Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Saya seorang yg sangat pemalu dgn lain jantina. Bila dgn perempuan saya okay. tapi kalau dgn lelaki terutama yg baru knl automatic saya akan jadi sangat penyegan dan nak bercakap pun saya mcm suka mengelak.lelaki pun mmg naik segan dgn saya dan minta kawan jadi orang tengah sekiranya ada bnda nk diceritakan. Mcm mana ye nak hilangkan ni masalah dari saya sekolah lagi

    Reply
  2. salam..mohon admin boleh reply komen mia ni
    Mia ni masalahnya macam duduk dlm tmpurung.
    Asal bndar.hnya bkwan d alam maya.
    Kurg kyakinan diri n prmalu utk bsuare wlau dgn fmly. Smpai slalu terlepas pluang yg baik d depan mata. n mcm apa yg kita nak ka tu… Hnya angan2..tlg admin kongsi

    Reply
  3. assalam…sye sorang yg malu apabila berada dngan orng ramai ..sye x tahu kenapa mcm itu…dan sye juga malu brtnya apbila dalam kelas takut diejet kawan2 …sye juga x pandai nk brkawan , apabila sye bercakap Perckapan sye seolh2 mnyingung persaan orng…tolong bagi jlan pnyelesaian….

    Reply
  4. Saya juga seorang pmalu. Sy da cuba buat tips diatas tp sy masih tidak boleh. Sedih sgt dgn dri sndiru pnya klemahan. Jom borak dgn sy psl maslah ni id wc: iziesuffer97

    Reply
  5. Salam, aku igt aku sorg je ad mslh ni, tp aku mmg sedih sgt dpt perangai pemalu ni sbb apa2 pkerjaan yg aku ceburi hanya separuh jalan dgn alasan xde kawan so aku bosan aku pun brhenti. Perempuan kalau pemalu mmg byk org suka, tp klau lelaki mcm aku pemalu? Mmg xde siapa sukakan. Aku prnah cuba atasi tp gagal :(

    Reply
  6. Assalamualaikum..
    dulu waktu kat sekolah rendah dan menengah saya bukan seorang yang pemalu..saya mempunyai ramai kawan dan muda bergaul dengan orang. tapi bila saya masuk ke alam kolej, malu itu muncul dalam diri saya. saya tidak tahu kenapa..tapi bila saya baca tips-tips di atas..syukur Alhamdulillah saya dapat mengatasi perasaan malu dengan perlahan-lahan.
    terimah kasih atas tips-tips yang di kongsikan..
    malu dengan kelamahan diri dan malu kepada orang lain adalah penghalang kepada suatu kejayaan..

    Reply
  7. saya selalu rasakan kadang2 yang saya tak tahu tentang ap2 perkara.. dan itu membuatkan saya selalu rasa merendah diri dan mendiamkan diri dgn orang luar.tapi saya bukan mcm tu sebenarnya.. :(

    Reply
  8. assalamualaikum nma says eiqah….asl Sabah…Sya ni ada jga sifat pemalu ni…tpi x brtmpt…kdang2 tu Bla Sya buat sala Sya ssah nak mengaku…bkan xnk mengaku tpi mcm pyah sngt Sya nak bagitauYg tu slah Sya.smpaikn rakan kat tempt kerja sya pun mrh kat Sya.sash Sya nak dngr ckp.Smpaikn Sya d tegur Oleh rakan satu kerja saya..Bla Sya nak perbaiki tpi tetap jga salah…Sya x tau nak buat apa.

    Reply
  9. assalamualaikum..mcm mne nk hilangkn sifat pemalu ni,mmg btul2 pmalu la sy ni,pmalu x btempat sgt2..truk la mcm ni hanya boleh berbicara dalam hati je,

    Reply
    • encik amir ni umo brp thn ya ?..jika masih study lg,apa kata awak rajin2 la tgor seseorg..jadikan kwn awak.klu dah bekrj pula,tgorla officemate awak n cuba sedaya upaya msok kelompok diorg..ni cuma cadangan..:)

      Reply

Leave a Comment