Jangan Dipengaruhi Emosi

emosi
Emosi | You makes me Angry by *naked-in-the-rain

Goncangan emosi boleh menghancurkan seseorang jauh lebih cepat berbanding musibah besar yang memunculkan emosi tersebut

Antara cara memastikan agar kesusahan tetap berada di luar diri adalah dengan menjaga emosi.

Jangan biarkan emosi menguasai diri kita pada saat kesusahan datang.

Sewaktu menghadapi kesusahan yang berat, biasanya emosi negatif kita akan meningkat.

Kita cenderung menjadi panik, stress, marah dan mengalami kesedihan yang melampau.

Itu semua akan mempengaruhi tindakan kita selanjutnya.

Semua emosi negatif itu merupakan pintu bagi kesusahan untuk masuk ke dalam diri, maka kesusahan yang kita alami akan menjadi semakin besar.

Sewaktu menghadapi masalah, sebesar mana pun masalah itu, kita hendaklah berusaha untuk tetap tenang dan tidak emosional.

Sebahagian orang mengatakan jika kita sedang marah, hati boleh panas, tetapi kepala hendaklah tetap sejuk.

Dengan begitu keputusan yang akan diambil berikutnya akan tetap terkawal.

Jangan sampai diri kita dikuasai oleh perasaan susah dan kerananya kita menjadi emosional dalam bertindak.

Pada perinsipnya kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja, selagi yang dipelajari itu merupakan sesuatu yang positif.

 

Mengawal Emosi Disaat Kesusahan Menerjah

Orang yang berikut ini sama sekali bukan tokoh kegemaran kita semua untuk diceritakan, tetapi terdapat sedikit kisah menarik yang boleh dijadikan pengajaran dalam menghadapi kesusahan.

Orang yang akan dicerikan ini dianggap oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan di Asia Tenggara pada tahun 1998, iaitu George Soros.

Tidak mengapa kita bercerita tentangnya, untuk mengambil sedikit pengajaran  yang positif.

George Soros dianggap sebagai salah seorang pelabur yang paling menonjol ketika ini.

Walaupun begitu, lalaki keturunan Yahudi Hungary ini bukannya tidak pernah melakukan kesilapan atau kegagalan dalam hidupnya.

Pada pertengahan tahun 1987, Soros menjangkakan bursa saham di Amerika akan mengalami peningkatan, sementara Jepun akan mengalami yang sebaliknya.

Dia mengambil langkah bijak dalam pelaburan seiring dengan ramalanya.

Bagaimanapun, perkiraan ini ternyata silap.

Kira-kira sebulan kemudian, tepatnya pada tarikh 19 Oktober 1987, bursa saham Amerika Syarikat mengalami kemorosotan.

Peristiwa yang dikenali sebagai peristiwa Black Monday itu merupakan salah satu kemorosotan bursa saham Amerika yang terbesar dalam sejarah.

Sementara itu Jepun ternyata berjaya menjaga bursa sahamnya dan tidak mengalami kemorosotan seperti yang diramalkan oleh Soros.

Ini menyebabkan Soros dan syarikat pelaburanya, Quantum Fund, mengalami kerugian besar di Amerika Syarikat dan Jepun secara serentak.

Kejadian itu menyebabkan Soros kehilangan semua keuntungannya untuk setahun.

Bagi seorang pelabur, walau bagaimana kaya pun dia, perkara itu merupakan masalah yang sangat besar.

Kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan nyaris-nyaris melumpuhkan perniagaanya.

Ia seperti gempa bumi dan bencana tsunami yang datang tanpa disangka-sangka.

Bencana kewangan itu bukan sahaja dialami oleh soros seorang.

Ada ramai lagi ahli perniagaan, pelabur dan pengurus yang terkena hentaman dahsyat krisis kewangan tersebut.

Mereka menjadi tidak berdaya dan seperti kehilangan semangat setelah kejadian itu.

Bagi kebanyakan pengurus ketika itu, kesusahan telah masuk ke dalam diri mereka. Benteng pertahanan emosi  mereka runtuh.

Yang membezakan Soros dengan ramai pelabur lain adalah dia lebih mampu untuk mengawal jarak dengan emosinya.

Dia ternyata lebih mampu untuk mengawal untuk tidak membiarkan kesusahan masuk ke dalam dirinya.

Dua minggu setelah kejadian itu, Soros segera kembali ke pasaran kewangan dan mengambil langkah-langkah perlu dalam pelaburan untuk mengukuhkan lagi syarikatnya.

Dia melupakan kegagalan yang telah berlaku sebelumnya.

Pada akhir tahun itu, dengan kata lain dua bulan kemudian, syarikatnya mengalami peningkatan 14.5% (Mark Tier, The Winning Investment Habits of Warren Buffet & George Soros)

Jika Soros mampu melakukan hal begini, seorang muslim sepatutnya lebih mampu dalam mengawal dirinya.

Apakah kita mampu mengawal emosi saat berhadapan masalah?

Apakah kita mampu menjaga diri daripada kesusahan dan membiarkan kesusahan itu tetap berada di luar diri kita?

Insyaallah kita boleh melakukannya..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
farahnasirr
farahnasirr
10 tahun yang lalu

salam, sy nak mintak some advice. sy ada sorang kawan yg terlalu emotional sampai kami satu rumah dah tak tahan dgn perangai dia, jenis nak semua orang dengar ckp dia, hempas pintu, marah2 panas baran, tp sebenarnya baik dan tak pernah tinggi kan suara, seorang pelajar yg sangat pandai. cuma cara dia sangat negatif wpun kami tak buat salah. selalu ugut nak cari rumah lain, org bising sikit dia terus marah tunjuk protes dgn hempas pintu amik bantal selimut keluar bilik tp bila dia bising gelak kuat2 tgk runningman time orang tidur takpe pulak. dia tak kisah pun pandagan org lain. kami dah penat nak jaga hati dia tp dia sebaliknya, marah marah marah, ingat dia sorang je reti marah, skrg ni cara dia dah angkut tilam keluar bilik, lepas ni keluar rumah terus maybe, tq :’)