4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur

menjemput jodoh
Menjemput jodoh memerlukan usaha | image by by screamst

Artikel ini membantu individu bujang yang ingin dan sedang menjemput jodoh. Ia adalah artikel yang saya tulis semula daripada menonton video Cara Cepat Dapat Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam rancangan Wasata Hati.

Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang.

Bahasa lain, design our destiny.

Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju.

Tiada matlamat utama yang ingin dicapai.

Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah.

Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?”

Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa.

Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan.

Ada pepatah,

Jika kamu gagal merancang, beerti kamu merancang untuk gagal.”

 

3 Sebab Mengapa Tiada Impian:

  1. Terlalu kuat bekerja
  2. Kesibukan
  3. Mempunyai jadual yang padat

… sehingga lupa umur semakin meningkat ke arah umur 40 tahun.

Sebaiknya kita tidak menjadi kapal  yang bersauh tanpa destinasi.

Penting ada pencapaian yang ingin dicapai, seperti menggunakan konsep Stepping Stone, iaitu susunan batu yang semakin menaik.

Tiap langkah ada pencapaian yang semakin meningkat.

Ia diadaptasi seperti dalam sebuah hadis.

Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”

— Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Justeru penting adakan impian dan pencapaian yang kita ingin capai, supaya kita sentiasa menjadikan hari kita lebih baik daripada semalam. Insya-Allah.

 

Perkara Yang Menolak Jodoh

Antaranya adalah kurang yakin dan bersangka buruk kepada Allah.

Andai sekarang kita sudah berumur 40 tahun, jangan merendahkan keyakinan sendiri dengan berkata,

“Aku sudah berumur 40 tahun, mana mungkin dapat yang berumur 30 tahun.”

Tidak mustahil dapat yang umur 25 tahun.

“Aku sudah berumur 39 tahun, mana mungkin dapat jodoh pada umur ini.” 

Tahun itu belum berakhir, justeru jangan buruk sangka pada Allah bahawa Dia tidak akan temukan jodoh kita walau sudah berusia 39 tahun.

Sekali lagi – yakin.

Hatta The Beast pun dapat The Beast, pasti insya-Allah The Beauty akan dapat The Beautynya. Yakin.

 

Akad Nikah – Waktu Mustajab Doa

Ustaz Yusuf Mansur berkongsi, antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah.

Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan dengan mudah.

 

Proses Menyeru Jodoh – Kisah Mak Dan Anak

Dalam proses menyeru jodoh, ada tertibnya.

  1. Banyakkan berdoa
  2. Perhatikan tanda-tanda Allah – selepas berdoa, perhatikan tanda-tanda Allah. Barangkali Allah memberikan sesuatu setelah kita berdoa
  3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
  4. Lalui moment itu – go with the flow

 

Berdasarkan kisah benar di Indonesia.

Seorang anak perempuan sudah berumur 35 tahun, masih belum mendapatkan jodohnya.

Justeru, suatu hari mak mengajak anaknya itu untuk berdoa.

Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.

Tiap kali solat mereka berdoa, hatta pada solat Dhuha.

Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion datang ke rumah mereka.

Apabila si mak khabarkan kepada anak perempuannya, kelihatan anaknya itu malas.

Si mak cuba memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ.

Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka.

Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi.

Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa.

Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka.

Tidak cukup dengan itu, mak dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.

Antara barang yang mereka sedekahkan adalah cincin, untuk meningkatkan pemakbulan doa mereka kepada Allah.

Si anak perempuan mula menelefon kawan-kawannya.

Majoriti kawannya tidak datang ke reunion itu.

Kemudian, anaknya itu datang ke reunion itu. Ketika anaknya datang ke reunion, tiada satu pun kawan-kawan sebatch dengannya, datang pada hari itu.

Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya.

Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang, yang dia kenal.

Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.

Perempuan itu mula rasa kecewa.

Kemudian, perempuan itu bertanya, kepada lelaki itu – daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana?

Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal.

Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal.

Si lelaki menjawab sudah 2 tahun.

Selepas itu, perempuan meluahkan dia juga masih belum berkahwin.

Mereka berkawan selama 3 bulan, dan seterusnya bernikah.

 

 4 Proses Menjemput Jodoh

Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.

Ia ada dalam firman Allah,

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)


  1. Banyakkan berdoa

Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa.

Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil.

Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil.

Berdoa tiap kali selepas solat.

Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah.

Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.


  1. Kenali tanda-tanda Allah

Daripada kisah di atas, selepas 7 hari mereke berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah mereka.

Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita.

Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah.

Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.


  1. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan

Walau tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.


  1. Lalui situasi itu

Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu.

Seperti kisah di atas, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang.

Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ.

Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu, dan alhamdulillah selepas 3 bulan, mereka bernikah.

Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh.

Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi.

Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

Andai ingin mendapatkan lebih banyak artikel tentang keyakinan diri, boleh baca di blog NotaPositif.com.

Artikel ini di kongsikan oleh Cik Happy ke inbox kami. Semoga segala perkongsian ilmu yang disampaikan memberikan manfaat kepada semua pembaca.

Ikuti juga Cik Happy di Facebook, Google+ dan Twitter

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

891 thoughts on “4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur”

  1. Assalamualakum saya perempuan usia 32 tahun suku jawa ingin mencari suami yg bisa membing saya dunia dan aherat sayang keluarga dan pekerja keras 081266866992

    Reply
  2. juju dari banten, wanita, 30 th. pns guru. tidak berpacaran. menginginkan calon suami yg agamany baik, ahlak baik, sopan, menerima kekurangan. pin bb. 7DA886BE

    Reply
  3. mei
    24 thn
    asal lampung
    semoga allah mempercepat n memudahkn sya dlm mendapatkn imam yg soleh jujur dan syank kpd keluarga saya

    Reply
  4. Assalamu’alaikum.wr.wb
    Bismillah, nama : Muhamad Azhar Ma’arif/ 24th/ S2 (study master degree) UGM / WA (085740879885)/ 5B459B54
    Mencari istri yg sholihah, mengerti alqur’an & hadits, patuh pd org tuanya n sayang anak2. (look for a future wife who solehah, understood about qur’an & hadits, love family (parent), love childs..

    Jazakumullahu khoir

    Reply
  5. Assalamualaikum.. Terima kasih atas ilmunya… Semoga kita kan dipertemukan dengan jodoh yg Allah tetapkan untuk kita.. Aamiin yaa Robb… Ika di kota Jambi, wanita 30, single (belum pernah menikah). Ingin mencari pasangan dunia n akhirat, sholeh, bertanggung jawab, setia, jujur, jika anda pria single (belum pernah menikah) n siap untuk menikah, contact wa 0895603358836

    Reply
  6. Asalamualaikum Wr Wb

    Salam kenal semuanya saya Ardi 25 Th single. kerja di jakarta dari kuningan jawa barat
    disini saya ingin mencari pelengkap hidup seorang wanita yang solehah bisa ikhlas menerima kekurangan saya dan bersedia melengkapi kebahagian saya.
    Insya ALLAH jika kita berjodoh akan di pertemukan.
    kontak Ardi 085890573006 .

    wasalamualaikum

    Reply
  7. Asalamualaikum.. Perkenalkan nama sy siti, Asal kota Medan.. Usia sy 33 tahun, Pin bb 238264B4, semoga dng Silaturahmi Allah memberikan petunjuk bagi yg mengharapkanya nya termasuk sy Aamiin.

    Reply
  8. nama saya risa 23 th cari laki2 yg serius menikah..islam,setia dan bertanggung jawab..sy d sby..bagi yg brkenan jln slhtrhmi 085606047453

    Reply
  9. Assalamu’alaikum saya Merry andriyani, saya dari cirebon lahir 98 insya allah saya sudah siap d bimbing dan orgtuapun sudah dpt ijin. Ingin cpt” d khitbah klo bisa tahap ta’aruf dulu dan kalau sama” cocok bisa lgsg khitbah :) syukron.

    Reply
  10. Assalamualaikum wa4ahmatullah perkenalkan nama ane ridwanullah pendidikan s1 PAi umur 27 tahun mau m3ncari jodoh sekaligus istri dunia akherat bagi ukhti yan mau silahkan invite pon bb ane d107b249 ane tunggu sekian Wassalam …

    Reply
  11. Nama saya riko dari riau inhil kelahiran 1986, mau cari pendamping hidup dunia dan akhirat yg bs trima sya apa ada nya. Bgi yg brminat sila hub. 081261204729 pin bb 5D16C556

    Reply
  12. Assalamualaikum..
    terima kasih atas ilmunya..
    saya elfita sari
    kelahiran tahun ’95, tinggal dimedan
    saya mahasiswa tingkat akhir, dan karyawan swasta
    WA : 082277682201
    line : elfitasari95
    untuk perkenalan dan silaturahmi..
    wasalam…

    Reply
  13. Assalam mualaikum wr.wb nama sya rahayu Udh menemukn orng yg tepat menurut sya baik sikapx,kepribadianx,maupn agamax tpi org tua gk merentui krn perbedaan pedoman /adt yg tdk boleh di langgar krn akn berakibat buruk dlm kehidupn keluarga apkh ini benar tau salah

    Reply

Leave a Comment