
Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain.
Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu.
Tapi sungguh, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang.
Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang..
Ada orang bertanya kepada aku;
aku tengok kau ni kejap je sedih, biasa je, kalau aku, meroyan kot, bercinta dah lama, lepas tu kena tinggal.
Ke kau memang tak sayang dia?’
Pertanyaan lagi,
aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay.
Ada udang di sebalik mee ke?’
Siapa cakap aku tak sedih?
Siapa cakap aku tak rebah?
Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah dan mama.
Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu?
Semua orang bertanyakan soalan yang sama.
Jawapan aku mudah.
Bertaubat. Kembali padaNya.
Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa.
Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku.
Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.
Kuasa Allah Itu Hebat..
Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu.
Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu.
Tidur malam ku kembali tenang.
Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit.
Jangan lupa amalkan ini.
Amalan yang boleh membuatkan sesiapa menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.
1) Memaafkan seseorang.
Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku.
Semua kesalahan diletakkan di bahuku.
Aku redha. Aku telah memaafkan dia.
Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya.
Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah.
Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta.
Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.
Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Surah Al-A’raf : 199.
2) Bermuhasabah diri
Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa.
Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita.
Ingatlah, tidak mati dek keji.
Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri.
Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri.
Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita.
Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti.
Insyallah..
3) Berprasangka baik
Allah berfirman:
Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”
— QS. Al-Hujurat : 12
Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan.
Mesti ada. Walaupun sedikit.
Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’.
Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya.
Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.
4) Berserah segalanya pada yang Maha Esa.
Jangan terburu-buru mengejar cinta.
Berhenti seketika.
Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?
Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan.
Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah.
Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya.
Anggap la ini ujian dari Allah.
Ia benar.
Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan.
Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini.
Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.
Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah.
Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita.
Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita.
Semuanya kuasa Allah. Percayalah..
Salam Sayang
Rahadatul Aisy
Artikel ini telah dihantar oleh Rahadatul Aisy ke inbox untuk perkongsian kepada kita semua.
Assalam…
Tibaw terjumpa artikel ini. Apa yg dicerita lebih kurang apa yg sy lalui.. kecewa dgn org yg disayangi, terlalu mengharap sehingga sy lupa Allah ada disisi sy. walaupun cerita sy agak berlainan sedikit tetapi apa yg dikatakan oleh saudari Aisy ada benar. Apabila sy melalui rasa kecewa yg x dpt tanggung ngan akal yg rasional.. tiba2 hati sy terdetik utk bertaubat. Sy sungguh2 menyesal dgn dosa2 sy. Allah maha agung maha berkuasa.. selepas sehari itu…apabila sy bangun tido.. hilang segala kesedihan sy tetapi digantikan dgn ketenangan. Subhanaallah.. ketenangan yg sy perlukan dan Allah ada disisi sy utk menolong sy. Sehingga kini sy berusaha utk mendalam & belajar utk mencari & mengekalkan ketabahan & ketenangan itu
Alhamdulillah.. sy syukur sy dgn ujian Allah bg pada sy. Betapa sy sedar Allah sayangkan sy. Kawan2, Allah sayangkan kita smua sebenarnya. Bertabahlah & bersabarlah…
As salam
Terbuka aty sy utk kembali kpd NYA.. coz selama ni sy seronok dgn cinta sy… sdgkan sy tau y hubungan sy dn dia x diredhai oleh kedua org tua.. sy ttp gn pendirian sy y pilihan sy tepat..sy curahkan sepenuh perasaan dan bergantung pengharapan pd dia..walau pun adakala nya aty terdetik y dia bkn lelaki y baik… dan ary nie sy ditinggalkan.. tuhan sj tau perasaan sy tika ni…tp slps tbce artikel nie.. sy sdr y slame nie sy jauh dri DIA..seronok gn maksiat dn dOsa.. rse bdosa sgt.. moga Allah time taubat sy nie..dn beri ketenangan dlm aty sy.. Aamiin
Saya?.. 10 taun lalu, saya diceraikan suami kerana gilakan isteri org. Isteri org tu pulak adalah kawan saya, yg saya mengasuh anak dia masa tu. Akhirnya saya diceraikan dan kawan saya bercerai dgn suami dia sbb nk sgt kawen dgn suami saya tika tu.. Anak saya dua org.. yg sulung sampai sakit jiwa kerana tekanan yg amat sgt..sampai sekarang anak saya bergantung dgn ubat utk tenangkan diri..
Saat demi saat yg saya dan anak2 lalui selepas menerima ujian besar tu, cukup membuat kami tersiksa.. sengsara..menderita.. nak bangun semula punyalah sakit dan payah.. saya sendiri hmpir separuh gila ketika tu.. saya cukup tk sangka kawan baik sendiri sggup menikam saya dari belakang..
assalam
moga puan tabah menghadapi segala ujian….saya merasa apa yang puan rasa’ hanya mampu bersabar..ingat satu hari kita akan bahagia juga
kaleela
Allahuakbar,,, beratnye dugaan akak,,
insya’Allah kalau ada jodoh pasti akan bertemu kembali..mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini..doa kan yang terbaik buat diri kamu dan dirinya..
Sy pnh alami pkara yg sma 2 tahun lps.mmg betul cara yg saudari kongsikan.cuma xmudah melupakan.smpi skrg sy msh ingt dan susah nk buka hati menerima yg lain.apepon sy hnya pegang satu pkara..ada hikmah yg kte xtau..bila Dia ambil sesuatu dr kte,Dia akan beri yg lbih baik nt.InsyaAllah
Saya baru diceraikan talak 1 jam 08.00.a.m.. Allahuakbar.. Cuma salah faham kecil.. Dia mengatakan saya akan ‘mampus’ kalau diceraikan.. Saya kata padanya Allahlah penjaga saya.. Apa terjadi pun dia tetap akan melindungi dan mengasihi saya.. Saya tetap akan hidup kerana Allah.. Bukan kerana kamu.. Lantas saya diceraikan..
Saya pun pernah alami perkara yang sama..dgn alasan,jodoh pilihan kluarga. Sy pernah persoalkn,dia llki,knp msti patuh..sy mnangis,mrintih,sakitnya ditinggalkn.saya solat,dekatkan diri dgn ALLAH,byk bca pkra yg motivate sy mostly artikel dri blog ni,dan skrg,sy mmpu redha..sy redha dgn sume ni,mgkn jodoh dia bukn dgn sy.dan kerana sy nk dia msuk syurga,sy lepaskn dia prgi sbb sy sdr diri sy bukn sesiapa,hnya ppuan yg msih mncuba mnjadi muslimah yang baik…skrg sy sbukkn diri,elak dgr lgu2 mgusik hati,bykkn amalan,byk kn bzikir…
Perit saya tahu. Saya pernah hampir nikah dengan ex tu. Saya lelaki, rasa jatuh tersungkur. Cara saya, terukan merintih, bukan sendirian namun kepada allah. Sabar dalam belajar melepaskan. Terus berdoa dan istighfar.
sy bru shaja mngalami prkara yg sama..dlm mnyibukkan dr dgan sgala aktiviti..xlupa juga mgamalkan prkara2 di atas..alhamdulilah..sy redha..dan sy sentiasa brfikir..mgkin allah xjanjikan dia yg trbaik untk sy dan bgtu juga allah xmnjanjikan sy yg trbaik buat drinya..krana..akan ada yg lbh trbaik yg allah jnjikan..:)
knaper yer..kdg2 kiter raser sungguh sedyh, rindu, n kdg2 gembira pada satu yg kiter pun tak tau puncanyer?
erm..sy merasanyer..ALLAH kekuatan saya.dia tglkan sy konon nk cri wanita solehah..sy bukanlah baik sgt..ermm sy time sume nie..alhamdulilah ujian ini mendekatkan diri kpd ALLAH..dia bahagia dgn org lain tp sy masih menanti..dan sy serahkan segalanya pada ALLAH
Sy pn da pnah alami ape awk rasekn tu. Xpela,mgkn ada hkmahnye..
Same goes here. bila kite gembira, kita lupa siapa yang bagi nikmat tu.9 February 2012 he dumped me after 4 years been together. Sakit sangat sampai sekarang masih terasa. Baru ingat nak dekatkan diri dengan Allah. Rasa berdosa sangat diri ni. Semoga saya dapat kekuatan berdepan dengan ujian Allah ni.
i’m agree what this article is all about. i also have experience once my partner dumb me. but i don’t know why i still can laughing once he said want to brake up with me. but in my heart there are like something slicing my heart into a pieces. but i back to HIM. HE give me a spirit to life along. i believe that everything HE give me there are something good thing waiting for me. and i hold what my ustazah said when im still in school which is do’a is a weapons for muslims :D
I just broke up last 2 weeks. My boyfriend dumped me with a reason. He said he don’t love me anymore and he don’t know why.. You know what girl, i rarely do my prayers, i rarely remember of Him, i only live my normal busy life with classes and friends and just wasting my time here and there.. since i’ve been dumped, i don’t know where else i should go.. and finally, i realized where should i go. I should pray sincerely to Allah. And I did. Alhamdulillah, Allah gave me strengths and guts to let my life goes on as usual.right now, right here after a week i feel so calm and peaceful. That is the power of DO’A. And I will always believe in Allah. He has a better plans for me and for everyone of us. Insyaallah. KALAU ADA JODOH, SUSAH MACAM MANA PUN ALLAH AKAN TEMUKAN KITA SEMULA. AMIN.. :)
betol tu hani. banyak2 la berdoa k. insyallah :) moga tabah menghadapi setiap ujian dari Allah!! ;)
percaya apa yg berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita…
betul ap yg dikatakan tentang artikel ketabahan itu..apabila kita mengingati Allah di saat kita d tinggalkan atau d khianati atau d tipu itulah ketabahan yg telah Allah berikan..sungguh ajaib bagaimana kita mampu face kesedihan itu hnya seketika sedangkan org lain ambil masa utk terima segalanya..percayalah..Allah Maha Mengetahui setiap ap yg berlaku..berhentilah utk menangis pd sesuatu yg bukan milik kita..dan percayalah setiap perpisahan itu ad hikmahnya..Allah lebih mengetahui sape yg tbek utk hambaNya..=)
percaya pada Allah..segala yang ditetapkan ada hikmah disebaliknya…apa yang kita nak blum tentu terbaik untuk kita..percaya Allah Maha Mengetahui segala-galanya..
Kesakitan putus cinta sebenarnya tidaklah sebesar mana, cuma kerunsingan hati yang merantai hati… Syukur Alhamdulillah.. Kita kembalilah pada Allah.. Walau ada bisikan2 halus berprasangka buruk, berdoalah & istighfar selalu. Derita kerana cinta itu tidak akan pulih sepenuhnya dalam sekelip mata.. tapi dengan menanam IMAN dalam jiwa, pasti Allah membahagiakan kita dgn cintaNya yg lebih suci & agung =)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…ALLAH sudah menakdirkan perpisah kerna ALLAH telah menetapkan yang terbaik ;p
saya pown penah mengalami dan sedang mengalami situasi sebegini..tp,,alhamduillah..saya kembali tenang dan bertekad untuk merubah diri saya ke arah yg lebih baek dan dalam pada masa yg sama saya juga masih berdoa semoga mantan saya itu adalah jodoh saya ..insyaAllah..Amin
Terima kasih mba raidahtul aisy. apa yang mba alami sma persis yang saya alami.
salam
faisal agung n