
Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.
Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.
Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.
Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Pemalu Tak Bertempat
Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.
Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.
Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.
Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat
Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.
Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.
Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.
Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya
Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.
Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.
Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.
Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.
Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.
Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.
Mesrakan Diri Untuk Berkenalan
Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.
Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.
Pemalu kepada Lawan Jenis
Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.
Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.
It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..
Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.
Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.
Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.
Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.
Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.
Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

Assalamualaikum, add sy masuk group wasup jugak 0124531852.
Maaf pembetulan no 0125431852
add saya please 0195051382
add sye jugak plis 01129924088.
add jgk o175077662
salam.. saya mengalami mslh yg sama..semakin bertambah apabila usia semakin meningkat.. harap boleh add saya dlm group.. watapps 0104071709
Saya juga menghadapi masalah macam tu yang susah mau bergaul dengan orang lain..saya cepat gusar,gugup dan jadi bingung klu orang lain mula memerhatikan saya..Jadi sya mau mngatasi masalah..please add me in group whtspp..my no 01125260024..
Saya pn sama mnghdapi mslh malu jgk. Nk join jgk group whsttp! Hurm.. kdg2 susah nak lawan.. sbb xtau cara.. mgkin jgk xde confident yg tinggi.
No Phone berapa, nanti saya tolong masukkan dalam group whatsap
klau boleh create link untk grp whtsapp tu.. nk join jgk nk letak no whtssapp kt sni pun malu jugak????
Tinggalkn nombor nnti saya add awak dalam grup pemalu
013
Tlg masukkan saya sekali ya tuan,
O176354301
Salam,
Saya ni nak kata pemalu, tak juga. Pendiam pun tak juga. Kerana saya boleh je memulakan bicara bersama orang yang tak dikenali. Tambah-tambah lagi kalau berbicara bersama orang yang kenal, saya tiada masalah.
Mungkin sembang secara personal saya ok je, namun jika dalam berkumpulan, saya akan lebih suka diamkan diri dan hanya mampu mendengar sahaja. Saya rasa itu masalah pertama saya. Kerana sukar untuk memberi idea dan pendapat.
Yang kedua, oleh kerana saya bekerja sebagai Pemasaran, ianya sangat menyukarkan saya. Lebih-lebih lagi bila saya datang appointment bersama Boss saya atau rakan sekerja saya. Saya lebih banyak diam, berbanding jika saya pergi appointment secara bersendirian.
Yang ketiga, saya sangat bermasalah apabila membuat presentation di khalayak ramai. Masalah ini terjadi dari zaman diploma, degree sehinggalah alam pekerjaan. Kini sudah berumur 30-an, tetapi masih belum mampu untuk melakukan penyampaian dengan baik. Kadang saya rasa malu pada diri sendiri kerana sikap malu itu. Rasa gagal sangat dan sepeti tidak menyumbang apa2 kepada setiap apa saja perkerjaan yang dilakukan. Saya cuba juga untuk melawan perasaan malu tersebut tetapi tetap juga berlaku sehingga saya muram dan lebih suka sendirian.
Jadi, apakah langkah2 yang perlu saya lakukan untuk mengubah dan membuang sikap tersebut. Kerana saya tidak mahu saya hanya begini sampai bila2. saya mahu berubah, tapi…
Mohon bantuan saudara/saudari.
Sekian, terima kasih kerana sudi membantu. (017-7215787)
this is sooo me :'(
skrg tgh buat degree tahun kedua. setiap kali grup discussion msti sy akan senyap. automaticly akan berubah bila duduk dgn ramai2 orang. walhal kalau personally saya ni dikira periang jugak laa, mulut xreti duk diam. sy xde masalah pun kalau bab nk buat kawan baru, saya suka tegur orang. tapi tulaa tiap kali kena berhadapan dgn org ramai msti sy jadi pendiam giler, tambah2 bila ada lelaki. kdg2 rasa down juga smpai rasa dorg merendah2kan saya dek kerana ‘kesenyapan’ saya. harap sgt suatu hari nanti sy x dibelenggu dgn masalah ni. tp buat masa skrg ni sy xjumpa lg cara nye cemana nk ubah diri. mgkin xde kekuatan lagi.. huarghhh stressss :(
Sis samalah kiterr huhu InsyaAllah Allah akan permudahkan …????
same to me… Add saya jugak jika masih available (01115369548) sy pon mempunyai masalah yang sama
add sy 01121208904
Add saya jugak 0189002953 sy mempunyai masalah yang sama
Boleh tak add saya dekat whatsapp.. 01110963058 . saya pun macam tu.. bila nak ckp dgn org jadi teragak2, jadi blank, saya dah cuba sedaya upaya nak tepis masalah ni tapi org lagi awkward dengan saya.. dengan keluarga perangai saya lain.. dengan kawan2 perangai saya lain.. saya tengah sambung degree.. umur 20 tahun.. semester 2 ni saya betul2 rasa lonely.. hari2 saya doa supaya at least saya dikurniakan seorang sahabat. Sometimes i wonder why i became like this, why i was born. Saya takut dengan pandangan org terhadap saya. I act like im okay but im really suffering from loneliness inside. I am aware yg kita sepatutnya mintak dan mengaharap pada Allah, buKan pada makhluk tapi saya tak kuat. Macam mana nak tempuh hidup ni sampai semester 8 nanti????
sama lah gan saya rasa hidup ni mcm sunyi ja
Huhu samalah????moga Allah hilangkan perasaan malu tak bertempat tu InsyaAllah…