Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama
Perasaan cinta pertama adalah satu rasa yang sangat sukar dilupakan..

“Bagaimana Menghapuskan Rasa Cinta Pertama yang Menghantui Diri?”

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi perasaan cinta pertama.

Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya.

Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

— Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya.

Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.

Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

 

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu.

Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

 

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas.

Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam.

Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan Si Dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita.

Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.

 

 Jangan Membatasi Diri Pada Satu Nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai.

Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan.

Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.

Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

 

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

261 thoughts on “Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?”

  1. Salam
    Sungguh,air mata sy laju mengalir membacanya. Sakitnye hnya Allah yg tahu. Sy brcinta dgn nya hampir 7tahun. Dia cinta pertama sy,dn sy merasakan dy adalah jdoh yg trbaik sy. Pd mulanya sy tdak serius dgn dy kerna sy mahu belajar dn mencpai cita2. Sy menerima pn skdar shj,tetapi lama kelamaan hti sy trharu dgn cinta dn ksh syg dy trhdp sy. Sy selalu melukai dy tanpa sdar,tp sy tak pnh curang dgn dy.sy btl2 cinta dn syg dy. Wlu dy hanya pkerja biasa,sy brgelar mahasiswa,sy tak pnh pndg rndah pd dy. Sy berikan galakan dn smgt utk dy belajar,dn akhrnya dy brjaya msuk u. Sungguh sy gembira dgn kejayaan dy. Tp bila di u dy sgt sbuk dn sy tlh bkerja,jd msa mmg sgt suntuk. Hub jadi sdkit retak,dn dy amik kptsn utk berpisah krna sy tak memahami dy. Sy seolah2 merasa dosa sy dlu pnh bt mcm tu kat dy kena blik pd sy. Sy insaf dgn perbuatan sy. .sy agak tak keruan msa tu,tp sy msh kuat ketika tu. Wlu sdh,sy msh pnye kekuatan utk bngkit,tp tibe2 dy pjuk sy kmbli,sy mudah je mfkn dy dn terima dy. .tp setahun lepas tu,sy sdkit brgduh dgn dy,tp dy tak pujuk sy.sy agak pelik.dn bla sy cal dy kata nak berpisah. Sy trkejut,dn sy mintk mf smpai merayu2 kat dy,tp dy kata dy dah takde hati dgn sy. Dy dah tak rasa cinta dgn sy..Allah sdhnya hti ini.,stlh sy korbankn sgala utk dy,masa dn hti sy,hgga org melamar sy,sy sngup tolak sbb sy syg dy. Penantian y sia2..7 tahun tgu hnya kcwa y dpt. Sungguh sy nk melupakan dy,org y tak menghrgai sy,org y tak terima sy seadanya,sy byk ubh dri sy utk dy terima sy. Allah,ini blasan dy pd sy.adakah sy tak ikhlas hga Allah blas bgini. Sy juga byk ubh dri dy sblum ni,sbb x solat dn puasa..dy byk brbh dn dy jd lebh baik dr sy rasanye. Sy sgt gmbira dn brtambh syg sblum ni. Tp knp akhrnya bgini? Sy pnh tnya dimana slap sy tp dy kata tak ada.sy baik cuma hati x syg sy dah. Skrg sy hanya byk menangis je,sy cube dktkn dri dgn Allah tp sy mkin kuat ingt dy..knp?sy bnci dri sy selemah ini. .sy tahu sy x pnh bgini..hdup rasa xd haluan,perasaan pd lelaki pn seolah tiada.brcinta tak mgkn.kahwin rasa mcm xd harapn..apa hrus sy bt?

    Reply
    • be strong awk..i’m face the same situation..but awak kna ingt 1 bnda je,,hati manusia senang berubah..jangn pernah letakkan kesalahan ada awk…sbb awk x mgkin melukai dye tanpa sebab,,,awak,,sy pon x la pndai menasihati..tpi kn selalunya laki mcm ney..dye cuma cri alasan nk putus ataw dye dh ada peganti,,

      Reply
      • Kan,btl kata awk…dn sepatutnya kita jgn brkorban utk org yg blum tntu jdoh kita kn?kdg sy terasa bdoh sgt. Skrg pn wlu apa dy da bt sy msh lg mengangap dia lelaki trbaik yg sy pnh jupe,sy kata dgn dri sy utk bnci dy tp sy tak mampu..hnya mampu dktkn dri agar Allah hapuskn perasaan ini. Smoga awk jga tabah ye..sme2 kta bngkit dr kehilangn ini :)

        Reply
        • I can feel you. Bertabahlah, setiap ape yg berlaku pasti ade hikmah disebaliknye. Saye juga seperti awak, semakin saye cuba untuk melupakan bekas kekasih saye, semakin kerap dy masuk ke dalam fikiran saye. Dy merupakan cinta pertama saya. Walaupn dah hampir 5 tahun hubungan kami berakhir, tapi hati saya masih untuk dy. Mmg boleh rasa mcm mane sakit yg awak rase. Tapi selepas ini, kalau bercinta jgnlah selalu letakkan angan2 atau impian yg terlampau tinggi, jangan harapkan ape2, kerana org cakap low expectation, low disappointment.. sakit selama yg saya rasakan, selalulah mengadu pada maha pencipta,lettakkan Dia sebagai pendengar nombor satu.. kini walaupn hati ini masih milik dy, walaupn saya sakit rindukan bekas kekasih, tapi kekuatan dan ketenangan pasti diperoleh setelah kita berbalik semula kepada sang pencipta. Saya doakan awak menemui cinta sejati awak kelak. Awak telah tempuhi pelbagai pengalaman yg sukar, saya pasti awak seorang yg sgt cekal dan tabah.

          Reply
    • Ya Allah nasib kita hampir sama… Marilah kite cuba bersama2 bngkit… Mungkin sudah tiada jodoh kita bersama yang tersayang… Saya juga pernah bertanya kenapa ini semua terjadi…walhal saya x merasa kcacatan dlm hubungan.. Saya juga cuba utk memperbaiki dirinya utk menjadi lbih baek…namun akhirnya dye bertunang juga dgn org laen… Semua janji kami telah dia khianati.. Perit di hati hanya Allah yg tau..Namun saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya.. Mungkin Allah sediakan sesuatu yg lbih baek utk saya…

      Reply
  2. Mungkin saya salah satu orang yang dimaksud dalam artikel diatas, yakni rasa sakit ketika harus melupakan sang cinta pertama, saya nyaman untuk memulai hubungan ketika usia 20 tahun dimana itu awal saya mengenal cinta pertama.

    Wanita yang sudah aku kenal selama 6 bulan, saya sangat tulus mencintainya dengan rasa tulus yang sangat dalam, karena kami masih kuliah saya sering buatkan dia tugas-tugas perkuliahannya. Semua ini saya lakukan dengan rasa tulus yang amat dalam.

    Setibanya kemarin, tanggal 14 Januari dia memutus saya dengan alasan yang tidak jelas, ya memang tidak sesuai nalar fikiran. Terlebih lagi, dia berkata menyesal bahwa dulu ketika aku melamar dia jadi pacar saya.

    Bagai tertimpa ratusan ton rasanya, rasa sakit hati yang berkecamuk, kekecewaan, rasa tulus ini dibalas dengan rasa sakit yang amat amat amat dalam.

    Saya mencoba! untuk tetap tegar dan melanjutkan hidup. Walaupun sampe sekarang bayang-bayang itu kadang menghantui.

    Reply
  3. Saya org indonesia…saya lelaki yg sedang patah hati… saya telah menjalin 1.5 tahun saya sangat mencintainya, dan berjanji menikah 1 thun lagi.. tpi semua berubah stelah dia ikut kegiatan gym… ternyata selama 2 bulan trakhir dia berhubungan dengan lelaki lain.. semua terbuka setelah ternyata lelaki itu punya istri beritahu saya perselingkuhan suaminya.. saya sangat shock, saya temui ibunya dan dia… saya mohon izin mengakhiri hub in..tpi rasa sakit saya masih menyiksa.. karena saya syang dia.. saya trus mengingat allah mohon kuatkan saya… sampai skrg masih menyiksa saya… perasaan yg hancur…

    Reply
  4. Kami sekelas..kami putus atas dasar msing2 rsa tak slesa dgn hubungan sblm nikah. Dia yg mntak putus dlu.dan sy mengaku dia cinta pertama sy. Sedih. Buat krja ap pun sy igtkan dia. Alasan kami putus sbb kmi msih belajar di universiti dan sbg llaki, perlu ad kesediaan dri ekonomi dan sedia pikul tggungjawab klau nak kahwin. Dia mntak sy buang rsa cinta yg ad dan jgn mgharap pada dia lgi.tp, dia mntak nak jdi kwn baik sy.sbb sy sorg je yg pham dia. Dpt ke sy biasakan diri sbg kwn baik, sdgkan rasa syg tu mmg tak lenyap pun dlm hati.

    Reply
  5. Artikel yg amat membantu. Sye bru ptus cinta dlm bberapa hri yg lpas. Ktanye sye yg brslah. Tp sbnrnya dia jmpa org yg dh bkrja n sye msih lg bljr. Mungkin sye xdpt mnjamin msa dpn die. Everything that happened were blame on me. Sye terpksa redha.

    Reply
  6. saya dh bercinta hampir 3 tahun..3 tahun itu indah sgt sbb kami sekelas,,study,final project semua buat sama2..kami pon baru smbut annivesary bersama..tpi nth mcm mne,,annivesary kami yg ke 3,kami gaduh besar..disebabkan password fb je,,klakar kn?saya mtk putus,,sy jadi pelik sbb dye x pujuk sy..sebelum ney walau putus mcm mne pon,,dye akn pujuk sya..saya mula ase ada yg x kna..dan sy percaya setiap yang berlaku ada hikmah..lepas saya putus dgn dye..saya tergerak hati nk bkk email dye,,pdahal sy x taw pon password email.password email dye sy teka je,,Kuasa ALLAH 2 besar..rupanya dh sebulan lebih dye tipu sy..dye bertukar2 email lucah dgn pmpuan luar negara..dye ckp email 2 untuk suka2,,klo anda jd saya ape anda rase..?sebelum ney bnyk kslhn dye buat,,tpi sy masih maafkn,,sakit kn ble org yg kita syg dan pcya tipu kita..sy percaya ada hikmah di sebalik semua ney,,doakn kan sy supaya dpt lupakn dye dgn cepat ye,,aminn

    Reply
  7. Thanx for the tips.. really helps me to overcome my sadness.. harap2 Allah akan berikan kekuatan & menjadikn sye seorg manusia yg sentiase redha..

    Reply
  8. Hm..4 thn lbh sy bersama dia mulanya sy sangkakan dia la sahabat kekasih n bakal jodoh sy…namun takdir Allah mengatasi segalanya…hub kami x kekal… pedih n sedih masih terasa walau setahun dah berpisah…sy terpaksa menahan dlm hati kesedihan sbb tinggl dgn famili sy xnak diorg risau..hopefully one day sy dpt lupakan dia n mulakan hdup baru… agak sukar sy nk mempercayai lelaki selepas ni… ni pengajaran sy utk selamanya…

    Reply
    • InsyaaAllah, dengan berlalunya masa, awak akan ok.
      Pada suatu hari nanti awak akan kagum dengan takdir Allah ini bila awak dah jumpa hikmahnya.

      Semua yang berlalu ada pelajaran buat awak.
      Sekarang hati awak lebih kuat dan tabah kan? Betul tak? :)

      Reply
  9. Kami bersama sudah masuk tahun ke 6. Dan akhirnya dia tinggalkan saya tanpa sepatah pesan. Tanpa alasan yang pasti. Whatsapp, call dan segala-galanya dia block. Ni bukan kali pertama dia sakitkan hati saya. Dan saya bersyukur disebabkan dia selalu sakitkan hati saya, saya jadi kuat untuk terima ujian ni. Doakan yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah entry dalam blog ni banyak membantu kuatkan lagi semangat saya :)

    Reply
    • Alhamdulillah..
      Atleast Allah dah sedarkan awak sebelum dia betul-betul jadi pasangan hidup awak.
      Dugaan di alam rumah tangga lebih besar berbanding yang sedang bercinta ini.

      InsyaaAllah, Allah akan takdirkan kepada kita semua orang yang sesuai tepat pada waktunya. :)

      Reply
  10. Info y sangat berguna . .
    N trbaik :,)
    Mmpunyai isi y mnarik perubahan hati . .
    D isi kn dngan “lauk “(ayat semangt cth allh ad tmpat mngadu) .
    Melembutkan hati sya sdikit . Srmoga berjaya sya lakukan ;)

    Reply
  11. Salam…

    Dia bukan cinta pertama… tp yg terbaik pernah saya kenali.. terlalu baik di mata saya.. bila kini dia tinggalkan saya tiba2 untuk kali kedua… saya masih x dpt nak memikirkan yg buruk2 tentang dia. Saya nak hilangkan rasa sayang ni pada dia… saya nak mulakan hidup baru setelah dia buat saya jatuh terduduk di tinggalkan macam tu saja.. tp masih gagal sampai hr ni…

    Reply
    • qis..sama jgk dgn sy.dia pg meningglkn sy begitu shj dan berkhwin dgn org lain.sy hampir gila menanggung sedih dan kecewa.semua janji2 dlupakannya begtu shj.smpai sekrg dh msk 7bln sy mash xdpt melupkannya.dan symasih bersedih…:(

      Reply
      • Sabar ye sue… org yg dilukai memang susah nak diubat lukanya… kita sama2 terluka.. tp kita sama2 la usaha utk bina hidup baru.. x layak saya nk ckp lebuh sebab saya pun belum mampu berdiri lg.. :(

        Reply
        • Salam.akak dh 5 taun 5 bln hidup bsama suami.kami kawin ats dasar cinta.dia cinta ptama akak,dan dia jg mgaku akak cinta ptama dia.khidupan kami bahagia.cuma kami diuji dgn belum dikurniakan zuriat.tp akak sentiasa berusaha dan bdoa.disebabkan keinginan kami utk blk ke kg halaman,dia minta akak btukar dahulu dan dia akan follow.kjauhan myebabkan akak btambah rindu dan syg pdnye.dlm duk bsyg2,racun dia bg akak.satu pg akak dpt msj pengakuan drnya yg dia telah tlanjur dgn seorg perempuan yg jauh lebih muda dr akak…bkn skli tp bkali2 shgga dia rasakan yg bdk tu sdh mgandungkn anaknya.dia bsungguh2 nk btgjwb pd bdk tu.lnsg dia x pikirkan hati n perasaan akak disaat ni.dunia akak rasakan kelam,akak jth tduduk..xtau apa yg patut akak lakukan.dia pilih bdk tu tp bkn akak.apa dosa akak pdnye..

          Reply
    • assalammualaikum..aku bru sja putus cnta tpi aku hairan ap slah ku dn dosa ku pda nya..tiba2 dia tiggl kn aku tmpa sebb.hti ku msih trtnya tnya knapa dia buat aku bgini sdngkn aku cyg kn dia.sehigga dia menyamar sebagai pmpn untk dia puts kn hbngn kmi.sbb itu aku mau dia hilng dri htiku.aku x mau fkir psal dia.aku sngt trluka oleh nya.smga allah bka hti nya untk bgi aku jwpan yg slma ini aku tggu.aku tau dia sowg llki yg baik.sifat nya yg skrng nhe bkn sfat nya yg dlu.smga aku dpt lupa kn dia.amin3x

      Reply

Leave a Comment