
Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.
Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.
Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.
Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Pemalu Tak Bertempat
Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.
Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.
Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.
Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat
Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.
Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.
Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.
Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya
Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.
Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.
Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.
Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.
Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.
Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.
Mesrakan Diri Untuk Berkenalan
Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.
Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.
Pemalu kepada Lawan Jenis
Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.
Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.
It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..
Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.
Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.
Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.
Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.
Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.
Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

Sesiapa ada masalah, bolehlah join ke group telegram:
https://t.me/socialanxietysolutions
Group ini ditubuhkan untuk meluahkan perasaan dan mengadukan masalah dikalangan ahli, rasa bebas untuk bercerita ye, sebab setiap orang akan dibantu menyelesaikan masalah yang menganggu hidup nya, hari-hari kita akan dibagi semangat dan motivasi supaya bersama-sama mampu jadi lebih positif.
Insyaa Allah
Saya lansung x de keyakinan diri, x pandai nk bergaul bercampur dgn sesapa samada jiran,sedara mara mahupun kwn2 sekerja.. Saya hanya berkwn dgn teman2 rapat n family saya.. Sampaikan org ckp saya ni x bercampur dgn org lain… Dan mengatakan saya sorang yg sombong???
Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan ciri personaliti introvert macam Lola ni.
Saya tahu Lola buka anti-sosial, tapi jenis suka bergaul dengan cara tersendiri kan?
Sebenarnya orang yang kurang malu (extrovert) pun bukan perfect. Mereka juga ada kelemahan dalam pergaulan.
Jadi jangan terlalu runsing, cuma menjadi sesuatu yang baik jika Lola boleh memperbaiki 1-2 perkara untuk menjadikan kehidupan lebih baik.
Saya pun malu dan takut di tgok orang dri duli smpai skrg xhilang lgi ingin
0139855612
Situasi saya sama macam awak. Saya tak thu apa topik nak bersembang.
Salah satu cara saya nak atasi masalah ni adalah saya cuba fikir apa yang saya suka bila join sesuatu. Bila pindah sekolah baru atau masuk U saya akan aim orang yg jenis pendiam & pemalu jugak . Then saya akan berkawan dgn kawan kpd kawan saya tu (itulah cara saya luaskan kawan2 saya) tapi bila makin dewasa saya sedar tak penting pun jadi extrovert dan ada ramai kawan2. Biar kawan sikit asalkan berkualiti dan boleh bimbing mendekatkan dri pd Allah. Tapi yang lawaknya kawan kawan ramai cakap saya banyak cakap pokpek pokpek (padahal sebab dah kenal dan berkawan rapat) ?
Sameeee?
Hai saya amierul,saya tak tahu apa jadi
Dgn saya skrg ini mmg malu tahap “crazy” nak lihat wajah seseorang pun tak berani apalagi bercakap,kalau bercakap pun mmg akan gugup dn tak ada idea
Nak cakap ttg apa huhu,saya rasa sedih
Dgn diri sendiri
Sama dengan saya jugak
#not bad
bleh msukkan sya dlm group whatssap..nmbr sya 0132883307..sbb sya ada mslh pemalu dari dlu smpai skrng tak hilang2 lgi..
Assalamualaikum.
saya selalu ada masalah malu untuk bergaul dan menyembang.
Kalau boleh insyaallah saya nak menghilangkan rasa malu saya untuk bergaul dan berborak dgn org lain.
Ni no saya 0135969197
Kalau ada group wassap tolong add saya.. Sekian terima kasih
boleh msukkan saya 0175959581
Hello semua, ada kemungkinan penyebab kita smua jdi mcm ni. Mungkin sebab penyakit
-tiroid
-axiety @ lain2.
Apa2 pun, pergi buat check di hospital kerajaan dulu. Beri tahu je jgn malu, ?. Sperti aq, selalu berasa gelisah, takut, jantung berdebar2 tiap masa,. Tggal 26 aq pi check mne tau ada tiroid. Ok bye
Saya juga tergolong dalam org yang pemalu….kadang2 terasa amat rugi bila tidak dpat melakukan sesuatu perkara di sebabkan prasaan malu yang melampau…jika ada grop untuk mengatasi masalh malu dan memberi keyakinan diri tolg add sy…0136183429
Group masih aktif?