Dari Mana Datangnya Ketabahan Itu Setelah Ditinggalkan?

ketabahan
ketabahan

Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain.

Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu.

Tapi sungguh, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang.

Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang..

Ada orang bertanya kepada aku;

aku tengok kau ni kejap je sedih, biasa je, kalau aku, meroyan kot, bercinta dah lama, lepas tu kena tinggal.

Ke kau memang tak sayang dia?’

Pertanyaan lagi,

aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay.

Ada udang di sebalik mee ke?’

 

Siapa cakap aku tak sedih?

Siapa cakap aku tak rebah?

Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah dan mama.

Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu?

Semua orang bertanyakan soalan yang sama.

Jawapan aku mudah.

Bertaubat. Kembali padaNya.

Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa.

Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku.

Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.

 

Kuasa Allah Itu Hebat..

Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu.

Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu.

Tidur malam ku kembali tenang.

Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit.

Jangan lupa amalkan ini.

Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.


1) Memaafkan seseorang.

Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku.

Semua kesalahan diletakkan di bahuku.

Aku redha. Aku telah memaafkan dia.

Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya.

Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah.

Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta.

Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.

Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” 

Surah Al-A’raf : 199.


2)  Bermuhasabah diri

Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa.

Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita.

Ingatlah, tidak mati dek keji.

Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri.

Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita.

Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti.

Insyallah..


3)  Berprasangka baik

Allah berfirman:

Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”

— QS. Al-Hujurat : 12

Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan.

Mesti ada. Walaupun sedikit.

Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.

Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’.

Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya.

Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.


4) Berserah segalanya pada yang Maha Esa.

Jangan terburu-buru mengejar cinta.

Berhenti seketika.

Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?

Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah.

Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya.

Anggap la ini ujian dari Allah.


Ia benar.

Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan.

Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini.

Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.

Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah.

Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita.

Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita.

Semuanya kuasa Allah. Percayalah..


Salam Sayang
Rahadatul Aisy

Artikel ini telah dihantar oleh Rahadatul Aisy ke inbox untuk perkongsian kepada kita semua.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

50 thoughts on “Dari Mana Datangnya Ketabahan Itu Setelah Ditinggalkan?”

  1. sy masih lg x blh lupakan pda org y pnh sy sgyyy sdgkn die bhgia dgn y lain… sedih bila diperlakukan begini… smpai skrg masih lg begini menginggati die… mencuba utk lupa tpi kdgx gagal…

    Reply
  2. aku baru jk rasa kecewa mcm ni, sakit yg teramat, bila llki yg aku sayg slama ni tipu aku. rupanya dia ada hubungan dgn janda ank 1 dan sda pun 4 thun diorang becinta. Allah sakitnya hanya tuhan yg tau hati aku ni… Hemss smoga tips ni dapt bermanfaat bgi aku.

    Reply
  3. alhamdulillah sy ambil masa dlm tempoh 3 minggu utk pulihkan hati dan smgt hidup sy.. disekililing sy ada family dan kwn yg xpernah pts memberi sy smgt utk hdp.. skrg sy ada mengenali sorg lelaki yg bru kenal slme smgu.. tp niat di hati sy hny utk berkawan dgn dia wlupn dia ingin mengenali lebih dr itu.. ramai yg ingin berkenalan dgn sy tp hati sy xmudah utk terima org.. kini sy lebih menjaga hati sy dan xkan mudah utk sy terima org dlm hidup sy setelah apa yg terjadi.. bagi sy cinta dan syg sebelum nikah adalah palsu.. dlm islam tiada istilah couple.. allahu

    Reply
  4. terima kasih utk tips ini, saya sedangkan amalkan, semoga ada keajaiban yg allah akan berikan selepas ini dlm kehidupan saya. semoga saya tabah dan kuat utk menempuh hari2 yang akan datang. allahuakbar… amiin

    Reply
  5. Tksh kerana memberi tips ini memang betul info yg diberi saya telah memcubanya memang menjadi dgn izin Allah.syukur alhamdulilah setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya.

    Reply
  6. Ketabahan akan dtg. Allah akan bagi.
    Redha dg apa yg trjd.

    Sealalu ada hikmah dsebalik kjdian.
    Jd kan kta kuat.
    Jdkn kta lbh dekat dg Nya.
    Jdkn kta jauh lbh baik dr sblmnya, Apa lg jk kta lbh taat, takwa & tetap istiqomah d jln Nya. InshaAllah.
    Jdkn kta lbh tng.
    Jdkn kta lbh sabar
    Jdkn kta brsyukur sangat2 krn Allah tlh pilih kta mengahadapi ujian itu. Itu berarti Allah sayang kat kta kot…, Allah ingin kta hny brharap pdNya, bukan pd yg lain, bukan pula pd dia yg jg sorg hamba/ manusia yg jg sama spt kta.

    Reply
  7. Saya pun prnah merasakan hal seperti itu, ditinggakan oleh orang yang saya sayangi… Terimakasih setelah saya baca tulisan anda akhirnyta saya sadar Allah akan mengadili segala perbuatan
    #Semoga_kita_selalu_dalam_lindungan_ALLAH

    Reply
  8. assalamualaikum
    skit skali rsany mengalami kekecewaan ini.

    btw, tulisan kmu menginspirasi bngt. mdh2n sy bs merealisasikanny dlm khdpn sy.
    aamiin

    Reply
  9. And paling best..today bday suami..tp dia tidak bersama sy anak2..tp bersama perempuan yg mgkin selayaknya utk dia..sy meredhakan sahaja..bodohkan saya atau sebenarnya sy sudah menerima hakikat dia bukan milik saya…

    Reply
  10. Sy pun tgh menanggung yg sama..berhadapan dgn suami yg ntah la..sejauh mana kata2nya yg boleh dipercayai kerana terlalu byk pembohongan dan sy diperbodohkan selama perkahwinan kami. Tp demi anak2 sy cuma pasrah dan redha…

    Reply
  11. Alhamdulillah..terima kasih d atas perkongsian artikel inI kpd umum. Sy pun ada background history mcm tu.. bkwan dan bcita hampiri 8tahun..bila habis blja, dia balik ke negeri dia, trus dia tinggalkan sy..blja bsama..sush sng bsama..tp bila dia bkeja dan sng, trus tinggalkan sy.dan dlm msa yg sma sy ada sakit. Mungkin faktor tu juga mnyebabkan dia tiggalkan saya. SubhannAllah.. xpe, sy redha dgn itu semua sbb Allah sentiasa ada dgn sy wlaupun hal tu dah berlalu 4tahun, tp smpai arini masih segar dlm ingatan. Semoga ketabahan itu d beri berpanjangan oleh Nya.

    Reply
  12. Be Not Sad.
    Surely Allah is with Us.
    At-Taubah : 40.

    Mungkin guruh tgh melandah skrg,
    Tapi Yakin la.. Allah sbnarnye nk bagi pelangi yg indah diakhirnya..

    Reply
  13. salam… apa yg dialami suadari sedikit sebyk m’berikan motivasi utk sy bangun semula. sy seorg ibu tunggal & 3 org anak yg masih kecil 7/5/3 tahun. sy baru shj diceraikan ex hubby dgn talak 2. kami dah bkahwin 8 tahun & bercinta dr sek lg so skrg klau kira msk 18tahun bersama. semua nya terjadi bila 4 bulan lepas ada perempuan indon yg berstatus bini org anak 1 berkerja di tmpat ex sy kerja. mulanya sy rasa semcm tapi naluri isteri x pernah menipu sy & sy tny betul ke ada apa2 dia nafikan sehinggalah sy nampak dia bersama2 berpelukan dia atas motor sy kejar & serang perempuan tu & sy ingat dia serik tp keaadaan jd makin teruk ex hubby x balik umah & last sekali dia ceraikan sy lepas sy keguguran anak ke4. sy kecewa sgt sy pergi berubat dgn ustaz rawatan islam & seminggu minum air dari masjid rawatan keluar kaca dari mulut sy. sy nekad lepas ex hubby katakan x heran langsung dgn sy suruh dia keluar dr rumah x ada sebab kami sebumbung kalau dah bercerai dia x mahu sehinggalah 1hari sy nekad kemas bajunya & akhirnya dia keluar pada hari yg sama mlm tu jugak dia nikah x berdaftar ngan perempuan indon tu & perempuan tu minta cerai dari suami nya dia indon sana. sy terkejut x sangka dia buat sy mcm tu. sy masih ada meneruskan perubatan islam utk dia & keluarga kami sebab sy syg kan dia & anak2 sering demam rindukan abah mrk. tapi belom menampakan hasilnya lg dia makin jauh & pernah dia dtg berjmpa anak2 & sy diluar dia kata diabahagia sgt2 perempuan tu perfect 10 sempurna sy sgt2 terhina sbb dia langsung x jaga hati sy. selama dia keluar dia x pernah bg duit nafkah anak2 semua sy tanggung sendiri dengan sy yg surirumah sepenuh masa hanya niaga on9 sikit2 shj tp Allah maha kuasa rezeki kami ada shj. sy x boleh lupakan dia puas sy cuba & masih mengharap dia kembali & x pernah putus bersolat hajat, mengaji & juga rawatan islam. kawan2 & keluarga suruh lupakan dia tp mmg sukar sy nagis di sejadah tiap2 mlm buat solat2 sunat taubat, hajat & tahajud sebab x boleh tido. adakah sy begitu bodoh? sy x pasti? bila anak2 sering sakit ingin kan dia sy rasa mcm nak gila dia langsung x hiraukan kami bila sy call baru ingat anak2 kalau x dia dok bahagia dgn perempuan tu shj. susah nak terangkan bila Allah masih belom padamkan ingatan pada dia sy hanya berharap ada sianar baru utk sy & anak2 sebab sy tahu Allah maha adil. kalau sahabat ada cadangan sila share pada sy utk sy jadikan motivasi. tq

    Reply
  14. sy pun sama,sy bcinta slma 9 thun..tp sy dpt thu dia bhubgn dgn pmpuan lain..sy sgt down,xprnh sesedih ini,sedih yg teramat!kmi cuba bpisah..tp sy bingung dgn stuasi kmi..sukar utk brpsh,dia kata dia syg sy,dn tlh putus dgn org ke3,sy mmg xnafikn wlupn dia khianat sy mmg syg ttp ada..sy sgt ikhlas dgn dia..sy dpt sms dr org ke3 tu dia ckp mcm2 pasal mereka bdua tp tmn llki sy mnafikan apa yg org ke3 tu ckp..wlupn masih bsma tp hati sy x sprti dlu,fkiran sy tganggu dgn apa yg sy dgr dr phak ke3..hati trsa sgt skit..sy xmnyebelahi tmn llki sy tp sy juga tdk pcya 100% dgn apa sy dgr sy cuma mberi dia pluang,,tp ksedihan sllu dkt dgn sy,,bla sy cuba btnya dgn phk ke3 dia akn ckp sy mngganggu dia..walhal sy cuma btnya utk kbaikan..smoga apa yg tjdi ada hikmah d sblknya..

    Reply
  15. sy pn sama..sy tpksa mnvuba bkali2 melepaskan sedangkan hati ini masih syg..stiap hati mngis mlepaskan rsa skit dn rindu tp smua mmg sgt sukar..:-(

    Reply
  16. saya pernah terkena perkara begini . Ada hikmah disetiap yg berlaku . sya tinggalkan dia walaupun hati ni sakit sangat utk mlepaskannya ..

    Reply
  17. saya juga baru ditinggalkan kekasih setelah 9 tahun bercinta..
    kami merancang untuk berkahwin hujung tahun ini..
    tiba-tiba dia ada perempuan lain..
    ya Allah…..
    Allah saja yang tahu perasaan saya..
    saya juga failed exam kerana tidak dapat fokus apabila sehari sebelum saya exam dia mencari pasal dengan saya..dia cakap dia sudah tidak boleh go dengan saya..walhal ketika itu dia telah ada perempuan tersebut..
    tetapi saya tahu, Allah pisahkan kami untuk saya lebih kuat..
    kerana saya sangat2 bergantung kepadanya..
    dia terlalu memanjakan saya..
    memang sakit..
    even sekarang pun saya rasa saya belum pulih sepnuhnya..
    tapi saya selalu cakap dekat diri saya, semua ini ada hikmahnya..
    mungkin Allah nak bagi saya bahagia dengan cara lain..
    saya akan kuat..saya akan repeat semula exam saya..dan akan make sure saya lulus..
    hikmah yang paling besar saya dapat di sini adalah saya jadi rapat dengan family..
    selama ni saya selalu ketepikan family..
    saya sentiasa ikut kata-katanya..
    sampaikan family saya ada terasa dengan saya..
    sekarang saya dapat merasakan family saya sebenarnya lebih menyayangi saya.. :)
    terima kasih Allah dengan hikmah yang kau berikan..
    semoga saya tetap akan bersabar dengan dugaan yang Allah beri dan saya akn mendapat kebahagiaan dan jodoh saya nanti.. :)
    Amin…

    Reply

Leave a Comment