Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. sya seorang yg amat pendiam dan pemalu. ia brmula slps sya brumur 13 tahun. seblum itu, sya seorang yg lantang dan berani bersuara tp disbbkan itu juga sya sering mengumpat dan memfitnah dan menyebbkn kwan baik sya trluka. sya kmudian mnjdi sorang pndiam dsbbkn prkra tu tp sikap ini semakin mnjdi suatu kebiasaan utk sya dan juga mnjdi smkin pmalu. yg paling truk trhdp kluarga sya sndiri. sya jd kliru apakah btul apa yg sya buat ni. sya tkut akn keseorangn slmanya tp sya juga tkut berdosa jika sya ktika sya brbual dgn ssorang krna sya sukar mngawal dri sya.

    Reply
  2. hai..saya izzati berumur 17 tahun..hmm lps saya masuk umur 15 sifat pemaluu,rendah diri,pendiam ,xpandai bergaul semakin menjadi jadi dlm diri saya..saya selalu dilabel sebagai seorng yg sombong disekolah kerana saya ialah seorng yg serious..saya tidak boleh menukar anggapan budak budak seklh yg memandah rendah kpd sya..ade rakan rakan sekelas sy yg apebila sy bercakap mereka akan memandang sy pelik malah apebila sya lalu dihadapan meja mereka..mereka akan pandang sy seolah olah sy ini tidak perfect..kalau dgn budak lelaki pula..mereka suka kata sy sombong dan pemalu..mcm mana sy nk jadi berani..please help me.. :)

    Reply
  3. Saya seorang yg pemalu tegar sehinggakan sesuatu pekara pon saya meminta bantuan daripada kawan baik saya dialah pembantu setia saya tapi sampai bila?itu lah persolan yg bermain di dalam pemikiran saya ada sesiapa yg boleh bantu saya dari segi pergaulan dengan masayarakat atau pon dari kekawan sendiri kenapalah saya ni jadi seorang pemalu sedangkan dah selalu sangat berusan dengan orang ramai. Apa yg saya fikirkan selama ini apabila saya bercakap ditakuti orang ketawakan atau bercakap yg bukan bukan tentang diri saya itulah YG bermain difikiran saya sekian wasalam

    Reply
  4. Sya sorng yg pendiam dan pemalu x brtmpt,bila datang sepupu saudara marah jauh atau orang lain …sya ke dlm bilik ,,klu di sekolah sya bersendirian je msa rehat….sya ingin bnyk kwn,tpi x lh…pleas help me….

    Reply
  5. Aww…malunye nk tulis…sy pemalu laaa….invite sy dlm grup wasap tu gak….ish malu nye…no 0103164680…senanye sy juga mghadapi mslah yg same sprti kalian…jdi izinkan la sy utk brsame2 mgubah diri ini…spya mmproleh khidupan yg lbih baek…trimas k….no 0103164680

    Reply
  6. Salam…nak masok grup tu juge laa..sy mcm kalian juge mslah yg same..pndiam n pemalu….
    0103164680

    Reply

Leave a Comment