Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama
Perasaan cinta pertama adalah satu rasa yang sangat sukar dilupakan..

“Bagaimana Menghapuskan Rasa Cinta Pertama yang Menghantui Diri?”

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi perasaan cinta pertama.

Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya.

Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

— Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya.

Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.

Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

 

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu.

Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

 

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas.

Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam.

Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan Si Dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita.

Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.

 

 Jangan Membatasi Diri Pada Satu Nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai.

Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan.

Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.

Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

 

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

261 thoughts on “Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?”

  1. Ya Allah… berilah hamba mu ini kekuatan… sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang… walau perit untuk melupakan seseorang yg sangat aku cintai… aku cuba sedaya upaya untuk melupakannya… setelah hampir 4 tahun ini… aku masih tidak berdaya untuk melupakannya… kenapa semua ini terjadi terhadap diriku… hidup ku umpama tiada hala tuju… aku memohon kepada mu ya Allah… tunjukkan kepada hamba mu ini jalan yg benar…

    Reply
  2. saya masih tak sanggup untuk melupakan nya.. tp saya bertekad,ingin menunjukan kalau saya bisa lebih bahagia dari dia saat ini.. walau hati sebenar nya mengatakan dia lah wanita terindah.. saya anggap ini dendam saya.. tp dendam yg positif..

    Reply
  3. Saya syg sgt kat dia .. N saya harap dia la jodoh saya . tapi malangnyaa cinta i dgn dia terputus di tengah jalan . N i dh cuba habis baik utk dapat kan dia .. But apa kan daya … Hati dia dh tawar disebab kan kesalahan i so tiada guna nyaa . Saya doa allah kuat kan jiwa ni utk menyanginya lebih dari hambanya …

    Reply
  4. Dulu saya hampir bunuh diri tapi untungnya nyawa saya masih tertolong,tapi akhirnya saya harus pisah sama dia karna saya merasa malu atas peristiwa itu,tapi setelah 10 th berlalu bayangan dia muncul lagi,saolah ada penyesalan dalam diriku,sekarang saya hidup dengan bayangannya dia terus,saya harus dimana?mohon tolong saya?

    Reply
    • Untk melupakan se”org yang sangat kita cintai itu memang susah, jika tak ada niat untuk melupakanx. Intix jgn memaksakan diri untuk melupakan, krna semakin kita paksa, mka bayangan itu akan semakin ada, jalani aja skenario Allah, suatu saat kamu akan berterima ksih padanya krna telah meninggalkanmu. Ttp semangat, dan ingat Allah Maha Tahu semua yang terbaik untuk kita. @ini adlah pengalaman pribadi sya jga, tpi skrg alhamdulillah uda bsa jalani hdp sya dgn normal,.perbanyak shalat, baca qur’an dan mohon perlindungan pada_Nya

      Reply
  5. Satu minggu lagi wanita yang saya sayangi akan menikah,
    Ya Allah.. cukupkanlah ujianmu, janganlah engkau biarkan hatiku mengharapkan yang bukan Engkau takdirkan kepadaku

    Reply
  6. aslamulaikum…… begitu rumit kehidupan ini cobaan datang bertubi2 cinta aku dulu sama seprti artikel aku baca tapi sekarang semua hidup ku serah kan kepada alloh yangmaha tahu dan melihat da mencoba ikhlas walau pahit

    Reply
  7. Alhamdulillah .. terima kasih atas tips yg berguna .. sye bru je putus dengan teman lelaki dalam mggu lepas .. hurm .. Dah setahun sbulan kami bercinta .. tp dalam masa sebulan tu dye mula bermain cinta dengan junior dekat tempat dye belajar dan yg kini akhir nya menjadi teman wanita nya .. dye sanggup lepas kan saya untuk bersama dengan perempuan tu .. dalam masa seminggu tu saya nangis setiap masa .. susah untuk lupakan si dia .. dye sangat memahami dan sentiasa ada dengan saya masa susah n senang .. tp sekarang dah xd ayat2 manis yg keluar dari mulut dye .. hanya kata2 kasar yg menyakitkan hati .. saya tak tahu kenapa dye xd rasa bersalah .. sye berniat nak tggu si dia untuk kembali kpada saya .. tp rasa nya saya x mampu .. btw saya akan cuba tips dari artikal ini utk lupakan kenangan kami ..

    Reply
    • sabarlah dik. semoga adik tabah, kuatkan semangat, sentiasa berdoa dan berhentilah menangis. memang susah untuk melupakan tapi Allah tidak akan uji kita melebihi dari kemampuan diri kita.Jodoh itu rahsia Allah s.w.t. Serahkanlah segalanya kepada Allah..Semoga semua dipertemukan dengan jodoh masing-masing.. ada yang lebih baik lagi untuk adik. ”lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”.

      Reply
  8. Setelah membaca artikel ini semoga saya bisa move on melupakan dan mengiklaskan dia berbahagia dengan yg lain…amin….!!!….

    Reply
  9. Saya berasal dr Indonesia, dan sy berkenalan dengan lelaki Malaysia melalui Medsos WeChat. Sy sangat menyukai dia dan sangat susah untuk melupakan dia, suatu waktu dia bilang kepd sy bahwa dia sangat cinta saya,. Dan dia mengajak saya untuk berpacaran sebanyak 3 kali. Tapi saya menolak karena tuntutan agama yg melarang berpacaran. Sangat susah untuk melupakan dia, kebaikan dia. Dan segalanya dari dia,, rasa jatuh cinta tapi x kesampaian itu memang susah. Smoga yg merasakan sperti yg saya rasakan akan dilimpahkan ketabahan dan kesabaran dan akan di pelihara Allah SWT di dalam kekecewaan. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin

    Reply
  10. assalam…entry yg ckup mnyentuh hati.penangan cinta first love mmg unik n misteri..cinta prtama di alam persekohan yg sye lalui mmg x dpt sye lupakn shgga kini. Wlupon dh 23 thun brllu n sye dh brumahtgge…still x bleh luputkn dia(M) dri igtn ni.Hanye Tuhan yg thu btape siksa mngingati seorg insan yg bkn dtkdirkn utk kte.Berkhwin atas dsr pilihan kluarga n mndpt sorg suami yg panas baran n krg brtimbgrsa lebih mmbuatkn perasaan ni tringat pda insan yg dcintai buat kli pertme n trakhir….tmbahan lgi sidia blum brumahtgga shingga kini. Tapi alhmdulillah iman d hti blum goyah utkku …kuterima ketentuan ini dgn redha wlupon perit d hati tuhan sje yg tahu…ku pegang kte2 dlm hidup ini kte tak semestinya dpt apa yg kte mahukan..

    Reply
  11. Semua komen banyak yg perempuan lalui..nak jugak share kisah sy hehe..saya sygkan ex sy sepenuh hati..tapi akhirnya dia lagi pilih untuk bersama dengan suami org yg baru ade anak umur 8 bulan..sbb saya taknak buat hubunga seks ngan dia..even dia pernah terlanjur banyak kali dengan 8 lelaki and banyak buat hubungan seks..tp pada saya dia sempurna..saya terima dia seadanya dengaa harapan boleh ubah dia..pada mulanya dia ok.tapi lama kelamaan..suami org yg baru ade anak 8 bulan and bos dia terus ganggu dia.. cal malam2 mintak seks itu ini..lama2..dia lagi memilih cinta kerana nafsu dengan suami org..sedih sgt.tak tau apa kekurangan saya.tak tau apa kesalahan saya.rasa sedih sangat2..tak tau mcm mana nak lalui

    Reply
  12. Izinkanlah saya menulis / menebar sejumlah doa, semoga Allaah SWT mengabulkan – KHUSUSNYA TERKAIT JODOH. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘alamiin.

    Lebih dan kurang saya mohon maaf. Semoga Allaah SWT selalu mencurahkan kasih sayang kepada kaum Muslim : yang hidup dan yang mati, di dunia dan di akhirat. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.

    PEMBUKA :

    Asyhaduu anlaa ilaaha illallaah wa asyhaduu anna muhammadarrasuulullaah

    A’uudzubillaahiminasysyaithaanirrajiim

    Bismillahirrahmaanirrahiim

    Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin,
    Arrahmaanirrahiim
    Maaliki yaumiddiin,
    Iyyaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin,
    Ihdinashirratal mustaqiim,
    Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi ‘alaihim waladhaaliin

    Aamiin

    Bismillaahirrahmaanirrahiim

    Alhamdulillaahirabbil ‘aalamiin, hamdan yuwaafi ni’amahu, wa yukafi mazidahu, ya rabbana lakal hamdu. Kama yanbaghi lii jalaali wajhika, wa ‘azhiimi sulthaanika.

    Allaahumma shalli wa sallim wa baarik, ‘alaa Sayyidinaa wa Nabiyyinaa wa Maulaanaa wa Maulaanaa Muhammadin wa ikhwaanihii minal anbiyaa-i wal mursaliin, wa azwaajihim wa aalihim wa dzurriyyaatihim wa ash-haabihim wa ummatihim ajma’iin.

    Ya Allaah, berilah shalawat serta keselamatan dan keberkahan, untuk junjungan, nabi dan pemimpin kami Muhammad SAW dan saudara-saudaranya dari para Nabi dan Rasul, dan istri-istri mereka semua, keluarga mereka, turunan-turunan mereka, dan sahabat-sahabat dari semua Nabi dan Rasul, termasuk Sahabat-Sahabatnya Nabi Muhammad semua dan semua yang terkait dengan Nabi Muhammad SAW.
    ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHAZAA INI RAHMATIKA YAA ARHAMAR-RAAHIMIIN.

    Ya Allaah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang

    RABBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHAIRIN FAQIIR.

    Yaa Rabb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

    RABBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHAIRUL WAARITSIN.

    Ya Allaah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik-baik dzat yang mewarisi. (QS. Al-Anbiya-i’: 89).

    اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

    “Allaahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.

    “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan Ibu Bapakku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil”.

    “Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku, dan sekalian orang-orang mu’min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).” (QS. Ibrahim: 41).

    “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (QS. Al-Ahqaaf: 15).

    Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan fiddiini waddun-yaa wal akhirati wa ’aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wabarakatan firrizqi wa taubatan qablal mauti, wa rahmatan ‘indal mauti, wa maghfiratan ba’dal maut. Allahuma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil mauti, wannajaata minannaari wal ‘afwa ‘indal hisaab.

    Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keselamatan dalam agama, dunia, akhirat, kesejahteraan/kesehatan jasmani, bertambah ilmu pengetahuan, rezeki yang berkat, diterima taubat sebelum mati, dapat rahmat ketika mati dan dapat ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada waktu sekarat dan selamatkanlah kami dari api neraka serta kami mohon kemaafan ketika dihisab.

    Allaahumma inna nas aluka husnul khaatimah wa na’uudzubika min suu ul khaatimah.
    Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu akhir yang baik dan berlindung dari akhir yang buruk.

    Allaahuma inna nas’aluka ridhaka waljannata wana’uudzubika min shakhkhatika wannaar.

    Ya Allaah, sesungguhnya kami mohon keridhaan-Mu dan sorga, kami berlindung kepada-Mu dari kemurkaan-Mu dan siksa neraka.

    Ya Allaah, terimalah amal saleh kami, ampunilah amal salah kami, mudahkanlah urusan kami, lindungilah kepentingan kami, ridhailah kegiatan kami, angkatlah derajat kami dan hilangkanlah masalah kami.

    Ya Allaah, tetapkanlah kami selamanya menjadi Muslim, tetapkanlah kami selamanya dalam agama yang kau ridhai – Islam, tetapkanlah kami selamanya menjadi umat dari manusia yang paling engkau muliakan – Sayyidina wa Nabiyyina wa Maulaanaa Muhammad Shallallaahu’alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi, wa baraka wassallam.

    DOA MOHON JODOH (UMUM) :

    Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiina imaamaa.

    Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

    Ya Allaah, aku mohon cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kebahagiaan / kebajikan hidup ke jalan yang Engkau ridhai. Dan karuniakanlah padaku keturunan yang shaalih

    DOA LELAKI MOHON JODOH :

    Rabbi hablii milladunka zaujatan thayyibatan akhtubuhaa wa atazawwaju bihaa wa takuunaa shhahibatal lii fid diini wa dun-ya wal aakhirah

    “Ya Rabb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

    Allaahumma inni as-aluka zaujatan hasanatan jamiilatan kaamilatan wa tsabbit qalbahaa iimaanan bika wa birasuulika fid dun-ya wal aakhirah.

    DOA PEREMPUAN MOHON JODOH :

    “RABBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THAYYIBAN WAYAKUUNA SHAAHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIRAH”.

    “Yaa Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

    PENUTUP

    Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanataw wa fil aakhirati hasanataw wa qinaa ‘adzaabannaar wa adkhilnal jannata ma’al abraar.

    Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksaan neraka serta masukanlah kami ke surga bersama orang-orang baik.

    Rabbanaa taqabbal minna innaka antassamii’ul aliimu wa tub’alainaa innaka antattawwaaburrahiim. Washshalallaahu ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa wa maulaanaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka wassallam.

    Tuhan kami, perkenankanlah do’a-do’a kami, karena sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang. Shalawat, salam dan berkah semoga dilimpahkan kepada junjungan, nabi dan pemimpin kami Muhammad s.a.w, atas keluarganya, sahabatnya dan umatnya semuanya.

    HASBUNALLAAH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR.

    Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

    Subhana rabbika rabbil ‘izzati, ‘amma yasifuuna wa salamun ‘alal anbiyaa-i wal mursaliin, walhamdulillahirabbil ‘aalamiin.

    Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.

    Ganie, Indra – Bintaro Jaya, Tangerang Selatan, Banten, Indonesia

    Reply
  13. sy suka kat seseorang .. pastu sy nk ckp kat dia x brani .. apw yg patut sy buat yek ?.mintak pendpt mne mne rakan boleh ?
    saya dah x sanggup nak thn prasaan

    Reply
    • Cakap je saya suka awak. Senang! Drpd asyik dok terpikir?. Mana tau, ntah2 dia pun tunggu ayat tu. Good luck

      Reply
  14. saya sudah hubungan 3 tahun , tapi dia minta putus pada januari 2015, dan saya pun dengan berat hati menerimanya, meski begitu saya tetap menyayangi dia sampai 7 bulan ini kami putus tp dia masih menginginkan perhatian seperti pacaran… dan aku pun tidak keberatan karna aku juga masih sayang. tpi pada bulan juli ini, dia sudah move on dengan teman kita waktu smp, sungguh sakit hati bila saya melihat mereka berfoto berdua, dan orang tersebut main kerumah dia, dan berpenampilan selayaknya mau PDKT.. sungguh sakit hati, dan kini gak bisa tidur semalaman karna terus kepikiran dia ,, yang mungkin akan jadian dengan teman semasa smp..

    Reply
  15. melupakannya adalah hal yg sulit. bayangan dia menganggu sgala aktifitasku…. aku sudah hmpr berhasil nmn tdk ada angin tak ada hujan ia tdk sengaja muncul di dpn hadapanku lagi… kdang hanya sapaan kecil yg kutunjukan nmn mengapa ktkb dia menjawabnya rasanya rasa itu kmbl lg… kurasa bnr cara yg ada diatas “Insaallah” akan kulakukan dan smg berhasil :) :*

    Reply

Leave a Comment