Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Salam..sy xpemalu tapi pendiam.banyak berfikir.and blurr. Bkn xnak bercakap, takut tercakap isu yg snsitif tu yg wat sy blur nk cari topik lain. Disebabkan kependiaman sy ni, saya cuba bekerja dlm bidang yg banyak berjumpa dgn org, such as customer. Pengalaman yg berharga. Try n error. Just being me. ;)

    Reply
    • Lebih kurg dgn aku. Berfikir sblum bercakap. Bila rasa benda tu xsesuai kita xkan cakapkan, sampai org lain ubh topik. Sedih, hmm

      Reply
  2. assalamualaikum semua,sy ameer sy seorg yg pndiam n pmalu. sy xthu mcm mana nk bkomunikasi dgn org, susah nk bgaul dgn org,ni no sy sesiapa yg sudi nk bkwan dgn sy 01116939018

    Reply
  3. aslm, sye pemalu tp btmpat.. sye mlu klo xde bnde nk smbg ngn org yg xkenal…tp klo buat pbntgan kt depan org ramai atau ats pentas… rse tkot…tp ckgu sye kte nnti p universiti lg kne buat mcm2…so ltak tepi prasaan malu..mmg laa mlu tp cover skit…

    Reply
  4. Saya mrsakn hdup sy tdk brguna lgi..apbla sy ingin brckp dngn org lain sy akn trgagap..sy mngalami mslh eni sjk sy brda d skloh rndh..

    Reply
    • As Salam.
      Janganlah awak rasa sedemikian ye. Jangan rasa rendah diri.

      Saya juga pernah gagap sewaktu kecil, insyaaAllah, dengan sedikit latihan gagap itu akan hilang.
      Yang penting kamu kena usaha ye?

      Chaiyook!

      Reply
      • Bagus blog saudara ni. Dapat meluahkan perasaan masing-masing dan mencari jalan keluar daripada sikap malu.

        Secara tak langsung, fikiran pun jd lbh tenang dan lbh bersemangat.

        Fighting !!

        Reply
  5. nama sya idham ..sya pon seorang yg pemalu xthu. knpe sya bleh jdi malu tkut nk brtnya .org …lain .spai xbleh nk ckp ..ade org kate sya ni tak mtanglah rasa nk mrh pon ade xpi sya sabar je nk buat mcan mne .dh nsik sya jdi mcn ni ………sya ade suke ke seorag gdis ni ..xpi sya nk ckp yg sya kat dia xpi sya malu nk menluahkan prasaan sya kat …….dia .tapi sya akn cube ….01125579623 :-)slm maaf klu ade ayat yg sama ….

    Reply
    • Sama ngn aku. Nasib kita la, Allah anugerahkan kita sifat pmalu, ad sbb. Mungkin nak jaohkan diri kita dri melakukan maksiat. Tp pmalu yg terlampau mmg boleh jejaska hdup kita lg2 sbgai lelaki :-(

      Reply
    • klu dah suka tu,tunggu apa lg ?..cuba2la rapat dgn si gadis tu.mksd saya rapat tu berkenalan.slow,steady n cool gitu,,baru macho..hehe..:D

      Reply
  6. Assalamualaikum…sbnarnye sye bknlh seorg yg pemalu ataw pendiam tp masalahnye bile sy dgn satu kluarga angkat sy ni..sy jdi pendiam n bile berborak xtaw nk ckp ape…bile d8tnye jawab septah2 je…lame2 bile dgr je diorg berborak..jadi boring…diorang ni happening juz the problem is me…n sy xtaw nk ubah mcmne..
    Ade sale bleh tolong x

    Reply
    • Assalamualaikum..
      Sy pun pemalu lelaki 21selangor,,mari bkwn..0192586651 ini no henpon je…klu nk wassap ,wechat tnye no ni lah….sy xnk bgtau sini sy malu..
      sy sudi kwn dgn korang smua..

      Reply
  7. Sy berusia 21 tahun..agak pemalu dan pendiam…tpi banyak ckp bila kta da mula rapat dengan org tu.. kalau dalam text mesej memg ramah tpi jumpe depan2 lidah jadi kelu..huhuhu…dalam kelas sy sering dikatakan pendiam sbb tak banyak ckp dn suke buat hal sendiri je..sebenarnya bukan tak nak ckp..tpi tak tahu nak mula mcamana dan tak tahu nk ckp topik ape..kalau tanya bab pelajaran, bila dh terangkan pastu tamat mcmtu je..kadang2 rasa cemburu jugak bila kawan2 ade pasangan masing2 borak sama2, keluar jalan sama2..belajar sama2..sy hanya bsendirian je..teringin sgt nk macam diorang.. :(

    Reply
    • assalamualaikum, dlu sy adalah seorang yg happening dan mudah untuk bergaul dgn sesiapa sje dan rase malu untuk bertanya menyoal ke mmg sy tak tkut. tapi semenjak masuk tingkatan 4,5 . sy terus jadi murung sgt dan terus jadi pemalu dan tak reti bergaul. jika org tnye sy hanye kate sepatah kadang2 sampai tak thu nak jawab ap, hanye senyum saje. kekadang rase sedih ade juga. skrg ni smbung belajar pun rase macam tk bersemangat. saya juga dahulunya seorang yg gemuk .
      dan tiada sesiapa yg mahu mendekati saya .. saya cuba ..perbaiki saya dengn diet sampai agak kurus …. tap bila saya dah kurus saya fikir saya boleh bergaul dengn rakan2 saya dan punyai bnyk rakan tap sebaliknya .. terjadi… saya suka berfesyen.. dan memakai bedak . supaya lebih berkeyakinan … tap malangnya itu dijadikan … titik permulaan saya dijadikan sebagai bahan cemuhan org laen… ramai yg ckap saya berlagak.. bajet hensem.. pondan.. jambu… ! cemuhan tu sering buat saya rasa tertekan.. sehingga saya jadi seorang yg sangt pemalu dan x berkeyakinan lansung tambahan lagi tinggi saya agak pendek 157 cm bgi lelaki ..ini buat saya x dpt menumpukn perhatian terutama dlm kelas kerana memikirkn perkara ini… sehingga saya kerap menangis … seorang diri.. saya merayu tolong bantu masalah saya .. saya juga pernah mencari cara bunuh diri dalam internet.. tap.. alhmdulillah saya still ada iman.. sebgai seorang muslim kita x boleh bunuh diri tolong bantu saya :'( ini no. phone saya jika ada yg sanggup membntu saya .sila hubungi. 012-5846959 .. dan e-mail saya [email protected].. fb -Aimie Adryan

      Reply
    • Sama la kite..saya pon,ntah la bile dpn kw2 sye cuma jd pendengar…nk ckp tpi tak tau nk ckp ape…klw ditanya akan dijawab..tpi klw xtau sye akan ckp tak tau…sepath2 je ckp..kirenya sye bercakp apabila rasa perlu je…tpi klw kat rumay lagi terok,blik je keje masok bilik,pagi pergi keje kuar bilik…boleh dihitung berapa kali je sye berckp dgn mak ayah..dari sye kecik memang dh mcm tu…macam dh diajar mcm tu….jd ngan jiran2 sye pon sye langsung tak berckap,tpi klw ditegur mmg sye akan jawab…nak tggu sye yg bckp dgn jiran mmg xlah…susah nak ubah perangai mcm ni…habis jiran sebelah umah sya cop sye sombong..sebenarnya saya malu nak ubah perangai pendiam sye ni..ye lah dri kecik lagi dah mcm tu..klw sye ubah kan pelik lak org tgk sye..jadi sya sebenarnya malu nak ubah perangai dpn keluarga saya…sehimgga saya pikir nti kalaw sye dh pindah,saya nak banyak berckap dgn jiran2 saya…!!

      Reply
      • Masalah ko sbijik ngn aku. Sbnarnye kita kena cari member yg sekepala dgn kita, mksudnya minat yg sama, dia boleh phm kita, kita pon boleh phm dia, alhamdulillah aku ad kwn2 mcm tu tp semua dah jlani khidupan msing2 tinggal aku jer, msih mncari2 erti khidupan, mncari kawan yg boleh dijadikan sahabat.

        Reply
  8. Pd mulanya sya bukanlh seorg pemalu, tp sejak sya meningkat umur ke 13 thun sya jd brubh sbp d tgur selalu oleh org tua apabila sya brgaul dgn org ramai. Sya x salahkn org tua sbp sa fkir, mungin prgaulan sya dn cra sya brkomunikasi melebihi batas. Tambh lg lw sya sntiasa ketawa sbp lawak yg sya dn rkn2 sya crta buat kami sngt gmbira dn ktawa trbahak-bahak, mak saya slalu cubit paha sya. So sya brfkir bhwa apa yg sa buat tu memang salah. Mula saat tu sa jd seorg yg pndiam dn x pndai bergaul apalg berckp dgn org lain. Bagaimana mengatasi masalah ini, skrng sya sntiasa hnya mnjadi seorg pendengar sahaja, saya dah x pndai lg berborak borak dgn org lain. Tambahan lg mertua saya pun seorg yg pndiam dn x suka brckp ckp. Pham2 lh lw tnggl dgn mntua mcmana perasaan kalau x pernh brckp lngsung. Tlnglh bg pndpt bgmana mengatasi masalh ini.

    Reply
  9. sya nash.. mmg sgt pemalu. pemalu x bertempat la agaknye. itu mslah terbesar sye,.. sye ne jenis yang di tegur dulu, baru bercakap. lau tak di tegur dulu, sya diam je. sye ade mslh jarang bergaul dgn org, kecuali hanya dgn org yg betul2 rapat dengan sye,.. hanya dengan topik2 tertentu sje sye boleh berborak dgn org lain………. help me 016 8022 916 .. wasup and wechat…

    Reply

Leave a Comment