Kita Berhak Untuk TIDAK Memaafkan Orang Yang Menyakiti!

memaafkan
Memaafkan atau tidak? | Forgive me, baby. by queenfunkyta

Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.

Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.

Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.

Bagaimana?

Terasa lega?

Sesetengah orang memang begitu.

Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta.

Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.

Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.

Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’

Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?

Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi.

InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi.

Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.

Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?

Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.

Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.

Begitulah besarnya implikasi “maaf”.

 

Apabila Tegas Dengan Pendirian Tidak Mahu Memaafkan..

Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.

Seorang teman pernah mengadu kepada saya.

Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya.

Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.

Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.

“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.

“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”

“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku  meminjamkan dia duit.”

“Ahmad ada janji bila nak bayar?”

“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.

“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”

“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”

Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini.

Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu.

Tiada salahnya.

memaafkanTapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?

Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?

Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup.

Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.

 

Kisah Menarik dari Rasulullah SAW

Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya.

Pilihan memang hak anda.

Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.

Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”

Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’

Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”

Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”

Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”


Penutup..

Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.

Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.

Bagaimanakah anda?

Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda?

Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?

:’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

140 thoughts on “Kita Berhak Untuk TIDAK Memaafkan Orang Yang Menyakiti!”

  1. Waktu saya kecil, kedua-dua kakak saya suka mendera saya seperti menampar muka saya, menghentak kepala saya di dinding, menumbuk muka saya, memukul kepala saya dan menghina rupa muka saya. Ibu saya membiarkan saja. Kadang2 ibu saya pun memukul saya dan pernah menolak saya dari tangga. Sehinggalah saya berusia dua puluhan kakak saya menumbuk muka saya. Waktu kecil saya tidak pernah mengadu dengan sesiapa dan tidak berani melawan tetapi bila dewasa saya rasa tertekan dan melawan tapi tidak pernah memukul mereka. Cuma dengan kata2. Lepas kakak saya yang no. 2 menghasut abang saya dan abang saya menumbuk kepala saya sehingga saya membuat laporan polis. Dia juga menumbuk isteri dan anak2 dia waktu nak bercerai disebabkan ada hubungan dengan perempuan lain. Saya selalu mengadu dengan ibu saya tetapi dia selalu berpihak kepada ketiga-tiga anak emasnya. Ini memberi ketekanan kepada adik beradik saya yang lain. Saya pernah memaafkan mereka, memberi peluang dan berbaik2 kepada mereka tetapi lepas itu tanpa sebab mereka merasa sakit hati dengan saya. Sejak dari itu saya tak dapat memaafkan mereka lagi. Yang sedih nya mereka tidak pernah menyesal dan bangga dengan perbuatan mereka.

    Reply
  2. Saya ingin bertanya. Sekiranya seseorang itu bagaimana pula jika seseorang itu menzalimi orang lain. Namun, dia telah bertaubat dan telah meminta maaf kepada orang yang dizalimi tetapi tidak dimaafkan? Adakah dia masih berdosa kerana telah meminta maaf tetapi tidak dimaafkan?

    Reply
  3. Nitip curhat gan , ane punya temen seperjuangan kerja dia dlu pernah nabrakin mobil hingga penyok dan harus ada uang 5jt buat servis , nah itu saya pinjami ,katanya mau sicicil pelan2 eh dah setaun dicicil sepersen pun enggak ,bikin saya marah emang pikir kaya uang 5rb apa . Banyak gitu . Menurut agan saran buat saya gmana biar saya gak terlalu pusing karna kekecewaan saya ke temen saya

    Reply
  4. Aslammualaikuk…kak aku lagi ad masala sma kk ku .aku marah karna dia bilang aku kerja gak hasil.a saya dan suami saya sering di sakitin oleh kata2.a .tapi karna saya suda hijrah saya meminta maaf wlpun seharus.a dia yang meminta maaf .tapi kk saya gak ada respon saya meminta maaf dosaka saya kak..?sakit hati saya ingin sekali saya ikut suami kalo memang kk saya g suka serumah dengan saya apa boleh kak ?

    Reply
  5. Sebenarnya dah oke entri dia nih, tapi tajuk tu yang tak kena sampai ramai yang tak setuju.
    Sepatutnya tajuk tu perlu diletakkan “Adakah wajar untuk TIDAK MEMAAFKAN atau MEMAAFKAN YANG LAIN.”

    Reply
  6. Assalammualaikum,sy sukar untuk memaafkan ahli keluarga sy. Tapi dlm masa yg sama sy sedih kenapaa boleh begini adakah sy ego atau mereka? Bagaimana mahu sy memaafkan mereka dgn seikhkas hati sy ?

    Reply
    • Sebenarnya, sedih itulah tanda masih ada iman dan belas kasihan dalam hati awk.. Kamu rasa resah kerana dlm hati kamu terdapat dosa dan boleh memakan diri. Dosa disebabkan geram dan dendam terhadap mereka. Jadi cubalah maafkan, kadang2 memang kena paksa diri untuk maafkan sehingga suatu hari nanti, hati kita yg menarik kte utk maafkan. Bila saat itu terjadi, maka kte akan benar2 rasa tenang dan ikhlas, kte kena ingat dunia ni sekejap je.. setiap manusia akan buat kesalahan, cuba ingat moment2 kebaikan yg kte bersama orang yg buat kesalahan tu, xkan sbb satu perkara silap, kte nak terus marah dia sendangkan banyak masa baik dengan dia sebelum ni, ye dak? Lagipun pasti bila kte maafkan orang lain, Allah akan lembutkanhati orang lain utk maafkan kte dengan mudah. Wallahualam

      Reply
  7. Assalamualaikum,.
    Maaf akhi wa ukhti. Bukankah Allah saja Maha Pemaaf.
    Lantas, kita yang hanya manusia ciptaan-Nya tidak mau memaafkan? Alangkah SOMBONG sekali kita.
    Maafkanlah kesalahan rekanmu kecuali dalam hal akidah dan keyakinan.

    Reply
  8. Memang boleh Tak memaafkan seseorang jika dia asyik menyakiti kita….tapi tahukah anda bahawa setiap tingkah lakunya Sudah ditentukan oleh Allah SWT? Nabi Muhammad SAW pernah diganggu oleh jirannya yang sering melempar sampah di depan rumahnya namun tidak sekali baginda tidak memaafkan jirannya.Kita haruslah mengambil iktibar daripada baginda. Lagipun kita ada quran yang sudah memberitahu kita cara untuk menyelesaikan masalah apa apa pun, iaitu kita memperbanyakkkanlah solat tahajud dan berdoa agar seseorang itu insaf akan perbuatannya. Insyallah dengan restuan tuhan seseorang itu akan berubah

    Reply
    • Saya ada masalah dengan abang kandung saya .dia ank sulung dlm 7 adik beradik baru 2 ini sy ada memberi upah utk repair syiling bilik rmh sy , sy bertanyakan kepada dia bahawa sy hanya ada rm1 ribu sahaja blh kah dia buat ., dia kata boleh buat . Saya pikir dia abg kandung sy kne pcya kat adik beradik sendiri sy terus sy bg dia duit rm1 ribu tu … smpai skrg dia x siapkn syiling rmh sy tu .. sy jadi marah mtk dia pulangkan duit sy tu balik tp sy plk dimarah oleh dia smpai dia ckp aq x kn bg duit tu setan mcm 2 dia maki sy smpai nk pukul sy . Dia pun dh berumahtangga ada 4 org ank tp masih menumpang ngn adik satu sen dia x tlg byr bil api air dn rmh sb adik perempuan sy tu blm berkahwin tp dia bli rmh yg dia duduk skrg ni byr pun rm700 sbln byr kereta lg bil smua dia kne byr gaji plk cukup 2 jer rm1600 mslh ye abg kandung sy ni mmg dri dlu susahkn org , lps ayah meninggal dia ska nk tunjuk kuasa mcm dia jga kami padahal asyik myusahkn jer … sikap dia mmg pns baran bla tegur sikit nk pukul tu jer dia tahu. Mak sy smpai jd takut ngn dia bla kami tegur mak takut nnt gaduh teruk takut dia cederakan kami … dia kerja buruh buat rmh tp dpt duit tu main judi .. bkn blh tegur . Sy plk ank yg keempat dh berkahwin tu dia x berani nk cri pasal ngn sy .. tp sy byk mkn hati ngn abg kandung sy atas sikap dia ni , bla nk maafkn tu mcm x nk maafkn smpai bla2 . Smpai sy marah sgt kat dia tu sy ckp sy xkn halalkan duit yg sy bg tu … sy berdosa ker ? Adakah klau sy buat baik mcm mne pun kat dunia ni tp x nk mafkn dia blh ker … sy benar 2 benci sikap dia tu x pernah nk berterima kasih klau berckp msti riak sikit . Sy kasihan plk adik perempuan sy kne tanggung dia ngn family dia skli

      Reply
  9. Tidak semua kesalahn dpt dimaafkan tp bagi saya kesalahan fitnahlah yg sulit bkn tdk mgkin krn dari fitnah melahirkan fitnah yg berkepanjangn.maka tdk sempurlah iman seseorg bila blom mendapat maaf dr org yg kita zolimi. Memaafkan memang mulia tp setidaky ada timbal balik dr sipeminta maaf utk mnyadri dan bertaubat. Krn maaf bukan dr lisan tp dr hati yg ikhlas…hanya kpda allah kita dpt memohon ampun. Tp tw kah kita kesalahn pada manusia harus memohon maaf kpd yg kita sakiti.

    Reply
  10. Semua orang pernah berbuat dosa.. sape dye tak pernah mengumpat.. jangan lah sombong tak memaaf kan orang orang yang berbuat salah.. sedang kita pon pernah berbuat salah.. jangan lah rase kita ni mulia sangat.. aqu sendiri pon berbuat dosa ngan orang .. orang pon berbuat dosa ngan aqu.. Ahli syurga sentiase memaafkan orang .. maaf kan la semua orang sebelum tido ..ambil laah iktibar.

    Reply
  11. iya. tapi sulit sekali memaafkan mereka yg pernah menyakiti keluarga kami. bahkan..bila terlihat kami sedikit melunak, mereka kembali menyakiti. terus begitu berulang ulang. mereka minta maaf..menyembah nyembah minta maaf..untuk kemudian kembali menyakiti dan mendzalimi dengan hal yg lain. apakah salah..dg hal yg begini ini kami tidak memaafkan kesalahan kesalahan mereka..

    Reply
  12. Assalamualaikum,
    Sebaik – baik nya seorang muslim ialah yang pemaaf. Jangan menyulut yang lain untuk tidak memaafkan. walaupun di perbolehkan. Dalam tulisan anda saya menemukan dendam. Bukan kah Allah yang memiliki segala nya saja maha mengampuni kenapa kita manusia sesombong itu untuk tidak memaafkan. Jika di sakiti tenang saja Allah maha tahu azab yg tepat untuk yang bersalah. Terlebih dimanapun posisi kita yang bersalah atau bukan lebih baik intropeksi diri bisa jadi semua karena dosa-dosa kita sendiri. Bayangkan jika anda berkata tidak ada kesempatan kedua kepada orang yang bersalah. lantas saat anda berbuat dosa Allah bilang tidak ada kesempatan kedua untuk anda. Bagaimana ?
    Bisa jadi anda juga bersalah jangan hanya terfokus pada kesalahan orang lain. Bercermin lah dulu dengan diri sendiri. Setelah itu memaafkan diri sendiri dan orang lain. Dan hiduplah lebih baik dari sebelumnya. Itu cara balas dendam yang paling baik.

    Reply
  13. asalamualaikum,, bagaimana jika kamu di pihak yang bersalah..??
    adakah dalil yang kuat untuk tidak memaafkan..??
    bukannya Allah SWT memberikan masalah sesuai dengan batas kemampuan umat’nya..??
    kenapa qt sebagai manusia harus mempersulit sesama manusia..??
    jangan putuskan hubungan silaturahmi,, jika bukan untuk salah satu pintu rezeki pastilah manjadi tempat qt berpahala..??
    pastilah qt bukan manusia yang sempurna yang tidak pernah menyakiti sesama,, maka itulah adanya maaf,,
    sebuah hikayat tengtang rasulullah,,
    ketika rasullullah pertama berdakwa islam di madinah,, banyak orang yahudi melempari kotoran dan batu sehingga rasulullah bau dan berdarah,, saat itu malaikat jibril,, hendak bersuara,, “ya rasulullah,, engkau kekasih Allah SWT,, perintahlah sesuatu kepadaku atas murkamu ya rasulullah maka dengan seketika akan ku balikan madinah dan manusia didalamnya akan lenyap ditelan bumi..”
    rasulullah berkata “tidak,, saat ini mereka memang kafir,, tapi mungkin saja anak cucu mereka akan menjadi umatku”..
    memang sulit untuk memaafkan,,
    percaya selalu ada hikmah dibalik setiap kejadian..
    tida ada yang salah dengan “memaafkan”,, justru jiwa jiwa yang memaafkan,, adalah jiwa jiwa yang mulia dihadapan Allah SWT..
    terimasih..
    wasallamualaikum,,

    Reply
  14. Assalamualaikum ,saya ingin bertanya
    Gimana klok misalnya kita pernah buat janji “aq gk akan pernah mw maafin dia sampek kapan pun”itu hukum nya gimana di maafin aja atau di biarkan .sebenarnya saya gk tahan bermusuhan dngan dia ,soalnya dia itu sahabat saya sendiri .
    Kemarin dia sempat minta maaf tpi saya gk nerima maaf dia ,karna saya dah buat janji .padahal saya ingiin banget persahabatan kmi kyak dulu lagi ,itu gimana ya kk apakah kita maafin dia makin bikin dosa

    Reply
    • Assalamualaikum,, lebih baik kamu ikhlas dan maafkan. Allah aja maafin dosa2 kamu terus, masa kamu sbg manusia gak bisa?? kmu gak maafin dia pun bukan dia yg mendapat dosa. tp kamu. org yg tidak bisa memaafkan, tidak bisa mencium harumnya syurga. lagi pula janji mu sama diri kamu sendiri kan, bukan sama tuhan

      Reply
  15. Assalamu’alaikum. Mau tanya, apakah yang seharusnya dilakulan oleh seorang adik yang sering disakiti hatinya oleh kakaknya sendiri, si adik sering diejek karena ia lebih bodoh dari kakaknya secara prestasi, si adik juga dihina di depan kakak iparnya karena tidak lolos masuk ptn, jika ada yang berbuat kesalahan di rumah si adik selalu jadi tersangka utama walau jelas-jelas punya alibi. Karena si adik tidak berprestasi, kurang berbakat dalam membalas perrbicaraan di keluarga tidak ada satu pun yang mau membelanya apalagi mempercayainya. Tapi yang paling menjengkelkan si kakak selalu memaksa minta barang kepunyaan si adik jika ia menyukainya. Si adik juga disangka hidupnya bergantung pada si kakak hanya karena minta uang jajan. Apa-apa di adik selalu merasa tertindas, sakit hati. Sekarang pun sangat sulit bagi si adik untuk memaafkan kakaknya walau dia bersumpah akan berusaha memaafkan orang yang menyakitinya. Terima kasih.

    Reply
  16. assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
    saya ingin bertanya, saya punya masa lalu yang begitu suram. dia sudah melukai hati saya, dia sudah menghancurkan masa depan saya. sejujurnya ini sangat sulit untuk memaafkan, karena hampir setiap hari saya melihat dia. dia satu fakultas dengan saya.
    lalu bagaimanakah cara memaafkan seikhlas hati ini?

    Reply
    • Assallamuallaikum wr.wb saya mau tanya dalam hidup saya.saya baru kali ini punya temen perempuan dan saya slalu mengganggu nya,setelah itu dia sangat marah sama saya dan tidak mau lagi melihat saya,setelah itu saya minta maaf sama dia dan dia sudah memaaf kan nya tapi sayah tau di dalam hati dia mempunyai rasa benci bgitu besar terhadap saya apa yang harus saya lakukan agar dia memaaf kan saya dengan tulus???

      Reply
  17. Assalamualaikum.Saya rasa susah sangat nak maafkan nenek saya sendiri.Hati saya terlalu sakit.Kini dia sedang sakit.Dia masih tak berubah perangai.Saya hanya mampu bersabar dan bersabar.Saya juga terkilan bila dia sakit saya yang kena jaga.Sedangkan dia ada anak-anak yang lain lagi.Jujur saya tertekan.Pada masa yang sama,saya juga jaga adik2 setelah mak meninggal.Tak sambung belajar dan tak bekerja.Nenek saya ni masa sihat pun susah sangat nak minta tolong jaga adik.Apatah lagi nak tolong masak.Masa arwah mak ada.Macam2 nenek buat dekat arwah.Arwah mak ni menantu.Selalu nenek maki mak.Macam orang gaji dia buat.Tapi arwah mak tak pernah mengadu kat ayah.Saya selalu nampak arwah mak menangis.Masa tu saya sekolah lagi.Tak banyak tahu apa-apa.Nenek saya ni suka sangat berleter. Tuduh yang bukan2. Sekarang saya pulam yg kena lalui apa yang arwah mak pernah lalui.Kadang tu benda kecik2 pun dia riuh.Sampai kawan tanya saya.Mak tu bukan menantu pilihan nenek ke.Kata2 tu saya ingat sampai la ni.Arwah mak sakit pun dia suruh buat kerja rumah.Suruh mak mati cepat.Saya rasa geram sangat.Depan ayah nenek dia elok ja.Sekarang arwah mak tak ada.Dia cakap yang dia tak pernah ada dosa dengan arwah mak.Macam sekarang saya jaga dia sakit.Dah bagi makan pun cakap kat orang saya tak bagi makan.Suka sangat mengada-adakan cerita.Putar belit cerita.Bulan puasa jangan haraplah dia nak puasa dari saya sekolah rendah sampai dah habis sekolah.Asyik makan pinang.Kalau tak da pinang,habis semua dia maki.Baru2 ni kerana mulut nenek.Sepupu saya gaduh dengan mak saudara.Saya duk sekali,saya tahu perangai nenek saya macam mana.Tapi mak saudara ni bukan nak percaya sangat.Mak dia orang.Bila kena kat batang hidung sendiri barulah mengadu ke saya.J ujur saya stres dan hati saya teramat sakit.Bila dia sakit saya jadi ingat layanan dia terhadap arwah mak saya dulu.Pedih hati saya.Saya sorang jaga dia.Saya pun letih.Tertekan.Mana dengan urus rumah.Adik2 lagi.Apa yang saya lalui cukup Allah saja yang tahu.Hati saya masih berat nak maafkan dia.Setiap apa yang dia buat,masih segar di ingatan.Semoga nenek berubah.

    Reply

Leave a Comment