Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Pemalu atau pendiam?
    Introvert atau ekstrovert atau ambivert?
    Tekanan atau stress?
    SAD atau GAD?
    Kemurungan?
    Fobia?…

    Kadang-kadang ramai orang yang keliru dengan personaliti sendiri. Tak tahu yang mana satu problem-nya atau macam mana nak handle benda tu. Better jumpa pakar psikiatri. Sy sendiri ada berkawan dengan ramai golongan yang macam ni dan saya juga salah seorang dari mereka. Tapi berkawan dengan mereka yang sama macam sy, sy rasa tidak terlalu banyak membantu dalam memulihkan penyakit ni. Melainkan kami lebih banyak berkongsi masalah saja berbanding dengan mencari jalan penyelesaian. Apa yang sy nk cakap berjumpa dengan pakar psikiatri adalah lebih baik. Malahan kebanyakkan daripada kawan-kawan sy jadi lebih baik bila berjumpa dengan pakar. Mereka lebih positif. Walaupun ada diantara mereka yg masih ambil ubat untuk survived. Dan paling penting perubahan tu terletak pada diri sendiri. Even korang nak berubah tapi diri sendiri masih tak boleh nak move on, korang still akan berdiri di tempat yg sama.

    Kalau nak berkongsi pendapat atau nak share maklumat boleh email sy : [email protected]

    Reply
      • Boleh Whatspp saya…saya perlu pertolongan dalam hal ni…saya ni dah dua kali gagal meneruskan study saya sebab masalah yang semacam ni…keje pun x boleh buat dgn baik, selalu x bertahan, ada kesukaran nak melepaskan apa yang terbuku dalam pemikiran…rasa terasing dan mengasingkan diri dari orang…No saya o134759884..

        Reply
      • Slm…bleh Whatspp saya, saya nak minta bantuan, saya ada masalah semacam ni yang saya dah tanggung sejak sekolah rendah sampai sekarang…saya gagal meneruskan pengajian dua kali, kerja pun x dapat buat dengan baik, saya sukar melepaskan dan meluahkan pemikiran dan keinginan saya, saya sukar mengekalkan persahabatan, saya cenderung untuk berahsia…No saya o134759884… Harap dapat bantu..

        Reply
    • Nk tulis kt sini pon sy rs malu apeth lg kt luar sana..add saya kt kt group tuan2 puan2 yg pemalu..nk tukar2 history…0166649468

      Reply
  2. Tkpe NARUTO pun cam kita di pulau msyrkat, Xde kwn ,Xde org tua,yg pntg berubah smpai jdi Hokage lgi ninja terkuat hehe.. 2post xD

    Reply
  3. Sya pun dulu mcm korang gak. Pemalu. Tpi sya tgok msih ramai yg x phm (scra mndalam) tntg malu ni. Malu tu sbnrnya normal je,tpi kalau smpai tahap x blh bergaul dgn org lain,and korg rse takut gelisah gemuruh etc., tu namanya social anxiety. Search kat Google. Ade byk article tntang ‘malu’ yng bolh mmbantu kte ni sbenarnya. Jgn putus asa. Sya suggest korang beli salah satu program org yg dah berpengalaman dgn masalah ni. (Sye ckp camni sbb sye ‘experience’). Untk mudahkan korg search antara yg pakar dgn bab2 malu ni – Shyness and Social Anxiety(Sean Cooper) , social confidence secrets(Eduard Ezeanu),social expression(David Hamilton). Search skrg. Klau bukn skrg, bile lgi?☺ good luck.

    Reply
  4. sya pon alami masalah yg sama..sy memng jarag kluar rumah..kt skolh pon bkawan ngn org sama kls dn asrama jk…klas lain lngsung x . nk join grup wsapp 0145810408

    Reply

Leave a Comment