
Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.
Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.
Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.
Bagaimana?
Terasa lega?
Sesetengah orang memang begitu.
Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta.
Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.
Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’
Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?
Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi.
InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi.
Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.
Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.
Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.
Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.
Begitulah besarnya implikasi “maaf”.
Apabila Tegas Dengan Pendirian Tidak Mahu Memaafkan..
Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.
Seorang teman pernah mengadu kepada saya.
Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya.
Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.
Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.
“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.
“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”
“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku meminjamkan dia duit.”
“Ahmad ada janji bila nak bayar?”
“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.
“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”
“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”
Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini.
Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu.
Tiada salahnya.
Tapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?
Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?
Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup.
Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.
Kisah Menarik dari Rasulullah SAW
Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya.
Pilihan memang hak anda.
Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”
Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”
Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”
Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”
Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”
Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’
Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”
Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”
Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”
Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”
Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”
Penutup..
Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.
Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.
Bagaimanakah anda?
Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda?
Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?
:’)

Izinkan saya share, terima kasih.
Same la saya kadang2 rasa x puas hati dengan kakak saya
Assalammualaikum, bagaimana pula kalau orang yang berbuat salah kepada kita adalah darah daging sendiri? Sejujurnya saya sangat sakit hati dgn adik saya dan saya tak dapat maafkan dia.. Dia juga tidak pernah rasa besalah dan minta maaf.. Padahal dia selalu mengaibkan, mengejek dan menghina saya sehinggakan hati saya betul2 mati untuk dia.. Saya rasa macam tinggal dgn ular dan ada ketika, saya tidak dapat terima yang kami adik beradik.. Saya takut berdosa tetapi saya tak dapat tipu hati saya..
????
Kalau boleh jangan kata padan muka takut nanti kita akan jadi seperti pendosa tadi malahan lebih teruk sebaiknya kita kasihankan dia terima kasih statement diatas sekali saya tak berapa setuju saya cakap macam nih sebab saya pernah ckp dekat seorang pendosa seperti demikian dan saya pula berada ditempat nya malah lebih teruk.
Sebenarnya kita tidak berhak menghukum sesorang sehingga membawa dendam itu ke alam kubur.. Sdgkan kita pun di hukum.. Sebesar mna pun kesalahan sesorang itu haruslh di maafkan seperti mna yg di katakan kebaikan…. Tunjukanlh sikap2 Rasullah swt yg sabar dan sentiasa memaafkan org2 yg melontar beliau dgn batu agar mereka thu bahawa org yg di zalimi itu sentiasa tabah dan sabar tidak menyimpan dendam yg akn menjadikan hati kita riak dan sombong serta ego utk memberikan kemaafan kepada org yg menzalimi kita.. Kita seharusnya berdoa kepada Allah yg maha esa agar org yg menzalimi kita itu segera menginsafi perbuatannya itu dan sama2 bertakwa bersama kita utk perkembangkan ajaran islam… Sebesar mna kuasa kita jika di bandingkan dgn yg maha pencipta..?? Utk tidak memaafkan sesorang yg bersalah terhadap kita….?? Mengapa kita tidak memaafkannya.. Sdgkan memaafkan adalah perkara yg baik utk mengeratkan serta mengkukuhkan perhubungan sesama manusia…seperti mna yg tertulis Bantu membantulh kmu di jalan kebaikan dan janganlh kmu bantu2 di jln keburukan…. Jika semuanya tidak seharusnya memaafkan org yg menyakiti hati kita walaupun perkara kecik… Berapa banyak hubungan silatulrahim hilang dan semuanya hanya ingin menyimpan dendam utk pesalah kita..?? Kemana kesucian hati sanubari mu wahai saudara dan saudari semua…?? Maafkan jika apa yg aku katakan salah.. namun janganlh terlalu terikutkan hasutan Dan menyimpan dendam di hati… Memaafkan itu lebih baik dripda berdendam…Sucikan hati dengan kebaikan…Biarlh hanya Allah yg tentukan hukuman terhadap dosa2 atau kesalahan yg di lakukan pada kita.. Anggaplh itu satu ujian utk menilai keimanan kita….
Betul tu,memaafkan adalah perkara yang sangat mulia dan ketahuilah,orang yang paling mudah untuk dimasukkan ke dalam Dyurga adalah orang yang mudah memaafkan orang☺
macam mna plak kalo orang tu berhutang dengan kita tp dia xnak bayar, bukan jumlah yg sikit… itu pun tpksa ambil dari simpanan semata2 nk tolong dia… skrg sy perlukn duit tu tp dia masih xnk bayar, boleh maafkan ke org mcmtu?
Assalamualaikum. Saya Ada masalah persahabatan. Kisahnya begini saya pentingkan diri sendiri Dan menipu mereka. Bukan sahaja ITU, namun saya juga pernah mengejek mereka. Tetapi saya telah Cuba sedaya upaya memohon kemaafan drpd mereka Dan telah mengambil masa 3minggu untuk sedaya upaya menyelesaikan masalah persahabatan INI.Tetapi mereka tidak mahu memaafkan saya Dan mereka tindas saya. Apa perlu saya buat ? Tapi mereka pernah membuat kesalahan kepada saya Dan saya juga telah memaafkan mereka berkali2 .saya baru sahaja menipu mereka padahal sekali sahaja. Apa perlu saya buat? Tolong saya mohon pencerahan
Jauhkan diri anda dari mereka dan doakan yg terbaik untuk mereka dan memohon keampunan dari Allah supaya terbuka hati mereka untuk memaafkan anda…saya fhm dengan apa yg anda alami..saya juga sebegitu..
assalamualaikum. disini saya mahukan nasihat admin. saya ada khilaf dengan sahabat saya. saya mengaku saya sangat pentingkan diri sendiri sampai dia pun maafkan saya nak taknak je hmm. walhal saya cuba untuk berbaik dengan dia. bila kawan saya lagi seorang dah maafkan saya tetapi si penuntut maaf ini pula yang tidak puas hati bila kawan saya yang seorang lagi ni dah maafkan saya. dia kata kawan saya ni pengkhianat sebab semudah itu je dia maafkan saya dan mula berbual dengan saya. saya bukan nak aibkan dia tapi saya langsung taktau nak buat ape lagi supaya dia terima maafkan saya seikhlas hati. harap admin boleh cuci sikit otak saya ye hehe
Apabila seseorg itu membuat dosa atau kesalahan ke atas sy, dn dgn hati yg ikhlas tidak merasa perbuatan itu satu kesalahan atau dosa terhadap sy sehingga sy mampu tersenyum…tetapi perbuatanya itu adalah perbuatan yg Allah swt benci dn berdosa besar…..siapakah yg perlu dia minta maaf ??
GoodNews kepada semua orang, di sini untuk berkongsi kesaksian tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya. Baik saya mendapat pinjaman saya minggu lepas dari sebuah syarikat yang terkenal dan setia dan sanggup membantu mana-mana badan. Pada mulanya saya tidak pernah mempercayai syarikat itu dan saya katakan saya harus mengikuti mereka melihat bagaimana ia akan berfungsi, saya terus mengikuti mereka langkah demi langkah setiap perkara menjadi menarik dan baik jadi saya meminta pinjaman dan mereka memberikannya itu seperti mimpi tetapi saya menjadi yakin dan terkejut pada masa yang sama apabila saya mendapat publisiti bank saya. hubungi mereka melalui EMAIL: dragonfinancialboostloans @ gmail. com atau whatsapp + 27621430892 jika anda mahu pinjaman juga ..
Saya sedih, ada ikhwan dia merasa bahwa saya menyinggungya padahal cuma mengingatkan, dan dia bilang kesaya dengan arogan, “saya akan tuntut kamu diakhirat nanti”. Saya bilang kalau saya ada salah sama antum mohon maafin saya, saya ga maksud menyinggung, saya ga mau nanti diakhirat ada tuntut tuntutan antara kita sesama muslim. Lalu jika saya sudah minta maaf tapi belom direspon dan saya bertaubat mohom ampun sama allah gimana itu akhi???
Saya nangis kalau mikirin ini jika saya diakhirat nanti!!!
Saya walaupun org itu ada nyinggung saya dan ga sepaham ma saya, saya ga mau nuntut, saya ikhlas jika orang begitu ma saya!! Jadi gimana ini akhi???
Saya ada seorang teman rapat dahulu yang saya memberi rumah untuk didiami, makan dan mandi termasuk skali duit minyak. Tidak pernah saya meminta kembali. Rangka langsir rosak, saya maafkan. Menipu saya berkali2 saya maafkan. Bila saya dapat tahu yang dia mengambil peluang terhadap pacar saya dalam menggunakan wang dan keretanya saya maafkan dia. Tapi bila dapat mengetahui pacar saya disihir pemisah dan makin rapat dgn teman rapat saya, saya berasa aneh. Makin hari makin gaduh bersama pacar saya. Pergi berubat, pacar saya tahu dia dibuatkan orang tapi kita pada masa itu tidak mengetahui siapa. Ustazah berkata 1.Orang yang terdekat melakukannya 2. Orang tersebut ingin pacar saya 3. Orang itu yg menghatar sihir. Selepas saya dan pacar saya pisah. Saya mengetahui siapa yang buat. Teman rapat saya sendiri. Patutkah saya memaafkan dia. Sekarang ini pacar saya tergila2kan teman rapat saya. Apa yg patut saya buat?
Tidak adil
Saya telah disihir kerana sipolan hendakkan suami saya.Suami saya juga telah disihir sehingga kami bergaduh & banyak kejadian2 yang tidak disangka terjadi dalam perkahwinan kami.Suami hampir hendak berkahwin dengan si polan itu.Anak2 saya juga disihir & diganggu. Hampir 3 tahun keluarga kami berantakan & kacau bilau.Saya minta cerai kalau suami betul2 mahu berkahwin dengan si polan tetapi suami tidak mahu menceraikan saya.Dalam masa yang sama saya berubat & pulihkan/ubatkan suami dalam diam2 kerana suami tidak percaya sipolan sihirkan dia & kami semua.Tahun 2014 sehingga 2016.Hampir 3 tahun saya berendam airmata & menjadi kurus.Alhamdulillah, akhirnya saya dipihak yang benar walaupun suami saya terlalu banyak menyakiti hati saya ini pada masa itu & sekarang ini saya masih isterinya sehingga saat ini.Sukar bagi saya untuk memaafkan si polan itu yang sudah macam2 buat pada saya,suami & keluarga.Sipolan ada minta maaf pada saya tapi pada yang sama masih teruskan menyihir.Berdosakah saya kerana tidak memaafkan sipolan tu?
Tolong bagi pendapat & jawapan yang bernas. T.ksh…
Memaafkan atau tidak itu adalah hak puan.
Dan tidak menjadi dosa jika tidak memaafkan.
Harus.karena memaafkan itu lebih menentramkan hati.dan akan terangkatnya derajad kita di sisi Alloh.
Benar
Apakah menjadi satu kesalahan apabila seseorang berasa sakit hati dan mengeluarkan kata2 kesat sedangkan saya tidak terniat untuk menyakitkan hatinya.
Kesalahan yang saya lakukan adalah tidak dapat menyempurnakan tugas yang diberikan kepada saya…. Tolong beri pandangan…
Semua orang tidak sempurna.
Kita mungkin melakukan kesalahan secara tidak sengaja.
Cubalah minta maaf terlebih dahulu seikhlas hati.
Jika dia masih tidak mahu memaafkan, itu urusan dia. Yang penting kita telah menjalankan tanggungjawab kita untuk meminta maaf.
Mungkin suatu hari nanti Allah akan buka pintu hati ini untuk maafkan dia. InshaAllah. sakit ini hanya Tuhan sahaja yang tahu :,(
Yang menyedihkan, peminta maaf pon meminta dengan cara ‘melepaskan batuk ditangga’. Cara minta maaf dia ialah dengan hantar quote selamat hari raya.. tap maaf tu panjang sikit. Tahun ni aje lepas hantar quote raya puasa aritu, dia fitnah dan marah2 dalam mesej. Kita balas dengan baik. Ni nak raya haji buat lagi hantar mesej suruh memaafkan org.
Saya tak pernah pon kata saya benci atau mengeluarkan kata2 yang kesat sebab bila marah atau kecil hati seeloknya diam. Tapi rasa tak adil nak memaafkan orang yang permintaan maafnya pon macam tak ikhlas.
saya sentiasa akan memaafkan orang orang yang sedar akan kesalahan nya itu dan kembali ke jalan Allah… tetapi jika orang orang tersebut tetap mengulang berkali kali akan kesalahan yang sama.. maka saya tidak akan memaafkan lagi.
Mohon copy dan sebarkan
Tujuan sy
Utk bg kesedaran kpd semua orang