
Bismillahirahmanirahim, sekadar kadar mencelah disebalik kesibukan dunia. Sekian lama saya pendam tentang benda ni untuk ditulis dan sekarang la baru Allah izinkan.
Soal apa?
Soal baitul muslim aka nikah.
Tepatlah dengan keadaan sekarang kan, musim cuti sekolah. Banyaklah kan dapat undangankan.
Nanti bila buka facebook, banyak yang update pasal nikah, gambar tak payah cakap lahkan.
Apa perasaan anda yang belum nikah?
Dulu ada seorang hamba Allah ni, dia selalu cakap sahabat sahabat dia dah ramai bina baitul muslim tapi Allah masih simpan sesorang yang dia sendiri tak tahu siapa.
Perasaan dia masa tu, bercampur baur dan sekarang saya merasai benda yang sama. Okey persoalan wajib bilamana umur semakin meningkat.
Jujur kadang-kadang serabut jugak dengan pertanyaan orang ni. Ingat kita ni tak rasa nak nikah ke?
Tapi is not the time yet !
Jika difikirkan lah sebenarnya komitmen kita pada benda lain tu banyak lagi tak terlaksana.
Tak tahu ke pura-pura buat tak tahu je.
Saya akui, dulu masa “baru meningkat remaja” memang terniat nak bina baitul muslim pada usia yang muda, tapi kan semakin kita berjalan dimuka bumi Allah ni, semakin ramai orang kita jumpa kita akan sedar bahawa baitul muslim itu bukan sekadar cinta dan lafaz.
Tapi ia perlu dilengkapi dengan persedian dan kena sedar tanggungjawab yang bakal kita tanggung.
Kita ni nikah bukan dengan si dia je, seluruh baik buruk dia dan seluruh keluarga dia.
Bersedia ke? Tanya la hati.
Salah jika tiada pasangan di final year?
Dulu, saya pernah terbaca satu cerita yang mana diringkaskan bahawa ada orang cakap kita ni kalau dah final year kat universiti tapi tak ada lagi pasangan maknanya berat jodoh.
Lantas saya berfikir, jodoh tu sebenarnya siapa punya ketentuan? Mulut mulut manusia? Ke Allah.
Tak percaya pada Allah ke?
Mungkin mungkin statement saya ni nampak macam a bit sombong.
Tapi kenapa perlu takut andai keyakinan pada Allah itu utuh?
Takut tiada jodoh jika bercinta selepas nikah
Beberapa bulan lepas, sahabat saya cakap, “saya nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya saya takut. Takut tak ada jodoh”.
Saya senyum.
Rasa takut itu tak dapat dinafikan.
Nikah itu fitrah manusia. Nak disayangi nak menyayangi.
Bila hati resah , kan ada penawar, buka penawar tu, Surah yassin ayat 36 dan senyum okey.
Pegang janji Allah tu. Dunia ni tak lama pun , akhirat tu yang kekal.
So andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah. Bolehkan?
Nak sayang boleh, nak rindu pun boleh kerana itu fitrah tapi jangan kerana kita ia jad fitnah. fitnah pada agama kita.
Kawal lah, macam mana? Pesan pada diri dia dalam jagaan Allah adalah lebih baik. Dan doa, moga moga doa kita sampai padanya.
Awak cakap senang, saya yang hadapi?
Okey, saya juga pernah rasa. Saya disini tak bermakna saya sempurna, Cuma berkongsi rasa.
Ya saya pernah rasa, and you know what tak best pun nak sayang sayang nak rindu rindu orang yang belum tentu sayang kat kita, rindu kat kita.
Hati kita ni kalau kita didik untuk rindu dan sayang kearah tu lama lama ia jadi terbiasa, didiklah hati jadi luar biasa dan saya sedang mencuba juga.
Apa saya rasa sekarang tentang nikah, berpasangan?
okey, priority saya sekarang study, so saya taknak sia-sia kan masa saya untuk fikir, tapi tak bermakna tak langsung terlintas, kadang kadang sahabat perlukan kita, jadi ada masa kita buka tentang perkara ada masa kita simpan kemas kemas.
Dan sejak berada jauh dari keluarga ni saya rasa tahap kesediaan saya untuk ke fasa baru sangatlah sedikit.
Dan mungkin saja disebabkan itu Allah simpan lagi jawapan doa saya tu. Jangan takut okey.
If she or he deserve for you, it will be for you, don’t worry okey.
Bilanya nak nikah?
Bila mana Allah izinkan, dan bilamana tahap persediaan kita tu ditahap yang tiptop.
Satu yang kita kena ingat jodoh ni, memang rahsia Allah dan kita boleh buat persediaan rapi, tapi mati juga rahsia Allah yang sering dilupakan, dan saat ia datang, memang kita tak sempat nak buat persediaan.
Sekadar berkongsi pendapat, moga moga peroleh manfaat.
Doakan saya jadi baik, saya doakan anda semua dalam lindungan Allah selalu.
Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana Zulkifli. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)
Apparently, not all people will get married in this dunnya. Marriage is just a gift/rizk from Allah to His slaves.
Whatever He directed us to is the best afterall! Believe and put our trust on Him. Bad things won’t happen to good people! All matters that happen are good for us either its easy/hard/simple/difficult to get.

as salam
makcik dah setengah abad. mungkin pandangan makcik tak relevan atau macam tak bersyukur.
ya, makcik dah berkeluarga sejak 25 tahun lepas. ada anak 4. perkahwinan yg dimulakan dgn perkenalan oleh pihak keluarga dua belah pihak. puncanya sama macam ramai ibu lain, risau anak perempuan xde yg datang menanya walau umur dah masuk 24, sedangkan kakak makcik org masuk menanya sejak umur 21 tahun.
perkhawinan yang bukan cinta sama cinta. tapi suami masa sebelum nikah dah ada beberapa rakan wanita yg tunggu pinangan beliau. ok, so, makcik yg hodoh ni juga jodohnya, sbb dia menurut cakap ibunya yg nak berikatan sedara dengan mak sedara makcik yg mertua tu anggap org baik-baik. pendeknya, mertua bukan nak sgt nak berikatan dgn keluarga makcik sbb keluarga makcik bukan org senang. Mak sedara makcik tu yg org senang, lawa, anak semuanya berjaya. Kebetulan makcik belajar u nak habis, mungkin itu sbb mertua dgn keberatan terima cadangan mak sedara makcik. dan suami makcik pula, bukan anak kesayangan mertua, jadi keluarga mertua sokong cadangan tu, tanpa ambil kisah perasaan sebenar suami masa tu.
Perkhawinan kami mmg macam lauatan pasifik, anatartik, gelombangnya selama ni. mungkin kami berdua memang dilahirkan sebagai pelakon profesional belakang kamera, kebanyakan orang x perasan tsumani yg sentiasa melanda dan Allah belum izinkan kapal kami terbelah 100 walaupun dah 2 kali makck pijak tangga pejabat jais. Anak 4 org yang jadi pita perekat retak kritikal yang ada. Makcik dah lama putus asa, sehingga kebanyakan hayat makcik 25 tahun ni mengharapkan makcik mati jika itu yg lebih baik untuk dunia akhirat makcik dan keluarga. Juga, Allah belum izinkan.
Kesimpulannya, jangan takut jika jodoh lambat masa kini. Dunia makin hancur sebab banyak org kahwin bukan kerana Allah walaupun dia belajar agama tinggi melangit, tahfiz, tahfizah, ustaz, ustazah, dai, daiyah, dakwah, tabligh, usrah…lelaki perempuan sekarang banyak yg hipokrit bila diuji tentang jodoh.
Sebab apa…kahwin sbb takut kata orang, bukan sbb kata Allah. Makcik dulu kahwin sbb konon takut dikata menderhaka ibu yg menangis bila memula makcik kata x setuju. Lupa yg ibu kita akan menangis sekjap, sedang ibu kita, bapa kita, pasangan kita, anak kita jika ada zuriat dan kita sendiri yg akan menanggung beban dunia akhirat sekali lafaz nikah telah disahkan. memang makcik selalu cemburu dengan org yg x kahwin sampai mati atau kahwin selepas 40an, tapi sabar kerna Allah.
Maka, kuncinya Sabarlah dan katakan Tidak selagi belum bertemu calon yg 100% memenuhi syarat yang rasulullah telah beritahu, yang sama sama sesuai dan keluarga restu kerana Allah. matlamat hidup adalah mati dlm keredhaan Allah, dan zaman sekarang nak mati sebagai isteri atau suami yg diredhai jauh lebih susah dari mati dalam keadaan solo yg diredhai. Wallau alam.
Terima kasih makcik atas perkongsian…. Sy doakan makcik terus kuat utk anak2 makcik… Mmg fitrah diumur2 21-25 perasaan ingin mempunyai teman Sgt tinggi….tp bila da masuk 27 ke atas alhmdulillah da boleh move on dgn hidup single bersama mak Dan adik beradik lain.. Btul kata makcik zaman sekarang da x mcm dulu… Lebih membuatkan kdg2 tkut utk berpasangan…
Terima kasih atas perkongsian yang sedikit sebanyak melegakan kelora di dalam hati yang sering dibadai amukan ombak lautan soalan manusia yang bercakap seperti tidak tahu erti ‘jodoh, pertemuan, ajal dan maut diTANGAN Allah’. Dek kerana mulut manusia, mak saya langsung tak bertegur sapa dengan saya hampir seminggu kerana terasa dengan sindiran mak cik bila mereka cop saya sebagai ‘anak dara tua’!! Demi Allah selama seminggu saya merana memikirkan kerenah mak yang langsung tak mahu bercakap dengan saya, bila dirisik dengan adik barulah adik cerita hal yang terjadi. Mak malu dan terasa dengan kata-kata mak cik saya. Lepas tahu hal sebenar, air mata menjadi peneman bila terpandang wajah mak, sesungguhnya status saya yang tidak berkahwin kini meyakitkan hatinya. Tidak pernah terdetik yang air mata wanita syurga saya akan jatuh ke bumi dek kerana status saya kini. Terasa berdosa sangat-sagat. Pada siapa ingin mengadu?? Hanya DIA tempat yang saya luahkan. Alhamdulillah, selepas beberapa hari mak mula bercakap dengan saya. Dan saya telah luahkan pada mak dan ayah yang saya redha dengan keadaan saya sekarang dan saya ingin fokus kepada mereka, pelajaran, kerja dan perniagaan saya sahaja. Jodoh pertemuan dan ajal maut saya biar Allah yang uruskan. Hanya doa dan restu keberkatan dari mereka yang saya harapkan untuk mengiringi setiap perbuatan dan langkah saya. Moga saya mempunyai kekuatan untuk menabur bakti kepada mereka. InshaAllah. Wallahualam. =)
Masya Allah jatuh juga air mata saya membaca comment saudari. Saya juga seperti saudari, belum ada siapa2 lagi tatkala rakan lain dah beranak dua tiga. Tapi yang lain nya dr saudari, ibu saya langsung tidak mengemukakan topik ini bila bertemu. Namun saya tahu jauh di sudut hatinya risaukan saya yang tidak bertemu jodoh lagi. Mungkin dia tahu topik ini sangat sensitif kerana saya telah melalui break-up yang sangat teruk pada tahun akhir pengajian sehingga tidak lalu makan. Alhamdulillah saya lulus juga exam dan sudah bekerja sekarang. Tapi memang tidak dapat dielakkan pertanyaan dari rakan2 sekerja ibu / saudara mara terutama semasa musim raya.
Yang hanya saya mampu adalah doa. Mungkin diri saya tidak cukup bersedia lagi di mata Allah.
Wallahuallam
Salam… saya pun alami masalah yang sama, mungkin sebab umur saya 24, kakak kakak dah kawin time umur macam ni … orang orang sekeliling selalu bertanya bila nak berkahwin? Soalan yang yg sama mak saya dapat.. tapi mak saya mendesakk saya kawin padahal saya belum terbuka lagi hati… mungkin dulu aaya pernah dikecewakan… mak saya akan soalkan pasal kawin ni hari hari sampaikan saya down habis, baru baru ni saya tak bercakap hampir seminggu… sumpahh saya faham perasaan awak mcm mana mak taknak bertegur ngan kita.. besar sangat ujian yang sy terima kali ni.. puas saya menangis… kenape benda mcm ni mak saya tak bolh nak memahami langsung? Allah… je tahu perasaan saya sekarang ni.. dengan masalah jodoh.. saya tahu Allah dah rancang yg terbaik tapi… saya tak kuat nak hadapi benda macam ni ????????????
salam…sama lah dgn sy..lg lah umur dh 30 thun ni…bkn xpnh ade bf..dr zmn blja mmg ade..tp beselah..cinta men2 je..suke2 je..bila d keje pn ade..tp sy xtaua la..mgkin bhgian sy mcm tu..org yg jmpa sume lpas dh bkerja..sume xsma taraf pndidikn dgn sy..sy ade dgree..and mak ayh nk kalo blh biar setaraf..jd..mmg kne reject2 je bf sy yg sy jmpa pas dh keje..bkn 1..3 org kot..skung dgn org ke4..xmemenuhi piawaian mk ayh sy sbnrnye…tp dia bdk bai..yg penting solat dia jaga..ada agama…tu yg sy pgg…sy dh bwh jmpa mk ayh..mreka mcm ok je…tp bila dh lma2..diorg mcm tnye..xde org len ke..ade brpe lg calon nk kenalkn..xkn la sy nk brcinta dgn byk org dlm satu msa..jd..yg skung ni pn x ketentuan la..tp mk slalu sgt perli sy..ikutkn mmg brnanah2 la tlinga ni..xhbis2 sy kne sindir..siap dlu mk bwk sy berubat mndi air tanah la..air minyk wangi la..air j]kkunyit la sbb pelik nape sy blh suke dkt lelaki yg xbrpe berharta…bkn lah sy xde test..tp sy mmg pgg..xde org sempurna kt dunia ni..aslkn yg penting..solat..akhlak baik..ckup la..hrta dunia blh cri..sy bkn nk hidup mewah sgt..mmg keje sy stabil..mgkin mk ayh tkut lelaki yg amik kesempatan ats kesenangn sy…tp sy xtau lah..dh mmg sllu jmpa org cmtu..xde pn diorg amik kesempatn..tp kne reject kn…tp kdng2 sy mmg rsa ssh btul sy nk bhgia dgn org yg sy syg…sy hnya mmpu berdoa n bersabar,…telinag kt umh pedih..tp dlm msa yg sma diorg xnk calon yg xok..xsetaraf dgn sy…
Perasaan ya? hurmm..
-selalu jeles dgn shbt yg sudah berumahtangga atau siap2 sahaja.
-masih belajar dlm tahun akhir tp sedang dlm usaha pelbaiki diri dan menjaga hati, akhlak dan ikhtilat.
-cuba dekatkan diri pd Allah selalu utk mencari ketenangan dan byk berdoa.
-Namun masih selalu memikirkan soal perkahwinan sebab keinginan terlalu membuak2.
I wish untuk hapuskan je perasaan ni buat sementara waktu sebab sgt tak selesa.
pembetulan: “siapa2 sahaja”
sebelum ini saya sering tertanya-tanya, adakah jodoh ini mesti dijemput atau menunggu sahaja bg prmpn ?? ada yang mengatakan kalau sudah berjumpa yang baik agamanya, tidak salah sekiranya pihak prmpn memulakan langkah dan ada yang mengatakan jodoh itu harus ditunggu, tp smpi skrg sya tdk mmpunyai sahabat yang bergelar lelaki yang boleh saya jadikan suami…. dan ada juga pendapat yang mengatakan kita perlu berusaha dalam mencari psgn….. apabila saya cuba untuk mengenali lelaki, sya mrsekan spt saya tlh mlggr bts2 pergaulan dlam islam sdgkan pd zaman ini amat sukar untuk mengenali hati budi lelaki dan saya terus menghentikan perbualan trsebut( sy sdg mmperbaiki diri dan sedang berusaha sehabis baik untuk menjaga batas )…. sehingga skrg saya masih lagi tidak menemui org yang tepat ….. apakah cara yang terbaik harus sya lakukan?? terkadang berasa sedih melihat sahabat yang mengakhiri zaman bujang….. tetapi sya sering menasihatkan diri saya yang hidup di dunia ini tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan, jodoh di dunia tidak pasti, tapi jodoh dengan mati itu pasti….. yang menguatkan saya untuk meneruskan hidup keseorangan…
Alhamdulillah. Jumpa artikel ni, satu ubat dari Allah untuk hati. Suka ayat ni,
“So andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah.”
MOga admin dan Penulis diredhai Allah selalu.
Artikal yg sangat bermakna
Kerna saya juga merasainya dikala usia yang semakin meningkat
Terima kasih atas perkongsian
Assalamualaikum…situasi saye pulak..ade seorg nk nikahi sye..sye terime..then tibe2 lps berjmpe parents masing2.. dia mnyatakn untk tidak dpt teruskn hasrat nye kerana dia x cintakn sye..jike cinta lps kawen itu indah..knpe dia x beri pluang pd sye utk mcntai sye lps nikah??
Allah dah sediakan yang lebih baik mungkin. :)
Thanks for a great post Naim! Im having this situation dulu and skrg pun. Yes, sometimes kita risau psl jodoh and everything. Allah knows when is the best time for us to have it and always remember He never sleeps, never. He knows what we want and what we need. Just a simple and short story of mine that i would like to share as reference. I kawan dengan semua orang, guys and girls but since i study abroad, i hve changed and befriend with girls only. So at one time i met a guy who lives in different state and he acted like he really likes me. Bertambah pulak time tu most of my friends have partners except me. That situation actually makes me desperate to have one bcs dia mmg sgt baik and i never met a guy as kind as him. Seems like im not even close to any guy here yg sama bljr dsini, So i prayed to Allah to make him to be mine, i mean you pray in a desperate and forcing situation, you force Allah. Forcing tu obviously tak ikhlas. kan kita doa bahwa klu dia bukan utk kita, mohon pd Allah, dijauhkan dr dia. Yes, Allah jauhkan. Waktu tu mmg sedih and frust bcs kita rasa kita dah takda siapa lg nak kita sbb kita takda kwn laki. Tp bukankah itu yg kita minta, klu bukan utk kita, diminta utk dijauhkan? Tp at the same time alhamdulilah i feel grateful bcs Allah prepares something is better than what i’ve asked for. I really pray to Allah to grant me a man whom He loves, not for me but for Allah and my parents. I think about my parents first masa tu as they are old alrdy. I always pray that to nikah and having children before they pass away. Risau tu memang ada bca u have no guy friends, memamg waktu tu berdoa dgn penuh redha, sabar dan berserah pd Allah bulat bulat. Alhamdulillah, again, Allah never sleeps, He hears and He listens to every single thing we prayed, rupanya Allah nak bagi hadiah disebalik kejadian yg dlu. Allah showed me a guy yg i never thought I can get close to Him as he never talk to girls before. This guy sama2 bljr dsni. Kadang2 kita sibuk mencari yg jauh, yang dekat tak nampak. Aturan Allah itu sangat indah. And now we both of course not in haraam relationship, but we understand each other priority very well. Saling memahami, mengetahui niat masing masing walaupun takda bagitau even one word bout each other feelings. Cukuplah saling memahami dan mengetahui, me that guy and Allah. Hanya doa sebagai jambatan penghubung semuanya. Kalau ada, ada. Kalau takda, Allah sediakan lebih baik dari itu. Itu saja. Sabar and redha penting sbb ap yg kita doakn itu bermaksud kita juga telah bersedia dgn apa yg Allah berikan utk kita walaupun tidak seperti yang kita mahukan. Jadi, Kami sama sama perbaiki diri utk Allah, and kalau takda jodoh pun, tetap diri ini milik Allah kan? Kalau dia cuma persinggahan dlm hidup kita pun, tetap diri ini utk Allah kan? Memang cari jodoh itu kena usaha tapi usahalah yang sederhana dan biasa-biasa, selebihnya doa doa doa. Allah tahu niat kita.
So apa yg nk disampaikan dsni adalah, tak payah risau psl jodoh. Allah is kind and not cruel. Apa yg Allah beri itu sebenarnya adalah yg terbaik buat kita, Dia yg mencipta kita, kan? So Dia lebih tahu apa yg trrbaik utk kita. Usaha kena ada tp tajdid niat selalu. Utk siapa sebenarnya. Because in the end it is only between us (diri sendiri) and Allah. Jagalah Allah, Allah akan jaga semuanya.
Sorry for the long story and irrelevant comment in this post. Jzkk.
Great comment :)
Allah maha tahu apa terbaik utk kita.
Thanks, your story make me touch :)
Saya pun berada dalam situasi yang sama.. perkara biasa bila di tanya tentang berkaitan dengan jodoh… salah satu cara saya untuk tidak terlalu memikirkan tentang soal jodoh ialah sentiasa menyibukkan diri dengan benda-benda berfaedah.. contohnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kebaikan samada untuk diri sendiri dan orang lain.. sebab syaitan ni bila masa kosong mulalah menyucukkan jarum2 yang berbisa tu…
Artikal yg sangat bermakna
Terima kasih sebab berkongsi pengalaman..
assalam..situasi yg sama..selalu dapat soalan yg kadang2 sendiri tak dapat jawab..yg mampu senyum je bila soalan tu di tanya..
Dia lebih tahu mana yg terbaik untuk diri ini..
asssalamualaikum,,
soalan yg sy ingin ajukan,, bgaimana jika,, sy nak kahwin,, tp sy ade pyakit yg sudah di tahap kritikal,, sy dah berhnti kerja,, bulan kamatian sy pom sy dah tahu,, tp,, perasaan untk berkahwin dan tidak berkahwin sama byk,, kalau syg kahwin,, janda lah dia,, sy cube jauhi dia,, namun gagal,, perasaan itu kuat sangat,, ape yang harus sy lakukan??
As Salam tuan.
Solat istikharah ya, minta petunjuk dari Allah dan berbincanglah dengan keluarga terdekat.
Semoga ditunjukkan jalan..
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah penulisan diatas sekadar apa yang bermain di hati saya, saya menulis, kerana ingin menyuntiikan keyakinan pada setiap janjiNya,
sebagai penulis dan yang sedang lalui siptom2 diatas, saya tergerak hati ingin menulis, alhamdulillah jika ada secebis manfaat,
saya masih terlu mentah dan muda untuk berbicara tentang nya,
mohon teguran jika tersalah menyampaikan.
This is a great spirit for me. Pada pendapat saya tempatkan Allah sepenuhnya dahulu di hati kita sebelum orang lain yg belum tentu balas cinta kita seperti Allah. Tp biasa la bila tgok kawankawan ramai dah bernikah. In shaa Allah moga kita semua mendapat kebahagiaan. .amin
Assalamualaikum.. same situation here.. hehehe.. just have to overcome with positive attitude & smile.. tpakse lah.. jodoh tu ade, cume belum sampai.. x boleh dipakse ;).. sye doakan diri sye dan anda semua dpt jodoh baik2.. aminn..
Macam pernah baca quotation dlm box tu..hihi.. Anyway..
Just wanna give an opinion, we have such a short journey of life in this dunya, so why not we just focus on something that are really important and more realistic? For example, our current job/study, parents, DEATH, etc.
In fact, pepatah melayu pun ada kata, jangan sampai ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.
Frankly speaking, I know the feeling of being ‘single’. Because I’m facing it as well. But fortunately, am not surrounded by a ‘killer marriage asking’ environment. Alhamdulillah! The truth is when we start to think positive, we’ll totally see things differently!
Cepat atau lambat, ada atau tidak hanya dugaan Nya. Everything happen for a reason though! Mungkin.. Mungkinlah, lambat jodoh tu sebab Allah nak suruh kita berbakti pada ibuayah? Atau nak mengajar kita berdikari? Atau saja nak mendidik diri/hati kita supaya lebih tabah dan sabar! Atau..sebenarnya Dia nak tambah pahala kita banyak2, dan tingkatkan level kita disyurga nanti! SubhanAllah, indah bukan dugaan Nya?? ;)
Lagipun kebahagiaan itu tidak bersyarat. Bahagia bukan datang dari suami, anak, harta, pangkat, tapi bahagia tu datang dengan cara mensyukuri apa juga Yang Maha Pemberi Bahagia beri!
So lets clear our heart, and delete all the ‘su’udzon’ feelings inside it! Bahaya sebenarnya berburuk sangka pada Yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi Cinta ni. Sebagai manusia biasa, memang susah nak buat tu, tapi ye la, nak tak nak kena jugak buat!
MOGA SEGALA PENGHARAPAN KITA TOTALLY DISERAHKAN KEPADANYA!
“…Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (21:89)”
As salam…situasi yang melanda diri kala ketika ini!!! Dikelilingi sahabat-sahabat yang dah berkahwin,ada anak , ia bagaikan merentap jiwa ini dikala bersendirian…Diri ini tak sekuat mana,lemah jiwanya dan bila berhadapan perkara sebegini,hati jadi terseksa,meruntuh,merintih…Saat itu, syaitan menguasai diri.Maka fikiran negatif bermainmain di lapangan minda..”Tak cantikkah aku sehingga tiada jodoh di saat ini, “Kenapa setiap perkenalan, hanya sesingkat itu saja, “Dia biasabiasa saja tetapi kenapa dia dapat pasangan yang hebat, “Ahhhh,aku malas nak pikirkan hal jodoh lagi,biar aku hidup bujang selamalamanya”…Yaaaa….sebegitulah persoalan yang sentiasa bermain di minda…Tetapi satu ayat yang masih terngiang ngiang hingga kini, kata sahabatsahabat”bersabar….dirimu akan dapat yang “special” , Allah akan beri yang terbaik untukmu…Minda terus keluar ke zon positif!!! Seharusnya,di ketika ini aku perlu baiki diri,aku perlu rapatkan diriku pada perhubungan antara hambanya dengan Sang Rabb, aku perlu bayarkan segala hutanghutang ku kepada bonda yang sakit, jasanya aku perlu balas pada ketika ini!!! Dan tak perlu aku untuk bersedih gundah gulana akan perihal jodoh kemanusiaan padahal aku sebenarnya lupa akan bilabila masa jodoh kematian menantiku..Allahhuuuu..Ampun dosaku kerana negatif akan diriMu…
Assalamualaikum. Saya pun baru ditanya kan soalan yang sama. Niat di hati pergi kenduri rakan sekolah. Last2 kita pun ditanya bila lagi nak kahwin… Siapa la yang tidak mahu berkahwin…. Tetapi Allah Maha Tahu.. Saya yakin Dia pasti memberikan jodoh yang terbaik pada masa yang terbaik. Amin
kdng hati xkuat utk hadapi, umur dah 37, blm bertemu jodoh g, parents dah xda…hidup bersendirian.. Adik beradik suma dah berkeluarga.. Ini suma dugaan Allah SWT, Dia sygkn kita sbb itu dugaan Dia berikan.. Lmbt @ cpt, semua manusia ada jodoh, bkn d dunia, mungkin d akhirat..janji Allah SWT pasti.. Inshallah..
kadang-kadang bila kita tengok orang lain ada pasangan, memang terasa sangat-sangat. bila turn kita? kita ni hodoh sangat ke sampai takde orang nak? memang takde jodoh sampai bila2 ke? dan macam-macam lagi persoalan yang memang akan buat down sangat-sangat.
tak tambah lagi mulut jiran-jiran. paling berdesing baru-baru ni, ‘rumah ni lambat lagi kendurinya’. Ya Allah, saya tak dapat bayangkan perasaan emak yang terpaksa mendengar jiran cakap macamtu. saya rasa bersalah sangat pada emak, sebab saya tak kahwin lagi. tapi macamana saya nak kahwin, saya memang tak jumpa sesiapa lagi.
kawan-kawan yang dah kahwin, pun kadang-kadang cakap tak pandang belakang. mentang-mentang dah lepas. dari sini juga kita dapat tahu, siapa kawan kita yang sebenar.
sejujurnya, kadang-kadang rasa macam dah tak kuat sangat. hanya mampu menangis bila solat dan berdoa.
Nak kahwin pon ade tahapnye..Harus dan wajib..jgn lupa kita manusia yang dikurniakan hawa nafsu..tepuk dada tanya selera sampai bila sanggup nak pilih dan tunggu pasangan hidup untuk diri kita sendiri? Sharing is caring…Forgiveness is the sweetest revenge…Life will be meaningfull if u give something to other people not juz always ask and get…