Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Assalamualaikum semua.. saya berharap agar dpt berkenalan dgn awk smua dsini.. jika berminat sila tinggalkn no phone/WhatsApp anda disni utk sya buat group WhatsApp..sama² la kita bantu antra satu sma lain..Tiada kekurangan yg tak dpat diperbaiki. kipidap don’t give up✌

    Reply
  2. Assalamualaikum semua.. saya berharap agar dpt berkenalan dgn awk smua dsini.. jika berminat sila tinggalkn no phone/WhatsApp anda disni utk sya buat group WhatsApp..sama² la kita bantu antra satu sma lain..Tiada kekeurangan yg take dpat diperbaiki. kipidap don’t give up✌

    Reply
  3. Assalam. CUma nk tahu. Dah ada grup wasap atau wechat lom? sebab since 2013 sampai la ni masih xnmpk pon grup tu. Harap admin dapat membantu. Ni no sy 0172015102. id wechat aligatoks

    Reply
  4. Assalamualaikum.. drop no wassup kt sini.. aku akn add.. lelaki saja.. sebab apa lelaki?aku nk jaga ikhtilat.. dalam islam xleh bergaul dgn puan sgt kecuali perkara2 penting mcm ilmu dan lain2.. harap fhm :)

    Reply
  5. saya ingin mencari kawan prempuan,,sbb saya ade msalah dgn komunikasi dgn prempuan..bile ngan lelaki saya okey ja..tpi ngan prempuan saya maslah,,saya x blas ape prempuan tanya ,,sampai kan org kate saya gay,sbb saya x layan prempuan,,saya bukan gay la,,,adoi aii..sdih sangat,,seseorang bleh x masukkan saya dlm group2 pemalu…saya bosan la kdg2 x berckap,,asyik diam dlm gelap kat bilik sorang…wahahahah..ermmm ..whatsapp saya :–0173472167…saya post nie kerana saya risau akan saya di ipt kelak,,ckup2 la saya rase di alam perskolahan..saya takut saya hidup sorang2 kerana saya malu yg teramat dgn prempuan…serius saya ckap,,saya x balas ape yg ditanya oleh prempuan..saya bukan x nak jwb,,saya kdg2 kaku,,kalau bleh ade org yg nak berkawan dengan saya ,,saya nak biasa kan dgn prempuan,, xkesah sape,,xnak kenal kan diri xpe,,borak2 pun xpe..kepada lelaki yg dah berjaya atau ade pngalaman minta2 la pm saya

    Reply
    • Maaf ini artikel terbaru ke atau yg dah di edit semula? Knp edit? Malu juge ke? hahaha… gurau..
      Xbest la plak rasa nak kOmen klu yang dah diedit ni.. Rasanya klu yg sebelum ni punya lagi semangat nak kOmen.xmengapala.. Hati manusia bleh pun transform,Hahaha…
      Sy trus terang ckp xpandai nak main2 kata ni tapi mungkin kebetulan kut.SAYA sendiri pernah alami situasi camni,memang sejebik jibik.Iras2 biji kurma pun ada kes ni.
      Maaf,ini cuma cerita n pendapat sy je sbb sy pernah tempuh.Bagi sy penulis menulis dalam keadaan marah.. Tu je.. ;)
      Sebab ape? Nama lagi blog… Hanya rekaan..
      Kalau ini kisah benar,ape tujuan plak kawan dia nak citer sini.. tgk la kOmen,mmbantu? huhuhu… Maaf.. Saje gurau.nnti serius je malu xbertempat..
      Kalau kawan dia betul2 memahami,xkan ade citer ni kat sini.sbb kawan dia dah xde hati.. hahaha.. overthinking plak.. Bulan mulia ni..
      Sesetengah org dikurniakan keyakinan dan kebolehan berkomunikasi..
      Itu sebenarnya semua org bleh latih diri sendiri.. Tapi bakat yang ada jgn disalah guna.. Pesan utk diri sy sendiri juga sbb sy dah la xde ape2,syaitan brtopeng manusia je.Dia malu sbb dia dah tersilap duga,malu pada keluarga sbb gagal memikul tanggungjawab yg ayahnya amanahkan.Dia kecewa sbb yg ada hanya berpura.. Bukan niat nak menghina,kalau boleh dah xnak ckp2 camtu,tapi dia seolah2 dipaksa utk mngatakn.. Begitu juga sahabatnya dulu ketika dipujuk rayu xkurang bOnda… Maaf… Dunia kita berbeza.. Jgn jadikan ini alasan utk tutup kesalahan.kenapa tidak masa awak campak duit pada pengemis malam tu? knp org lain buat xbleh,nak setel kejap tu gak,tapi awak bertahun2 buat bleh?
      Hentikan….

      Reply

Leave a Comment