Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin

janji allah
Beberapa janji allah bagi mereka yang ingin berkahwin | asriahnabil6_by_agmnhob~deviantart

Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin?

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.

Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping.

Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah Khabar Gembira Berupa Janji Allah Bagi Orang Yang Akan Berkahwin

Bergembiralah wahai saudaraku…

1.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.

— An Nuur ayat 26

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri.

Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya.

Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah.

Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita.

Amin.


2.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

— An Nuur ayat 32

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin.

Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.

Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya.

Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.

Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah.

Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah-dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.

Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?


3.

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.

— HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini.

Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.

— Ar Ruum : 21


5.

“Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “.

— Al Mu’min : 60

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya.

Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa.

Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain-lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa.

Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa.

Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar.

Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.

Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”.

— Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.”

— Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.”

— Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim


6.

Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“.

— Al Baqarah: 153

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat.

Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

— Alam Nasyrah : 5-6

Ini juga janji Allah.

Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang.

Segalanya terasa sulit.

Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.


8.

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

— Muhammad: 7

Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah.

Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya.

Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.

— Al Hajj : 40


10.

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.

— Al Baqarah : 214

 

Penutup

Itulah janji Allah.

Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya.

Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita.

Kita harus berbaik sangka kepada Allah.

Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu-ragu dengan janji Allah?

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

66 thoughts on “Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin”

  1. Pingback: Wajarkah Kahwin Semasa Waktu Belajar ? | amerahbokhari
  2. Nak Tanya sikit.. Ada orang ni, Dah nak masok 40 tahun.. Tapi pemalu and pendiam habis sampai tak pandai nak buat kawan. Sekarang dia takde kawan perempuan Terus.. Balik kerja duduk rumah aje.. Takde gi mana mana.. Cuma buat urusan sendiri aja.. Nak kahwin tapi takut nak buat kawan.. Dan takde avenue nak carik kawan mana2..cuma ada segelintir aja tapi tak layan dia sangat.. Walaupun tinggal di bandar, tapi rasa mcm keseorangan Terus.. Mana2 pergi sendiri aja.. Takut ada bakal yang mungkin tak bole sesuai kan diri dgn orang mcm Gini. Apa komen tang orang mcm gini..

    Reply
    • Itu semua bergantung kepada diri beliau nanti. Jika dia memberi komitmen untuk membahagiakan isteri, pasti rumah tangganya harmoni. Pemalu – bukanlah sifat yang jengkel, malah ramai wanita yang lebih mahukan suaminya pemalu kerana baginya lebih selamat.

      Yang penting ada persediaan dari segi agama dan perkara-perkara asas.

      Reply
  3. assalamualaikum..sy ad bf kmi bcnta da 4 taun lbh..sy nak kwin dgn dia tp mak dia xska sy..jd ap sy pelu buat??..tq

    Reply
  4. saya mempunyai seorang kawam ppuam yg telah berkhawim.namum perkhawinan nye tidak bahagia disebabkan isteri tidak mendapat nafkah batin dr awal perkhawinan sebab suami mati pucuk atau tidak aftif.
    saya selalu menasihat kan nya.dan dia selalu mengadu masaalah pd saya tentang rumah tangga nya.masaallah tidak mendapat nafkah batin ni mereka menyorokan dr pengetahuan keluarga dan sauadara sdri.bila banyak pertanyaan timbul napa tdak dpt zuriat mereka selalu bercakap belom ada rezeki pada hal yg sebenar nya suami tak mampu bagi nafkah batin.
    semenjak tu sy mula jatuh cinta pd dia dan sedia mengambil dia jika dia ceraikan suami nya.tambahkan pula sy seorang laki bujang yg kematiam isteri.
    ape kah hukum sy menyuruh dia bercerai dan ingin mengawini dia.ada kah cara sy ni ada kesalahan pd agama pd hal niat sy adalah jujur dan ikhkas.
    kini sy dlm delema kerana ppuam tu takut plk pada suami nya jika berlaku yg tidak diingini.suami nye selalu berpesan jgn cerita masaalah nya pd org lain termasuk mak ayah sdri.
    tolong beri pendapat dlm hal ni.
    terima kasih.

    Reply
    • Hal rumah tgga..aib suami xpyh citer kt org ..bygkn awk kwin..pastu ad lki kenan kt istri awk..suh mtk cerai gn awk..apa awk rsa..

      Reply
  5. Assalam.alhamdulillah.sgt2 bermanfaat..cuma minta pendapat dn pandangan.sy berumur 25tahun.dan bakal bertunang bulan hadapan insyaallah.tp sy masih meragui pasangan sy.slalu terfkir adakah pilihan sy tepat.adakah dia benar2 jodoh sy.byk bnda sy merasa ragu tntg dirinya.keluarganya.

    Reply
  6. Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Sy sayangkan kekasih sy. Sy rasa sy tak boleh berjauhan dengan dia lagi. Sebab kami bercinta jarak jauh. Kami ada niat nak berkahwin. Tetapi teman lelaki saya belum bersedia. Tetapi saya tak tahum saya rasa perasaan ni sangat mendesak saya. Saya selalu berdoa kepada Allah supaya diberikan kesabaran dan ketenangan. Sy serahkan segala2 nya pada Allah. Perasaan ingin berkahwin sangat mendesak saya. Kalau tidak keberatan, toling nasihatkan saya. Terima kasih.

    Reply
  7. Alhamdulillah. Syukran. Diri ini terlalu banyak kurangnya. Jadi impianku ingin seorang lelaki yang mampu membimbingku ke jalan yg benar. Tapi masih tidak bertemu. Doakan yang terbaik untukku.

    Reply
  8. rasa mcm xleh kawen, sbb sekarang ni mmg dh mcm nk beli org. hantaran mahal, bergantung pada status anak perempuan.. dhla nk kena tanggung dosa org tu dh nk kena bayar pulak. yg dato ke menteri ke tokei ke walaau sape2 atau ape harta bapak sy bukannya saya. dtuju bukan pada sume org, tp pada kebanyakan..

    Reply
  9. Adakah dosa silam akan mempengaruhi jodoh/pasangan kita.Jika dulunya kita tidak bersikap sebaik mungkin tapi sekarang kita telah berubah….Adakah kita akan mendapat jodoh yang solehah jgk?

    Reply
  10. klau saye pilih untuk tidak berkahwin langsung seumur hidup saya kerana Allah, boleh x? sye ingin fokus pd kerjaya dan mencari harta utk kebahagiaan diri dsmping mendekatkn diri kpda Allh.., kerana sye tdk yakin pde perkahwinan, perkahwinan dlm keluarge dn saudara2 sye semua berakhir dgn penceraian dan kesedihan.., ape hukumnye?

    Reply
    • Jodoh dan semua telah ditakdirkan Allah. Kita tak mampu nak buat semua keputusan sendiri.Perbanyakkan doa pada Allah, kerana hanya dia yang lebih mengetahui yg terbaik buat kita :)

      Reply
    • Berkahwin tu sunnah nabi.. Dan perkahwinan itu bermakna kita telah menyempurnakan separuh daripada agama kita. Rasenya tak boleh kita menolak perkahwinan jika kita mampu atas alasan tidak mampu.. just pandangan saya la.. =)

      Reply
    • Islam adalah agama yang menggalakkan seseorang yang mampu kahwin dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga supaya berkahwin dan membina rumah tangga. Rasulullah s.a.w. tidak menyukai orang yang membujang seumur hidup, kecuali dia mempunyai masalah yang tidak mengizinkannya untuk berkahwin

      mengenai masalah2 keluarga yang dihadapi saudara mara awak tu, jgn jdikan ia sebagai pelemah semangat awak untuk membina baitulmuslim ya..

      Reply
  11. Salam..
    Firstly nk mintk izin tuk share artikel di atas. Sangat menarik..
    Dan nak tanya mcm mane ye nk buat ‘Jom baca artikel lain yang bermanfaat :’ n ade byk2 link kt bawah tu?
    i’ve tried before this but xjadi.. hope you can share with me..

    Thanks..

    Reply
  12. harap2 Allah murahkan rezeki nikah tahun depan… heheheh… INSYALLAH… tq for this renungan… memberi semangat…

    Reply

Leave a Comment