Kita Berhak Untuk TIDAK Memaafkan Orang Yang Menyakiti!

memaafkan
Memaafkan atau tidak? | Forgive me, baby. by queenfunkyta

Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.

Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.

Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.

Bagaimana?

Terasa lega?

Sesetengah orang memang begitu.

Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta.

Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.

Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.

Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’

Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?

Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi.

InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi.

Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.

Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?

Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.

Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.

Begitulah besarnya implikasi “maaf”.

 

Apabila Tegas Dengan Pendirian Tidak Mahu Memaafkan..

Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.

Seorang teman pernah mengadu kepada saya.

Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya.

Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.

Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.

“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.

“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”

“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku  meminjamkan dia duit.”

“Ahmad ada janji bila nak bayar?”

“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.

“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”

“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”

Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini.

Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu.

Tiada salahnya.

memaafkanTapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?

Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?

Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup.

Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.

 

Kisah Menarik dari Rasulullah SAW

Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya.

Pilihan memang hak anda.

Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.

Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”

Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’

Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”

Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”

Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”


Penutup..

Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.

Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.

Bagaimanakah anda?

Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda?

Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?

:’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

140 thoughts on “Kita Berhak Untuk TIDAK Memaafkan Orang Yang Menyakiti!”

  1. Saya ada seorang kawan,Dia selalu menyakiti hati saya,, dengan mengejek saya, paling geram sekali dia pernah memalukan saya di depan kelas! Menyampah betul..sakit hati aku! Tapi aku maafkan dia…. Tapi yg paling geram sekali dia buat lagi!! Ade ke patut.. pastu datang kat aku, nak mintak maaf,, Cehhh! Skrg saya akan share artikel ni, semoga dia insaff :))) ,, lega hati aku luahkan .. hehe

    Reply
  2. Wahyu
    Orang minta maaf wajib di maafkan.
    Satu satunya orang yang merugi jika judulnya seperti ini.
    Hati hati mas buat artikel, gx mendidik malah menjerumuskan.
    Haram buat orang yang tidak mau minta maaf atau tidak mau memaafkan Surga Allah bagi kalian dannkalian adalah orang yang merugi.
    Next time baca sumber dulu sebelum posting, islam tidak mengajarkan seperti itu. Terima kasih.

    Reply
    • jangan cuma baca juduknya tapi juga isinya dan pahami maksudnya bukankah sudah jelas isi dr artikel di atas memaafkan lebih di utamakan?
      Next time baca dulu sampe selesai baru coment apalagi menyalahkan

      Reply
  3. Semuanya dari kita.. lihat pada individu. Tapi kita manusia juga banyak kekhilafan kita kan… Allahuakhbar.. moga Allah sentiasa memberi hidayah pada kita..amin

    Reply
  4. Bg sy..sape yg x setuju pada artikel ni, mgkin anda x prnh mgalami maslh dgn org lain yg akhirnye buat ande fedup n bosan utk mmafkan. Sy prnh x mmafkn dlm mase tmpoh yg lame. Sbb sy bosan org yg x prnh hargai kate2 maaf.kene fhm..maaf bukan mestinye dlm prkataan maaf, kadg2 seseorg tu lbih suke gune prkataan ‘x pe’, ‘it’s okey’ , ‘x de hal la’ . Ini bukn bermkne org tu x kesah.Tapi die nk mnjaga hubungan dn x nk perbsrkn lagi. Tp ade org anggap bnde tu remeh, dn mnygke kite ni lemah or bodoh dn boleh ditipu. Pada sy kemmafan ttp perlu.Tapi bukan mudh2 utk’menyatakan’maaf. X salh pun klu nk marah semule ke..nk ego ke..nk merajuk ke..asalkn buat org fhm betapa berhargenye kita..dn betapa berhargenye maaf kite.Tp..niat nk memaafkn tu mesti ade..yelah..sdgkn nabi pun ampunkan umat..

    Reply
    • Mungkin anda sendiri atau orang terdekat belum pernah mengalami hal serupa… jika anda mengalaminya mungkin anda akan berfikir 2 kali untuk mengatakan hal ini. Di dunia ini memang ada manusia yang sudah tertawan setan sehingga suka mengganggu orang lain lain untuk kepentingan mereka sendiri. Mungkin keperitan itu bisa sembuh setelah beberapa saat tapi tidak mudah untuk melupakan. Belajarlah membela kaum yang terzalami (bukan berarti terus ikut membenci yang menzaliminya) Ingatlah bahwa kefakiran kasih sayang mendekatkan manusia kepada kekufuran keimanan. Janganlah karena kita ingin memperbaiki sesuatu yang telah rosak jutru dengan merosak sesuatu yang tidak rosak. Wallahualam.

      Reply
  5. artikelnya bagus, namun alangkah sempurnanya jika diberikan keterangan, peryataannya dari Quran surat apa dan hadist apa, syahih apa tidak. agar tidak thaguth

    Reply
    • Yups setuju klu ada tertulis hadis dan ayat al qur-an yang shohih kan bagus. Sebb tujuan seseorang memaafkan itu adalah supaya dapat kebaikan yg lebih baik contoh memaafkan seseorang aja boleh masuk surga itulah semua yg diharapkan oleh manusia. sebb tujuan hidup kita di minta allah utk berbuat baik pun supaya masuk surga betul tak

      Reply
  6. Salam..sy juga mhu thu bgaimna jika sy tidak thu apa kesalahan sy ttpi sahabat sy tidak mhu bemberitahu sy hanya mberi hukuman dng tidak mhu mjwab soalan sy ttg apa kesalahan sy walau telah berkali sy mohon ampun dan maaf…ada kah sy msih berdosa?

    Reply
    • betul, ada jenis org yg mcm ni..susah la..bkn lg menjernihkan keadaan, tapi menggeruhkan keadaan..sebaiknya, maafkan la org tu walaupun sebesar mana pun,,Nabi sendiri pun maafkan org yg berlaku tidak adil pada Baginda..mmg la kita bkn nabi, tp tak perlu la smpai jadi tak matang smapai nak heboh kt seluruh dunia masalah kita, mengadu domba dan buang sahabat di fb, ig etc..sekali sahabat, sahabat la selamanya..ikhlaskan hati kita

      Reply
  7. Guys,,gmna dgn guaa,,gua pernah melakukan sesuatu yg ternyata kakak gua melarang gua tuk melakukannya,,tp gue gak tau kalau gue dilarang,,,kakak gua trus marah sama gua sampai skrng ini,,gue gak mau minta maaf krn mmg gua gak tau kalau itu gak boleh gua lakukan,,guys..bantu guaa yg bisa kasi solusi

    Reply
  8. macam mana kalau kita yang tidak bersalah tapi memohon maaf ? apakah kelebihan meminta maaf jika tidak melakukan kesalahan ?

    Reply
  9. Saya gak setuju dengan anda.saya walau bagaimanapun beberapa orang bersikap demikian yang lebih buruk ke saya,saya selalu memaafkan mereka.amarah memang wajar ada dalam setiap orang,tapi lebih indah lagi kalau kita saling memaafkan bagaimanapun orangnya berbuat ke kita.saya walaupun dituduh udah memukul orang padahal cuma kena tas aja,trus aib saya dibuka orang saya ga akan balas dendam.saya cukup memaafkan saja.

    Reply
    • Saya mau bertanya
      Apabila seorang istri sedang hamil,,dan suami selingkuh dengan wanita lain,,dan akhirnya ketahuan,,,lalu sang wanita selingkuhan nya meminta maaf dengan setulus hati dan berjanji untuk tidak mengulangi nya lagi sementara sang istri itu keukeuh masih kesel,dendam dan mencaci maki si perempuan tersebut,,,
      Yang sya ingin tanyakan
      Apakah amal ibadahnya sang wanita tersebut diterima
      Karena sang wanita tersebut sudah menyesal dan sungguh sungguh ingin bertobat,,,terimaterima kasih

      Reply
  10. assalamualaikum warahmatullohi wabarokatuh..

    saya ingin bertanya..
    kawan saya menjolimi saya.. hati saya sangat sakit.. kemarin saya selalu bantu dia.. tpi dia malah menjolimi saya..

    sekarang dia tidak mau menjumpai dan bersapaan dengan saya lagi..

    sulit saya rasa untuk memaafkan kata kata dia.. apa yg seharusnya saya lakukan .. sementara dia tak mau mintak maaf.. apakah harus saya yg mintak maaf ke dia? supaya dia sadar.. atau insaf?

    Reply
  11. Tpi saya akan memaafkan orang itu walw rasa sakit,insya allah memaafkan ada wajib bgi umat muslim,dan kita mendapatkan pahala,amin

    Reply
  12. Sy tdk akan memaafkan kesalahan bekas suami sy yg SENGAJA menzalimi sy berulang2 kali.sengaja mngambil kesempatan ke atas sy berulang2 kali.sengaja menipu duit sy.Memukul sy berulang2 kali.sengaja mintak duit sy sdgkan sy ssh pyh keje cari duit nak sara anak dan umah.lgsg xde keinsafan pd diri dia.

    Reply
  13. Salam..

    Bagi saya, saya maafkan saja..inshaAllah. Sebabnya, sebagaimana orang lain pernah berbuat silap pada kita, kita pun begitu juga. Kita pun mesti ada yang berbuat silap terhadap orang lain, dan tentunya kita mengharapkan kemaafan dari dia. Sama-sama muhasabah, sebab kita ini manusia, memang akan ada membuat kesilapan, jadi baik sama-sama..ikut Rasulullah SAW kita.

    Orang pemaaf ni hebat sebenarnya, jomlah kita jadi hebat, percaya dengan janji Allah dan lagi satu kita tidak akan rugi jadi orang baik-baik!

    :)

    Maafkan saja, inshaAllah hati tenang jiwa lapang. Allah kan ada..

    Reply
  14. Bodoh blogger ni… Memaafkan itu d tuntut dlm agama..

    Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda :
    “Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf ,hendaklah memaafkannya,apakah ia berada dipihak yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan) , niscaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim) bodoh.. Brhntila jd blogger

    Reply
    • As Salam,
      Kalau saudara membaca keseluruhan artikel diatas dan cuba menghadam makna yang ingin disampaikan, saudara tidak akan meninggalkan komen seperti ini. Apatah lagi dengan perkataan “bodoh” kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya.

      Janganlah dengan hanya melihat tajuk sekilas pandang, tanpa mendalami artikel yang ditulis, terus meninggalkan komen yang tidak patut seperti ini, yang akhirnya menunjukkan kebodohan siapa yang terlihat.

      Semoga akhlak saudara seiring dengan hadis2 yang diamalkan oleh saudara itu.. :)

      “Rabbana aa tinaa min ladung ka rohmataw wahayyi’ lanaa min amrinaa rosyada”

      Reply
  15. Saya ingin bertanya. bagaimana pulak sekiranya saya sukar untuk memaafkan seseorang yang membuat fitnah sana sini dan melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap saya dan juga orang-orang lain yang pernah menjadi mangsa oleh seseorang? Perlukah saya memaafkan orang itu sedangkan orang itu tak pernah cuba untuk memohon maaf apatah lagi untuk berubah?Sebaliknya dia berterusan melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadapa saya dan juga orang-orang lain.

    Reply
    • InsyaaAllah semoga jiwa awak cukup besar untuk memaafkannya walaupuan dia tidak datang meminta maaf.

      Sebab biasanya kelebihan orang yang jenis pemaaf ni dia sentiasa happy.. :)

      Reply
  16. Menurut saya, kita mesti belajar memaafkan kesalahan orang terhadap kita bagaimanapun sakitnya jika memang orang tersebut telah bersungguh-sungguh meminta maaf.

    Reply

Leave a Comment