
Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.
Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.
Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.
Bagaimana?
Terasa lega?
Sesetengah orang memang begitu.
Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta.
Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.
Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’
Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?
Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi.
InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi.
Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.
Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.
Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.
Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.
Begitulah besarnya implikasi “maaf”.
Apabila Tegas Dengan Pendirian Tidak Mahu Memaafkan..
Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.
Seorang teman pernah mengadu kepada saya.
Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya.
Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.
Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.
“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.
“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”
“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku meminjamkan dia duit.”
“Ahmad ada janji bila nak bayar?”
“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.
“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”
“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”
Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini.
Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu.
Tiada salahnya.
Tapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?
Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?
Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup.
Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.
Kisah Menarik dari Rasulullah SAW
Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya.
Pilihan memang hak anda.
Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”
Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”
Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”
Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”
Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”
Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’
Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”
Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”
Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”
Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”
Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”
Penutup..
Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.
Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.
Bagaimanakah anda?
Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda?
Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?
:’)

jika seseorang meminta maaf dan berusaha menebus dosanya lantas kita tidak memaafkan jelas kitalah yang salah dan punya dosa. kalo meminta maaf tidak di maafkan tugas kita selesai jangan mengemis2 maaf. allah saja maha pemgampun! postingan diataas keliru!!
Betulll sekali, sy setuju dengan anda & kenapa postingan diatas seolah2 lebih menyudutkan orang yang meminta maaf tapi tdk dimaafkan akan masuk neraka ya & menanggung dosa2nya, padahal dy sudah bertaubat mengakui kesalahnnya & meminta maaf .
iya betul, setau saya. siapa yang tidak ikhlas dan sulit untuk memaafkan. justru dia yang menanggung dosa dosa orang yang mendzolimi itu. karna itupun sudah termasuk penyakit hati, berhati sempit. karna allah swt. maha pemaaf. lebih parah lagi ketika silaturahmi dengan sengaja diputus. dia tak akan bisa syurga, bahkan tak bisa mencium baunya surga. postingan ini seperti mengajarkan kita berhak untuk menentukan takdir orang yg mendzolimi kita untuk mengirim dia ke neraka.dan mengajarkan kita untuk tidak “ikhlas”
Assalamu’alaikum
saya Hamba Allah panggil saja R dan teman saya F
, awalnya pertemanan kami sangat erat ,namu ada suatu masalah yg membuat kami sampai sekarang tdk baikan, padahal sepele sih . Pada awalnya saya bercanda sama tmn saya Si F itu,, dia punya utang kesaya 20 ribu , Aawalnya canda masalah Balapan , dia mengatakan kesaya ,kata dia si F begini ” ayo sok R balapan sama aku ,taruhan 1 jt kalo kmu menang lawan aku ,,aku kasih kamu 1 jt”..
dan saya menjawab ke si F ,sambil niat saya bercanda disana,, “Ah kamu Utang 20 rb aja belum kebayar ,apalagi 1 jt” bilang saya sambil tertawa.. Eh ternyata ucapan saya itu membuat dia tak enak hati karena menurut dia itu udh mempermalukan harga dirinya,, Akhirnya diapun tidak terima dengan perkataan saya. sampai sampai dia. mengajak saya berkelahi, saya dengan bodohnya malah nerima itu tantangan,, Sampe terjadi 2x perkelahian,, Sebelum dan sesudah itu semua terjadi ,saya sudah meminta maaf kepadanya. dan mengakui semua kesalahan saya..tapi dia dengan tetap dalam pendirianya berkata “Aku tidak akan memaafkan kamu sampai kapanpun. sampai akhirat pun saya tidak akan memaafkan kmu R” cakap si F ,, Saya bingung Harus gmna lagi, dan dia tetap menantang saya, diapun berkata “Aku tidak akan memaafkan kamu sebelum aku menghabisi Wajah kamu R” kata si F,,
yang jdi pertanyaan saya,
-Apa yang harus saya lakukan ,dan apa saya berdosa dengan tetap akan di pertanggungjawabkan nanti di akhirat jika dia tetap tdk memaafkan saya?dan apa hukuman bagi saya ? ,terimakasih dan mohon untuk jawabanya..
Wasalamu’alaikum
Assalamualaikum..saya hamba Allah yg sejak kecil selalu dibuli.dihina kerana rupa paras dll..hingga masuk alam kerja..sy berjumpa kkwn yg berkroni..oleh kerana sy ini anti sosial dan pendiam..mereka kerap mengutuk saya dan fitnah saya juga byk slh fhm dgn sy..ini buat kn sy murung dan sedih ya amat.. sy sudah tidak boleh go on dgn keja ini tp dlm pd masa yg sama sy xdpt mn2 peluang keja lain…sy setiap kali solat akan berdoa akn minta bls balik dosa2 mereka 2kali ganda..cth doa diumpat dibalas umpat..kalu dorg buka aib sy..dorg pun akn dibuka 2kali ganda..ibu sy melarang berdoa bergitu kerana Allah akn bls balik doa yg sm kpd saya..tp sy tetap berdegil..hingga skrg sy bersumpah xkan maafkn mereka dan sy xkesah pun balasannya termasuk syurga..kerana sy dendam..dendam kerana sejak kecil lg sy selalu dibuli..apa salah sy pada org..jadi pendiam..xcantik..xbijak..xhebat pun org benci??? DEMI ALLAH SWT..hari ini saksi sy xkn maafkn dunia n akhirat..Jumpa mahkamah akhirat…sy tau Allah murkai org yg ckp besar or sombong..tp Allah juga tau ujian sy ini..sy bkn maksum..sy cuba maafkn tp mereka xserik2..Ya Allah Engkau balaslah kezalimam mereka ini hingga mereka jatuh tersungkur dan hinggakn mereka tidak lagi menyukai dunia..aamiin.
Sabar dik. Tgk kisah nabi Yusuf AS dlm surah Yusuf. Setiap muka surat yg adik baca, semuanya kisah2 ujian hidupnya.
Kena dengki dgn adik beradik.
Kena buang dlm perigi.
Kena jual jd hamba.
Kena fitnah buat jahat kt isteri org.
Kena masuk penjara.
Tp cuba tgk last2 baginda jd apa? Baginda jd Menteri Kewangan mesir waktu tu. Dan baginda MAAFkan adik beradik nya yg dok pedajal baginda.
Kisah Yusuf AS mengajar utk sabar/terima/redha setiap aturan Allah dlm kehidupan kita.
Wallahualam.
Ikut sharing juga, mudah-mudahan bisa saling melengkapi.
http://maryam-qonita.blogspot.co.id/2016/11/mempelajari-ulang-makna-memaafkan.html
Assalamualaikum warahmatullah.
Sy ingin tanya & mhn saran, sebagai perumpamaan :
A -> orang yg dimintai maaf
B -> orang yg meminta maaf
B melakukan hal yg dapat merusak apa yg dimiliki A atau dlm kata lain ingin merebutnya.
B menyadari bahwa ia telah berbuat salah pada A, lalu A pun memaafkan. Tetapi setelah itu B mengulangi lagi kesalahan yg sama untuk yg ke beberapa kali. Namun setiap kali berbuat salah, ia lgsg meminta maaf. Dan A pun memaafkan dan mengingatkan utk jgn mengulanginya.
Sampai yg terakhir B melakukannya lagi, dan alhasil B berhasil merebut/merusakkan apa yg dimiliki A. Dan hal yg direbut/dirusak itu tidak dapat dikembalikan. B menyadarinya lalu meminta maaf kembali, mencoba mengakrabkan diri kpd A agar tidak ada perselisihan. Namun di sisi lain B pun tidak mencoba memperbaiki / mengembalikan apa yg tadinya dimiliki A.
Bagaimanakah sebaiknya respon A?
Note : A dan B tidak saling mengenal.
Syukron. Jazakallahu bi khair
Assalamualaikum.Saya ingin mengajukan soalan:
1)Sebagai manusia biasa,saya banyak melakukan kesalahan.Namun Allhamdulillah.Semasa 2 Ramadhan yang lalu,Allah S.W.T telah memberikan saya petunjuk.Allah telah membuka pintu hati saya untuk meminta maaf kepada rakan-rakan saya yang lain.Saya pada mulanya enggan namun setelah difikirkan,saya melaksanakannya.Namun respond yang diberikan oleh rakan-rakan saya amatlah melukakan hati saya.Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa saya sengaja meminta perhatian atau saya hanya berlakon menunujukkan kebaikkan.Ada juga yang lansung tidak ingin menegur saya dengan mengatakan ayat seperti ‘aku benci melihat kau.’ Saya amat terkesan.Apa yang perlu saya lakukan?
2)Saya mempunyai seorang kawan yang tidak ingin memaafkan kesalahan orang lain meskipon mereka telah memohon maaf darinya.Saya cuba menasihatinya dengan menyebut bahawa orang yang tidak memaafkan orang lain tidak mendapat ketenagan jiwa.Saya juga telah menyebutkan tentang peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah.Tolong berikan saya sedikit ‘tips’ bagi melembutkan hatinya agar memaafi orang lain.Saya risau sekiranya dia hanyut ke neraka hanya kerana dia tidak ingin memaafi orang lain.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Saya mau bertanya saya kan pnya sahabat dkat,tpi persahabatan kmi ini lngsung hlang begitu saja krna saya merasa sakit hati dan tersinggung atas perkataan sahabat saya ini dan ada teman saya satu lgi blng ke sahabat saya yg ini kata teman saya maafanlah tuh nanti mau perpisahan.trus shabat saya blng knapa hrus saya saya gk slah tpi dia yg slah pdahal udh jls bnngt klo sahabat saya yg slah,trus ada satu hri dimana saya bersikap cuek,saat siangnya saya memanggil dia tpi dia blng siapa kmu saya gk knal dan serius disitu lah sya udh mles dket sma sahabat saya ini.
Pertanyaan saya :
Apakah berdosa bila tidak memaafkan orng pdhal dia yg slah bkin saya sakit hati dan tersinggung? Tpi dlam (saya akan memamaafkan dia klo dia minta maaf dan mengakui kesalahannya)
2.apakah bisa minta maaf di dlam sosmed (soalnya saya yg mnta maf dluan ke dia di fb tpi dia gk merespon sma skli) dan dlam hati sya terserah lah yg pnting sya udh mnta maaf dan saya jga gk slah pdhal slma ini dia yg bkin saat sakit hati
Terimakasih sebelumnya saya mibta maaf klo ada slah kta dan sya mohon ampun kpada allah swt
Wasalamualikum warahmatullahi wabarakatu
Kadang tuduhan besar, sama menfitnah sesama sendirl, dr mana dtg nya fitnah, syak wasangka, dr perbuatan ganjil, kita diri, bagaima, jika kita mengetahui dr nya sendiri, kita tau dia jujur, segala cakapnya x dusta, contoh, ‘ smlm sy tdo dihotel smpai terbabas terlanjur, 201b, ,???? Mcm mana anda semua rasa? Bila ditanya tiada, bila da x suka ada pula, ketiga marah tengking hingga org lain dgn, keempat stallker gambar sya, peribadi sy, bagaiman jika tuan2 kena, keempat dtg lagilah teruk, jd harus bagi mana, aku mengejar nya untuk cinta, die berlari sambil membakar hingga hangus, ya Allah, aku memarahinya kerana menasihati, jgn lakukan lg , benar bkn fitnah, kerana dari dia sendiri, aku dituduh fitnah, aku redha, pertanyaan aku dgn iparnya begini yg ku anggap best frent mengapa kak mu berada disini, aku risau, jgn bgtau dia nnti dia marah…tp ntah lah tuhan juga mengerti…cerita nya ttg iparnya aku telan, menjaga hati semua pihak, aku di tgh batu besar, tujuan mendapatkan cinta maruah juga aku lepaskan.. Aku syg sgt smpai x sanggup mendengar khabar buruk..tp dia x pernah tahu…aku juga yg salah, ya aku mengalah, aku salah
Permasalahan kita masa kini senang minta maaf tapi masih tidak menyedari dia buat salah berulang2 kali…kita ni manusia biasa bukan malaikat orang kata kalau jumpa pun bersapa tapi takkan baik sangat macam dulu…kena waspada lah tu je…dah tau perangai gitu…apabila diberikan nasihat balik kita pulak dikenakan dan di cakap2 macam2…Masya allah…Berdoakan je lah dia berikan ketenangan jiwa dari Allah SWT…
“Barangsiapa yang tidak memberi ampun kepada org lain, maka ia tidak akan diberi ampun (oleh Allah)” (HR Ahmad dari Jabir ibnu Abdullah)
Tidak memaafkan orang lain adalah seumpama kita tidak redha dengan ketentuan Allah kepada kita.
“Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun kepada orang lain, maka ia tidak akan diberi ampun”(HR Ahmad dari Jabir ibnu Abdullah RA)
~Tidak memaafkan org lain adalah seumpama kita tidak redha dengan ketentuan Allah kepada kita
Btl tu, memaafkan lebih baik, dr kita benci, ditipu, di hina, marwah tercalar , diketawakan krn mencari sesuatu yg hakiki, tp penghujung mula nampak serius dihujung dipermain, spti kisah pnjm duit, tuntut hutang wlpn x berhutang, wow, kelam kabut cr niat untuk anak last beli.batu.cincin, manusia mmg bermurah begitu..tp allah ttp ada..cinta/airmata/iklas
Perbuatan dzolim di luar batas kemanusiaan tidak pantas dimaafkan. Bagaimana kalau anda menjadi saya. Seorang pegawai negeri dengan track record sangat bersih, jujur, loyal pada instansi, harus disingkirkan.sata sdh dikorbankan oleh teman dan atasan sata sendiri. Saya dikorbankan untuk menanggung resiko hukum atas perbuatan atau kejahatan orang lain, jadi yg koruptor adalah teman dan atasan saya, begitu proyek ada masalah langsung oleh atasan dialihkan ke saya, akibatnya walaupun bukti bukti dalam persidangan menunjukkan yang menerima suap adalah pejabat sebelum saya, dan saya tidak terbukti menerima uang 1 sen pun, sy tetap harus dipenjara, sedang ke 3 oknum sebelum saya malah tidak diproses hukum karena penyidik dan jaksanya sudah disumpal uang, dan memang hanya saya yg sengaja dikorbankan oleh instansi sebagai terdakwa tunggal. Saya harus dipenjara karena menanggung kejahatan orang lain? Setelah keluar dari penjara, saya dipecat dengan tidak hormat setelah mengabdi kepada negara25 tahun, saya menjadi korban kedzoliman/ fitnah yang sangat jahat, dimana orang jujur harus disingkirkan, rumah tangga dan ekonomi saya hancur karena kedzoliman orang lain, apakah perbuatan biadab ini bisa dimaafkan ??? Mungkin hanya malaikat dan para nabi bisa memaafkan kedzoliman yang melebihi kejahatan setan yang berwujud manusia seperti ini
Ya rabbi.
Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
اِتَّقِ دَعْوةَ الْمَظْلُوْمِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
“Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”. [Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38]
Sungguhpon doa kita (orang yang dizalimi) dimakbulkan tuhan… tetapi Allah tidak membenarkan kita meminta azab ke atas mereka yang menganiaya… Apa yang menimpa kita ialah ujian sebagai tarbiyah Allah atas diri kita (membentuk iman yang sejati), tujuannya untuk mengangkat darjat kita (kemuliaan dunia akhirat), selain membersihkan diri kita (keampunan yang besar), memakbulkan hajat kita (yang tidak berkaitan dengan pembalasan kezaliman), dan sebagainya…
Keperluan saudara sekarang ialah merawat hati yang luka, dan berusaha bangun dari kejatuhan… Tidak apa jika sukar memaafkan, tiada paksaan ke atas mereka yang dizalimi… Jika ada yang memaksa mereka hanya menambah aniaya, sebaiknya doakan golongan ini (orang2 yang dizalimi) supaya pulih dahulu, kemudian mohonlah agar Allah melembutkan hatinya untuk memaafkan…
Sebaik2nya rawatlah hati melalui ‘pengubatan cahaya Illahi’… Bacalah Al-Quran beserta tafsirnya (sebaiknya dengan berguru)… Anda akan jumpa banyak pembelaan Allah terhadap golongan yang teraniaya, malah Allah juga menyatakan cara menangani golongan penzalim ini. Dan banyaknya ayat-ayat yang memujuk & memupuk kita untuk ‘memaafkan’ dan ‘bersabar’…
Sebenarnya jika kita ‘redha,ikhlas, pasrah, tawakal kepada Allah’… Maka Allah sendiri akan mengaturkan pembalasan terhadap golongan penzalim (tanpa kita memintanya) sepertimana banyaknya firman Allah di dalam Al-Quran… cumanya jika pembalasan itu didunia maknanya Allah ingin membersihkan dosa si penzalim itu terhadap anda, dengan ini semuanya diberi peluang bersih dari dosa, asal saja kita sudi memaafkan dan memulangkan semula urusan kemaafan ini kepada Allah… Tiada suatu amal baik dan buruk yang Allah sia-siakan…
Dari surah Al Muzzammil (10-12) :-
“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar. Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang bernyala-nyala”
Saya juga ingin memohon maaf terhadap saudara andai kata-kata saya menambah keperitan dalam diri saudara… Mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk hidayah dan taufik kepada kita semua… Amin
Assalamualaikum saya berasa tidak setuju dengan artikel saudara kali ini kerana…. saya dulu pendendam tapi rasa x tenang… lps saya menghayati kisah Rassullullah SAW dengan seorang yahudi… sesungguh Allah SWT menggalakkan sifat pemaaf… setiap manusia melakukan silap.. salah kah kita bagi peluang kepada dia untuk berubah jika dia betul-betul nak berubah… lepas saya maafkan orang tu… saya berasa tenang … masa saya marah dan benci.. saya rasa malu,… adakah saya muslim yang baik…. Rasullullah SAW itu pemaaf dan role model kita.. hidup didunia hanya tumpangan…. adakah kita telah terperangkap dalam jerat syaitan ingin sesatkan kita dengan tidak memaafkan orang…. bukankan setiap muslim itu bersaudara… jika dia melakukan kemungkaran … hendaklah kita mendoakan mereka supaya mendapat taufiq dan hidayah… Allahu A’lam…..
Silap bukan tidak setuju… 50% x setuju.. memang betul kita ada hak tidak maafkan org… tapi tenangke cara hidup tu… terima kasih pada akhir penulisan saudara… saudara tulis akan ganjaran kpd orang-orang yang memaafkan…. hanya pendapat saya sahaja….
Assalamualaikum.. saya juga kurang bersetuju dengan artikel ini.. Islam mengajar kita untuk memaafkan kesalahan orang lain, untuk memperoleh kehidupan yang lebih tenang.. Tetapi daripada pengamatan saya berdasarkan artikel ini, seolah2 mengajak seseorang itu lebih kepada tidak memaafkan kesalahan orang lain..
saya rasa artikel ini bersifat sarkas, namun bisa dilihat di akhir artikel penulis bermaksud mengajak pembaca untuk memaafkan. mungkin untuk sebagian orang akan lngsung tidak setuju karna memang lebih baik memaafkan perbuatan orang.. tapi luka hati memang tidak semudah itu untuk langsung diikhlaskan.. saya setuju dengan salah satu komen di artikel ini yg mengatakan jika tidak seharusnya memaksa seseorang untuk memaafkan perbuatan buruk orang lain terhadapnya karna hal ini malah akan membuat sakit hati tsb makin buruk.
namun seiring waktu, dan jika org yg terdzalimi tsb beriman.. Insyaallah pelan-pelan dia bisa mengikhlaskan meski tanpa diminta oleh orang yg mendzalimi.
Assalamualaikum ustaz. Boleh sy bertanya? Sy ada seorang kawan yang pada mulanya sy kenali, dia agak baik akhlaknya. Tetapi bila kami sudah bersahabat baik, dia sering mengambil kesempatan atas kebaikan sy dan sy tidak pernah marah walaupun sekali. Sy hormati dia sbg kwn lagipula dia lebih tua beberapa tahun dr sy. Paling tidak pun, sy akan diam dan tegur secara berhemah. Tetapi sy tidak boleh lupa sesuatu perkara dimana apabila sy menjadi tetamu di rumahnya, dia melayan sy dgn tidak adil dan marah pd sy atas alasan sy ikut berjemaah solat subuh di masjid dgn ibu dan ayahnya. Sy merasa sgt sedih pd awalnya, tetapi setelah kembali ke rumah sy, sy baru sedar yg dia tidak menghormati sy sbg sahabatnya dan gagal melayan sy sbg tetamunya dgn baik. Ustaz, adakah salah jika sy tidak memaafkan sahabat sy itu kerana selama ini, jika dia mengambil kesempatan atas kebaikan sy, tidak pernah sekalipun sy melawan kehendak nya. Mohon ustaz dpt berikan pencerahan dan perkongsian yg baik untuk sy.
Bila sy google, sy taip cara untuk lupakan dendam pada orang lain. Sy tidak berdendam dgn org itu. Tetapi sbb org ketiga itu lah sy ditinggal oleh partner sy. Dan partner sy bg alasan dah jumpa bidadari dr syurga. Sy trust partner sy. Dan selama kami biz, macam3 sy curahkan ilmu padanya, dan sy dikaburi dgn sikap baiknya, rupanya dia kawan makan kawan. Semua biz sy buat, dia nak buat.. Ya rabbi. Sy gajikan dia, dan byk duit sy abes ke dia. Dia blk dr trip 3hari, dia kata dia dah jumpa org yg dia nak bersama dgn kata lain, dia dah nk stop berhubung dgn sy. Sy jd gila kerna kenapa dia buat sy macam ni. N perempuan yg dia jumpa. Athirah namaye, jika lau kau mature, kau takkan jatuh cinta 3 hari mcmtu saja pada partner sy ni. Ya Allah, kenapa la saya rasa panas hati bila teringat apa yg berlaku pada sy. Sy tak boleh jumpa laki tu dah, if jumpa sy akan lakukan sesuatu. Dan sy rasa apa la hebat sgt perempuan ni guna smpi laki ni bole ttbe tgglkan sy. Adakah sy berdendam? Tidak maafkan mereka? Sy pun xsuka dgn apa sy rasa ni, panas hati sy bila teringat.
Berzikir, solat sy lakukan. Sy maafkan semua org. Tp rasa ini xilang. Terasa sgt. Sy bukan rugi je dlm biz, ditipu,dikhianati,ditikam oleh laki ni. Tp sy rasa lebih panas pada perempuan yg cuba merampas ini. Adakah dia betul2 baik jika dia kata dia xsalah? Apa salah sy? N kenapalah ada laki macam tu? Ya allah. Berikanlah balasan pada mereka. Sy xsanggup nk lakukan apa2 pada mereka. Tp knpe la sy yg kena hadapi. Sy tak kuat.
Mcm mana sy nak tenang n lupakan semua ini?
ustad saya mau tanya ini tentang msalah pribafi apa blh minta nmr hp atau line,bm
Assalamualaikum Ustaz Saya Nak Tanya..Contoh ahmad(contoh nama) nak minta ali(contoh nama) duit satu ringgit tetapi ali tidak mahu memberikannya kerana duitnya sahaja hanya cukup-cukup makan. Ahmad pon marah ali dengan mengatakan “kau ini kedekut laa!!”
“kau tipu ckp duit hanya cukup-cukup makan!!”.Ali pon lantas meminta maaf dekat ahmad…tetapi ahmad tidak mahu memaafkannya sampai bila-bila…..Ustaz dalam kes ini siapakah yg bersalah ? dan siapakah yg harus minta maaf dan apakah ali akan memikul dosa ahmad dan kena membayar sahamnya disana ?….
Saya mintak tolong jasa Ustaz supaya menjelaskannya…tolong ustaz…kerana saya sedang alaminya..
Bagaimana pula dengan jika seseorg itu sudah memaafkannya tetapi dia sangat membenci orang itu?Apakah hukumnya?
mcm mna pulak kalau org tu dah merayu untuk dimaafkan tapi org tu tetap tidak memaafkan dan bersikap sombong tidak mahu menjawab adakah dia dah dimaafkan ? sebagai contoh , A terbuat salah pada B yg terasa tapi sebenarnya tujuan A bukan untuk B . A dah merayu minta dimaafkan . tapi B tak maafkan . A tanya , adakah B telah memaafkannya ? tetapi B enggan memberitaahu . adakah itu berdosa ?
hati2 ini artikel menyesatkan. aspakah anda hanya bertujuan menyesatkan anak2 bangsa dengan artikel sepeprti ini?
setiap manusia wajib dan dituntut utk meminta maaf dan memaafkan.
jika semua anak2 bangsa punya cara fikir seperti anda, saya yakin negara bakal hancur.
Saya tidak pasti sama ada tuan sekadar membaca tajuk sahaja atau sememangnya tidak faham maksud yang tersirat yang ingin disampaikan dalam artikel ini..
Assalamualaikum , sya nak brkongsi pendapat sya trhadap artikel ini . Sbenarnya ianya mmg susah bgi seseorang yang dizalimi untuk memberikan maaf dan melupakan kesilapan orang yang menzaliminya itu . Tetapi cuba kita bayangkan , apabila kita meminta ampun kpda Allah SWT . Allah mengampunkan segala dosa2 kita . Allah itu maha besar . Allah itu tuhan kita . Yang menciptakan kita . Yang lebih berkuasa dari kita manusia yang kelihatan sungguh kerdil ini . Tetapi Allah tetap memaafkan dosa hambaNya . Jadi apa hak kita utk tidak memaafkan orang yang menzalimi kita ? Hanya sekecil2 dosa yang dia lakukan trhadap kita , kita sdh begitu angkuh dan sombong utk tidak memaafkannya . Kita juga hanya mmberikan peluang kpda syaiton utk menghasut kita . Untuk membenci seumat kita . Tanpa dsedari , kita sdh mnjadi sombong dan angkuh enggan memaafkan org . Kita manusia yang sering melakukan dosa . Sudah tentu dan sungguh pasti juga org yang dizalimi itu pernah melakukan dosa . Jadi apa hak kita smua utk tidak memaafkan orang ? Maaf jika saya mengatakan ini , your last sentence can makes people confuse and like what you’ve got ” artikel ini menyesatkan ” yes people boleh trsalah tafsir akan artikel anda , jadi tolong tulis artikel anda dengan lebih sopan ayat nya :) terima kasih .
Kita mempunyai hak utk tidak memaafkan.. tapi disis Allah org yg memaafkan itu adalah lebih baik.. Dosa dgn manusia itu perlu kita berhati2..
I agree with you., artikel ni sptutnya mnggalakkan manusia untuk memaafkan kesalahan org lain. Tp, it goes the other way around. Bca artikel ni boleh mnyebabkn kita ad pmahaman y salah tntang mmbri dan memohon maaf. Islam mnggalakkan mmaafkan kesalahan org lain. Memaafkan adlh lebih baik walaupun ia nya susah.
Kerana nak berkahwin dengan perempuan lain suami saya sanggup meninggalkan saya dan anak saya yang berumur 6 tahun, masa tu saya sedang sarat mengandung. Saya tidak akan memaafkan suami saya sampai bila-bila…walaupun kami telah bercerai…
Assalamualaikum Wbt,Perkongsian Yang Sangat Menarik,Saya Mohon Share ya buat pedoman Semua,Terima Kasih :)
Wassalam. Baik silakan.