“Dik, kamu harus pakai tudung. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang..“
MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan.
Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah.
Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh kecantikan muslimah itu.
Cantik
Muslimah pada zaman moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik.
Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang.
Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.
Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering mendapat godaaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall.
Tapi apakah itu semua adalah salah mereka?
Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana mempunyai wajah yang memikat?
Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.
Mereka lahir dengan fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah kurnia Allah SWT untuk hambaNya, mungkin juga untuk menguji keimanan dan ketakwaannya.
Maka jangan salahkan mereka apabila mereka cantik.
Yang harus dipersalahkan adalah orang-orang yang masih nekad menggodanya, yang tidak terkawal keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang dikurniakan Allah SWT terhadap seorang muslimah.
Bagaimana pula bagi mereka yang tidak cantik?
Sementara itu, disebalik dugaan yang melingkari muslimah-muslimah yang cantik, mereka yang tidak cukup menawan wajahnya pula kadangkala terjebak dengan perasaan rendah diri yang teruk.
Mereka berasa malu untuk bermasyarakat dan terlibat dengan aktiviti sosial.
Selalu merasakan diri banyak kekurangan.
Diri terasa amat tidak sempurna dan membataskan diri untuk tampil dengan penuh keyakinan.
Kurang cantik, kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya berbanding orang lain sehingga diri terasa begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya.
Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam ke dasar rasa rendah diri yang berlebihan.
Inilah antara perasaan yang tidak harus hadir dalam hati kita.
Inilah perasaan yang seharusnya kita lupuskan daripada hati kita. Kita tidak perlu merasa iri hati terhadap orang lain.
Setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah SWT, dan setiap kurniaan itu mempunyai hikmahnya tersendiri yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.
Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar.
Kenapa kita diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang berbentuk bulat.
Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam
“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]
Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedaman iman kita.
Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita, tetapi melihat kepada seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala ama agar ia lebih sempurna.
Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya lentur tubuh kita, sebaliknya tebal ketakwaan yang lebih diperhatikan Allah dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya.. :)
Sumber rujukan:
1. Ustaz Burhan Sodiq ( Buku berjudul : Engkau Memang Cantik )
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum, lari topik sikit tapi saya nak tahu hukum yang jelas berkenaan tampar muka , adakah tampar muka dengan nada bergurau dengan tampar yang perlahan macam cuit muka (saya rasa kalau kuat memang tak boleh) juga tak boleh , dan apa hukum kalau terlupa hukum contohnya buat benda tu masa terlupa hukum akan benda tu
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Soalan anda mengenai hukum menampar muka, walaupun dengan nada bergurau atau perlahan, adalah isu yang penting dalam Islam. Dalam Mazhab Syafi’i, yang menjadi asas ajaran di Malaysia, hukum asal bagi perbuatan menampar muka adalah haram, kerana ia merupakan tindakan yang merendahkan maruah dan menyakiti orang lain. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang melarang menampar muka.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berkelahi, maka janganlah ia menampar muka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Walaupun dilakukan dengan nada bergurau atau secara perlahan, tindakan tersebut tetap tidak digalakkan kerana boleh membawa kepada perasaan yang tidak baik dan mungkin melanggar batas kesopanan atau maruah orang lain. Islam mengajar kita untuk saling menghormati dan menjaga perasaan sesama Muslim.
Mengenai soalan kedua, tentang terlupa hukum, Islam memberi panduan yang sangat bijaksana. Seseorang yang melakukan sesuatu tindakan kerana terlupa atau tidak mengetahui hukumnya tidak akan dituntut atas kesalahannya itu. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.” (Surah Al-Baqarah: 286)
Ini menunjukkan sifat kasih sayang dan keadilan Allah SWT. Namun, adalah penting untuk kita terus berusaha mempelajari dan mengingati hukum-hukum Islam agar dapat mengamalkannya dengan baik.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat dan kefahaman kepada anda. Jika ada pertanyaan lanjut, silakan sahaja bertanya.
nice :) saudari, saya mohon izin u share pada para sahabat saya ya <3 terima kasih.
nice entry…
izin share yea…link u back..:)
suka sekali dengan artikel ini <3 kerana aku tidak tergolong dalam golongan orang yang cantik
syukur alhamdulillah… ;)
Alhamdulillah :-)
sentiasa bersyukur dengan apa yg dianugerahkan daripadaNya..