
Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.
Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.
Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.
Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Pemalu Tak Bertempat
Kita semua harus sedar bahawa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.
Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.
Malah hanya boleh menjadi pendengar sahaja.
Atasi Masalah Ini Secara Berperingkat-Peringkat
Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.
Ingatlah kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan.
Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.
Tiada Orang Yang Memerhatikan Kita Sebenarnya
Jangan terlalu memperbesar-besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki.
Jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.
Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.
Yang penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan tenang.
Jangan sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.
Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.
Mesrakan Diri Untuk Berkenalan
Selain itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain.
Berkenalan dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk melakukannya.
Pemalu kepada Lawan Jenis
Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.
Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki.
It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
Ini bukanlah Perkara Yang Sukar..
Untuk melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.
Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.
Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.
Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain.
Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.
Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

Salam,, saya mempunyai masalah yang sama, sy seorang yang pemalu.. tetapi saya bukanlah pemalu sangat.. tapi saya ade masalah bila saya bercakap dengan orang lain samada kawan rapat atau orang yang tak dikenali bahasa saya jadi berterabur.. maksudnya cara percakapan saya tak sampai sepenuhnya kepada pendengar.. ini membuatkan saya rasa rendah diri..macam mana sy nak atasi masalah saya ni ye?.. kadang2 saya ade tanya kawan saya macam mana cara saya cakap, then mereka bagitahu yang cara saya bercakap agak mengkonfiuskan.. saya dah tak tahu nak buat macam mana rasa downnnn sangat.. saya rasa kawan2 tak berminat nk berbual dengan saya sebab masalah saya ni.. hari2 saya doa agar Allah lancarkan percakapan saya ni.. kadang2 sy jadi gagap dan tak boleh nk smpaikan sesuatu dengan jelas.. then saya give up dan jadi pendiam.. skg sy dah berada di alam univ, sy masih menghadapi masalah ni, sy xde ramai kawan disini.. sangat down, xde konfident nak bercakap kat depan orang ramai.. saya dah usaha tapi saya belum dapat apa yang saya nak..
Masalah ini gugup sahaja sebenarnya.. Cuba latih diri untuk rileks. Bernafaslah dengan tenang dan bercakaplah dengan perlahan-lahan =)
Umm saya perempuan dan saya ada masalah sikit dengan lelaki.. Saya takut nak tegur kawan2 lelaki yg matang. Dan time kami ada kerja kumpulan saya malu utk tegur mereka dan ada yang kata saya ni sombong, boleh tlg tak? terima kasih :)
As Salam.. Seperti point saya diatas, untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat – peringkat.
Belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja mereka sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan sebarang kelemahan kita..
Jangan takut untuk memulakan berbicaraan. tenangkan diri. belajarlah untuk berkomunikasi sedikit demi sedikit sesuai dgn keyakinan kita. Yang penting jangan takut =)
salam,saya ni xda masalah dlm isu pergaulan,saya bkn jnis pndiam,,,dlm perhubungan sesama keluarga,kawan saya okay,,jnis yg banyak bcakap(dengan org yg rapat jer la)…saya mnjadi masalahnya,saya jadi malu bila nk pegi interview,saya pikir macam2,pikir pandangan org terhadap saya ni,kdg2 sya perasan,,,,bila ada intviu,saya akan pikir macam2,nk drve sorg,nk kena ada teman,xtw jalan nk pgi,ahhh mngadala prgai sya,,smpai nk kna mnx kwn teman kan saya untuk ke tmpt intbiu,sya benci perngai ni,sya sdar sya mnyusahkan org lain,,,cmna nk berubah,faham x stuasi sya skrg,mcm berdialog dgn diri sndiri,help me.:(?
As Salam.. Ini bukan masalah pemalu, tapi masalah terlalu menggelabah. Cuba tenangkan diri dan banyakkan berzikir ya =)
thank CEO,ia amt membantu..:)
Salam.. saya pon seorang yang pemalu jugak tapi bukan lah pemalu sangat.. yang menjadi masalah saya ni saya susah untuk memulakan dulu perbualan dan saya sangat memerhatikan cara saya bercakap dan kadang2 tu saya rasa rendah diri sebab saya tak pandai sangat nak bercakap tambah-tambah dengan orang yang baru kenal.. hmmm sedih pulak rasa.. btw tread ni memang membantu thanks :)
As salam.. kena beranikan diri untuk bertanya dan cuba cakap2 dengan orang yang baru kita kenal tu.. Lama – lama nanti, insyaallah kita tidak akan kekok lagi.. =)
Saya bukanlah seorang pemalu malahan saya boleh sahaja bercakap dengan sesiapa sahaja. Masalahnya, saya lebih suka bersendirian, dan hanya bercakap dengan perempuan jika mempunyai urusan namun kadang-kadang mood saya berubah apabila bersama rakan-rakan lelaki, jika bersama rakan lelaki saya lebih merasa selesa untuk bercakap dengan perempuan.
Selain itu, saya selalu mengkritik diri sendiri kerana kurang bergaul dengan perempuan. Oleh itu saya kurang mengetahui tentang bagaimana caranya untuk bergaul dengan perempuan dengan mesra.
Di samping itu juga saya takut akan pandangan orang lain terhadap saya, saya takut dikritik, tetapi saya boleh sahaja untuk bercakap di hadapan ramai untuk membuat presentation oleh itu kebanyakkannya saya bersikap formal daripada spontan.
Saya rasa saya seorang yang sangat pelik….
Saya tidak rasa awak pelik.. itu normal la.. jangan takut untuk dikritik, relax dan bersikap tenang apabila menghadapi situasi yang sebegitu.. Insyaallah awak akan tidak lagi akan berasa gugup sebegitu.. yang penting, bertenang.. =)
Saya jg seorang pemalu.sampa sampai di kul saya tak ngomong.
Tolong bantu saya.
Trims
As Salam.. maaf ya, saya kurang mengerti bahasa indonesia, jadi masalahnya saya kurang faham.. =)
as salam.. ustaz,sy jg mghadapi mslh yg sme.. sy seorg yg sgt pndiam & pemalu dgn org skeliling sy.. antara sbb2 sy pndiam ialah krn sy trlalu memikirkan tanggapan org terhdp diri sy.. sy bmbang jika sy mengatakn prkara2 yg tidak spatutnya atau tersalah mengatakan sesuatu akn menyebbkn org bnci kpd sy.. sy jg mengalami kesukaran utk menzahirkn apa y ada dlm fikirn sy..
As salam.. cuba fokuskan dalam fikiran kita bahawa tiada siapa yang memerhatikan setiap gerak geri kita, kerana sememangnya memang tiada siapa memerhatikan kita.. itu sebenarnya mengongkong diri kita selama ini =)
assalamualaikum. Saya seorang pelajar sekolah menengah . saya masih baru di sekolah ini . berada di tingkatan 5. spm tahun ini . saya rasa saya mempunyai perasaan malu kpd semua termasuk rakan sekelas . adakah ini disebabkan oleh pengalaman saya tahun lepas ( dimana kelas saya di tingkatan 4 sekolah lama hanya mempunyai lebih kurang 5 orang lelaki. disebabkan itu saya hanya bergaul dgn lelaki lebih drpd perempuan )perasaan malu ini membawa sehingga ke hari ini . membuatkan saya segan /takut utk bertegur sapa . sehingga membuatkan saya seringkali gagap . apabila berdiri di hadapan kelas utk memberikan ucapan. sila berikan pendapat . terima kasih~
As Salam Razlan,
Firstly awak perlu berhenti melabel diri awak sebagai pemalu kerana ini sedikit sebanyak akan menumbuhkan sikap negatif dalam diri awak. Biasanya masalah malu ini berkaitan dengan rasa rendah diri.
Secara jujurnya, saya dulu pun pemalu juga orangnya. Masalah saya sama macam awak, tidak pernah bercampur dengan perempuan. Namun setelah saya masuk ke alam pengajian tinggi, ternyata perasaan malu “tidak kena tempat” ini banyak menyusahkan saya. Terutamanya bidang saya ini iaitu pendidikan, yang perlu banyak bersosial
Pengalaman saya dalam mengatasi rasa malu ini adalah dengan nak tak nak kte mmg kena slow – slow buang perasaan tu. Tetaplah sentiasa rilek dan tenang. Tiada siapa yang perhatikan diri kita.
Buka mata dan lihatlah apa yang terjadi di sekitar kita. Ketika berbicara dengan seseorang, lihatlah orang tersebut. Jangan berfikir tentang bagaimana mereka melihat kita,
Antara doa-doa dan amalan yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu ialah :
1) Baca surah al-Fatihah
2) Doa nabi Musa a.s :
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
insyaAllah saya cuba~mungkin juga saya seorang yg x suka bergaul. saya lebih suka menyendiri sambil baca buku. kadang2 kalau ada pelajaran yg x paham . ia agak menyusahkan saya untuk bertanya kpd rakan2 perempuan yg lain. insyaAllah saya cuba
terima kasih~
maaf , nak tanya , adakah saya terlalu menjaga batas pergaulan dgn perempuan?
kadang2 bila bercakap dgn mereka saya hanya tunduk ( tak padang muka mereka – mungkin saya asyik terpikir apa mereka lihat pada saya kut ) hehe
Hi3.. comel je..:D Bagus la awak menjaga pandangan.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Dalam urusan pelajaran ni, just buat biasa sahaja. tiada apa yang hendak dimalukan dan tiada apa yang diperhatikan pada awak. Bercakaplah dengan nada yang biasa dan tempat yang terbuka,
Just keep calm
lama – kelamaan awak akan okey.. =)
wslm..
“jangan takut untuk senyum kepada org lain”, saya suka ayat yang ini.. InsyaAllah…saya cuba..terima kasih ya..doakan saya.. :)
InsyaAllah.. =)
Add saya 0195217224
assalamualaikum w.b.t
saya merupakan seorang gadis yang amat pemalu, mungkin boleh dikatakan juga sebagai malu yang tidak bertempat. sikap saya yang tidak pandai bergaul, pendiam dan sukar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling telah menyebabkan saya sukar mendapat kawan. tidak ramai yang mahu berkawan dengan saya kerana tidak berminat untuk mempunyai kawan seperti saya serta menyangkakan saya sombong. padahal dihati saya, teringin untuk meluaskn jaringan kawan tetapi apabila ingin berbicara, lidah saya kelu serta kadangkala akan tergagap tiba2. walaupun setiap hari saya cuba untuk berfikir positif, masalah ini sering mengganggu diri saya dan menyebabkan jiwa ini berasa tak tenang setiap hari. bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini? bantulah saya untuk menjadi insan yang bahagia… terima kasih .. :)
As salam.. mayb utk permulaan ini awak boleh melibatkan diri dengan jaringan sosial seperti facebook.. mulakan chatting dengan kawan2 awak yang lain, atau komen pada status mereka.. lama2 nanti insyaallah awak akan dapat idea macam mana nak berdepan dan bercampur dengan mereka.. dan jgn takut untuk senyum kepada orang lain =)
I am having the same problem and really want to make a change..please let me join u guys..group whatsapp or fb or ape2 ye..0125913008
sy pun ada msalah yg sama.. plis tolong bgitau cmne caranya nk ubah sifat sy ni.. add lam grup wasap 0109725347
Sy perempuan sudah berkahwin dan boleh dipercayai..sy juga ada masalah yg sama,pendiam,malu,gagap dan fikiran negatif..susah rasa nak luah ape dlm hati dgn org lain yg mgkin tak faham..mgkin kita boleh berkawan..nama facebook sy kekwa emas..
mungkin puan boleh mula berkawan dan berkomunikasi dengan lebih mesra dengan ahli keluarga yang lain. Suami. Mertua, Ipar – biras.
Puan tak perlu malu untuk mengekspresikan perasaan puan. Jangan terlalu malu dan terlalu takut if terbuat silap. Satu perkara yang harus kita ingat dan ditanam dalam kepala, sebenarnya tiada orang yang mengawasi kita. Kita tidak dituntut melakukan yang terbaik. Be yourself.
the most important is, kita tidak seharusnya terlalu mengejar untuk kelihatan “sempurna” dan disukai oleh semua orang, sebab kita hidup bukan untuk orang lain.
# Insyaallah saya akan add FB puan. Barakallah fii kum =)