Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Hye saya selalu ada masalah malu untuk bergaul
    Kalau boleh insyaallah saya aka berusaha untuk menghilang kan rasa malu saya untuk bergaul

    Ni no saya 0134062493
    Kalau ada group wassap tolong add saya.. Sekian terima kasih

    Reply
  2. Add Saya 0188708134…ade grup wasap kee???Saya kadang² Rasa untuk tidak pergi kemana2 as long xperlu jumpa org lain pon….hmmm sye sering kemurungan…..

    Reply
  3. Minta tolong jasa baik anda..add no ni 0169817639..seorang yg bermasalah malu yg sngt ketara..sudah berumur 18 thun????????

    Reply
  4. Saya perlukan kaunseling tentang perkara ini untuk motivasikan diri dari belenggu ni. Masalah saya tentang perkara ini sangat parah. Bukan sahaja pemalu dengan orang lain yakni orang yang tidak dikenali tetapi dengan saudara mara juga saya ada sifat begitu sehinggakan kadang2 ada kenduri yang melibatkan saudara mara seboleh-bolehnya saya nak mengelak dan penuhkan jadual harian supaya saya tak perlu datang dan jumpa saudara mara atas alasan malu itu. Hari raya pula, saya lebih memilih untuk berdiam diri dan senyum tanpa suka bertegur sapa. Bila ada Saudara yang bertanya tentang saya barulah saya bersuara. Bagaimana untuk saya atasi perkara ini??? Saya inginkan solusi dari segi rohaniah supaya saya boleh bentuk diri saya agar sifat ini boleh dikawal dan bertempat dan tak merenggangkan ukhwah antara saya dan saudara-mara. Sedangkan dalam keluarga , hanya saya yang bersifat demikian. Mohon jika ada pencerahan , atau amalan serta doa agar saya menemui jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Jika ada group whatsapp boleh add saya 0162500970

    Reply
    • Assalamualaikum, saya sangat memahami situasi yg dialami oleh saudari, kerana apa yg dialami oleh saudari sangat berkait rapat dgn diri saya pada seketika waktu dahulu.

      Saudari, sebenarnya untuk berubah menjadi lebih yakin dan kurangkan sikap malu itu bukanlah sesuatu yg susah. Saudari boleh saja bersikap terbuka dan menganggap hari2 yg saudari lalui adalah hari2 yg indah, jika saudari masih berfikir tentang kelemahan diri mahupun peristiwa silam ia boleh beri kesan yg lebih buruk pada diri saudari sendiri.

      Maukah saudari bersikap malu buat selama nya?
      Sudah tentu tidak kan. Saya hanya mampu bagi sedikit nasihat dan celik akal supaya dapat mengubah pemikiran saudari menjadi lebih rasional.

      Jika saudari masih mengalami masalah malu yg keterlaluan, saudari boleh mengamalkan bacaan selawat ke atas nabi supaya dapat bagi kekuatan buat saudari dalam menempuh hari2 yg penuh dengan cabaran.

      Amalkan bacaan selawat ke atas nabi setiap kali selepas selesai solat mahupun dimana saudari berada dan disaat saudari merasa malu dan kurang yakin, Insyaa Allah, kekuatan dalaman dan keyakinan akan datang dengan lebih baik.

      Saudari, setiap orang ada kelebihan masing2, cuba saudari mengagumi sedikit kelebihan yg saudari ada, puji diri untuk penghargaan, supaya saudari boleh hormat pada diri sendiri. Lama kelamaan, keyakinan itu akan datang.

      Saudari, jangan jauhkan diri daripada masyarakat mahupun kelompok sosial, kerana pergaulan dan komunikasi itu sangat penting dalam sesebuah kehidupan, jangan jadikan kekurangan kita sebagai penghalang untuk bersosial.

      Sungguh malu itu baik, baik pada seorang wanita, jadikanlah malu itu sebahagian daripada iman namun jangan terlalu melebihi sehingga seseorang itu jadi kemurungan dan bermasalah.

      Reply
    • Konsultasi ke dokter, mungkin penyebab utama nya adalah penyakit hipertiroid,. Biasanya akan dibuat pengujian darah terlebih dahulu. Klu resultnya positif, kena makan ubat yg diberi. Dan pnyakit malu akan beransur hilang.

      Reply

Leave a Comment