Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.
Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia — tiada kepastian seperti itu.
Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan kebaikan.
Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.
Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka menulis.
Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.
Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.
Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.
Mengapa?
Sebenarnya dia tidak kuat untuk menanggung dan menerima kritikan.
Dia tertekan..
Apa yang dapat disimpulkan, dia tidak bersedia untuk menerima keburukan yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya.
Dia merasakan dirinya sudah menulis perkara yang baik dan menganggap penulisannya memberi manfaat untuk pembaca, khususnya teman-teman yang ditanda.
Dia beranggapan kebaikan perlu dibalas dengan kebaikan juga.
Tetapi sebaliknya, susu dibalas dengan air tuba.
Dia fikir dia sudah melakukan perkara yang baik dan tidak patut ada orang mengkritiknya.
Disini adalah kuncinya — terima kenyataan!
Kita perlu menerima kenyataan, bukan selalu kebaikan diterima secara baik oleh orang lain.
Kebaikan tidak semestinya dibalas dengan kebaikan – Hakikat yang perlu kita terima.
Mungkin kita menyesali perkara itu.
Tetapi, penyesalan tidak mengubah keadaan.
Ini adalah fakta kehidupan.
Tiada orang baik sepanjang waktu
Perlu kita ketahui tidak semua orang itu baik sifatnya, apatah lagi untuk baik sepanjang waktu.
Kecuali Rasulullah – selalu bersifat baik kerana Allah menjadikannya bersifat seperti itu.
Bagaimana pula kita? manusia biasa
Selain daripada itu, memang jarang ada orang yang sentiasa baik sikapnya.
Tetap ada kekurangan dan kelemahannya dimana-mana.
Pernah berbuat khilaf dan dosa.
Jangan mengharap perbuatan kita dibalas dengan kebaikan
Orang baik tentu membalas kebaikan dengan kebaikan.
Apabila tidak dapat melakukan kebaikan pun, dia tidak melukai hati orang yang melakukan kebaikan.
Tetapi pada asasnya, kita mesti menerima kenyataan bahawa tidak mungkin kebaikan yang kita berikan sentiasa dianggap baik oleh orang lain.
Ini adalah realiti.
Jangan mengharap selalu dibalas dengan kebaikan
Mari kuatkan hati! =)
Tinggalkan Komen Anda..
cem mna nak lupekan dia yang dlu awak harapkan cm sbtas hrap je,tak lbih because dia tak prnah ungkapkan rasa kat awak,mungkin dia anggap awak mcam adik je,tlonglah awak nak lupekan dia org,dia tu amat baik tak da cacat skitpun d mata awak
Masukan,
Yang di maksud kebaikan di balas kebaikan itu adalah kebaikan yang di perbuat manusia akan mendapat balasan kebaikan bahkan yang lebih baik dari Allah SWT ,,,bukan dari manusia….kalau dari manusia ya pasti gak mungkin lah di balas kebaikan terus,,,kalau masalah penulisnya jadi stress gara2 tulisannya baik tapi malah di kritik,,,berarti dia mungkin mengharap kebaikan dari manusia seperti di beri pujian atau penghargaan,,,,bukan dari Allah ,,, kalau dia mengharap dari Allah maka ketentraman yang ia dapatkan jika dia merasa sudah melakukan hal baik,,,,mengapa harus peduli dengan kritikan manusia,,,,karena setiap manusia pasti ada yang suka dan ada yang tidak suka terhadapnya….
Allhmdllh dapat masukan lagi
makasih
pernah saya menulis tentang bab aurat wanita di status fb dan pasal pergaulan antara lelaki dan wanita.
tetapi disalah erti oleh seorang kawan kerana mengatakan saya menulis kerana ingin menyebarkan aib tentang dia, padahal saya menulis secara umum dan tidak terpikir menulis untuk dia..
memang emosi terasa lemah bila kawan yang lain masuk campur tanpa mengetahui hal yang sebenar. tapi hanya mampu diam kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. bukan sekali dua perkara ini terjadi dengan orang yang sama. kekadang dia merasakan semua yang saya tulis ditujukan pada dia, padahal saya langsung tak memikirkannya.
tapi ada juga kawan yang menyokong dari belakang yang terus tidak henti memberi semangat. tapi siapa yang suka bila difitnah dan mempunyai musuh dalam hidup.. sejauh mana kita cuba hindari sesuatu perkara itu, tapi kalau Allah sebut ‘kun fayakun’ makan akan terjadi juga.
sekarang saya lebih mengamalkan konsep berhati-hati dalam menulis di fb/twitter, tak semua orang boleh menerima apa yang kita tulis meski kita sudah berhati-hati sekalipun.. dan tidak juga kita perlu mengalah jika kita menyedari apa yang kita tulis bukannya mengajak seseorang melakukan keburukan..
Setuju
Mmg kita x mgkin jd insan yg baik sentiasa tetapi kita perlu ada keazaman utk cuba perbaiki diri .
baiki diri ke arah kebaikan..
HIJRAH..