Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama
Perasaan cinta pertama adalah satu rasa yang sangat sukar dilupakan..

“Bagaimana Menghapuskan Rasa Cinta Pertama yang Menghantui Diri?”

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi perasaan cinta pertama.

Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya.

Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

— Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya.

Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.

Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

 

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu.

Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

 

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas.

Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam.

Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan Si Dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita.

Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.

 

 Jangan Membatasi Diri Pada Satu Nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai.

Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan.

Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.

Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

 

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

261 thoughts on “Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?”

  1. Kalau ianya bukan milik kita apakan daya…ianya milik org lain dan tidak berguna untuk kita mengingatinya….keluar airmata darah sekalipun dia tetap bukan milik kita…terasa kecewa sngt-sngt…

    Reply
    • assalamualaikum.saya rivai,bagaimana pacaran beda agama,apakah saya melanjutkan hubungan dengan dia/bagaimana jalan keluarnya

      Reply
    • Mngkn sangatlah mudah jikalau tu msh dlm perkenalan /pacaran, tp macam mana jikalau itu terjadi di dalam hubungan rumah-tangga? Dan telah di karunia’i budak pula……masya allah….msh bskah cakap semudah tu? I dont think so….

      Reply
  2. Alhamdulillah Allah masih memperkenankan saya untuk membaca blog ini. Terima kasih untuk motivasinya dalam memperbaiki diri dan mencari seorang pendamping yg Insya Allah lebih baik dari yg kita temui sebelumnya.

    Reply
    • InsyaaAllah, Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
      Bersabarlah sementara untuk hikmah itu datang kepada kita ya? :)

      Reply
  3. terbaik sangat kata kata nasihat di blog ni..mgkin tak 100% dapat melebur rasa kecewa yg bsarang dihati,tetapi sekurang2nya memberi satu suntikan semangat utk trus mgorak langkah.in shaa Allah.

    Reply
  4. Alhamdulillah sangat membantu apabila membaca artikel ini. Saya baru sahaja putus tunang . Saya diputuskan tanpa sebab. Hal ini sangat menyakitkan. Tetapi Alhamdulillah artikel ini sangat membantu

    Reply
  5. As salam, terima kasih atas segala panduan dan perkongsian. mmg sukar melupakn cinta pertama. lebih2 lg si dia ckup sempurna dr mana2 lelaki yg pernah sy temui sebelum ini. berbeza keadaan kami, sy menemui si dia ketika dia di dalam kesedihan dan kesunyian..kekasihnya meningalkan si dia buat selama2nya menemui Ilahi. kehadiran sy tepat pd masanya.mengubat kedukaan yg di alaminya. sy lah tempat dia bersandar, tempat mgadu..segala2 di kongsikan setiap ms dan ketika bg melupakan kerinduan terhadap kekasihnya. setiap minggu kami meluangkan masa bersama. si dia di Terengganu.. manakala, sy di Kuala Lumpur. si dia berulang alik hampir setiap minggu. sy melayani dia sbaik mungkin, hatinya sy tatang dan jaga dgn sepenuh hati. sy teruja dengan kesungguhan dan pengorbanannya.. namun jauh di sudut hati sy masih tak mampu menakluk hati si dia spenuhnya meskipn hub kami seperti sepasang kekasih yang sdg saling bercinta. dah tentu sy sedikit terkilan dan berasa seperti tempat persinggahannya utk melepaskan kesunyian yg bersarang di hati. selang bberapa bulan kmudian, dia menyatakan hasratnya utk ke luar negara. dia tekad untuk mengubah cara hidupnya. dia berdosa dan bersendirian membuatkn dia lebih mgenali diri sendiri. si dia tak pasti apa yang dia cari. dia mahukn ketenangan, dia mengatakan dah tiada bahgia untuknya lg. mungkin dia takkan jumpa sy bertahun2. sy bertanya apa nasib sy di sini? si dia akui dia bersalah terhadap sy. tiada apa kurangnya sy. namun dia masih sukar melupakan kekasih lamanya. dia cuba menerima sy adanya, dia excited mulanya. dlm masa yg sm jg hatinya enggan menerima khadiran ssiapa. dia takut mengecewakan sy suatu hari nanti. dia tidak bersedia utk hubungan serius menghalalkan hub kami. dia takut utk bjanji dan bjanji lg. dia berharap agar Tuhan bukakan pintu hatinya suatu hari nanti. mungkin dia akan kembali sbg lelaki yg baik akhlaknya dan lebih btanggungjawab. sy hnya mmpu menitiskan airmata. sy terpaksa akur pd keputusannya. sebulan tlh berlalu, sy masih tergiang2 suaranya, sy masih ternampak bayang2nya di mana2. terlalu byk kngn yg di tinggalkn. semakin sy lupa semakin kngan bersamanya hampir. sy masih gagal melupakannya. apa yg mampu sy lakukan, sy tak putus2 berdoa semoga dia bahagia dengan keputusannya. beri dia masa utk melupakan keperitan hidupnya yg lalu. tak guna sy myekat hasratnya, kelak sy menderita hanya kerana gagal meraih cinta darinya. sy berharap suatu hari nanti dia kembali. saat itu hatinya bersedia utk menerima sy adanya. moga Allah s.w.t menyatukan kami jua suatu hari nanti. memberkati setiap langkah pjalanan hidup kami. mg dia temui kebahgiaan yang dia cari. ketenangan dan keredhaan Mu Ya Allah.. Ameen,

    Reply
  6. assalamualaikum.. sama seperti yang lain saya juga mempunyai masalah yang sama. Sangat susah ingin melupakan “cinta pertama”. Perasaan yang mula hadir sejak 4 tahun lalu terus menerus menghantui diri. Saya sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan saya untuk membaca artikel ini. Alhamdulillah. Tips-tips yang diberikan dapat membantu saya. Saya mula sedar yang selama ini saya dihantui oleh perasaan yang seakan saya reka sendiri. Hati. Seperti yang kita tahu sentiasa berbolak balik. Dan kita harus sentiasa mengingati hati kita supaya tidak berpaling kepadanya. Muhasabah diri. Itu yang saya sering lalukan tatkala perasaan itu menjelma. Ingatlah Sang Pencinta kita yang terbaik ialah Allah S.W.T. Smoga Allah terus membantu dan memberi hidayah kepada kita~~ :)

    Reply
  7. saya setuju dan pernah ikut cara2 smacam tu.
    tapi belum bisa lupa.
    saya dh mengenal dia cukup lama. kami berteman semenjak umur 4th (tk). kami bersekolah d.tempat yang sama selama 11 th..sya teramat menyukainya walaupun sy tdk mengungkapkn hal itu kpdnya. awal2 q hnya kagum saja sama dia karena dia baik. dan kekaguman itu brubah jdi jealous ktika dia brsama girlfriend.a.. dan saat itu hati sy smkin tersayat2 dn ingin lupakan dia.
    swaktu sya SMA sya dh bisa lupakan dia. tetapi ketika sy bertemu dn dia menyapa saya, sifat suka itu hadir lagi. sy bingung knpa tdk bisa melupakan dia smpai 2 th terakhir ini. apalagi ibu dia adalah tmn ibuku dan adik dia adalah tmn adikku.
    saya sngt tersiksa dgn keadaan ini dn rasanya sya ingin amnesia.. astaghfirullahalazim..
    semoga calon imamku nnti bisa menghapus bayangan dia dalam hidupku. semoga rasa yg terpendam ini bisa hilang seiring berjalannya waktu. amin..

    Reply
  8. Saya sampai skarang tak boleh lupakan dia mohd khairul niezam bin abdullah.
    Saya mula jatuh cinta masa form 5 2012..dye skarang kat upsi..mungkin dah ade orang lain dah.. I still love u nieje…

    Reply
  9. Hai…assalamualaikum..sy jumpa artikel ni..waktu sedang menangis..allahuakbar..peritnya rasa..sakitnya rasa.. Lelaki yg sy tggu2.. Slama 8 tahun bersama, akhirnya dh memilih wanita lain sebagai isteri, tnpa pngetahuan sy..tnpa berterus trang dgn sy.diam2 dia bertunang, diam2 jugk dia kawen tahun lpas. sy hnya dpt tau..pd 14/2/2015 hasil pertolongn drpd Allah..DIA yg gerakkn hati sy utk search nama pnuh sang kekasih dekt google. Hasilnya sy trjmpe video pernikahan dia dn isterinya..Ya Allah…hny tuhan yg tau..hancurnya hati ini.. Ya allah.. Ya allah sungguh sy x dpt tdo bbrpa hri..x dpt mkn bbrapa hri..sebb terlalu kecewa.. Mujur allah kurniakn sy kesabaran, akl fikirn yg waras..sy solat pada-Nya..mohon kekuatan..sy maafkn dia..sy x salhkn dia..sy fham hati sy, hati dia milik allah..allah yg pgg hati kita..bile2 msa ats khendak dia hti kita bleh berubh.cuma sy x fhm knp dia x bgtau sy..kalo x, xdela sy mnunggu hingga 8 tahun.. Sy x pnh lupe utk doakn dia, kbhagiaan dia dn isterinya setiap kali lps solat.sy difahmkn kalau kita mndoakn org akn hadir malaikt utk mndoakn pkra yg sma utk kite..wallahualam.. Tp sy mnusia biasa..sy x sekuat yg org lain nmpk..akn dtg waktu, sy mnangis..mngis mcm baru dpt tau.. Ya allah.. Kau hapuskn la dia drpd ingatanku.. Ataupon sy harus berhenti mndoakn dia..supaya dpt lupakn dia?

    Reply
    • Assalammualaikum, saya baca kisah awak saya rasa sedih sangat, semoga awak dipertemukan dengan insan yang lebih baik, Kenapa ye mesti menyembunyikan perkara penting seperti pernikahan. Sampai hati kan. Apa yang terjadi pada saya, bila saya tanya tentang keputusannya untuk menikah pasti dia akan mengelak untuk menjawabnya, tapi bila saya minta berpisah tidak pula dia lepaskan,, hanya diam diri terus, tanpa berita. Peritnya rasa hati.

      Reply
  10. Nama dy Izzati raihan… sy start syg dy bila 1st time jumpa…hati sy brdebar2 bila sy dkat dgn dy.. bila sy dgr suara dy…. tetapi slps setahun lebih mncuba… akhir nya dy mmbalas cinta ku… dy lebih tua dari ku…. 10 bln 1 hari… dy menerima diri ku seadanya…. tetapi slps hbungan kami rapat…. pd masa tu aq lbih muda dari diri nya… sudah tentu dy lbih matang dari diriku… tetapi dy slalu mmberi pluang kpd ku utk brubah…. hbungan kami mula retak apabila datang org lain…. nama dy syafik fauzi…. smpai skrg aq brmusuh dgn nya… aq juga sedar ibunya juga mnyukai diri ku…. skrg… dy mnyuruh diri ku utk brubah dahulu utk jdi lbih mature… tapi skrg… hrapan ku smakin kabur… hubungan dy dgn syafik smakin rapat…. wlaupon aq brjaya mnhapuskn hbungan mereka… dy ckp dy dh xde hati lagi dgn aku… dy dh mungkir jnji dy yg dlu…. air mata ku slalu mngalir… tapi ini pngalaman prtama ku… skrg aq jdi lebih kuat…. aq akan lawan balik… semua bnda ada karma…. tetapi aq xnk dy sakit hati…. aq nk tgk dy happy… walaupon dy x hrgai diri ku. Skrg…. hati ku masih lagi utk diri nya.. susah utk aq mncari pnganti yg lbih baik…. stakat ini… dy lh yg paling smpurna…. dy ckp dy akan mndoakn kbahagiaan aq…. IzzHan…. tu lh gabungan nama kami…. hastag kesukaan kami adalah #study_with_love….sbelum ini… hati aq slau memahami hati nya….kami slalu kbetulan….. bye….. IzzHan

    Reply
  11. Salam saya mengalami Hal yg sama,pada mulanya dis yg menyukai saya.. Dan saya membalas cintanya..dengan layanan baik mengajak pergi kursus kawin bersama. Lama kelamaan membuat saya syg teramat seolah hati terikat hanya pada dia,,tetibe hubgan kami retak hnya sbb org Ketiga iaitu ex.gf dia,Dan die memilihnya berbanding saya..tetapi hati uni kuat mengatakan akubharus bersabar Dan saya x dpt melupakannya sekarang saya mengambil lgkah untuk terus menunggu die Dan cube nearing hatinya kembali dengan Doa Dan usaha saya percaya allah mendengarnya.. hati saya Sgt menyanyanginya tersangat sayang sehingga saya memilih untuk menunggunya

    Reply
  12. 4 tahun bercinta dulu. Dari zaman sekolah sampai zaman masuk U. Dia masuk U , saya plk STPM . Saya tua 1 tahun . Tak dinafikan, saya sangat sayang dia dulu. Family pn dua2 kenal. Mcm yg dlm artikel di atas sebut, ya, dia mmg ada byk bg nasihat berguna kpd saya, buku2, hadiah, dll. orangnya pun baik sgt. itulah 1st love saya. Masa dia diploma tahun pertama dkt U tu lah hubungan kami berakhir. Puncanya , saya tak taulah nak ckp mcm mana. Saya yang putuskan. Sebabnya, ada lelaki lain di sana. Dan lelaki tu kawan lama dia. Kebetulan sambung belajar di tempat yg sama. Mereka tak declare apa2 pun, tapi rapat sgt . Dan mmg dr dlu saya tahu laki tu nakkan dia sgt. Lagi menyakitkan hati, laki tu mmg kurang ajar dgn saya.

    Dipendekkan cerita, ada 1 malam tu saya gaduh besar lah. Gaduh pasal laki tu. Dan waktu itu lah saya lepaskan dia. saya setia 4 tahun, last2 berakhir jugak. 2 tahun dah berlalu sejak putus cinta, sekarang dah 2015. Saya baru je mula degree 1st year. Tapi masih xdpt lupakan sepenuhnya. dia ada contact lepas putus dulu. Minta maaf & mcm2 lg la. Tapi bukannya saya tak tau, dkt sana, mmg dia rapat sgt dgn laki tu sampailah sekarang. Tapi jenis cpt simpati mcm saya ni, susah sikit. Sekarang masih contact sbg kawan. Dalam hati saya, masih sayang dia, dan juga nak lupakan terus. Tapi, tu lah pasal. Mcm yg saya ckp, mudah simpati.. . .bila dia contact, mulalah hati tu mcm suka.. . Aduhaiii… . Payahnya nak lupakan cinta pertama…. .

    Reply
  13. Hurm..saya ni bukan jenis senang suka kat orang. Serius, sangat susah. Bukan senang nak terima orang ajak couple walau apa pun yang orang tu buat kalau saya kata saya tak suka, memang tak sukalah. Tapi ada sorang ni saya tak tahulah. First time tengok dia rasa berdebar, tak tahu kenapa. Saya tak layan pun perasaan tu. Anggap mainan perasaan je. Tapi 2nd time, 3rd time TER-nampak dia pun rasa cam tu gak. Tapi still buat tak tahu jugak. Tapi last2 dapat tahu dia suka saya jugak. Alamak.. Tak tahu nak cakap apa, saya pun rasa happy tiba2. Kitorang tak pernah declare couple pun, declare putus lagilah tak. Tapi sekarang dah lama tak contact. Saya perempuan seganlah nak g contact dia. Saya tak nak letakkan harapan terlalu tinggi tapi boleh kan kalau saya nak doa agar dia adalah jodoh yang baik untuk saya? Hati tu, Allah yang pegang, tapi sejauh saya mengenali diri saya, saya susah nak paksa diri untuk suka apa yang saya tak suka. Bab jodoh bukan boleh main try and error sebab tu kalau boleh, hurm…moga-moga dia adalah jodoh saya. Biasa orang cakap Allah bagi orang lebih baik, saya percaya, cuma hati ni rasa tak layak nak bagi kat orang lain, apatah lagi nak harap orang lebih baik. Hurm…

    Reply
    • Yup same.Saya pun susah sangat nak jatuh cinta.Bila ada yang cuba Nasib dengan saya.Saya kata,”No!”
      Saya fikir tak sampai 2 kali dah tolak.Tapi saya SENANG TERsuka.It means,after sebulan dua dah tak suka dah.Sometimes 3 hari ja.Sekarang ni saya dah jatuh cinta..Tapi,SI dia dah ada orang lain.Saya selalu psrhatikan dia dari jauh.Nasib baik saya sama class dengan dia.

      Reply
      • Al,sabar lah ye..Aku faham nasib kau..Aku pun sedih tengok kau termenung je.Dah 5 bulan kau macam ni

        Reply
  14. saya sangat setuju dan berterimakasih.. tapi yang saya lihat dalam kehidupan nyata adalah.. ketika orang sedang pacaran dia memuji2 pacarnya… membela pacarnya jika di hina.. mengaguminya.. dan merasa pacarnya adalah orang terbaik.. tetapi ketika sudah putus, dulu yang pas pacaran salalu di puji sekarang malah di hina, dulu membela jika di hina sekarang dia yang menghina lebih dulu, dulu mengaguminya sekarang malah membencinya, dulu merasa dia orang yang sangat baik.. sekarang merasa orang paling jahat.. dan kita kerap mengenang dia sebagai masa lalu yang buruk.. dan yang pasti sesuatu yang paling diingat adalah semua kekurang dan kejelekan dia… saya memang tidak mampu melupakan cinta pertama.. dan saya menyadari pacaran itu tidak baik.. tapi saya malah melakukan sapaan terhadap mantan, komunikasi, dan saya yakin klo mantan saya punya kebaikan2 dalam hatinya.. sehingga saya tidak dengki dan hidup lebih enjoy.. tapi saya sangat setuju dengan nilai moral yang di sampaikan admin :)

    Reply

Leave a Comment