Janganlah Kamu Bersedih

bersedih
Bersedih adalah fitrah dalam kehidupan

Ada Waktu Kita Bersedih

Sedih itu, sedih ini.

Sedih dengan pelbagai perkara.

Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin kita pernah membaca ayat ini:

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

— At-Taubah: 40

Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih?

Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita.

Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita.

Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah

Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis.

Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka.

Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.

Bersedih Itu Adalah Fitrah Manusia

Para Nabi bersedih.

Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau.

Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih.

Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. 

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan.

Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.

 

Bersedih Yang Tidak Diajarkan Dalam Islam

Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.

Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” 

— QS. At-Taubah: 40

 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

— QS.Ali ‘Imran:139

Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.

(HR. Abu Dawud)

 

Bagaimana Caranya Supaya Kita Tidak Bersedih Lagi?

Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.

Pertama:

Dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita.

Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan?

Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

– QS Ar Ra’d: 28

Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.

Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.

  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


Kedua:

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw.

Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah.

Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang

(Hadith riwayat Abu Daud)

Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.

 

Kesedihan Adalah Keperluan. Tetapi Tidak Boleh Berlebihan

Sedih memang baik.

Sekali sekala ia melembutkan hati.

Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyesalan, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

155 thoughts on “Janganlah Kamu Bersedih”

  1. Destinasi terakhir bagi hamba Allah yg mendapat rahmat dan redha Allah ialah balasan syurga maka bersabarlah. Bayangkan 1 jam akhirat bersamaan 41.6666667 tahun dunia.Kalo umur 20 kita baru saja hidup lebih kurang 30 minit di akhirat!!!SUBHANALLAH.Cuba renung bagi lama sahabat sekalian!!Maka dengan itu ayuh bangkit memperbaiki segala amalan dan buang sikap malas dan sentiasa bersyukur kerana saat ini kita masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah.
    Marilah kita berdoa kpd Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

    Reply
  2. Macam mana pula sedih sebaba ibu bapa bertengkar..ibu selalu ungkit kisah2 lama? Saban tahun seperti ini. Telinga ana lah yang menjadi pendengar bila ibu bersungut ttg ayah dn family ayah. Bila ibu marah pada adik2, ibu akan ungkit kisah2 lama.

    Ana manusia biasa. Pasti hati ana sedih dan terluka bila keadaan seperti ini. Ana sayang ibu. Ana sayang ayah. Apa harus ana buat.

    Reply
  3. Sedih tak terkire saat inget harus bayar utang.,sekolah anak,makan,nyumbang. Ditambah sakit yang datang. Takut dan sedih bila nak berobat. Muka jadi kusem cemberut. Gimana ……

    Reply
  4. Assalamulaikum saya sedih karena suami saya tidak menegrti dengan saya, disatu pihak adikkku butuh aku juga dipihak lainn dia suamiku yaa Allah berilah jalan terbaik untuk Hamba MU ini

    Reply
  5. Sy akan sedih apbila mak sy marah sy.
    Mak sy suka sngt mrh2 sy .
    Ad je yg tk kene bile buat keje.
    Bile nak stdy kene pnggil buat keje dkt kedai.
    Jdi sy akn bljr tngh malam smpai subuh bile cuti skola.
    Setiap kali mak marah sy nagis .
    Wlaupun sy tk melawan ckp mak sy ttp nagis.
    Sbb sy rasa kecik hati dgn mak.
    Mak ad ckp suruh sy cri mak lain :(
    Mak x syng sy ? Mcm mne sy nk hilng kn ksedihan ?

    Reply
  6. 17 thn lamax berumah tangga..sy ditinggal
    Meninggal denganx.aku dikaruniahi anak 3 orang.ditengah ujian ini anak sy yg bunggsu sakit dan di fonis untuk operasi karena penyakit kelainan pada ususx..ya rabbi berikanlah aku kekuatan..

    Reply
  7. 17 thn lamax berumah tangga..sy ditinggal
    Meninggal denganx.aku dikaruniahi anak 3 irang.ditengah ujian ini anak sy yg bunggsu sakit dan di fonis untuk operasi karena penyakit kelainan pada ususx..ya rabbi berukanlah aku kekuatan..

    Reply
  8. Ramai lagi manusia yg ditimpa kesedihan yg Allah cerita kan para nabi2 yg ditimpa jatuh tangga,tanga hancur, badan sakit dan belipat kali di timpa ,ditimpa,ditimpa. bukan sekali tetapi berkali2. Begitulah ujian Allah terhadap hambanya. seperti kita nak beli periuk maka akan diketuk untuk melihat kekuatan peruik tersebut ,jika kuat baru kita ambil. begitulah ujian Allah.

    Reply
  9. Pingback: Bagaimana cara untuk menahan marah dan menghapuskan dendam? – Dakwah Maya
  10. Pingback: Bagaimana menahan marah & menghapuskan dendam?
  11. Dan aku bersedih atas makhluk bumi,
    Dan aku bersedih atas pandangan negetif,
    Dan aku sering menyisih atas kelukaan hati,

    Walau tahu Allah itu ada,
    Walau tahu firmanNya,
    Ma’al yusri u’sra…
    Namun sedih itu setia,

    Tidak berangkat dari sekeping jiwa,
    biar menghanyut bersama-sama,
    Air mata dan keperitan rasa,

    Dan aku masih sedih dalam canda,
    Masih menangis dalam tawa,
    Masih menyisih dalam sembunyi,

    Semoga Hati ini lebih tenang selepas menangis..

    Reply
  12. Kesedihan saya di karenakan saya memutuskan harus meninggalkan orang yg di harapkan bisa menerima saya karena kputusan sya prgi k negri orang. Namun upaya saya blum mnemukan titik temuseakan saya belum mendapatkan kesadaran normalnya seorang yg tidak ingin bersedih

    Reply
  13. dikisahkan sy bertemu cinta seorg gadis yg baik peramah. mude dri sy 5 tahun. asal dari melaka.. sepanjng 8bulan berkenalan sy ngn si dia, sy tau segala peribadi die.. background org susah. anak sulung, blaja x tinggi. disebabkan sy melihat die. kenal die. sy decide diri sy untuk berkawin dgn die, ikhlas nk bantu die. syg die.. pada satu hari selepas sy sudah merisik ngn si die.. Allah da bagi ujian dekat sy. muncul nye org baru.. gadis baik berpelajaran, kerja kukuh.background family yg baik. gadis baru itu dari lukut port dickson. sy solat istikharah kerana sy terpakse buat pilihan utk mase depan sy. selepas itu sy fikir masak2. sy tgglkan bdk melaka dan pergi ke bdk lukut.. hati perasaan sy berubah. disebabkan itu mule bercinta dgn gadis baru. ye pada mase itu sy terase diri sy kejam. selfish.. penting kn diri sendiri. buat keputusan terburu. sy sedar. nak jadi kan cerita. sepanjng 2bulan kenalan ngn gadis lukut. sy decide sy nak kawin ngn die kerana die pernah putus tunang da umurnya beza setahun atas dari sy. mak ayah die restu hubungan kami. pada mase itu. secare tiba2, si gadis lukut x jadi kawin da berubah perasaan. die tinggalkan sy tanpa sebab munasabah. selepas itu sy dpt tau di fb. die sudah ade org baru dan decide nak kawin tahun depan. hati sy terluka sedih tido xlena. difikirkan balik sy patut terima balasan sy atas perbuatan sy dkt bdk melaka. karma. pusing2 sy kena balik. sy tau sy salah. sy redha dan tawakal. mgkin ini bkn jodoh sy. Allah hanya menguji sy. byk dosa sy. Alhamdullilah. skrg sy dekatkan diri dgn Allah. solat. dan berdoa. sy mahu jadi manusia yg lebih baik

    Reply
    • Walaupun komen ni da lme. Sy cuma nasihatkan awk, cuma lepas ni kalau rse dah jumpa yg sesuai. Terus bulatkn hati. Kalau ada kekurangn skit2 dari psgn kt mohon pd tuhan biar ubah kpd yg lbih baik dan ingat ape perasaan awk bila ade laki yg dah merisik ank awk, tibe2 laki tuh tinggal mcm tuh je. Muhasabah diri.

      Reply
  14. Ya allah sy termasuk orang beruntung walo nasib harus jadi janda anak br 6 bulan tapi sy masih selalu bersedih meskipun selalu berdzikir …tetap mengingat masalalu..

    Reply
  15. Ya allah, alhamdullilah saya keterima di Universitas Telkom, disana diwajibkan asrama, memang jarak orang tua saya dan saya hanya 10 km. Tapi rasanya saya takut, sedih, sakit hati, gakuat banget. Saya tdk pernah jauh dari mama, adik, nenek saya. Setiap tidur dan dimanapun saya tdk kuat untuk meneteskan air mata. Hati saya terasa sakit sekali. Tolong bantu saya untuk menemtramkan hati saya, karena saya sudah melalukan dzikir diatas tapi tetap saja. Apa ada dzikir yang lain. Terimakasih

    Reply
    • aku mengalami rasa yang sama sepertimu. semakin hampir waktunya untuk aku berangkat makin aku merasakan sedihnya. sejujurnya aku juga gak kuat untuk jauh dari keluargaku.

      Reply

Leave a Comment