Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?

pemalu
Bagaimana mengatasi masalah pemalu?

Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.

Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.

Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”

Malu adalah sebahagian daripada iman. 

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu. 

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.

Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Pemalu Tak Bertempat

Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.

Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.

Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.

Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat

Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.

Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.

Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.

Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya

Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.

Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.

Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.

Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut  menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.

Mesrakan Diri Untuk Berkenalan

Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.

Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.

Pemalu kepada Lawan Jenis

Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.

Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.

It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.

Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..

Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.

Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.

Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.

Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.

Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.

Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

malu

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

512 thoughts on “Bagaimanakah Mengatasi Masalah Pemalu Dan Perasaan Malu?”

  1. Assalamualaikum..sya pun ada mslah mnjadi seorg yg terlalu pemalu dan xbtempat..skg sya mrupakan pljar thun akhir d slh sbuah ipta d kelantan..tapi mslah pemalu tu sya xdpt nak atasi sbb sya mmg seorg yg pemalu dri kecik lgi..smpai tbawa2 ke ipta..kdg2 jdi benci pd diri sendiri sbb xdpt nak bercakap dgn org lai, xtau meluahkan apa yg kita rasa, org ambek ksempatan kat kita pun kta xblh nak lwn, mmg rasa down sgt bila kta xdpt nak suarakan pendapat, ikut arahan org lain je, xpndai nak bgi idea, smpai rsa diri ni mcm b***h sgt..thun dpn dah nak praktikal, sakit kpla fikir mcm mna nak atasi rasa malu ni..tkut nanti bos xsuka kat kite sbb xblh nak buat keja dgn baik, xblh nak bg idea yg bernas apa lgi nak bgaul dgn pkerja2 yg lbih pngalaman dan berilmu sbb susah sgt nak buka mulut utk btanya..prasaan malu ni mbuat kan diri sya hilg keyakinan diri utk bhadapan dgn org yg lebih berilmu dri sya..sedih sgt????

    Reply
  2. saya nk masuk group pemalu 2.. saya nk ubah diri saya menjadi yang lebih baik.. mungkin sukar bila keseorangan tapi dengan bantuan semua insayaallah tiada apa yang mustahil id wechat keep_calm nnti kalau x da apa2 saya sendiri yg buat group2 camtu tolong laa add saya yee..

    Reply
  3. Assalamualaikum , umur saya dah 16 skrg , now form 4 la , masalah saya ialah saya tak confident bila nk bercakap mcm like cikgu suruh baca teks apa2 ke , mesti ada kawan2 n cikgu kata “kuat la sikit ” , tapi saya rasa suara saya dah cukup kuat tpi sebenarnya tak . Saya bukan la pendiam sgt or pemalu tpi saya malu bila saya nak ckp depan org ramai . Saya x paham knp saya jd cmni , hope ada org dpt bantu .

    Reply

Leave a Comment