je layan die, die selalu kasi harapan kat saye, selalu ad untk saye wlpn saye tau die masih jge lagi ad berhubngan dg perempuan tu, die selalu kasi kbr kat saye, sampai saye tak b;h dekt dg mne2 lelaki, saye terlalu sayangkan die terlalu cinte kn die smpai semue ckp die saye ikt, tibe lah pade suatu hari kami pegi kelua makan tibe2 fon die bunyi rupenye pempuan tu yang call, saye angkt rupnye pmpuan tu yg call singkat cerite die buat keputusan mlm tu juge buat tingglkn perempuan tu, dan milih saye untk jdi kekasih die awalnye saye tak pcye, krna sye tau prmpuan tu memng dah terlalu dekat dg keluarge die, bike die plh saye , saye smpat naseht kn die, ”awak btl ke pilih saye?saye tau keluarge awk dg die dah dkt sgt kn”mcm biasedie selalu sengankn hati saye simple je dy jwb, “saye syg kn awak makenye saye pileh awak” tulah katekate die dan rupenye die masih jugk lagi mintak harapn kat pempuan tu 11 bulan seblm 4 thun ni die menjalin hubng dg saye dn dlm diam juge die masih jugak tekejrkejr pmpun tu, dn pd suatu hari tu saye call die, rupenye pmpun tu yg jwab,dn pade hari tu jge lah saye memutuskan untk dah tk ad ape2 hubngn lagi dg die, tapi dlm wktu 3 hri die selalu call sye tpi saye tk angkat, last day die call saye 3 kali saye tk jwb trs tu die mesej die ckp “saye mintak maaf dg awk , saye da bnyak buat salah kat awak” saye tk reply dn lepas tu 1 minggu kemudian saye dpt kbr die da betunang dengn permpuan,saye selalu menguatkn hati saye dan selalu iklas, dan dengan membace artikel2 yg buat saye lebih termotivasi supaye teros semangat dan tegar. :’)

    Reply
    • bersabar lah , Allah sentiasa ada bersama dengan orang yang bersabar , pengalaman kita lebih kurang sama , saya 5 tahun bersama si dia dan akhirnya dia pergi dengan lelaki lain, kemungkinan mereka akan bertunang tak lama lagi, Allah je yang tahu perasaan ni, semoga saudari dapat terus kuat !

      Reply
  10. hye guys. saya dh 3 tahun dgn bf yg skrg. tpi sayang. dlu pernh kate. if di antre kita berdua berubahh kene lah tegur antre satu sama lain. spya hbungn tuh boleh kekal lama lebih baik kita tegur demi kebaikan masingmasing. n bile saya dah tgur. dia ckp saya tuduh dia mcm mcm. smpai dia hlng sbar dgn saya. dia trus ckp ksar dgn saya. :’). untill now kitaorng still lagi gduh. dan dia ckp dia dh penat n fedup dgn saya. n biler saya ckp saya nak end kn hbungn kita. dia taknak. i’m really2 love him. sebab saya dh trlalu letakkn hrapn yg tinggi pda dia. tpi ini blasan yg saya dpt. smpai skrg. saya tkthu nak buat ape. saya cuba diam. tpi bile diam. stiap hari saya asyik ingt akn perbuatan dia. stiap hari dia ckp saya macam macam. n biler saya bagithu ape saya rasaa tntng perubahan dia. dia ckp saya tuduh juga. saya tkthu nak buat ape lagi. saya cuba taknak siasia kan hubungn nie.

    Reply
    • hy,..aku baca cerita’mu,…menurut saya apakah dengan sikap dia yang seperti itu, apakah dia yang akan kau jadikan sebagai imammu…memang sulit dapatkan orang yang tulus dengan kita, tp dunia masih sangatlah luas, selagi tuhan masih memberi kesempatan kpd kita untuk mencari yg terbaik, why we not do something,…!! maafkan kalo ane lancang, aku cuma mau mengasih tau pndapat saya je

      Reply
    • Kisah awak sama dengan saya,, tpi pgakhirannya yg ckup myakitkn hati sya,, bila dia kta nk ptuskn sya sebb dia tk than dgn prgai sya yg slalu marahkn dia,, sedgkn slma ni sya bukn mrahkn dia cuma x suka cra dia bckp sebb smkin ari dia brubh dan slalu mrah2x dan ckp yg bukan bukan psal sya,, sya hrap hbungn awak tk brakhir dgn pgakhirn yg sgt mykitkn…:'(

      Reply
  11. Sebab kekasih pertama laa aku kecewa. 6 tahun sama2.. dh janji itu ini… tp. Masih x fhm stu sama lain.. last2 putus. & skrg dh stahun ianya berlalu.. dlm setahun dh 2 org pmpuan dia brcinta.. Cukup mudah dia mncari pengganti… sbb trlalu cinta… smpai sekarang aku berharap. Bodoh bukan? Tp itu laa knyataan.

    Reply
    • Sama spt saya.. wanita/kekasih pertama yg saya letak hrapan yg tinggi selama 6tahun juga pergi dan bersama teman barunya.. perit tp itu juga lah permulaan utk hidup saya.. hingga kini saya masih terasa perit itu.

      Reply
  12. Semga aq jga bisa melupakan nya dngn tips2 itu. Tpi entah mengapa ketika aq tdk sngja mlhtny semua kisah kmbli teringat. Rasa sakit hati ini slaluu memberkn kebencian. Krna dia membrikan harapan kepdku begtupun aq keluarga kmi sudh sling mengenl. Aq dan dia berpacaran sejak aq kls 1 Smk tpi kmi berpacaran layak nya seorang sahabt krna bagi kami dngn car it bsa menjauhkan dari khilaf. Tpi aq tdk mengra jika pada akhirnya dia akan menyakti q. Dan selingkuh 1 minggu dngn permpuan lain. 1 hari sblm aq ulang tahun kmi berpsh..

    Reply
  13. assalamualaikum, saya bru shaja putus cinta , kmi tidak la kenal bgitu lama. kmi berkenalan di wechat dan masa first time kmi kenal tiap hari chat chat dan menjadi crush tiba2 muncul satu perasaan yg membuat kan sya menerima dia menjadi teman lelaki. Selpas dia menjadi kekasih sya , tiap minggu kmi berjumpa. Perasaan syg tu tiap hari muncul dan perasaan tu semakin kuat. sya sda berharap bahawa dia akan menjdi yg terakhir walaupun bukan yg pertama. Malahan dia juga memberikn harapan yg sama tiba2 satuhari dia memutuskn hubungan dengan alasan perasaan cinta dia terhadapsya sda berkurang. Ya Allah , masa tu sya dah tak tahu nk buat apa . Saya kuat kan diri untuk terima semua ni tapi susah dan takboleh. terlalu bnyk moment2 yg indah saya juga tk mampu nak lupakn muka dia senyum dia . Tiap hari sya menangis dan berdoa. Saya struggle seorang diri untuk menahan rasa sakit dan kcewa ni. Dia seorang yg sering bagi ayat2 manis yg pnjang dan bnyk juga membuat janji. tetapi akhirnya ini yg terjadi ,saya kuat kn diri untuk move on dan menerima smua ni inshaallah tapi aku tak kuat ya Allah :”) . aku terlalu syg kan dia malahan aku masih lagi berharp. Ya Allah bntu la aku kuat kn aku menerima takdir mu ini.

    Reply
  14. thank you for making this entry . Make me feel better than before and make me smile again walaupun terpaksa melukai hati sendiri untuk melupakan dia .

    Reply
  15. Assalamualaikum sya pown pernah sukakan seorg budak lki…lki nih… Dulu he was ma frenzy but now he’s not anymore…Kadang kadang saya akn teringt kn kenagan km berdua… Bergelak ketawa… Senyum… Senyum… Tpi seleps satu kejadian nih saya dgn dia pown x ckp dh lg sbb saya buat mcm t utk dri sya n, him to…Sya kna lupkan dia sbb bg sya berkwn itu lebih pnjang talian ikatan silatulrahimnya berbanding menyukainya… Sya terpksa pilih jlan t sbb xnk dia rsa mluat dgn sya wlaupun sbenarnya sya dh xckp dgn dia dh………And now sya dh boleh terima yg km bukan lgi kwan mcm dlu lg…

    Reply
    • Tpi sya msih memerlukan pandangan En.Naim utk bagaimana sya nk perbaiki blek hbungan sya dgn bkas kwn sya t???…

      Reply
  16. Terima kasih atas tip dan kata-kata semangat. Semua manusia tak boleh mengelak daripada rasa kecewa. Saya harap saya lebih kuat selepas membaca entry anda.

    Reply
  17. saya hnya berkwan sahaj dgan dia..ttapi lama kelamaan..prsaan cnta dan syang pda dia mncul..saya thu..saya mgkin akan trluka sbab dia tk tahu yg saya aggap dia dah mcam tman hdup saya..tnpa sngaja semalam..dia mrah pda saya atas ssuatu prkara..dia sdah tdak mahu brkwan dgan saya..saya cuba mmjuk dia..ttapi dia tdak mmbalas mesj saya.. saya brasa trtekan sbab saya amat rndukan kmesraan kami dlu.. tpi..saya ucapkn trima ksih atas nsihat awak..saya hrap apa yg awk kongsikn tu akan mmberikn manfaatnya kpada sya..saya sdah ptus asa dgan smuanya..saya dah tk kuat nk tmouh smuanya..saya slalu tringtkan dia..saya btul2 sygkan dia walaupon kmi bru brkenaln 2 bulan..bgi saya…2 bulan tu amat brmakna..dlm tmpoh tu dia bnyak mmbntu saya..saya mmg tk snggup nk lpakan dia..saya hrap awk tlong laa syaa..skian trima kasih..

    Reply
    • masalah sy sama seperti awak. skrg benda ni tgh terjadi pd sy. sy xtahu nk bt apa. rs tertekan sgt. apa perlu sy bt. haisshhh

      Reply

Leave a Comment