Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Assalamualaikum. Sejujurnya saya rasa lega bila dpt tahu ramai sebenarnya org yg sgt2 pemalu spt sy. Sblum ni sy slalu pikir yg sy ni pelik, x spt org lain. Sy nk share jgk apa yg sy rasa, mohon kwn2 bantu beri nasihat utk saya overcome malu yg tramat sgt ni, yg x bertempat :'(

    Sy mula jd pemalu sejak form one, masa itu sy mula utk elak drpd berasa dlm kelompok yg rmai and prefer to be alone. Masa tu jgk sy mula jauhkan diri utk brkawan dgn lelaki sekelas saya dsbbkan rasa malu sy tu. Mula2 sy ok, tp lama kelamaan sy jd tertekan bila tgk org lain boleh brkawan, gurau senda dgn kwn2 x kisah lelaki dan perempuan. Sy nk sgt jd mcm diorg tp sy malu. Sy cuba utk jd berani nk tegur n borak dgn kwn2 perempuan dan lelaki tp akhirnya sy rasa x selesa dan mula jauhkan diri smula. Sy hanya boleh selasa bergaul dgn kwn2 yg sy rapat saja dan itupun tidak ramai. Benda ni berlarutan smpai saya habis sekolah. Rasa malu dgn kwn lelaki pula di sebabkan sy ni jenis mudah jatuh hati, jd utk elakkan sy jatuh hati sy pilih utk jd malu bergaul dgn mereka walaupun dlm hati sy ingin ade rmai kwn x kisahlah laki ke perempuan, bergelak tawa dgn mereka tp masih jaga batasan. Tp sy selalu gagal.

    Masuk ke uni pulak sy berazam nk berubah, nk jd.lebih mesra. Tp sy gagal jgk and masih dgn perasaan malu x bertempat smpailah habis belajar. Byk peluang yg sy terlepas utk pembangunan diri sy disebabkan malu saya ni. Saya sgt trtekan tp sy x luahkan pd siapa2 sbb sy takut mereka akan fikir bukan2 pd saya. Walaupun saya stress dgn prkara ni sy masih perform dlm study dan berjaya graduate dgn first class. Sy bersyukur tp pd masa yg sama sy mnyesal dgn sifat malu sy ini yg mnybabkan sy x rmai kwn yg rpat ni univrsiti.

    Ada kalanya, sy pujuk diri sy dgn mngatakan rasa malu ni bagus sbb akibatnya sy x pernah couple dan buang masa lepak dgn kwn2. Alhamdulillah sy pujuk hati sy yg Allah menjaga sy drpd perkara2 yg x elok spt itu. Cuma (astaghfirullah al-azim) selalu jgk hati sy mmberontak bila fikir ‘aku jaga batas pergaulan, aku x buat benda2 mungkar tp kenapa aku x boleh hepy mcm kwn2 yg x pemalu, yg couple, yg byk berkata buruk?’ Ya Allah, rs berdosa sgt tp sy slalu tewas dgn godaan syaitan yg nk jd kan sy lemah. Sy nk berubah, nk jd berani, mesra, pndai berckp, x gagap dan x blur dan menjga batas pergaulan. Sy nk sperti org lain :'(

    Walaupun sy malu dgn lelaki, tp sy ingin ade seseorg yg halal sbg suami. Di umur 22 tahun ni, sy trtekan dan jeles melihat kwn2 ade yg dh brkawin dan ade anak. Tp sy, nk berckp dgn lelaki pun susah. Sy mohon nasihat utk sy berubah. Skrg sy dh bekerja dan sy selalu trtekan sbb selalu sorg2 dan x reti utk berckp dgn org lain melainkan perkara2 kerja shj. Bila kwn2 opis bergurau, sy slalu sorg2 x reti bgaimana nk join mereka smpai sy rasa marh dgn diri sndiri sbb trlalu malu.

    Ini pertama sy luahkan masalah sy, dan sy harap boleh add sy dl group whatsapp spy kita sama2 boleh bantu utk tingkatkan keyakinan diri n lebih berani.

    Reply
  2. Assalamualaikum,saya seorang perempuan yg agk pemalu semasa hendak bercakap dengan seseorang.Masalah yg saya ingin britahu,saya pernah bekerja sebagai cashier,kerja sebagai cashier mestilah ada kena bercakap dengan costumer.masalah saya,saya agk malu bila hendak bercakap dengan diaorang.masalah kdua saya,saya jenis bila seseorang tu bercakap dengan saya,saya kdg2 jadi lambat pickup ap yg diaorang cakap.lagi satu,bila time keja,supervisor sya nak ajar apa2 kat saya,saya jenis lambat nk ingt.saya berhenti semua kerja sume dsebabkn prangai sye yg pemalu,lambat pickup,n susah nak faham apa yg orng ajar..harap boleh bntu sye dlm mslh ni.

    Reply

Leave a Comment