Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. gue juga gt, rasanya minder banget gt kalo sama orang2 yang aku sendiri ga biasa ngumpul sama mereka. padahal udah berani2in ngomong apa kek apa gt, ehh kaku banget rasanya. ga bisa luwes… ya sudahlah berusaha ja biar gak kaku2 amat meski agak susah…

    Reply
  2. Saya jenis yg pemalu bila berhadapan dengan org termtermasuklh saudara malah saya akan masuk bilik bila meraka ada sometimes sya teringin nk jadi org lain yg ada ramai kwn berborak dgn saudara tapi masalh saya tak reti kalau nk cakap pun kadang2 tak terkeluar perkataan dan kdang2 keluar perkataan berbeza dgn apa yg saya fikirkn susah nk difahami dgn muka yg berjerawat mengurangkan lagi keyakinan saya.saya jadi permalu masa saya darjah5 saya dipindahkn kelas guru selalu marah saya

    Reply
  3. assalamualaikum…macam mna nak hilang rasa malu .terutamanya apabila berpindah sekolah….kadang2 sifat malu ini boleh membawa kita ke arah fikiran yang negatif….seperti’MESTI ORANG DISINI MENGHAKI SYA” atau”MESTI ORANG DI SINI X HINGIN BERKAWAN DENGAN SAYA’.HArap dapat membantu..TQ.

    Reply
  4. Assalamuaikum sy atin,,umor sya 15..nie fisrt time sy jmpe blog nie…sy seorang yg pemalu n pendiam…kwn2 klas sy ckap sy nie sombong…pdahal sy nie seorang yg pndiam n pmalu…sy xthu untuk berkomunikasi dgn lelaki or perempuan..sya hrap ada org yg sudi brkwan dgn sy…nie id wechat sya nur221099

    Reply
  5. assalamualaikum, dlu sy adalah seorang yg happening dan mudah untuk bergaul dgn sesiapa sje dan rase malu untuk bertanya menyoal ke mmg sy tak tkut. tapi semenjak masuk tingkatan 4,5 dan skrg 18 sy belajar di kolej kemahiran. daripada ting.4 tu sy terus jadi murung sgt dan terus jadi pemalu dan tak reti bergaul. jika org tnye sy hanye kate sepatah kadang2 sampai tak thu nak jawab ap, hanye senyum saje. kekadang rase sedih ade juga. skrg ni smbung belajar pun rase macam tk bersemangat. boleh sesiapa tolong sy atau beri nasihat supaya ad semangat siket. email sy [email protected]

    Reply
    • eh.jgnla begitu.jgn rasa down apa org kata psl kita.awak.klu kita baik bak malaikat skalipon org tetap akan ngumpat kita.jgn biarkan perkara ni ganggu pljrn awak.awak kena bljr sehingga Berjaya.make your parents feel proud to have son like u.x pe klu org x suka kita.janji kita laksanakan tugas kita sbgi hambaNya n sbgi anak soleh.klu awak rasa down n sedih,jgn lupa awak ada Allah.bnykkan minta dari Allah.tagih perhatian dari Allah lebih menyeronkkan berbanding tagih kasih syg dari manusia,in shaa Allah.awak bole hadapi punya.yg penting YAKIN dgn diri sndri..igt!! YAKIN !..
      #YOU CAN DO IT ALI !!
      CHAIYOK !!!! :D :D :D

      Reply
      • terima kasih :) lepas baca blog2 dalam ni rasa lebih semangat hee.. menjadi lebih positif.. thanks to admin dan siapa yg share.. i love this blog! haha

        Reply
  6. assalamualaikum. saya memang seorang yg pemalu. ramai yg ckp saya pendiam n sombong padahal saya tak lah diam sangat. ramai yg mcm takut nak tegur saya lagi2 lelaki. kalau nak tanya cg pon saya malu. dlm kelas pon saya selalu buat kerja saya jer tapi nak buat cam mana dah ni mmg perangai saya. saya just nak jdi diri sendiri! salah ke saya pendiam

    Reply
  7. assalamualaikum..nama saya alina sy pmalu..sy tringin nk brkwn dgn org pmalu ..klau ad girl yg sudi kwn whatsapp atau wechat sy 01112704102. hanya utk girl yg pemalu…

    Reply
  8. salam.. sy igin mncari kawan pmalu mcm sy..umr sy 22 ..ni id wechat NASCARDRAG add la sy klau sudi nk brkawan..

    Reply

Leave a Comment