Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Saya cdang nk buat group whatsapp. Pd sapa yg serius nk join tngglkn no phone kt comment..klau dah ada group whtsapp yg sebelum ni yg aktif tlg maklumkn ye. TQ

    Reply
  2. Assalammualaikum..saye pun ade msalah yg same..saye malu nk berhadapan dgan org ramai..dari skolah rndah pun saye jenis pendiam dan xreti nk bergaul..mase skolah mngah pun pendiam skit bile dngan cikgu2 kdg2 ngan kwn rapat pun saye rasa sya bnyak diam dan kdg2 saye pun xfham ngan diri.saye rase cam asing sngat ckap pun brterabur kdg2 blur haha..da abis skolah saye masuk giatmara tu pun dekat ngan rumah..start situ sifat pendiam brkurg dan rase yakin sikit dan saye jadi selesa nk brkawn sjak saye jmpe kwn2 yg bnyk tegur saye dan still contact each other wlaupun jauh2..tapi skrg perasaan takut nk berhadpan dgn org xkenal tu jadi msalah saye..kdg2 bile brjalan dlm khalayak ramai pun smpai tgan sejuk peluh2..haha

    Reply
  3. gara2 pmalu++ qu ni aq smpai di pulau msyarakat . di kata sombong la, tidk mnegur la. sampai di gertak2 mcm anjg pn pernah . Kena bnyak bersabar ini smua ccoobbaaaann.

    Reply
    • Digertak.? Sampai begitu diorang buat mcm tu kat kita kan. Apa yang diorang gertak kat awak. Awk gertak dia blik. Bru padan muka dia. Dy ingat kita ni siapa. Kita pun ada perassaan

      Reply
      • Tkpa org2 dh beri tahu ngan mreka,ak sbnrny pmlu je x smbong.. punya pucat muka mreka ,rasa bersalah . Sempat skrg ni mereka besar kepala lgi x trima hkikat. Tkpe NARUTO pun cam kita di pulau msyrkat, Xde kwn ,Xde org tua,yg pntg berubah smpai jdi Hokage lgi ninja terkuat hehe..

        Reply
  4. sy xthu camne nk buat….tpy sy slalu pikir negatif contoh erm org sy rse ad org ngumpat sy…n sy xthu camne nk berhadapan ngan pempuan

    Reply
  5. Sy jg mmpunyai sikap pmalu . Sgt2 pmalu shinggakan kwn2 pun pndg plik. Kdg2 sy benci kt diri sy sendiri. Dh cuba ubah tp tk brjaya .Sebenarnya sy pmalu ad sbb. Moga Allah permudahkan urusan sy .Aaamiin

    Reply
    • prasaan awk tu sme ngan ape yg sya pnah rasa… bleh x lau sya nk kawan ngan awk ni no sya 0195936137 klau sudi la :)

      Reply
  6. Salam semua,rasa nak nangis pun ada bila baca komen kawan2 kat sini..saya pun mempunyai masalah yang sama.Saya seorang yang pemalu,pendiam dan perahsia..Ini adalah 3 kombinasi sifat yang menyebabkan saya sukar untuk mendapat kawan..Saya lebih suka duduk rumah daripada keluar bergaul sebab saya rasa safe kalau duduk kat rumah..Temuduga kerja pun selalu gagal sebab nervous dan xda keyakinan diri..cakap pun selalu berterabur…rasa sedih jugakla..Mujur saya ada kawan rapat yang memahami sifat saya ni walaupun kadang-kadang diorang macam bosan nak ceta dengan saya sebab xda benda menarik saya nak kongsi dengan diorang..Saya sebenarnya nak berubah tapi tak tahu macam mana..Kalau ada orang yang sudi nak berkawan,boleh email saya kat [email protected].

    Reply
    • Assalam sya
      pn hadapi msalah yg sma…dlu sy rmai kwn tu pn masa kcik.. huhu. Tpi skrg dh krang.. sya sbnarnya tringin sgt nk bkwan..ni nmber fon sya 0194102859 wassap la sya.

      Reply
    • omg x sangka ad lg teruk @_@
      syukur…apapun kena kuatkn smgt kawan !
      sy syak mungkin onani punca segala maslah haha joke xD
      nk join gak grop tu

      Reply
      • Sesiapa nak join group whatsapp boleh pm saya +601126017356.. Nanti saya add group untuk selesaikan masalah malu yang dihadapi.

        Reply
  7. saya pemalu dan pendiam masa sekolah dulu. kawan kelas semua dah faham dah dgn sifat saya terlebih pemalu. saya cuma boleh jadi pendengar je dalam kelas bila kekawan saya nak cerita kisah dorang. tapi kekadang tu bila saya keluar dgn kawan saya, saya perasan yang dorang cepat bosan dgn saya. sebab saya pendiam mungkin. saya jadi pendiam sebab suara saya… setiap kali buat presentation kat depan kelas.. hanya cikgu je yang dgr.. rasa nervous semua ada. hahahah just share story je. ok bye lol

    Reply
  8. kamu bukan pelik.. tapi dlm dunia nie ada tiga jenis org.. extrovert ambivert introvert… ada org aktif sgt.. dan ada org kurang aktif.. tapj manusiaa suka ambil kesempatan trhadap kita disebabkn sifat kita.. jum kita ubah… saya pun still berjuang lg untuk hpuskn rasa malu n berani di khalayak ramai.. gudluck guys… we can do it..

    Reply
  9. sya seorang yg amat pendiam dan pemalu. ia brmula slps sya brumur 13 tahun. seblum itu, sya seorang yg lantang dan berani bersuara tp disbbkan itu juga sya sering mengumpat dan memfitnah dan menyebbkn kwan baik sya trluka. sya kmudian mnjdi sorang pndiam dsbbkn prkra tu tp sikap ini semakin mnjdi suatu kebiasaan utk sya dan juga mnjdi smkin pmalu. yg paling truk trhdp kluarga sya sndiri. sya jd kliru apakah btul apa yg sya buat ni. sya tkut akn keseorangn slmanya tp sya juga tkut berdosa jika sya ktika sya brbual dgn ssorang krna sya sukar mngawal dri sya.

    Reply
  10. hai..saya izzati berumur 17 tahun..hmm lps saya masuk umur 15 sifat pemaluu,rendah diri,pendiam ,xpandai bergaul semakin menjadi jadi dlm diri saya..saya selalu dilabel sebagai seorng yg sombong disekolah kerana saya ialah seorng yg serious..saya tidak boleh menukar anggapan budak budak seklh yg memandah rendah kpd sya..ade rakan rakan sekelas sy yg apebila sy bercakap mereka akan memandang sy pelik malah apebila sya lalu dihadapan meja mereka..mereka akan pandang sy seolah olah sy ini tidak perfect..kalau dgn budak lelaki pula..mereka suka kata sy sombong dan pemalu..mcm mana sy nk jadi berani..please help me.. :)

    Reply
  11. Saya seorang yg pemalu tegar sehinggakan sesuatu pekara pon saya meminta bantuan daripada kawan baik saya dialah pembantu setia saya tapi sampai bila?itu lah persolan yg bermain di dalam pemikiran saya ada sesiapa yg boleh bantu saya dari segi pergaulan dengan masayarakat atau pon dari kekawan sendiri kenapalah saya ni jadi seorang pemalu sedangkan dah selalu sangat berusan dengan orang ramai. Apa yg saya fikirkan selama ini apabila saya bercakap ditakuti orang ketawakan atau bercakap yg bukan bukan tentang diri saya itulah YG bermain difikiran saya sekian wasalam

    Reply
  12. Sya sorng yg pendiam dan pemalu x brtmpt,bila datang sepupu saudara marah jauh atau orang lain …sya ke dlm bilik ,,klu di sekolah sya bersendirian je msa rehat….sya ingin bnyk kwn,tpi x lh…pleas help me….

    Reply
  13. Aww…malunye nk tulis…sy pemalu laaa….invite sy dlm grup wasap tu gak….ish malu nye…no 0103164680…senanye sy juga mghadapi mslah yg same sprti kalian…jdi izinkan la sy utk brsame2 mgubah diri ini…spya mmproleh khidupan yg lbih baek…trimas k….no 0103164680

    Reply
  14. Salam…nak masok grup tu juge laa..sy mcm kalian juge mslah yg same..pndiam n pemalu….
    0103164680

    Reply

Leave a Comment