Merawat Dendam Yang Bernanah Di Hati Apabila Kita Dimalukan, Dicaci Dan Difitnah

dendam
dendam | Walk hard by ~Bandur88

Rambut yang tercabut daripada akar menimbulkan rasa sakit.

Tangan yang tergores ataupun kaki yang terhantuk pada batu juga menyebabakan rasa sakit.

Perut yang ditendang, muka yang ditampar, terkena tusukan ataupun pukulan jaga goresan pedang pasti memunculkan rasa sakit.

Rasa sakit itu tidak diajar melalui proses pendidikan dan pembelajaran.

Rasa sakit itu bersifat semula jadi dan fitrah.

Begitu juga rasa sakit yang mendera hati, batin dan perasaan.

Apabila kita dihina, pasti rasa sakit muncul dalam hati kita.

Apabila kita difitnah, pasti muncul rasa perit yang mencucuk jiwa.

 

Membalas Dendam: Berani atau Pengecut?

Ada orang yang mengatakan, orang yang tidak berani membalas sakit hati adalah pengecut.

Mereka berkata, orang yang mengatakan “mari memaafkan” adalah orang yang hipokrit.

Sakit hati perlu dibalas. Mata diganti mata dan gigi diganti gigi.

Sakit hati dibalas dengan sakit hati, sekitanya boleh, sehingga ke tahap yang sekejam-kejamnya.

— Ini sebenarnya salah

Sebenarnya dia salah apabila mengatakan orang yang tidak membalas sakit hati adalah pengecut.

Menahan sakit hati supaya tidak membalas rasa sakit hati dengan cara menyakiti kembali bukan tindakan pengecut.

Lebih dari itu, bersabar dan tidak menyakiti orang yang menyakiti  ia tidak disebut sebagai tindakan pengecut.

Pengecut adalah ketika disakiti, lalu kita berasa sakit, kecewa, sedih dan berputus asa kerana tidak dapat berbuat apa-apa bagi membalasnya ataupun tidak tidak kuat menahan rasa sakit dengan kesabaran.

Inilah yang disebut sebagai pengecut.

Orang yang pengecut biasanya lari daripada tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Pertanyaan yang sering muncul sekarang adalah mengapa dendam muncul dalam diri kita?

  • Adakah dendam perlu dibalas?
  • Sekiranya dendam tidak terbalas, apa yang terjadi?

Dendam bermula daripada rasa sakit hati.

Dalam buku yang berjudul The Road to Allah :

Dendam adalah rasa marah yang kita simpan jauh dalam hati, sehingga merosakkan hati kita sedikit demi sedikit.

Akibat menyimpan dendam, kita mengalami tekanan berpanjangan”

Ada orang menderita strok kerana disebabkan oleh mereka sakit hati, dan ada orang menderita sakit jantung juga kerana perkara yang sama.

Semua itu disebabkan hatinya dikuasai dendam, tetapi dia tidak dapat melampiaskan dendamnya itu.

Dendam dihati bukan hanya menyebabkan sakit hati, bahkan mungkin juga menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Dalam dendam memang selalu ada kebencian, marah, kecewa, putus asa, dan hampa kerana dendam itu tidak terbalas.

 

Adakah Waktu Dapat Menguraikan Dendam?

Ya.

Tetapi bergantung pada orang yang memiliki dendam itu sendiri.

Apabila hati tidak segera dibebaskan daripada rasa dendam, sakitnya tetap terasa walaupun waktu berubah.

Apabila orang berbuat jahat kepada kita, kita boleh mengambil jalan dengan urutan cara berikut:

  • Kita tidak membalas
  • Kita balas dengan cara setimpal
  • Kita bersabar dengan keburukan yang dilakukan oleh orang kepada kita

Antara akhlak Islam adalah apabila orang lain memperlakukan kita dengan buruk, kita membalasnya dengan berbuat baik, tidak dengan keburukan juga.

Namun, pada saat orang berbuat jahat kepada kita, biasanya tiada yang lain yang akan kita fikirkan kecuali bagaimana membalasnya dengan kejahatan juga.

Kadangkala kejahatan sehasta dibalas dengan keburukan beberapa hasta

Contohnya, kita difitnah mencuri wang pejabat.

Lalu, tindakan kita adalah membalas keburukannya dengan cara menyebarkan keburukan diri orang itu.

Tentunya kita belum merasa puas.

Kita pun berteriak memarahi orang itu, ditambah keinginan memukul, menendang, ataupun tindakan lain yang lebih ekstrem.

Jujur pada diri sendiri.

Kita sering tidak sedar pembalasan kita sudah melampaui batas.

Kita membalas keburukan dengan cara yang lebih buruk.

Sekali kita dimarahi, kita membalas dengan berkali-kali memarahi.

Sekali kita ditampar, kita membalasnya dengan menampar berkali-kali.

Rasanya-rasanya, kita masih juga belum puas.

Kita ingin menamparnya lagi, kita ingin menyakitinya dengan cara yang lebih sakit dan lebih sakit lagi.

Membalas keburukan dengan keburukan adalah kehinaan atas kehinaan.

Darjat orang yang demikian adalah rendah, sama sahaja seperti membalas kedengkian dengan kedengkian.

Perkara yang melatari perkara itu adalah dendam dan bukan menegakkan keadilan.

Membalas keburukan dengan keburukan memang dapat membahagiakan hawa nafsu, Tetapi membalas keburukan dengan kebaikan adalah kemenangan manusia dihadapan manusia lain dan di hadapan Allah. 

 

Bersabar, Bersabar dan Bersabarlah..

Percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan kepada kita.

Apa yang perlu buat adalah sabar dan yakin bahawa semua itu akan datang pada kita, tepat pada masanya.

“Apabila kamu membalas kejahatan, kamu perlu membalas kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu dan apabila kamu bersabar, tindakan yang demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar”

— An-Nahl ayat 126

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

95 thoughts on “Merawat Dendam Yang Bernanah Di Hati Apabila Kita Dimalukan, Dicaci Dan Difitnah”

  1. saya dendam dgn ayah sy sendiri,sbb dia pandang rendah pada saya,dia kutuk2 pelajaran saya,saya duduk asrama di panggilnya reban ayam,smpai skrg saya berdendam dengannya,sy xtau nk luahkan kat sape,saya ni perempuan y hatinya lemah ,perlukan sokongan,sy xtau mcm mana nk hilangkan rasa dendam ni,akhirnya diri saya sendiri hancur,sbb dendam,sy benci sgt dgn dia,dan saya benci dgn lelaki sbb ayah saya.

    Reply
  2. Saya terlalu banyak masa lalu hitam yang membuat saya dan ke 2 Orang tua saya menangis. Waktu saya sekolah saya selalu mendapat hinaan dari keluarga ibu saya. Mereka selalu berkata jika orang tua saya adalah orang miskin dan mereka ingin saya untuk berhenti sekolah tapi saya menyadari bahwa keluarga saya memang tidak mampu. sempat saya ingin membalas semua keluarga ibu saya tapi apalah dayaku aku hanyalah hamba allah yang lemah dan banyak kekurangan.

    Reply
  3. Hati saya sekarang ni rasa sedih,geram, x puas hati pun ada. Saya membuka laman web youtube bgi menghilangkan kebosanan saya ni, kemudian sya terlihat video yang menarik perhatian saya tentang agama Islam. Ia nya ceramah dlm bahasa Inggeris… lepastu sya scroll down di section comments sekadar nk tengok2 sahaja…. Selepas tu hati saya membuak2, Sakit Hati betul … ade ke diorang menghina Allah?! Masyallah, perkataan yg mereka gunakan.. Subhanallah sakit hati tak terkata. Ish.. rse macam nak tampar je… Boleh pulak diorang menghina Allah?! Ayat yg diorang gunakan tu…. Sye x nak lah post comments yg sye baca tu kat sini, sbb nanti ade pulak org yg sakit hati… mmg betul2 sakit hati saya ni…. tpi sye akan cuba tenangkan diri saya ni… Biarlah Allah memberi balasan yg setimpal kpd org2 yg menghina Allah..

    Reply
    • semoga allah yg membalasnya itu pasti
      allah gak tidur allah maha mendengar
      dan maha melihat .. .. .. semoga orang yg udh jahat sama qt allah pasti membalas nya amiiiiin ya allah .. .. .. .. .. .. .. ya allah bls lah sakit hati q yg mlm in q rasakan ,aq bersabar karna in adalah hari baik,suci bulan puasa .. .. .. .. .. aq yakin allah akan membalas nya amiiiiin .. .. .. ..

      Reply
  4. Assalamualaikum sahabat sekalian. Banyak kisah yang saya baca perihal DENDAM. Saya pula ada kisah saya sendiri, dan semoga apa yang terjadi pada saya diambil pengajaran dan dijadikan sempadan. Setiap kali dalam doa saya, hati saya sebetulnya menangis mengenangkan sejarah hitam yang meragut harga diri saya. Saya menangis sebab saya takut andai hati saya, terdetik untuk balas dendam terhadap orang yang menzalimi saya. Jujur saya katakan, say hampir untuk balas dendam… tapi Alhamdulillah, saya bersyukur, Allah selamatkan saya. Saya rasa lemah sangat saat tu. Saya simpan seorang diri untuk menjaga aib dia dan keluarganya. Apa yang mampu saya lakukan tatkala orang meragut sesuatu daripada saya? Hati saya tidak berhenti berdoa meminta pertolongan dari Allah dan menyebut nama Allah, saya menangis. Saya trauma dalam diam. Tapi saya pulihkan semangat saya demi orang tua saya. Saya jenis yang ceria, jadi saya jadikan Allah sebagai saksi untuk apa yang terjadi. Saya belajar untuk memaafkannya tapi hal yang sama berulang. Saya tak berdaya untuk melawan! Saya lemah! Saya berdoa moga Allah menjauhkan saya dari mereka yany zalim. Kisah ini, nyata memberi banyak kesan dalam hidup saya… banyak yang berubah. Tapi saya gembira, Allah itu sememangnya Maha Adil. Bila saya bersendirian, saya mengingati balik setiap detik hiduo saya. Rupanya Allah sedang mendatangkan pelangi selepas hujan. Alhamdulillah.

    Reply
    • Assalamualaikum..boleh awak kongsi kan cerita awak lebih.. ape jadi pada orang yang sakiti dan zalim pada awak tu?

      Reply
  5. dulu saya seorang yang ceria..saya bila membuka bicara dengan sahabat2, saya cuba untuk tidak menyakiti hati mereka atau senang cakap jaga hati mereka..saya tidak kondem mereka..jikalau ada yang kondem..saya akan cuba nasihati dengan mengatakan mereka insan yang terbaik dan cukup baik pada saya sebagai sahabat.tetapi saya hanya manusia biasa..saya pun ada kelemahan..kelemahan saya sekali sekala digelakkan oleh sahabat2 membuatkan saya terluka..padahal saya tidak pernah berbuat demikian kepada mereka..
    Saya juga sangat menghormati sahabat2..tetapi apabila terlalu respek..terlalu berlembut kepala saya diinjak2..saya terluka dengan sikap segelintir sahabat..saya akui kadang kala bila terlalu tertekan saya ada luahkan perasaan pada sahabat yang sy pecaya..tetapi lain pula cerita bila luahan saya disebarkan dan sampai ke pengetahuan orang lain..
    aduh..sungguh sedih..walawpun cara saya salah kerana meluahkan perasaan geram saya kepada seorang teman..tetapi tidak patut sahabat saya meyebarkannya..saya ingin jarakkan diri saya dengan dia selepas ini..saya harap Allah bersama-sama saya untuk sembuhkan kelukaan saya dan saya ingin mendampingi Allah..

    Reply
  6. Sedih pg td morning breifing saya diaibkan..dpn kwn lain..saya dituduh buat surat pelanggan..ayat yg saya x blh terima..org luar byk x berkerja..klu x nk kerja berhenti ajerlah..ayat kurang ajar..saya dh keadaan sarat 9bln 8hr..mggu ini masa utk saya bersalin..semasa abik wuduk zohor..menangis saya…bila teringat kata2 perempuan ini..ssh sungguh saya nk maafkan dia.

    Reply
  7. Saya pernah di hina disaat kelas 7-8 ini sama t**mnku di kelas sampai saat ini saya masih di hina di ejek . tiap hari seperti hari ejekan yang selalu membuat hati ku panas .saya ingin membalaskan dendam itu kepada profokator nya entah dengan memukul atau menghina nya kembali tapi saya yakin cara ini malah menambah hinaan saya, atau di esok hari saya akan tetap diam tak menghiraukan dan sabar.

    Reply
    • Bersyukurlah ketika kita disakiti oleh seseorang. Karena bisa jadibhal itu yang akan menjadi penyemangat kita untuk semakin maju dan bersabarlah, ikhlaskanlah maka kita yang menjadi pemenangnya. Hal itu bisa menebus kesalahan dan dosa kita dimasa lalu

      Reply
  8. aku sakit hati karna sering dihina dan diomongin sama orang.sakit banget hati aku pengen bgt rasanya aku bales dendam

    Reply
  9. Aku punya masalah,aku sangat sakit hati dengannya,padahal saya sudah membantu kelompikny tanpa sepengetahuan dia,saat dia mengajak seluruh kelaa untuk dqtang ke acar gk jlas dia dia mengwjek saya dan menyebrkannya,badan besar tapi pikiran labil itulah dia,saat dia disakiti dia langsung meluapkannya bahkan hal sepele,saya selalu ingin membalas dendam kepadanya,dia selalu menganggap dirinya benar,padahal dia itu selalu salah bahkan sangat banyak kesalahannya daripada seluruh orang dikelas,saya sakit hati jepasanya karena saya selalu disalahkannya,padahal saat kami sekelompok saya telah membuat proyrknya tapi dia hanya numpang nama dan mengaku kepada seluruh kelas bahwa dia yg membuatnya,saya sangat sakit hati karena sudah ribuan perkataan yg keluar mulutnya membuat orang tersakiti,ini bukan oerrama kalinya dia merendahkan saya.sudah jutaan makian keluar dari mulutnya,saya tidak akan bisa menghilangkan perasaan balas dendam ini,beragam cara sudah dilakukan bahkan menangis takkan menyelesaikan maaalah itu saya sudah sangat salit hati terhadapnya ada keinginan untuk mempeemalukannya tapi saya tidak mau melakukannya karena saya tau itu takkan menywlesaikan masalahnya selama ini saya pendam jutaan rasa balaa dendam itu sampai 3 tahun ,wakty yg bentar memang tapi waktu sebentar itu sudah mebuat hatiku banyak terluka olehnya.saya tidak mau menghilangkan perasaan balaa dendam ini karena dia telh melewati batas manuaia

    Reply
    • sabaar..jangan siksa diri dengan pendam dendam, nti hidup gk tenang. biarkan sj dy seperti itu, toh waktu pasti akan menunjukkan siapa yang benar, dy pasti akan menuai hasil perbuatannya. sabar ya…

      Reply
  10. Jika Anda terhina dan sakit hati, tidak usahlah berpikir untuk membalas, serahkan semuanya pada Allah SWT, biar Allah yang membalasnya, berdoalah pada-Nya. Doa orang-orang tersakiti sudah dijamin Allah tuk dikabulkan, bahkan doa dari orang kafir sekalipun, jika dia sakit hati, pasti juga akan dikabulkan. Begitu bahayanya membuat orang sakit hati…..

    Reply
  11. Saya selama menjadi murid
    Kelas 7 sampai kelas 9 ini selalu menjadi bahan cacian teman laki laki sekelas saya
    Mereka selalu menjelek2an nama saya
    Beberapa kali saya tekanan batin bahkan depresi ringan
    Tetapi walaupun guru tahu tidak ada tindakan sama sekali
    Saya mencoba memaklumi pada awalnya
    Saya hanya anak 14 tahun yang belum mengerti perkataan mereka yang berunsur dewasa
    Setelah saya tau mereka selalu menganggap saya dan mencaci saya dengan kata pelacur
    Saya merasa terhina? Sangat!
    Bahkan saya sering menangis karena hal ini di kelas
    Apapun yang saya lakukan di kelas seperti semuanya salah
    Saya di panggil dengan nama binatang saya hanya diam
    Saya belajar mecoba mengihlaskan perbuatan mereka dan mencoba memaafkan
    Namun semakin ke sini mereka melunjak dan saya
    Merasa ingin balas dendam kepada mereka
    Saya tau itu dosa namun saya hanya seorang anak labil seorang anak 14 tahun yang merasa tertekan jika dengan perbuatan mereka

    Namun setelah membaca artikel ini saya sedikit tenang, walau saya masih harus mendapat cacian di esok hari

    Reply
    • sejak 14? skrg usia brp? jadi sudah brp th kamu menyimpan dendam? lihatlah, apakah ada gunanya? ini hanya merusak dirimu. bahkan teman yg menghinamu saja sudha lupa pernah menghina kamu, rugi bukan? ingat, sudah brp th sejak 14? jangan ditambah lagi, ini melukai diri sendiri. jgn rugi 2x. Sudah dilukai teman2mu, luka juga krn dilukai dendam dalam hati sendiri. Kalau kamu membalas perbuatan mereka juga tak berguna, dosa mu bertambah & derajatmu menjadi turun. Doakan saja, biar Allah yang membalas perbuatan mereka. Ingat, balasan dari Allah akan lebih daripada manusia, dan balasan org yang dihina akan indah rejekinya di masa depan.

      Reply
  12. aku pernah diejek sama semua laki-laki dan itu didepan guru pula aku diejeknya dan lebih parahnya lagi gurunya cuek aja gak marahin sama sekali sama laki-laki yang udah ngejek aku.sebenarnya semua laki-laki yang ngejek aku itu terbuat apa sih hatinya???

    Reply
  13. Saya dendam dgn org2 di persekitaran saya hingga dtg kemurungan yg amat. Kerana selalu diorg menang dgn saya. Bagaimana hendak saya menang lainkali?

    Reply
  14. gw pernah merasakan sakit hati tetapi entah dengan siapa
    di fitnah.dengan cara bicara d belakang saya dan ga tau siapa yg awal mula menyebarkannya sehingga sy merasa dendam untuk mengetahui siapa yg memulai hingga saya pergi meninggalkan tmpat klahiran hanya untuk menyaamar mrnjadi orang lain hingga semua terungkap dan semua yg ikut terlibat saya berusaha memaafkan tp yg memulai sudah mendapatkan ganjarannya
    yg merasa …….

    Reply
  15. Saya nak tanya pendapat semua saya berhak ke skit hati bila ditampar ditendang n ditumbuk dalam wad anak saya umur 1 tahun dibaling ke lantai wad oleh abg ipar yg marah sebab mak selalu call bini dia sbb rindu nk jmpa..dia salahkan saya dan kakak sulong menghasut mak ganggu rumah tangga dia tanpa fikir pnjang dia belasah kmi.ati saya sakit sngat2 benda tak dpt saya lupakan anak kecik 1 thun x tahu apa2 dibaling ke lantai wad depan org ramai yg hnya memerhati saja.saya x tau mcm mna nk maafkn org yg buat bdk kecik ni .abg ipar saya ni kahwin dgn kak saya lari di thailand kemuadian 2 bln sebelum kak saya lahirkan anak bru kmi dpt tau yg dia org dh kawin family laki smpai sekarang x dtg jmpa bincang s3lesaikan hal ni jdi klu saya ada perasaan marah n sakit ati adakah saya perlu disalahkan juga.

    Reply
  16. Gw skrg lg sakit hati bgt sama keluarga istri gw, gw di sidang ibarat tersangka dengan bermacam tuduhan yg di beratkan semua k gw.. gw di injek2 sama omongan mereka, gw di hina abis2an. karna mereka kaya dan gw dr keluarga pas2an. Dan sedihnya lagi istri gw gak ad sedikitpun pembelaannya untuk gw pada saat gw di sidang gak jelas.. da brapa hari ini mata gw merah plus perih terus mungkin karna emosi tertahan.. pantes gak gw nyamperin mertua gw dan gw utara kan semua emosi gw k mereka karn sakit hati yg mendalam atas penghinaan mereka terhadap gw.. terus terang prinsip gw “lebih baik melarat dengan hormat, daripada kaya tp terhina” thanxs…

    Reply
    • Posisi ane sekarang sama kya ente… Sakit emang hati ini klo digituin… Ane bisa aja jdi jahat dan bales semua perbuatan orang itu, tpi ane masih punya iman… Ga apa-apa kita dihina dan direndahin di dunia, tpi nanti di akhirat nanti kita jangan jdi manusia rendah dan hina…
      Mungkin ini semua ujian dari Allah buat kita dan rumah tangga kita untuk lebih taat kepada Nya
      Ane sekarang cuma bisa beristigfar dan berserah diri..

      Reply
  17. Buat keluarga orang padang & sungai duo tunggu pembalasan dari w.
    Sakit hati selama 25 tahun aku tahan sampai allah yang menghukumnya tak ada hasilnya.
    Ini saatnya membalas sakit hatiku dengan memukulnya sampai memar & membakar mereka hidup2 jauh lebih terbalaskan dendamku.
    G akan ada maaf buat mereka yang sudah menyakitiku sampai memar seperti ini.

    Reply
    • W sumpahin orang padang & Sungai duo mendapatkan pembalasan dari w bila perlu lo all mati ditangan w or ditabrak mobil. Nyawa dibalas dengan nyawa. Fisik dibalas dengan fisik pula.
      Orang padang & sungai duo anjing tai babi all.
      Mati aja lho all.

      Reply

Leave a Comment