Janganlah Kamu Bersedih

bersedih
Bersedih adalah fitrah dalam kehidupan

Ada Waktu Kita Bersedih

Sedih itu, sedih ini.

Sedih dengan pelbagai perkara.

Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin kita pernah membaca ayat ini:

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

— At-Taubah: 40

Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih?

Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita.

Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita.

Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah

Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis.

Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka.

Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.

Bersedih Itu Adalah Fitrah Manusia

Para Nabi bersedih.

Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau.

Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih.

Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. 

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan.

Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.

 

Bersedih Yang Tidak Diajarkan Dalam Islam

Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.

Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” 

— QS. At-Taubah: 40

 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

— QS.Ali ‘Imran:139

Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.

(HR. Abu Dawud)

 

Bagaimana Caranya Supaya Kita Tidak Bersedih Lagi?

Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.

Pertama:

Dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita.

Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan?

Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

– QS Ar Ra’d: 28

Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.

Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.

  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


Kedua:

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw.

Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah.

Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang

(Hadith riwayat Abu Daud)

Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.

 

Kesedihan Adalah Keperluan. Tetapi Tidak Boleh Berlebihan

Sedih memang baik.

Sekali sekala ia melembutkan hati.

Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyesalan, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

155 thoughts on “Janganlah Kamu Bersedih”

  1. Assalamualaikum, saya sedih tapi saya senyap , tak ada orang tahu yang ape saye rse , even family pun, sye rse mcm NK gila

    Reply
    • Waalaikumsalam Nurin. Allah sentiasa ada di damping mu. Luahkan kan lah cerita, perasaan mu kepada yang Maha Esa. Dia mendengar Dan mengerti. Saya pon selalu bercerita dengan Allah

      Reply
  2. terima kasih kepada penulis blog ni. Lepas saya baca blog ni , saya sedar saya tak boleh bersedih lama2 kerana saya percaya di sebalik dugaan dan cabaran yang saya lalui, pasti ada hikmahnya. Sebelum ni saya selalu sedih dan menyesal dengan perbuatan saya sendiri dan hinaan dari kawan2 yang saya kurang rapat. sekarang saya sedar bahawa Allah sentiasa ada dengan saya.

    Reply
  3. ass,sy sedang sedih karna teman2 di sekolah sy sedang membully saya cuman karna satu hal…mereka seolah olah sangat membenci sy..dan sy dirumah pun seperti orang yg tak berdaya…apa kah yang hars sy lakukan..

    Reply
  4. Doakan saya akan sentisa terus kuat dala menghadapi ujian ini. Hati ni selalu berpesan bahawa Allah sentiasa ada disisi. semoga saya terus kuat dalam apa jua keadaan :(
    Saya percaya disebalik semua perkara yang saya yang lalui hari ini mempunyai hikmah yang besar suatu hari nanti. In shaa Allah Aamiin :)

    Reply
  5. Saya bersedih di atas keputusan yang telah saya buat. Saya cuma harap saya kuat dan jadikan kesilapan ini sebagai pengajaran dalam hidup.

    Reply
    • Kita harus sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka.

      Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.

      Reply
  6. Assalamualaikum.saya berasa sedih sangat kerana saya dituduh pecah amanah dan bersuhabat dgn org luar untk penyelewengan duit sebanyk RM35 460.saya dah bersumpah atas nama allah bahawa saya langsung tidak terlbt.akn tetapi mreka tdak mmpercyai sya..saya dianiaya.. tmbhan pula sekarang pihak atasan tdk bnarkan saya pulang ke tempat asal dimne saya bekerja..saya perlu duduk di hq untk pmantauan.saya berasa sedih dgn ap y berlaku..semua org di hq pndg serong trhadap saya..mereka berfikir bhawa saya tdak amanah.. saya bkerja 2 org ditmpt lama..akn tetapi sy seorang shaja y dituduh, rkan sekerja sy seorg lg trlpas..hal ini kerana org atas org india dan dia juga india.saya juga dpt thu bhawa rkan skerja sy ad putar belit dekat hq tntg saya..ya allah.. ap yang perlu sy buat spaya hq tdk lg mnuduh sy lg..?thanks kepada pmbaca.

    Reply
    • Askom..Saudara,bersabar Allah bersama dgn org2 yg benar…Bersangka baik kpd Allah,InsyAllah dgn ujian ini dosa2 kita dpt diampunkan…Jgn sekali tggal solat sesibuk mana pun…Dunia umpama penjara bg org beriman,dunia plak syurga bg org2 kafir…Allah melindungi org2 beriman sementara org2 kafir itu tiadalah perlindungan bg mereka…InsyAllah.

      Reply
  7. Assalamualaikum…

    Saya sedih sangat² dan tak tahu nak buat apa lagi. Seolah-olah saya hilang arah. Beberpa hari yang lalu 23/02/2019, ibu saya dah meninggal dunia.terkejut yang amat sangat dengan kehilangan ini.tiap hari saya katakan pada diri agar tabah,sabar dan tawwakal.Allah ada untuk saya dan keluarga. Dan saya juga bersyukur Allah swt beri saya kesempatan untuk menemani ibu saya di wad ICU selama seminggu sehingga hujung nyawanya. Ibu sungguh Allah swt permudahkan perjalanan mu..semoga roh mu di cucuri rahmat Allah swt dan tempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamiin²

    Reply
    • Normah, samalah dgn sy. Sy pun terkejut dgn kepergian arwah ibu sy yg tercinta pd 17 April 2019. At least awk dpt agk serta teman dia sblm pemergian dia. Ibu sy meninggal dlm tidur. Apepun kt ingat sentiasa ingat Allah, sbr & redha. Mgkin ade hikmah disebalik ujian kita.

      Reply
  8. Assalamualaikum saya sedih dan kecewa dgn ibu saya kerana dia memperdayakan saya. Saya ditipu berbulan2 dan saya pendam kerana tidak mahu derhaka kpdnya dan saya selalu katakan pada diri saya bhw ibu saya bertindak sedemikian krn dia juga ingin bahagia ttp jujur saya katakan hati saya sgt2 sakit utk tanggung. Sehingga saya jujur dan meluahkan apa saya rasa kpd ibu saya dan menangis teresak2 di hadapannya merayu agar dia tdk berbuat sedemikian. Ibu saya sgt baik dan sgt syg kpd anak2nya. Dia akhirnya berjanji tdk akan mengulanginya lagi. Dan saya tk putus2 bersyukur krn semua kembali bahagia. Tp tak lama lps tu saya sedar ibu saya mengulangi kesilapan yg sama di mana sya lagi kecewa kerana dia telah berjanji kpd saya ttp mengingkarinya. Saya juga menganggap dia tidak kasihan kpd saya krn apa yg saya luahkan dan menagis didpnnya hanyalh sia2. Sekarang saya susah utk bergurau dgnnya krn saya tdk mahu memberi diri saya harapan utk bahagia lagi kerana saya akan sakit lg. Tp saya ttp hormat akan ibu saya. Cuma hidup saya agak sukar sedkit krn bila akar sudahpun rosak, jd susah utk saya bangkit dan cari kebahagiaan dlm hidup saya. Tp tdk bermakna saya lupakan Allah. Saya sentiasa berdoa kepadaNya agar Dia mengembalikan ibu saya :’) tp hati saya yakin yg hikmahnya ialah ganjaran yg sy akan dpt di akhirat kelak kerana bersabar walaupun sakit dan susah. Terima kasih kpd yg mmbaca :)))

    Reply
    • As salam..saya doakan agar Allah akan kurniakan kekuatan iman kepada awak untuk hadapi segala ujian..

      Reply
    • Saya juga malah putus asa dalam menjalani hidup karena dosa besar yang saya perbuat.bagaimanakah agar saya bisa iklas menjalani hukuman ini

      Reply
  9. Assalamualaikum saya seorang mahasiswi yang diterima lewat jalur undangan, akhir akhir ini saya depresi dengan slalu merasa bersalah entah kenapa . Saya ingin keluar dari kuliah tapi ada ketakutan bila sekolah diblacklist walaupun itu belum pasti . Orang tua saya menyuruh untuk cuti dulu tetapi hati saya slalu takut dengan cibiran orang lain bila mana saya cuti sekolah akan kena imbas. Yang menjadikan saya merasa bersalah . Saat ini saya terus menangis t,akut untuk berbincang dengan teman kelas takut untuk apapun .

    Reply
  10. Saya yuni dari jawa tengah saya sampai sekarang tidak tau siapa orang tua saya dimna dan siapa karena dari kecil dibesarkan dari keluarga yang tadinya saya tjdak kenal terkadang sampa sekarang masih sedih karena saya ingin seperti orang orang mempunyai orang tua yang perhatian dan sayang dengan penuh kasih sayang tapi itu semu hanya hayalan yang tak bisa jadi kenyataan karena sekarang ibu angkat saya sudah meninggal dana tidak ada satupun keluarga dari ibu angkat saya memberi tahu siapa orang tua kanndung saya sebenarnya sampai saya mempunyai anak 2 ..tapi alhamdulilah saya menemukan suami yang baik menerima aq apa adanya dan mengayomi dan satu hal lagi aq merasa alloh didekatku disaat perasaan sedih mulai datang saya selalu menangis meinta perlindungan darinya karna hanya alloh yang tau jalan hidup dan yang tau siapa orang tua saya sebenarnya tetapi terkadang saya ingin nangis sekeras kerasnya tapi tidak ada satu orang pun yang tau perasaan saya ..masih panjang cerita sedih saya …..

    Reply
  11. Saya hampir setiap hari sedih bahkan menangis sebab jauh dari mama saya di karenakan saya berkerja di luar yang jarak yang jauh
    Jadi perasaan khawatir dan bimbang serta takut terjadi apa2 dengan mama saya
    Seandainya terjadi hal yang tak di ingin kan memang saya akan rasa menyesal seumur hidup
    Sebab tak dapat jaga selalu mama di dekat saya
    Saya bingung
    Sedang kan saya harus berkerja menafkahi keluarga dan anak
    Tapi di sisi lain saya bimbang untuk meninggal mama di rumah
    Butuh saran nya donk

    Reply
    • assalamualaikum, kalo bokeh saya kasih saran, libatkan semua urusanmu kepada Allah, serahkan orang tuamu kepada Allah, dengan kamu yakin dan percaya klo Allah akan melindungi mereka, maka apa yg harus d khawatirkan?, berprasangka baiklah kmu kepada Allah :), Allah lah tempat sebaik-baik pelindung, semoga ini bisa d ambil hikmahnya dan untuk saya juga,

      Reply
  12. Memang,yang paling benar adalah kembali pada Alloh.karena Dia adalah penyelesaian masalah yang paling baik

    Reply
  13. Salam. di saat saya dlm kesedihan, keresahan dgn masalah yg silih berganti dtg, saya kuatkan diri utk sujud kpd Allah, membc Quran, berzikir setiap waktu yg terluang, dibibir, didlm hati, waktu sblm tido sentiasa menginggatinya, kalu dulu saya susah utk saya melakukan ibadah, berat sgt, skrg rasa mudah, mudah sgt.. semua adalah bermula saya dn suami diberimusibah, ujian demi ujian yg besar dtg tapi di sebalik ujian sebenarnya Allah telah merancang sesuatu yg baik buat kita, bersabarlah, tabahlah urk menghadapi hari2 esok meskipun pahit getir sekalipun, kuat dan ingat Allah sentiasa bersama kita.
    sherry.

    Reply
  14. Assalamualaikum.. saya sedih.kerana ingin berkahwin.ayah saya letak hantaran yang tinggi.katanya sebab saya ada rumah dan kereta.bagi saya itu semua bukan la penting.yang penting lelaki itu ikhlas menjaga dan membimbing saya.sampai sekarang dia masih menyimpan duit.saya puas pujuk ayah saya.Ayah saya cakap jangan masuk campur hal ini.saya betul betul buntu.saya bukan apa.risau akan terjadi perkara maksiat.kami dah bersedia nak berkahwin tapi terpaksa tangguh dulu sementara tunggu duit yang cukup.mohon doakan jodoh kami berdua.

    Reply

Leave a Comment