Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. hi saya ada masalah dekat campus baru baru ni classmate lelaki saya sorang ni kalau nampak saya mesti gelak saya rasa tak selesa kadang rasa nak nangis sebab di ketawakan. di dalam kelas tu cuma ada 2 perempuan dan selebihnya lelaki saya ambil course hospitality. kawan saya yang perempuan ni cantik comel lawa dan tak pemalu while saya pemalu tak reti sangat bercakap. sampai satu tahap saya dah tak tahan kenapa sorang lelaki classmate saya ni selalu gelakkan saya. saya suruh lah kawan perempuan saya ni tanya kt classmate saya yang gelakkan saya tu. rupanya dia gelakkan saya sebab muka saya blur innocent. saya malu sedih nak tunjuk muka pon malu. saya tak reti sangat bergaul saya agak sombong dengan lelaki sebenarnya saya tak sombong tapi saya segan dan mungkin saya takde lagi boyfriend sampai sekrang sbb saya gemuk dan tak cantik mungkin .isnin ni saya ada presentation yang ni individual present saya malu saya takut kalau time saya baca saya tak faham apa yang saya baca. saya takde point nak cakap dan saya risau kalau madam tanya saya jadi blur. hmm tolong lah saya . saya segan sangat sangat.

    Reply
  2. assalamualaikum pembaca blog akuislam ..saya nak ucap terima kasih kat sape2 yg msg saya share2 story dgn saya…yg xbole blaa janda yg share story kat saya hahahaah …hey saya xbole lupa cerita kamu…yg bujang telajak jual mahal pun saya xlupa jgk ^^ jgn jual mahal sgt nnti tua telajak xlaku mcm mne….sape lagi ehh ..hah xlupa pada si dia yang sudi menjadi kawan saya hingga berbulan bulan berkongsi cerita …saya dari pemalu berubah sikit skit hingga skrg yg mampu berkata kata dia hadapan org ramai ^^ saya hargai anda semua thanx msg2 nasihat saya ,,sudi jadi kawan saya,,luangkan mase dengan saya…walaupun saya nie membosankan kekekeke
    sape2 yg pelukan kawan yg suke gurau2 xtentu hala dan mahukan kawan..hah di alu alukan msg saya…xkesah ler kamu nie sape mamat indo? mat bangla? minah rempit?wanita melayu terakhir? pak lebai?org surau?jande meletop?abg sado xlaku? anak datok?asal kmpung?org kelantan?suke gosip?ninja?batman?cat women?lemau lesu?suke bebel?kecik?tggi lampai?besar?rase rendah dgn diri sendiri?tiada keyakinan?pelukan sahabat?pelukan tempat berkongsi cerita/masalah?perlukan pandangan?mahukan kawan?mempunyai masalah sosial?masalah dgn perckapan?xpandai?telebih pandai?kurang perhatian?selalu di pingirkan?SAPE2 SAYA XKESAH… msg jer saya nie…saya sudi BEKAWAN/mendengar…yg pelukan kawan msg saya 017-347-2167(whatsap shaja) jd diri sendiri bile msg dgn saya^^ saya pun manusia biasa..

    Reply
  3. Huh…
    Malunya!!!!!!! X tau nk tak muka kt mana…>_<ada satu situasi yg trjadi siang tadi… x tau macam mana nk describe~ yg tahu, malunya ya allah….
    Dh berjam jam berlalu tapi masih x tenang jantung nie…huh…malu malu
    Anyway, grup ws tu dh ada kah?! Kalu x ada nk tolong wujudkan. Serious ni-_-~ grup yg laen x tau la…

    Reply

Leave a Comment