Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. As salam
    Saya pun pemalu gak orgnya. Kalau berkawan tu, saya memang tak ada betul2 bestfriend. Ada sorang nie saya kawan dia dari drjah satu, kemana kami berdua ja. Sama sama pemalu. Sekarang kami dah form 4 dan masih berkawan tapi saya tetap rasa macam baru kenal dgn dia. X pernah mintak tolong, x pernah ceita pun masalah saya kt dia. Tapi dia layan saya macam saudara dia. Sekarang dia dh move on. Dari seorang yg pemalu dh jadi seorang yg gila2 peramah. Saya pulak dari seorang yg pemalu jadi gila2 pemalu. Mcm korang jugak. Org dtg terus lari masuk bilik, kunci. Sekarang dh menjadi jadi pemalunya. Grup kelas dlm whatsapp saya bagaikan x wujud. Whatsapp pun org tolong buatkan.Kekadang tengok org chatting nk jugak join tapi bila pikir balik, mula cemas sendiri. Saya pemalu diorang peramah so x sekepala. (Just nk luahkan perasaan)
    Boleh x nk join grup org yg pemalu nie? Nk jugak chatting dgn org lain yg sekepalaT_T
    ~01126988224 ws

    Reply
  2. Sapa yang rasa.

    1. Malu tak bertempat
    2. Rasa ada orang mengumpat dari belakang
    3.bila di khalayak rasa orang tengah tengok kita
    4. Tak pernah pergi kenduri saudara nara/ saudara mara datang rumah menyorok dalam bilik.
    5 malu sampai tak keluar rumah
    6. Nak membeli kat kedai pun rasa susah.
    7. Berdebar debar sampai berpeluh bila ramai orang.

    Ni simptop gangguan mental yang dikenali sebagai SOCIAL ANXIETY DISOLDER. sila rujuk Doktor.

    Saya mengalaminya ????

    Kalau ada group whatsapp cari kawan mohon add saya 01125709475. Sya dah umur 21 masih takde kawan.

    Reply
  3. salam korang punya malu xde la terukk sangat,, saya ni lagi terukk . saya 23tahun baru tamat pengajian dalam diploma,, malu saya ni sampaikan nak beli pape nak btanya pun malu,, ni lagilah nak g mintak keje pun malu2 tau nak harap dapat panggilan je hasil dari mintak secara online serius,, saya nak buang perasaan ni cmna tah,, geram tol sbnrya bila dipikirkan balik

    Reply
    • same la.. sy mintak kije pon kt dlm internet .. malu nk g walk in kedai2 tanye ade kerja kosong x.. 3 bulan dh menganggur.. ble dpt offer kije ,dpt kije jauh dr rumah ,hostel disediakan.. mak sedara rase bimbing kerja jauh2 dr rumah dia.. so,, x bleh apply kije .. aduuu.. nampak gaya mcm menganggur sampai masuk u … 6 bulan ar menganggur.. aduuu .. baik kije dr menganggur..

      Reply
  4. salam….aq malu sejak sekolah menegah lagi…aq mmng pendiam kat sekolah….jarang bersosial ngn membe becoz aq ni gamer tegar….xdisangkal lagi…jadi pendiam ni mmng membosankan…..0177153526

    Reply
    • Saya mmpunyai tahap malu yg btol2 teruk..saya pelajar form 5 ..so banyak la pembentangan..bila dah duduk di depan kelas..x berbunyi /slow la suara saya dan kadang2 Sampai x bunyi langsung..bila saya lalu depan budak laki tiba2 takut,nervous,sampai menggigil tangan..kawan saya cakap saya ni mcm anti laki dan cakap sebab tu x ramai budak laki x berani cakap dengan saya sebab dorang ingat saya nie sombong,kalau ada pun cuma bberapa org bdak laki je yg berani cakap ngan saya,blh bagi cadangan mcm mana nak bagi sifat pmalu saya tu hilang??

      Reply
  5. Assalamualaikum.. saya just nk share masaalah saya..sayaa nie jenis yang kurang bercakap and pemalu tahap gaban even dengan family… bile ditanye sepatah dijawab sepatah.. kadang2 saya rasa hidop saya ni kosong and sunyi.. sy ni anak tunggal so dari situ la saya dah terbiasa hidop sesorang.. kalau dgn kawan.. yg betul2 rapat and sekepala dgn saya je sy dpt gelak2…kalau nak ckp dgn orang yg baru knl tu..
    Kena ditegur dulu la baru balas.tu pon sepatah duaa…ya allah..tuhan je tahuu perasaann nie… and sampai family sy sdri yg tegur tntg kelemahan dri sy nie..saya rasa kosong…. bersalah pada diri… and satu lagi saya susah nak SENYUM ! sebab tu saya dilabel sombong dan serious…. !!!! Hmm..macamana ya.. sape ade jalan penyelesaian bleh contact and whatsapp 0129511379

    Reply
  6. Saya sama dengan anda semua. Ada penyakit tiga serangkai pemalu yang tiada tempat, pendiam dan perahsia. Memang saya akui agaknye menyedihkan hidup dalam keadaan macam ni. Takde kawan, orang pun macam tak hairan, disindir lah. Memang sedih sampai 2 3 hari saya menangis memikirkan. Sampai bila saya nak macam ni. Umur dah hampir 24 tahun tapi masih tiada perubahan. Arghhh! Jalan terbaiknya saya dan anda semua harus berusaha semaksima mungkin. Bersuha tempuh segala kepahitan untuk berubah. Langkah pertama memang akan teruk dan buat kita down. Tapi kita tak boleh stop. Kita tak boleh feel sorry dekat diri kita. Cukup! Saya kena usaha. Inilah yang akan saya terima andai tak berusaha sungguh2. Tak de kawan, sedih, di sindir, orang permainkan kita. Jadi doakan saya!!

    Reply
  7. Assalamualaikum.. hai ..saya pun skrg sdg merasa apa yg korg pernah rasakan ni.. saya x suka bergaul ngn org ???? tapi saya ada sebab buat bgtu.. sebabnya .. saya ni hanyalah org yg selalu kna ignore oleh kwn,org sekeliling.. mahupun cikgu .. kekadang di skolah nampak kwn yg dahulu skrg semua sdh ada kwn rapat masing2 .. tinggal saya sahaja yg xda kwn rapat.. saya ni kawan banyak tapi yg rapat xda.. saya selalu pelik ngn kwn2 saya .. dorg suruh saya practice bnyk berckp ngn org tapi apa yg saya dpt is being neglected and dorg x dgr pun sepatah apa yg aku katakan.. arghhh.. betapa sakitnya hati saya ???? start lpastu lah saya kurangkan bergaul dgn org.. mungkin pelik tapi .. inilah kenyataan.. ????

    Reply

Leave a Comment