Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. assalamualaikum,saye pon pemalu….saya ambik course kulinari kat kv….tp xde kwn dlm kelas sye sendiri….sbb diorg semua pelajar asrama,saya je outsider….jd diorg xbergaul dgn saya…tp bile time susah bru diorg cri saya,bile diorg time senang diorg tinggalkn saya,xkwn dgn say….saya selalu xde kwn…..saya susah hati sgt…tiap kali saya exam msak pon xboleh fokus sbb cg selalu perhatikan saya….saya xtau nk buat mcm mne…saya xboleh klo org perhatikn saya,sbb nnt saya jd kalut…tlg saya

    Reply
    • Kenapa perlu tunggu org lain yg dtg nk berkawan dgn kita.kenapa tidak anda sje yg pergi berkwan dgn diorg.dlm prhubungan adakalanya kita yg perlu bertindak memulakan suatu hubungan.kalau anda hanya mnunggu shj,diorg akan igt yg anda yg mngasingkn diri dn tidak mahu brkwn dgn mreka.bab kalut tu anda cuba biasakan diri utk acah tak kalut dan acah kool je.rilek je.bnde takkan jdi mslah mlainkan kita yg cipta mslah tu sndiri.org sibuk dgn urusan msing2 n tkde masa nk komen bagai tntang anda.chill ✌

      Reply
  2. saya pun mengalami masalah yang sama..malu tak bertempat.xde kawan.tolong add saya whatsapp 0199753448..saya nak atasi masalah nim..tolonglah saya

    Reply
  3. Saya Seorang yang pemalu,dari sekolah rendah saya asyik dibuli kerana saya seorang yang pendiam dan x banyak bercakap.Sampailah di sekolah menengah saya masih dibuli,saya ni tak pandai nak bergaul dengan orang tak bermakna saya anti sosial.Maybe diaorang anggap saya ni seorang yang berlagak dan sombong sebb perwatakan saya mcm ni.Di sekolah saya dijadikan bahan hilangkan bosan pembuli sekolah,setakat kena sepak,kena tumbuk,kena caci maki itu dah saya hadapi semua.Terus terang saya x ramai kawan,yang berkawan dengan saya pon kebanyakan sebab nak ambil kesempatan sahaja nak kan duit dan mahu pergunakan saya sahaja.Selepas SPM sy mendapat keputusan yang bagus,tapi yang jadi penghalang saya iyalah saya trauma dengan orang sekeliling seolah2 saya takut dengan orang yang saya tak kenal.Saya kemurungan dan keseorangan tiada kawan hanya bertemankan keluarga sahaja.Sudah 6 tahun berlalu saya masih tidah sambung belajar dan tidak bekerja kerana masalah saya ini.Saya jadi down,kurang berkeyakinan,jadi sangat pemalu,takut dengan orang,pendiam x banyak bercakap,selalu berfikiran negetif.Apa patut saya buat?

    Reply
  4. Saya pun alami masalah yg sama
    saya kurang berkeyakinan utk bertemu dan bergaul dengan orang ramai, saya merasa dunia memerhatikan saya, saya kerap kali tertekan. tolong bantu saya
    01121593450

    Reply
  5. Saya Harap ada lagi group tu… Tolong add saya di group whatsapp… Untk kembali kan keyakinan diri saya semula ???? – 0142711920 –

    Reply

Leave a Comment